Slogan ‘Endless Possibilities’ yang bakal dilancarkan pada 17 September menjadi topik hangat di kalangan beberapa blog dan pelayar internet kerana ia dikatakan menyamai slogan Kementerian Pelancongan Israel iaitu ‘One Place,Endless Possibilities’.Memandangkan Malaysia telah pun menggunakan slogan Satu Malaysia,maka penambahan ‘Endless Possibilities’ menjadikan persamaannya begitu ketara.Justeru,pantas,Malaysia dituduh sebagai meniru Israel,sekali gus,motif kerajaan diragui.Hakikatnya,Malaysia telah pun memperkenalkan slogan ‘Endless Possibilities’ jauh lebih awal dari Israel iaitu ketika menghadiri World Economic Forum di Davos pada 13 Disember 2012.Untuk itu,satu video bertajuk ‘Malaysia-Endless Possibilities’ dibuat yang memaparkan Datuk Seri Najib sendiri mempromosi Malaysia.
Video tersebut telah pun dimuatnaik ke Youtube pada tarikh 5 Februari 2013.Kementerian Pelancongan Israel pula hanya menggunakan slogan ‘One Place, Endless Possibilities’ di dalam laman web promosi mereka pada sekitar Mei 2013.Slogan tersebut tidak pernah dilancarkan secara rasmi,tetapi hanya menjadi ‘tagline’ pelancongan bagi negara Israel yang tidak diiktiraf.Jelaslah bahawa Malaysia tidak meniru Israel tetapi mungkin Israel yang meniru Malaysia,sama ada secara sengaja dan mungkin juga secara tidak sedar.Persoalannya,kenapa ramai yang terus menuduh Malaysia yang meniru Israel dan tidak sebaliknya ??? Apakah ia kerana ‘persepsi’ atau sememangnya rakyat Malaysia tidak pernah punya keyakinan diri ???
Mungkin sudah tiba masanya rakyat Malaysia menukar cara kita berfikir dan tidak terlalu memandang rendah kepada diri sendiri. Yang lemah dan buruk tidak semestinya dari kita, dan yang bijak dan cantik itu tidak semestinya bukan dicipta oleh orang kita.
RENUNG-RENUNGKAN
4 comments:
Yahudi Zionis Israel, si KAPIR GANAS itu memang PEMBUNUH/PENYAMUN/PEROMPAK/PENJAJAH laknat! Bukan sahaja Bumiputera Islam yg. sungguh malang di Palestin, bahkan di seluruh Dunia Islam, mahu dijajahnya, belakang sekutu Barat-PAP-DAPigs-PKRnya! Slogan bumi Islam kita ini pun mahu diSAMUNnya - kurang ajaq betul!
Lagipun, Mossad-CIA yang berpengkalan kat S'pura, tentulah menunggu "endless possibilities", utk. MENJAJAH bumi pusaka Islam kita ini, termasuk melalui perjanjian TPPA, pelaburan meningkat dari PAP-Barat-Zionis (Dunia Islam terus diketepikan) dan sekiranya si DAPigs/PKR dapat memerintah seluruh Tanah Melayu ini!
Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.
tak kisahlah slogan dr Israel ka, kita tiru Israel ka, Israel tiru kita ka....yg penting dgn penambahan endless possibilities di belakang 1Malaysia tu apa SIGNIFIKANNYA?..serupa la dgn kedutaan VATICAN di MAS.....apa signifikannya?
sedangkan maksud 1Mas tu pun org tak khatam lagi & PM sendiripun nampaknya mcm SERABUT dgn slogan tu
tak payah slogan bagai, org MELAYU/ISLAM nak HAK KAMI dijaga, dipertahankan....kami dah undi BN/UMNO...maka kami nak hak kami....cukup2lah jilatan pada CINABENG....CUKUP!!
lepas endless possibilities, apa lg nak disambung dgn slogan tu??....baik buat karangan terus
aku dah cukup fed up dgn PM skrg....minta dia turun scr berkhemah, dia dah hancurkan apa yg BAPA dia & pemimpin2 BN bina dulu...dah turun nnt, kalau nak masuk pertandingaan buat slogan sek rendah ke, syaarikat antarabangsa ke, masuklah....kami ucapkan GOOD LUCK!
apakah blogger yg pro oposisi dan pro Bn akan memohon maaf kerana buat tohmahan melulu?
blogger pro BN.. mintak kepastian najib bukan tuduhan.. baca ayat dan fahami.. jika benar mereka mintak diubah walaupun ramai dah tak mau slogan lagi..tapi pro pembangkang tak tau pulak bahasanya.. tau tau ajelah...
saya kurang ngertiiii. tak reti bahasa blogger pembangkang yg asyik merapu..
Post a Comment