Social Icons

Pages

Tuesday, January 29, 2013

HOT NEWS !!! USTAZ NASHA KENA BUANG DARI MAJLIS SYURA !!! ELOK SANGAT BERJUANG LUAR PAS !!! NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB BACA !!!


Teka-teki mengenai kedudukan Nasharudin Mat Isa terjawab apabila Setiausaha Majlis Syura PAS,Datuk Nik Zawawi Nik Salleh mengesahkan bahawa bekas Timbalan Presiden parti itu kini digugurkan keanggotannya dalam badan tersebut.Nik Zawawi berkata keputusan itu dibuat memandangkan Nasharuddin melanggar beberapa peraturan jawatankuasa berkenaan.Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Seluruh rakyat Malaysia sedia maklum,Ustaz Nasharudin Mat Isa telah pergi ke Gaza mengiringi YAB Perdana Menteri,DS Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam Misi Kemanusiaan Ke Gaza.Kesan dari tindakan beliau mengiringi Perdana Menteri itu telah pun dijangka oleh seluruh rakyat Malaysia kerana perkara sebegini pernah berlaku sebelum ini.Pada Ogos tahun lalu,Ustaz Nasha juga turut bersama DS Mohd Najib Tun Abdul Razak di Mekah dan berita itu telah mengejutkan kepimpinan PAS.Pada ketika itu hangat dalam semua perbincangan arena politik tanah air tentang hasrat PAS dan juga desakan sahabat sekatil PAS didalam Pakatan (PKR dan DAP) untuk memecat Ustaz Nasha.Namun pada September ketika mesyuarat Majlis Syura,isu Ustaz Nasha tidak dibincangkan langsung demi menjaga ego politik PAS yang dikecam hebat pada ketika itu.Namun pada hari ini,nampaknya PAS sudah tidak dapat menahan sabar dan amarah lagi apabila buat kali kedua Ustaz Nasharuddin dilihat bersama DS Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Gaza pula. 

Mungkin ada hikmahnya pengguguran Ustaz Nasharuddin dari Majlis Syura PAS ini supaya tindak tanduk Majlis Syura dimasa akan datang yang bertentangan dengan Islam,kesan negatifnya tidak akan melekat kepada Ustaz Nasharuddin itu sendiri.Ramai yang menjangkakan Majlis Syura akan carca marba dan hilang arah selepas pengguguran Ustaz Nasharuddin memandangkan hilangnya satu suara lantang yang akan memperbetulkan kesilapan PAS.Nampaknya,kes pemecatan Ustaz Nasharuddin ini merupakan kali kedua berlaku dalam PAS dalam masa yang singkat selepas Datuk Dr. Hassan Ali dipecat dan digugurkan tanpa diberikan peluang membela diri.Datuk Hassan Ali,sepertimana kes Ustaz Nasharuddin dipecat apabila bersuara lantang mempertahankan kedaulatan Islam terutama di dalam kes murtad di Selangor dan penjualan arak yang berleluasa di negeri yang sama.Apa yang orang-orang PAS pertikaikan pada masa ini adalah dimanakah terletaknya hak orang yang dituduh sedangkan didalam hudud pun setiap yang bersalah dibenarkan membuat pembelaan.Dimanakah keadilan Islam didalam PAS ??? Alasan yang diberikan bahawa Ustaz Nasha digugurkan kerana ‘merugikan parti’ tentunya agak pelik kerana Ustaz Nasharuddin hanya digugurkan dari Majlis Syura dan bukan parti (PAS). Bagaimana pula dengan orang yang pernah menconteng arang ke muka PAS seperti Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu yang pernah ditangkap khalwat dengan isterinya sekarang, Normah,di bilik 121,Hotel Perdana,Kota Bharu,Kelantan ??? Bukan hanya beliau ‘diselamatkan’ malah beliau diberikan jawatan kedua tertinggi di dalam parti.Nampaknya benarlah telahan ramai bahawa perjuangan PAS hari ini hanyalah bersandarkan kepada perjuangan parti yang bersifat duniawi dan bukanlah demi Islam.Apapun kita ingin mengucapkan sekalung tahniah dan selamat maju jaya kepada Ustaz Nasharuddin di atas keberanian beliau menegakan kebenaran dan kedaulatan Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada kepimpinan PAS yang carca merba dan kecut perut terutama di dalam menghadapi keputusan yang dibuat oleh sekutu mereka di dalam PKR dan DAP. - Selangor Daily

RENUNG-RENUNGKAN 
Sent from GMail for iPhone

No comments:

 
 
Blogger Templates