Sebuah kumpulan Kristian yang diberi nama Perpaduan Anak Negeri Sabah (PAN)
dikhabarkan mengadakan program ‘Mamangkis’ di Ranau untuk mendesak
Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan berkenaan kalimah Allah untuk Kristian
Bumiputera.Program ini adalah lanjutan dari kenyataan Pengerusi PAN Esther Golingi,yang
disiarkan di laman Catholic Diocese of Melaka-Johor
UNTUK SELANJUTNYA
pada 30 Disember lalu.Dalam kenyataan tersebut,Esther menuduh kerajaan UMNO sebagai menafikan hak
beragama,mengkhianati pribumi Sabah dan melayan mereka sebagai warga kelas
dua,mengamalkan Apartheid serta mengIslamkan mereka secara paksa dan penipuan.Esther mengakhiri kenyataannya dengan laungan ‘Mamangkis’ seperti berikut :
“Hari ini,adakah kita bersedia untuk mamangkis dengan laungan perang? Kalau ya,mari kita
asingkan dirinya kepada Tuhan kita,Tuhan yang Kudus Esok,kita akan membawa mamangkis
ke pendalaman (mamangkis masuk kampung ) bermula dengan Ranau.Orang yang menyiapkan
kuda untuk berperang,tetapi Tuhan yang memberikan kemenangan."
Dari kenyataan Esther,tidak salah jika kita mentafsirkannya sebagai paluan ‘gendang
perang’ terhadap kerajaan,kalau pun bukan terhadap Islam.Kenyataan Esther jelas berbentuk fitnah terhadap kerajaan namun tidak perlulah kita
membuang masa berhujah bagi menangkisnya kerana,jika tuduhan tersebut benar,maka PAN tidak mungkin wujud dan Esther juga tidak mungkin dapat mencabar
kerajaan sebegitu rupa.keberanian Esther menghasut penganut Kristian untuk mencabar Perdana Menteri
dan menentang kerajaan serta perlembagaan, membuktikan yang beliau sendiri sedia
maklum bahawa kebebasan beragama begitu segar di sini dan tidak kira penganut
agama apa jua bebas sebebas-bebasnya untuk bersuara di Malaysia dan nampaknya,kebebasan ini telah disalahgunakan oleh Esther.Esther secara langsung mengajak penganut Kristian berperang dan tentulah seruan
seperti ini mampu membawa kepada keganasan dan pertumpahan darah.Sikap tidak
bertanggungjawab Esther tidak harus dipandang ringan oleh kerajaan.Sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas dalam mengawal isu kalimah Allah
dari terus dipermainkan.jelas,isu ini bukanlah satu isu agama,tetapi isu politik
semata-mata.Kedudukan Sabah Sarawak yang menjadi deposit tetap parti Barisan Nasional sentiasa
meresahkan pembangkang.Satu-satunya cara untuk menggugat kedudukan BN di
kedua negeri itu ialah dengan memburukkan imej kerajaan sebagai kononnya kejam
dan zalim.Malang bagi pembangkang kerana mereka tidak dapat membuktikan
kekejaman mahupun kezaliman BN terhadap rakyat Sabah Sarawak.
Justeru,mereka memilih untuk menghasut melalui isu agama biarpun ia mampu
membawa akibat buruk kepada rakyat di sana.Ini bukan kali pertama pembangkang memperjudikan nasib dan nyawa
rakyat.Peristiwa Lahad Datu adalah bukti kukuh bahawa pembangkang tidak
pedulikan rakyat dan sanggup melakukan apa saja untuk berkuasa.Bukti yang
dikumpul oleh kerajaan Fillipina jelas menunjukkan adanya tangan pembangkang
dalam tragedi berdarah itu.Memandangkan Lahad Datu masih tidak mampu menggoyahkan kedudukan BN,maka
isu kalimah Allah pula digunakan untuk mencetuskan ketegangan.Malang sekali apabila ada di kalangan penganut Kristian di Sabah Sarawak yang
terpedaya dan termakan hasutan pembangkang.Amatlah sedih jika mereka ini benar-
benar ingin mengajak kerajaan atau umat Islam berperang tanpa memikirkan akibat
kepada negeri,negara, keluarga dan diri sendiri. Seharusnya mereka kembali berfikir secara rasional dengan melihat kepada fakta
kes. Faktanya, Sabah dan Sarawak langsung tidak terlibat dengan isu kalimah
Allah.Penganut Kristian di sana boleh saja menggunakan kalimah itu atau apa jua
nama yang ingin diberikan kepada Tuhan mereka.Had penggunaan kalimah Allah
terhadap bukan Islam hanya merangkumi negeri-negeri di Semenanjung atau lebih
tepat, dalam isu ini, di Selangor.
Esther dan penganut Kristian tidak patut berbohong mengenai tiadanya kebebasan
beragama sedangkan gereja Kristian boleh didapati di mana-mana di sana,di setiap
beberapa kilometer jarak perjalanan.Justeru,saya ingin bertanya kepada orang-orang Kristian ini,kenapa mereka perlu
berbohong kononnya ditindas ??? Sedarkah bahawa matlamat pembangkang,terutamanya DAP untuk menakluk kedua-dua negeri itu adalah bermotifkan keuntungan
dari segi keluasan tanah dan sumber alamnya ??? Apakah rakyat Sabah Sarawak masih
belum belajar dari kesilapan bumiputera di Pulau Pinang dan Selangor ??? Usahlah diundang bala kepada diri sendiri dengan mengajak kepada
peperangan.Kembalilah kepada ajaran Kristian yang sebenar kerana kita pasti agama
Kristian juga mementingkan keamanan.Di masa yang sama,saya ingin mendesak kerajaan agar mengambil tindakan segera
dan tegas terhadap Esther kerana menghasut dan mengajak kepada ‘peperangan’.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
4 comments:
ISA MANA ?
ORANG YANG TERCERDIK DAN PANJANG AKAL BUANG ISA !
KITA tak HENDAK negara ini AMAN ?
CARI POPULARITY AT THE EXPENSE OF NATIONAL SECURITY..
Najib buat apa?KDN zahid hamidi buat apa?Dah lepas PAU lah katakan.Dah sampai ada syaitan menghasut ajak berperang pun kerajaan tenang2 aja macam tak ada apa2 berlaku.
Macamana kalau pengikut2 ester yg bodoh terpengaruh dan mula memangkis(memenggal kot)kepala orang2 Islam Sabah?Kerajaan najib nak kata apa?Kes terpencil?Pergaduhan keluarga?
Kalau sampai pergaduhan agama merebak seluruh negara kerajaan lembik najib nak kata apa pulak?Cukup setakat angkat satu jari laung 1 Malaysia supaya rakyat bertenang?
Nak PERANg..Perang lah..
Pastikan Yang menang tu dapat Merampas KEKAYAAN..
(Melayu tak kaya manapun)
Inilah MASANYA..
"by the Way of deception you shall do war"
mungkin mossad dah berjaya..
dalam perjalanan dari kk ke ranau, setiap beberapa km akan ada gereja. kepala hotak apa jika mengatakan bahawa anak bumi sabah dilayan sebagai kelas kedua dan penganut kristian ditindas. biawak yang makan bangkai lagi tahu bersyukur berbanding ester yg kerjanya hanya menghasut. dan kpd menteri KDN, dah menang besar PAU, terus lena diulit intankah? dah berbakul-bakul isu besar perosak perpaduan dicetus oleh sipenjahat, buat2 tak nampak je. kalau isu PATI itu besar, berilah perhatian yg sama kepada penjenayah perpaduan, kaki hasut, kaki fitnah, pelanggaran perlembagaan dan perosak keharmonian dari terus bermaharajalela katak tanpa ada sikitpun tindakan tegas. mana lebih penting, polis jaga pasar basah pantau ikan dan sayur naik harga atau tumpukan tugas menjaga keselamatan dan keamanan negara? kami rakyat nak sangat dengar jawapan dari pak menteri KDN yg sangat2 kami sokong masa PAU dulu.
Post a Comment