Social Icons

Pages

Tuesday, January 29, 2013

HOT NEWS !!! KETUA PEMUDA PAS KENA BANTAI DENGAN PENYOKONG SENDIRI GARA-GARA PERLEKEH USTAZ NASHA !!!


1 MALAYSIA !!!

Pendedahan gambar-gambar yang menunjukkan kehadiran bekas Timbalan Presiden PAS,Nasharuddin Mat Isa di samping Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Abdul Razak di Gaza,telah membuatkan sebilangan pemimpin PAS meloncat dan pada masa yang sama,ada pula yang cuba untuk ‘test market’.Nasharuddin Mat Isa,merupakan figura yang paling dikenali di dalam PAS.Walaupun desakan demi desakan agar Nasharuddin Mat Isa dipecat dari PAS,namun sehingga kini,Majlis Syura PAS enggan berbuat begitu.Pemerhati politik beranggapan,PAS enggan mengambil risiko dalam tempoh terdekat ini, memandangkan Nasharuddin Mat Isa mempunyai pengikutnya yang tersendiri. 

Namun kedudukan Nasharuddin Mat Isa dalam PAS tidak akan selamat sebaik-baik sahaja PRU13 berakhir dan keputusan diumumkan.Nasruddin Hasan Tantawi,Ketua Pemuda PAS juga nampaknya tidak mahu ketinggalan dalam hal tersebut.Sama ada dia cuba untuk mendapatkan perhatian atau barangkali juga ingin menguji sejauh mana pengaruh Nasharuddin Mat Isa yang selama ini kurang menonjol, hanya dia yang lebih tahu. Namun cubaannya untuk memperlekehkan pemergian Nasharuddin Mat Isa ke Gaza bersama-sama Perdana Menteri dan anggota rombongannya yang lain, ternyata memakan diri. Nasruddin Tantawi boleh melihat sendiri reaksi yang diberikan oleh ‘rakan-rakannya’ dalam Facebook yang lebih banyak membidasnya berbanding menyokong pendapatnya.


Beberapa hari lepas,Nasruddin Tantawi melompat sakan dan begitu marah dengan Karpal Singh yang memaksa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang agar mengarahkan Majlis Syura Ulama PAS menarik balik ketetapan yang telah dibuat berhubung KALIMAH ALLAH.Pada ketika itu,Nasruddin Tantawi mendapat sokongan yang begitu meluas.Ramai penyokong PAS yang tidak senang dengan kerenah DAP, memuji-mujinya tatkala sebilangan besar pemimpin PAS pula menekup telur masing-masing. Mungkin bertitik tolak daripada reaksi yang diterimanya itulah,Nasruddin cuba melakukan ujian.Ramai pecacai Pakatan Rakyat yang cuba melakukan tohmahan dan hasutan berhubung penyertaan Nasharuddin Mat Isa dalam rombongan Perdana Menteri ke Gaza.Daripada kecaman yang dibuat oleh Presiden Palestin,Mahmoud Abbas terhadap kehadiran Perdana Menteri Malaysia di Gaza,sehinggalah reaksi yang ditunjukkan oleh agen-agen provokator Zionis,terutama menerusi berita-berita yang disiarkan, para pecacai Pakatan Rakyat menjadikan seolah-olah kehadiran itu tidak dihargai oleh warga Palestin. 

Dalam hal ini,kita dapat melihat bagaimana golongan yang kononnya menyokong PAS, turut beraksi seperti ANJING PKR dan DAP.Golongan inilah yang paling kuat menyalak dan menggonggong mengikut kehendak tuan-tuan besar mereka. Manakala kepimpinan PAS pula masih lagi terfikir-fikir apa yang seharusnya dilakukan terhadap Nasharuddin Mat Isa. Menariknya, ada di kalangan penyokong PAS tegar yang memperkatakan semula tentang KERAJAAN PERPADUAN yang sangat banyak dikaitkan dengan Nasharuddin Mat Isa. Kebetulan pula, Najib Abdul Razak ketika berucap di Gaza, memperkatakan tentang penyatuan antara HAMAS dan FATAH yang saling bertentangan dan saling berebut pengaruh di dua kawasan Palestin yang terpisah akibat penjajahan Zionis Israel.

ANDA NAK LAGI ???


UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN 

4 comments:

rakab said...

Serban panjang sampai 13 meter tapi akal panjang sejengkal !!

Anonymous said...



Haji Muaalim Manjung Said:

Ana kecewa dengan sikap pemimpin Pas kita sekarang!

Anonymous said...

Biasalah Pas. Hati busuk tak habis habis dan hasad dengki sudah sebati dgn jiwa dia orang.

Anonymous said...

ana setuju dgn pandangan ketua pemuda pas.... PASti menang..

 
 
Blogger Templates