DAP lebih gah dengan slogan-slogan retorik mereka tetapi realitinya semuanya hanya omong-omong kosong.Perkara ini terbukti apabila Selasa lepas,bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai,Jenice Lee membuat demonstrasi aman di hadapan ibu pejabat DAP di Hotel Wenworth di Pudu,Kuala Lumpur bersama 11 ahli DAP Pandan dan Ampang yang juga antara penyokongnya kerana mendakwa telah dipecat mengikut perlembagaan parti.Tujuan Jenice membuat demonstrasi aman pada hari itu kerana mahu bertemu dengan setiap pemimpin jawatankuasa tertinggi (CEC) yang menghadiri mesyuarat pada hari yang sama (sekitar 8 malam) untuk menyerahkan surat tuntutan penjelasan pemecatan beliau yang tidak mengikut lunas parti.Namun,usaha beliau untuk bertemu pemimpin-pemimpin ini berjaya dihidu oleh pihak ibu pejabat sehingga berlaku tindakan di luar rasional.
Awal-awal lagi,jurugambar dan wartawan Utusan Malaysia dihalau keluar dari lobi hotel itu.Bukan sahaja wartawan Utusan Malaysia,wartawan dari akhbar-akhbar lain yang turut hadir juga diminta pulang kerana pihak DAP mendakwa tidak pernah menghantar apa-apa notis jemputan.Malah ada wartawan ditengking.Mengapa DAP ‘mencabul’ hak wartawan ??? Mereka hanya hadir kerana telah menerima jemputan untuk membuat liputan demonstrasi itu.Mereka tidak mengganggu mesyuarat CEC – hanya berada di luar dan dalam lobi sahaja.Tidak cukup dengan itu,beberapa pegawai khas beberapa ahli Parlimen serta ADUN telah ‘diimport’ untuk menjadi pengawal keselamatan di luar pintu lobi hotel seawal pukul 7 petang lagi.Juga terdapat beberapa pekerja ibu pejabat yang turut serta menjaga pintu masuk hotel tersebut. Yang peliknya, mengapa perlu menjadi ‘jaga’ di lobi hotel ??? Bukankah lobi hotel itu kawasan awam yang bebas keluar masuk ???
Setahu saya,DAP hanya sekadar ‘menyewa’ beberapa tingkat hotel itu kerana tidak ‘mempunyai wang yang banyak’ untuk membeli keseluruhan bangunan hotel itu ???? Jadi mengapa berkelakuan seolah-olah hotel itu seperti mereka yang punya ??? Adakah dakwaan bahawa hotel tersebut sebenarnya hak milik DAP,adakah benar begitu ???
Lebih memalukan apabila pemimpin-pemimpin tertinggi yang mula masuk perkarangan lobi hotel pula menjadi kelam kabut kerana kebanyakan yang ‘jaguh bercakap’ di media dan Parlimen menggunakan alternatif pintu ‘belakang’ untuk mengelak bertembung Jenice dan penyokongnya.Turut kelihatan kelibat beberapa pemimpin yang menyelinap masuk menggunakan pintu lain, tidak kurang berlari-lari anak.Malah ada yang mengikut pintu depan,tetapi melayan Jenice seperti ‘pengebom berani mati’ kerana begitu cuak berdepan dengannya dan ada yang sempat memaki beliau.
Tidak jauh dari situ kelihatan pemimpin DAP yang sedang menikmati makan malam ‘dipaksa’ tidak keluar dari coffee house hotel sehingga Jenice bersurai.saya sekadar pemerhati kejadian itu tidak mahu menyebut nama-nama pemimpin terbabit kerana tidak mahu memalukan mereka.Walaupun ironinya rata-rata mereka ini dikagumi rakyat kerana vokal dan berani tetapi yang hairannya untuk berdepan dengan Jenice yang mahu berjuang bagi pemecatannya itu pun cukup sesuatu yang mengerikan mereka.
Setiap perbuatan mereka telah disaksikan serta direkodkan oleh semua media yang hadir.Cara DAP mengendalikan sekumpulan yang tidak lebih daripada 15 orang yang juga merupakan akar parti itu sebelum kemenangan besar pada pilihan raya umum 2008 dan 2013 sungguh mengejutkan.saya ingin tahu,adakah sebilangan besar pegawai khas serta pekerja di ibu pejabat itu dibayar untuk menjadi ‘gengster’ separuh masa ??? Bukankah retorik apabila mereka bercakap tentang kebebasan bersuara.Kebebasan media.namun apabila kesemua itu terkena ‘batang hidung’ sendiri,maka mereka bertindak sebegitu rupa.‘Memanglah senang’ setiap kali berlaku demonstrasi jalanan oleh pembangkang,pihak polis dikutuk, disindir oleh mereka.Rata-rata pemimpin ini akan bangkit membuat provokasi dengan bertanyakan soalan seperti mengapa begitu banyak polis dikerah untuk kumpulan yang sedikit ??? Di mana kebebasan rakyat untuk bersuara ???
Semua persoalan ini akan sering dimainkan oleh mereka tetapi mengapa mereka daripada DAP ini bertindak berlainan pula ??? Bagaimana DAP kendalikan situasi seperti ini ??? Orang yang dipecat kerana kepentingan beberapa pemimpin tertinggi DAP dilayan lebih teruk.Jangan hanya pandai berlindung di sebalik slogan-slogan indah jika semua prinsip ini tidak boleh dijadikan realiti.Jenice turut melahirkan rasa terkejut dengan cara mereka dilayan dalam parti itu.Jelas beliau demokrasi dalam parti itu sudah mati dek kerana segelintir pemimpin tertinggi yang gila kuasa.
“Mengapa perlu layan kami begini ??? Kami hanya membuat demonstrasi di luar hotel,niat kami hanya untuk bertemu dengan pemimpin tertinggi CEC.Kami cuba mendapatkan keadilan daripada parti sendiri tetapi kami dilayan seperti musuh mereka.Perbuatan ibu pejabat DAP sungguh mengejutkan, mereka bersikap keji dengan kami. Mana hilangnya sifat perikemanusiaan dan keprihatinan mereka ??? Saya telah bersama DAP lebih 13 tahun,seluruh jiwa,wang serta masa saya berikan kepada parti ini.Namun saya kecewa kerana hampir kesemua yang dipamerkan,sama ada slogan hebat serta sikap prihatin itu seolah-olah hanyalah cakap-cakap kosong,” katanya kepada rakan saya yang berada diluar lobi hotel itu.
Pada 20 April lalu,Jenice yang ketika itu merupakan Setiausaha Publisiti Selangor telah dimaklumkan melalui pihak media bahawa keahliannya telah dilucutkan oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).Ekoran itu,Jenice atau nama sebenarnya Lee Ying Ha telah memfailkan saman terhadap DAP di Mahkamah Tinggi bagi memohon perisytiharan supaya keahliannya dalam parti itu dikembalikan.
Sejurus kejadian itu, seramai 11 ahli DAP yang juga penyokong Jenice dipecat pada bulan lepas tanpa diberikan surat tunjuk sebab termasuk peluang untuk dibicarakan terlebih dahulu mengikut lunas-lunas perlembagaan parti.
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment