Social Icons

Pages

Saturday, December 07, 2013

BONGKAR !!! DAP PENYEBAB KEJATUHAN MALAYSIA DALAM INDEKS TRANSPARENSI ANTARABANGSA ???


Transparency International mencatatkan Malaysia ke tangga ke 53 dari 177 negara dalam indeks persepsi korupsi tahun ini.Menurut Ketua Eksekutif PEMANDU,iaitu Datuk Seri Idris Jala,kedudukan Malaysia telah meningkat satu tangga dari 54 tahun lepas dan kini menyasarkan tangga ke 30 dalam tahun 2020. Bagaimanapun, laporan ini disambut dengan penuh kritikan oleh pembangkang. Lim Kit Siang di dalam blognya membandingkan kedudukan ini dengan kedudukan Malaysia di bawah dua Perdana Menteri terdahulu iaitu Tun Mahathir dan Tun Abdullah Badawi. Di zaman Tun Mahathir,kedudukan terbaik yang dicapai ialah di tangga ke 23 pada tahun 1995 dan terburuk adalah di tahun terakhir pemerintahannya iaitu tangga ke 37 pada tahun 2003.Manakala di zaman Tun Abdullah pula, kedudukan terbaik ialah 39 iaitu di awal pemerintahannya pada tahun 2004 dan terburuk ialah 47 pada tahun terakhir iaitu 2008.Kit Siang berhujah bahawa pencapaian Datuk Seri Najib adalah yang terburuk tanpa sedikitpun mengiktiraf peningkatan yang agak baik dari tahun 2011 di mana Malaysia berada di tangga ke 60. Dalam masa hanya dua tahun,Malaysia berjaya memperbaiki kedudukan sehingga 7 tahap.  

Kit Siang juga gagal melihat sesuatu yang jauh lebih penting yang menyumbang kepada kedudukan Malaysia yang buruk berbanding beberapa tahun dahulu iaitu landskap politik Malaysia telah banyak berubah sejak itu.Perlu diingatkan bahawa kedudukan Malaysia berada di tangga yang baik ketika kerajaan Barisan Nasional cukup kuat.Tetapi,ia semakin buruk dan semakin buruk sebaik PR mendapat sedikit kuasa dan BN semakin lemah.Ini bermakna kuasa di tangan PR telah menyumbang kepada faktor kejatuhan Malaysia dalam indeks persepsi korupsi dalam Transparency International.Kit Siang mungkin terlupa bahawa peranan kerajaan negeri turut termasuk dalam penilaian yang dibuat.Rakyat tidak perlukan sebarang kajian untuk membentuk persepsi bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan kerajaan PR.Dengan pusat- pusat hiburan yang semakin bercambah,termasuk rumah-rumah urut di sekitar negeri yang diperintah PR sudah cukup bagi rakyat untuk menilai sejauh mana ketelusan kerajaan negeri. Kemusnahan alam sekitar yang begitu pantas di negeri-negeri pemerintahan PR juga membawa kepada persepsi yang sama. 

Persepsi rakyat terhadap ketidaktelusan PR berada di kemuncak ketika Teoh Beng Hock ‘terkorban’,yang membawa kepada terlepasnya pemimpin DAP dari siasatan SPRM.Rasuah atau korupsi yang berlaku di dalam PR turut tercermin daripada kemelut yang melanda pemilihan parti-parti di dalam pakatan itu.Pemilihan PKR sahaja menyaksikan aduan sejumlah 160 berkenaan manipulasi undi selain kejadian pergaduhan sehingga membawa kecederaan.Pemilihan DAP pula masih belum selesai walaupun hampir setahun berlalu.Manakala Muktamar PAS yang baru berlalu pula turut tercemar dengan tuduhan berlakunya manipulasi.Jika pemilihan parti sendiri juga tidak telus,apakah anda yakin yang PR akan bertindak telus dalam urusan pentadbiran negeri ??? Sudah tentulah jauh panggang dari api.Atas hakikat ini,mungkin satu-satunya cara untuk Malaysia memulihkan kedudukannya dengan pantas dalam indeks Transparency International ialah dengan mengembalikan kuasa kepada BN sepenuhnya.Apakah Kit Siang atau DAP sanggup berbuat demikian demi kebaikan negara ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates