Pemilihan UMNO kali ini dijangka ‘rancak’ dengan semua jawatan termasuk yang tertinggi dibuka untuk pertandingan.Perkembangan terbaru di sayap wanita juga menambahkan lagi kemeriahan apabila bekas Ketua Puteri UMNO Datuk Azalina Othman Said menawarkan diri untuk menentang Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.Datuk Shahrizat,setakat ini telah terbukti mempunyai sokongan yang kukuh dari sayap wanita yang setia di belakangnya walaupun ketika berhadapan dengan kontroversi Pusat Fidlot Nasional yang diusahakan oleh keluarganya.pembangkang jerr bodoh mengatakan Datuk Seri Shahrizat yang bersalah,walhal ini semua projek suami beliau.Tidak dapat dinafikan yang Shahrizat layak menerima kesetiaan dari mereka berdasarkan kerja keras beliau selama ini.Ketokohan Shahrizat kemudiannya terus terserlah apabila meneruskan khidmatnya seperti biasa walaupun tidak terlantik ke kabinet.Ini tentulah berbeza sekali dengan Naib Ketua Wanita Umno,Datuk Kamilia Ibrahim yang ‘membuat karenah’ apabila tidak dicalonkan dalam PRU-13 yang lepas.
Datuk Azalina Othman juga mempunyai kelebihan tersendiri,terutamanya dari personaliti yang ‘lebih dekat’ dengan generasi muda.Azalina membawa pendekatan ‘pembaharuan’ serta menggambarkan dirinya sebagai ‘ejen perubahan’ di sayap wanita khasnya dan UMNO amnya.Beliau berjanji akan menjadikan pergerakan Wanita UMNO lebih menarik dan relevan dalam landskap politik baru.Seperti juga Shahrizat yang terjebak dalam kontroversi fidlot,Azalina yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan pernah dikaitkan dengan beberapa kontroversi.Antara yang paling hebat diperkatakan ialah pembinaan stadium bolasepak di UK yang bernilai RM70 juta yang akhirnya tidak menjadi.Selain itu,ketika memegang jawatan Menteri Pelancongan pula,Azalina telah dipersoal mengenai kos membina laman web Kementerian Pelancongan yang berjumlah RM36 juta.
itu semua permainan pembangkang untuk menjatuhkan azalina.Namun,tidak boleh dinafikan juga bahawa Azalina mempunyai aura tersendiri.Beliau dilihat tegas dan berani iaitu satu kualiti yang amat didambakan dalam kepimpinan hari ini.Apapun,saya tidak dapat menyelami sentimen majoriti dalam sayap wanita UMNO dan tidak dapat membuat tekaan awal tentang siapakah di antara kedua-dua personaliti ini yang lebih dekat di hati mereka.Shahrizat mungkin mendapat tempat di hati mereka yang matang manakala Azalina dilihat lebih berjaya mencuri hati kumpulan yang ingin melihat perubahan.Walau apapun,saya mengharapkan agar ahli-ahli UMNO membuat pilihan yang bijak dan tidak terpengaruh oleh emosi dan tekanan luaran.Ingatlah,parti ini kini dalam keadaan rapuh di mana kita tidak mampu melakukan kesilapan dalam menentukan tempat untuk mereka yang layak dan berhak.Justeru,amatlah penting bagi semua yang terlibat untuk membuat pemilihan dengan meletakkan kepentingan parti di hadapan.
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
Azlina bertanding Ketua, Halimah Naib Ketua, TMY bertanding Presiden. Semua orang Johor menang.Baguskan begitu.
Apasal Azalina sampai sekarang belom kahwin haa ?
Post a Comment