Social Icons

Pages

Thursday, November 08, 2012

HOT NEWS !!! PEMUDA PAS MEMBELASAH NURUL IZZAH !!!


Dewan Pemuda Pas hari ini ‘menempelak’ Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataan kontroversinya mengenai isu kebebasan beragama di negara ini yang didakwa Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sepatutnya diguna pakai secara sama rata termasuk kepada orang Melayu.Timbalan Ketua Pemuda Pas,Nik Abdul Abduh Nik Abdul Aziz berkata,ungkapan ‘tiada paksaan dalam agama’ daripada ayat 256 surah al-Baqarah adalah merujuk kepada hak bukan Islam untuk kekal dalam agama mereka sebebas-bebasnya dan ia sama sekali tidak melibatkan umat Islam.Beliau berkata,sesuatu yang amat pelik dan tidak logik apabila mengatakan seorang yang lahir daripada ibu bapa yang beragama Islam,dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam. Seseorang yang dilahirkan sebagai seorang muslim merupakan satu anugerah Allah untuk dirinya.Ia tidak akan begitu bersusah payah mengenal Tuhannya sebagaimana bukan muslim.“Oleh kerana ia satu anugerah agung daripada Allah,adalah pelik dan tidak logik jika anugerah itu dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam.Bukankah Islam itu agama fitrah yang lahir bersama kelahiran dirinya? “Justeru seorang muslim semenjak lahir tidak berhak menukar agamanya atau murtad. Ia adalah satu penderhakaan dan penghinaan terhadap Tuhannya, agamanya, ibu bapanya dan juga masyarakat. Ia telah sengaja mendatangkan kesusahan dan fitnah terhadap agama Islam dan penganutnya," katanya yang dipetik daripada akaun Facebook miliknya di sini hari ini. 

Ahad lalu,Nurul Izzah seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang Malaysiakini berkata: “Apabila anda bertanya saya,tiada paksaan dalam beragama.mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata." Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta forum Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti orang bukan Melayu di Subang Jaya.Menurut Perlembagaan Persekutuan,Melayu di bawah Perkara 160 (2) ditakrifkan sebagai seorang yang beragama Islam,bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.Nik Abduh berkata,tiada pemerintah muslim yang berkuasa atau sesiapa pun boleh memaksa bukan Islam untuk memeluk agam suci itu.Ayat ‘tiada paksaan dalam beragama’ adalah merujuk kepada hak bukan Islam untuk kekal dalam agama mereka sebebas-bebasnya.Itu satu hak yang Allah berikan kepada manusia untuk memilih agama masing-masing. Tetapi jika Allah telah membuat pilihan (menjadikan manusia dilahirkan sebagai muslim), maka manusia itu tidak berhak untuk melanggar pilihan Allah ke atasnya. Bagaimana dibayangkan seorang muslim dipaksa untuk menjadi muslim? Bukankah dia itu telah muslim? Bagaimana dibayangkan haknya untuk menukar agama? Bukankah itu melanggar hak Allah dan hak maruah ibu bapanya juga? Bagaimana dianggap hak jika ia melanggar hak yang lain?," soal beliau

No comments:

 
 
Blogger Templates