Social Icons

Pages

Tuesday, May 14, 2013

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! POLEMIK MB SELANGOR BUKTI KEGAGALAN PR !!! MACAM NI KER NAK PERINTAH NEGARA ???


Sewaktu artikel ini ditulis,isu perlantikan Menteri Besar Selangor telah pun menemui titik penyelesaian selepas hampir seminggu berlaku pertelingkahan sesama PR berhubung siapa yang layak menyandang jawatan tersebut.Pada PRU-13 baru-baru ini,Selangor kembali dikuasai PR apabila memenangi 44 dari 56 kerusi DUN berikutan peralihan sokongan pengundi Cina kepada pakatan itu,sementara baki 12 lagi DUN dimenangi BN.PAS dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi DUN sementara PKR pula hanya 14.Penggal yang lalu jawatan MB diserahkan kepada PKR atas faktor jumlah kerusi DUN yang dimenanginya lebih besar berbanding DAP dan PAS.Namun kali ini DAP dan PAS,masing-masing mendahului PKR dari jumlah kerusi.

Disebabkan inilah yang menjadi punca tercetusnya polemik dalam PR di mana ada kalangan pemimpin PAS yang percaya jawatan MB lebih layak diserahkan kepada mereka,sementara DAP dan PKR pula tegas dengan pendirian jawatan itu kekal dengan milik PKR.Di masa yang sama,dikalangan pemimpin PKR sendiri wujud pertelingkahan dalaman kerana ada pihak yang bersungguh untuk melihat jawatan itu digalas oleh Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali sementara satu pihak yang lain mahu Abdul Khalid Ibrahim kekal menerajui Selangor.Dua buah negeri lain yang berjaya dikuasai semula oleh PR iaitu Kelantan dan Pulau Pinang tidak menghadapi masalah sedemikian sebaliknya sudah selesai perlantikan Menteri Besar dan Ketua Menterinya kerana PAS dan DAP masing-masing memonoli jumlah penguasaan kerusi DUN.

Mengikut laporan mutakhir oleh Bernama,Abdul Khalid Ibrahim telah disahkan kekal sebagai MB untuk penggal kedua setelah mendapat perkenan Sultan Selangor sekali gus mengakhiri polemik jawatan MB yang cukup membingungkan ramai penyokong PR.Bagi pemimpin PR,berakhirnya polemik jawatan MB Selangor mungkin dianggap satu kejayaan namun kelewatan yang berlaku membuktikan rapuhnya kesepakatan sesama mereka dalam menangani isu ini.kesian kepada pemimpin PAS melopong kerana terlepas jawatan MB selangor.macam ini ker nak perintah negara ??? elok sangat PAS keluar.sepatutnya di beri untuk pemimpin PAS,bukan PKR.PAS dapat kerusi yang tertinggi,bukan PKR !!!

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Anonymous said...

KESIAN PAS HANYA GIGIT JARI...APO NAK BUEK ! DIMANA MARUAH PAS? ALLAHUAKBARR !!

Anonymous said...

PAS AMIK JAWATAN SPEAKER LA PULAK...

Anonymous said...

UBAH ! UBAH ! UBAH !...INIKALILAH PLSE BAGILAH WAKIL PAS JADI MENTERI BESAR. TAKKAN PAS TUGAS TETAP HANYA JADI KUDA USUNG BENDERA DAP ROKET KE HULU KEHILIR SAJA KESIAN LEBAI MALANG !

 
 
Blogger Templates