Social Icons

Pages

Monday, November 19, 2012

HOT NEWS !!! LAGI KEZALIMAN DAP DI PULAU PINANG TERSEBAR !!! APA CERITA NI ???


Kebetulan ke Penang saya dan sahabat sahabat Misi Selamatkan Negara singgah ke rumah makcik Mariam yang mana rumahnya telah dirobohkan oleh kerajaan DAP semalam petang.Kisahnya telah keluar di paper hari ini.Inilah nasib makcik Mariam dari Sungai Gelugor Pulau Pinang yang Terima bantuan jabatan kebajikan masyarakat sebanyak rm300 setiap bulan.Rumahnya telah dirobohkan tanpa sebarang notis.Apa nasib melayu Pulau Pinang ??? Kerajaan DAP zalim !!! Balik dari pasar membeli ikan sampai dirumah,rumah dah roboh,tak kesian ke dengan makcik Yam ni ??? kenapa zalim sangat kerajaan negeri Pulau Pinang ni ??? Cuba korang bayangkan perkara ini berlaku kepada ahli keluarga anda ??? Ibu Bapa anda ??? Renung renungkan - Afiq Kl Town

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhv54XKF2IdVtr19MV2H4Yd3194_2ZGdFwl5XFzp6iLFRJeJVByRFChiO0p8qaZ_-o04UVaHfAISN3mjtjTqda-9Y32AeLC1bQZm9RXc_uMqm3mNZkEMmvEBcD8I4WMf12KmyYL5-DbhYU/s400/roboh.jpg

Ketua UMNO Bahagian Bagan,Datuk Abdul Latiff Mirasa menyifatkan pentadbiran regim DAP di Pulau Pinang sebagai kejam dan tidak berhati perut apabila tergamak meruntuhkan rumah seorang warga emas di Kampung Lengkok Sungai Gelugor.Menurut beliau, tindakan regim DAP itu adalah satu perbuatan yang begitu melampau dan tidak sepatutnya dilakukan oleh sebuah kerajaan yang konon-kononnya ingin prihatin dan ingin membela rakyat di negeri ini. 

“Saya cabar Lim Guan Eng,adakah dia sudah bersedia mahu meruntuhkan semua rumah yang mempunyai masalah undang-undang seperti itu? Saya yakin ada banyak lagi kes-kes seperti itu dan apakah Lim Guan Eng sudah bersedia untuk mengambil tindakan yang serupa terhadap rumah-rumah lain di dalam negeri ini? Biarpun pemilik rumah itu ada kesalahannya,tetapi masih ada jalan lain selain meruntuhkan rumahnya dengan cara yang begitu.Bagi saya,ini adalah satu tindakan yang amat kejam dan tidak berperi kemanusiaan yang dilakukan oleh regim DAP,selain daripada tindak-tanduk mereka yang selama ini bagaikan telunjuk menjolok mata.Ternyata hari ini, Lim Guan Eng memperlihatkan belang beliau di mana segala janji-janji DAP ternyata amat bercanggah dengan perbuatan mereka hari ini,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini. 

Menurut beliau lagi,sepanjang pentadbiran BN di Pulau Pinang sebelum ini, mereka juga berhadapan dengan kes-kes pelanggaran undang-undang seperti itu.Tapi dulu kita tidak bertindak membabi buta seperti itu.Masih ada banyak lagi jalan lain untuk menyelesaikan masalah tersebut, dan bukannya dengan mengambil tindakan seperti itu.? Apakah kerana pemilik rumah itu seorang warga emas yang tidak berdaya dan tidak mampu berbuat apa-apa, maka Guan Eng secara sombong dan angkuh merestui tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) merobohkannya,” soalnya tegas. 

Tambahnya lagi,apa yang dilakukan oleh regim DAP ini seolah-olah merupakan satu tindakan politik perkauman sempit yang kejam dan sengaja mahu menimbulkan kemarahan orang Melayu di Pulau Pinang . “Kalau pemilik-pemilik rumah yang ada kaitannya dengan regim mereka,pasti akan terlepas.Mereka,wakil-wakil DAP akan menutup mata sekiranya yang melakukan kesalahan itu adalah orang-orang ataupun kenalan mereka.Tetapi bagi orang miskin dan tidak kenal sesiapa yang berjawatan di dalam pentadbiran negeri,mereka akan diperlakukan dengan hina seperti mana yang berlaku terhadap warga emas pemilik rumah itu,” ujarnya lagi. 

Bagi beliau, rakyat di negeri ini seharusnya membuka mata dan melihat bagaimana regim DAP memerintah apabila mereka diberi kuasa. Katanya, ternyata sepanjang tempoh pentadbiran regim DAP di Pulau Pinang, rasuah, kroni, menindas orang miskin dan putar belit janji menjadi kejayaan terbesar regim tersebut dalam pemerintahan mereka. - Media UMNO

RENUNG-RENUNGKAN 

No comments:

 
 
Blogger Templates