Hakikatnya,walaupun komunis dikalahkan daripada segi ketenteraan di Malaysia,IDEOLOGINYA MASIH HIDUP DAN SUBUR.
Dan ia juga mahu terus disemarakkan.Sebenarnya tidak sukar untuk pihak berwajib, sama ada Kementerian Dalam Negeri (KDN),Kementerian Penerangan mahupun Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk MENGHARAMKAN terus filem The New Village ini dari ditayangkan kepada umum.Masalah sebenar dan perkara paling pokok adalah MAHU LAKUKAN ATAU TIDAK ...
BEGITU MUDAH filem The New Village ini mendapat hak tayangan dan AMAT MALANG apabila ianya bakal ditayangkan pada 23 Ogos nanti,cukup hampir dengan tarikh keramat bulan kemerdekaan negara.
Alasan yang diberikan pihak berwajib di sebalik arahan penangguhan TIGA KALI tayangan Tanda Putera TIDAK MASUK AKAL ..."tidak mahu menimbulkan konflik dan kontroversi ketika negara sedang dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 Mei lalu".
Apakah filem The New Village ini LANGSUNG TIDAK AKAN menimbulkan sebarang konflik dan kontroversi selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.Lalu...apakah rasional filem The New Village ini mendapat hak tayangan dalam masa yang begitu singkat ?
Memang benar,kita masih belum menonton tayangan perdana mahupun keseluruhan filem ini.Hanya berkisar kepada sebuah trailer filem tersebut yang tersebar meluas di Youtube.Namun hakikatnya,KEBODOHAN filem yang dikeluarkan oleh YELLOW MOVIE SDN BHD,arahan WONG KEW LIT dan diterbitkan bersama oleh ASTRO SHAW perlu dihentikan serta merta sebelum terlambat.
Perlukah lagi Lembaga Penapisan Filem (LPF) menjalankan penelitian plot dan jalan cerita serta mesej tersembunyi di dalam filem berunsurkan komunis ini ?
Apakah masih TIDAK CUKUP TERANG mesej yang cuba disampaikan melalui filem ini ?
Apakah KERAJAAN terlupa hakikat bahawasanya sudah TIGA KALI kerajaan perlu melakukan rundingan dengan Parti Komunis Malaya (PKM) ; ...
Rundingan Baling pada 1955,rundingan kedua selepas kemerdekaan dan rundingan di Hatyai pada Mac 1989.Bukankah dalam pusingan ketiga rundingan itu,PKM menyatakan hasrat untuk menubuhkan parti baru iaitu Parti Buruh Sosialis Malaysia (SLPM) berlandaskan ideologi Marxist.Jika sebelum 1989,tumpuan komunis hampir semuanya di hutan.
NAMUN HAKIKATNYA KINI,apabila operasi ketenteraan berakhir,isu itu berpindah ke bandar-bandar.
ANDA NAK LAGI KISAH SEBENAR ???
UNTUK SELANJUTNYA
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment