Social Icons

Pages

Thursday, March 14, 2013

HOT NEWS !!! RAKYAT MALAYSIA MENANTI ANWAR IBRAHIM SUMPAH LAKNAT !!!


Di saat seluruh negara sedang memfokuskan tumpuan kepada isu pencerobohan di Lahad Datu,Sabah,tak semena-mena PKR cuba mencuri tumpuan umum dengan mengadakan sidang akbar secara tertutup bagi pihak ayah Saiful Bukhari iaitu Azlan Mohd Lazim.Habis sidang akhbar secara tertutup,sehari dua kemudiannya bapa Saiful itu mengumumkan penyertaannya dalam PKR.Hebat sandiwara yang dimainkan,seolah-olah mahu mengabui mata umum bahawa baru kini Azlan terdetik untuk berjuang bersama PKR.Walhal bukan satu rahsia pun,sedari dulu lagi Azlan merupakan penyokong tegar PKR dan hanya munculkan diri setelah heboh kes liwat II diperkatakan dan sepanjang hampir 5 tahun itu Azlan dilihat cukup bersungguh-sungguh membela nasib anak lelakinya.Malah dialah yang paling sedih dan marah bila mana Mahkamah terpaksa membebaskan Anwar Ibrahim kerana bukti tidak cukup kuat untuk mengaitkan Ketua Umum PKR itu dengan perlakuan meliwat anaknya,Saiful.Waima sebelumnya,semasa Saiful mengambil keputusan untuk bersumpah mubahalah (sumpah laknat),si ayah yang sama ini jugalah tanpa sebarang bantahan atau teguran telah bersetuju menemani anaknya untuk melakukan sumpah laknat menyerahkan kesaksian dan pengaduan kepada Allah S.W.T. 

Jika dibaca kenyataan media oleh Azlan yang mendakwa dirinya sejak awal lagi langsung tidak pernah mempercayai dakwaan Anwar telah meliwat anaknya,timbul persoalan penting kenapa sebagai seorang bapa,Azlan tidak mengambil inisiatif mencegah Saiful dari bersumpah secara Islam ??? Sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful pada hari Jumaat 14 Syaaban 1429 bersamaan 15 Ogos 2008 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta,Kuala Lumpur telah disaksikan sendiri oleh Azlan yang menemani anaknya dari awal hingga akhir dan sumpah yang dilafazkan oleh Saiful itu sah dan menepati kehendak Islam. "Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Kad Pengenalan No. 850706-01-5687 pada hari ini bersumpah dengan lafaz Bismillah hirrohmanirrohim,Wallahi,Watallahi,Wabillahi,bahawa sesungguhnya saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya.Jika saya berdusta atas pengakuan ini,maka saya berdusta terhadap ALLAH S.W.T dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada ALLAH S.W.T sehingga ke kiamat". 

Sumpah sedemikian bukannya perkara main-main,jika sumpah yang dilafazkan oleh Saiful adalah palsu bermakna bila-bila masa bermula tarikh itu sehinggalah selewat-lewatnya setahun kemudian pastinya laknat akan menimpanya.Ibn Hajar Al Salam as Qalani,seorang ulama di zaman silam pernah menceritakan, "Berdasarkan pengalaman,sesiapa yang bermubahalah sedangkan dia berbohong,dia tidak akan dibiarkan lebih dari satu tahun dari hari mubahalah.Telah berlaku mubahalah antara ku dengan seorang taasub kepada golongan Mulhid,dia tidak dibiarkan selepas mubahalah itu melainkan dua bulan." Manakala seorang ulama dari India,al-Syeikh Abi al-Wafa’ Thana’ al-Amritsari juga pernah bermubahalah dengan seorang nabi palsu bernama Mirza Ghulam Ahmad al-Qadyani yang kemudiannya berakhir dengan laknat kebinasaan yang menimpa Mirza Ghulam setahun selepas mubahalah dilakukan.Selain Ibn hajar dan Syeikh Abi Al-Wafa,ramai ulama bersepakat bahawa penghukuman dari Allah S.W.T akibat sumpah laknat pasti tiba seawal 40 hari atau pun 2 bulan selepas mubahalah dan paling lama dalam jangka waktu setahun. 

Bermula 15 Ogos 2008 sehingga sekarang,sudah lebih 4 tahun berlalu Saiful bersumpah secara Islam dan Alhamdulillah sehingga kini Saiful dalam keadaan sejahtera dan tiada laknat yang menimpanya,ini bermakna jelas sekali sumpah mubahalah yang dilafazkannya benar dan dakwaan yang disebutkannya adalah betul.Tinggal lagi sekarang,sehingga kini Anwar selaku tertuduh masih enggan melakukan sumpah laknat seolah-olah Ketua Umum PKR itu kurang percaya atau agak meragui keadilan dan kekuasaan Allah S.W.T. Peliknya,akuan bersumpah (SD) yang sering menjadi modal politiknya mudah pula dijadikan kesaksian bisu dalam usahanya menegakkan benang yang basah. Tapi jika tiba-tiba Anwar terdetik untuk bersumpah mubahalah,pastikan kalimah "Wallahi, Wabillahi, Wataallahi" disebut nyata dan tidak diganti dengan ayat lain,kerana syarat dalam Islam menuntut setiap sumpah mubahalah perlu disertai ketiga-tiga kalimah tersebut atau salah satu daripadanya.Apa pun,sama-sama kita nantikan kejantanan Anwar sama ada masih wujud keyakinannya terhadap kekuasaan Allah S.W.T ataupun sebaliknya.

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates