Social Icons

Pages

Friday, July 26, 2013

HOT NEWS !!! #PRKKUALABESUT !!! LEPAS TAK POPULAR,KINI OSTAZAH MEE SEGERA LELONG BAJU PULAK !!!


Artis pro Pas,Abby Abadi telah melelong sepasang baju kurung berwarna hijau dan sehelai tudung moden milik peribadinya untuk dana Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.Abby dilaporkan Harakah 26 – 28 Julai 2013 melakukan acara lelong itu pada Karnival “Jom Bersama Che Long” di Markas Unit Peti Undi (UPU) Kampung Baharu, 19 Julai lalu.Baju kurung cekak musang berwarna hijau dengan hiasan berkilauan di bahagian leher dan dada serta bersulam di bahagian lengan itu dibida dengan harga permulaan RM200 dan terjual dengan harga RM1,010.


Pembidanya bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda Pas Kelantan,Dr Rosli Alani Abd Kadir yang menewaskan pencabar,seorang Muslimat Pas.Selain itu,sehelai tudung berwarna ungu yang dipakai Abby turut dilelong setelah diminta secara spontan oleh pengerusi majlis bagi memeriahkan karnival tersebut. Majlis kemudiannya melakukan bidaan tudung ungu Abby dengan harga permulaan RM70 dan akhirnya berjaya ditawarkan dengan harga RM100 oleh Asri Husin.

No comments:

 
 
Blogger Templates