Jika anda tinggal di mana-mana bandar besar di Selangor,masalah pengangkutan sampah dan pengurusan kebersihan merupakan
masalah utama yang menjadi barah di dalam masyarakat di sini.Walaupun telah ditegur banyak kali namun tiada tindakan yang
telah diambil dari pihak berwajib.Terutamanya dari pihak
berkuasa tempatan (PBT).Contoh utama yang dapat dilihat adalah di Bandaraya Shah
Alam,Selangor.Walaupun merupakan ibu negeri bagi Selangor,Shah Alam berhadapan dengan masalah serius yang boleh mengundang
kepada kematian. Shah Alam adalah “lubuk” kepada penyakit
Denggi.Mengikut kajian yang dilakukan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) dibawah kendalian Jabatan Penyakit
Vektor,pada tahun 2012 hingga 2013,Shah Alam mencatatkan
jumlah pesakit Denggi antara yang tertinggi di Malaysia.
Malah,boleh dikatakan majoriti kawasan di Shah Alam adalah kawasan
hitam (black area) bagi penyakit Denggi yang dibawa oleh nyamuk
Aedes.Pada tahun 2013 Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang
terpaksa menampung ratusan pesakit Denggi dan Denggi berdarah.Ini melangkau kemampuan hospital tersebut sehinggakan para
pesakit terpaksa dipindahkan pula ke Hospital Sungai Buluh,Selangor.Itu belum lagi dikira dengan penyakit vektor lain seperti
kencing tikus dan lain-lain.Negeri Selangor tetap menjadi juara
di dalam statistik pesakit dan tiada tindakan yang dilakukan
oleh kerajaan Negeri Selangor untuk membasmi secara langsung
penyakit tersebut.Apa yang terjadi bukan kerana ketidakcekapan
tetapi ianya terjadi apabila pemantauan tidak dilakukan oleh
para pemimpin.Mungkin juga pihak berkuasa tempatan generasi
PR lebih menitik beratkan dengan aspek menyaman
rakyat yang melakukan kesilapan daripada membantu rakyat untuk
terus hidup selesa di negeri ini.Memang benar,apa yang terjadi di sini sebahagiannya adalah
disebabkan tindakan penduduk sendiri yang tidak mempunyai
kesedaran dalam menjaga alam sekitar di sekeliling mereka.
Namun begitu,apa yang pasti kegagalan pihak berkuasa tempatan
untuk menyediakan fasiliti dan kempen yang mencukupi perlulah
ditangani dengan segera.Bukankah telah dilantik Ahli Majlis di
setiap kawasan untuk mewakili penduduk yang sedia ada,tidakkah
ahli majlis yang kesemuanya adalah ahli parti yang memerintah
negeri terlalu lalai untuk membangkitkan perkara ini kepada PBT ???
Ataupun,pihak berkuasa tempatan yang asyik sibuk menyaman
dan menaikkan denda sehingga gagal memahami tugas asal mereka
untuk memastikan keadaan alam sekitar di kawasan jajahan mereka
bersih dan sihat untuk didiami.Untuk makluman bagi mereka yang
bukan penduduk di Negeri Selangor, selepas kejatuhan Barisan
Nasional pada tahun 2008,seluruh kuasa dan bidang tugas telah
diambil oleh para ahli politik PR.
Tiga tahun
selepas kemenangan mereka di Selangor mereka tetap menyalahkan
kerajaan Barisan Nasional diatas setiap masalah yang diajukan
oleh rakyat.Kini sudah hampir 6 tahun Negeri Selangor Darul Ehsan telah
ditadbir oleh mereka,apakah masih lagi salah Barisan Nasional
sekiranya PR gagal dalam mentadbir negeri ini ???
Ataupun rakyat negeri Selangor telah selesa dengan pemerintahan
PR yang lebih suka menternak nyamuk daripada
menjalankan tugas sebagai pemimpin ??? Apa pun jawapannya,kini
negeri Selangor telah menjadi juara kepada penyakit vektor dan
masalah alam sekitar yang amat kronik.Tahniah diucapkan oleh
kerajaan PR kerana berjaya merosakkan alam sekitar
dan menambah lagi statistik kematian rakyat Selangor selama mana
mereka telah memerintah negeri ini.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
3 comments:
biarlah rakyar selangor selesa dengan kerajaan pilihanya,biarlah kerajaan selangor mengurusakn ranyat yg telah memilihnya.kalau tengah suka semuanya tiada cacat celanya.bagi rakyatnya inilah kerajaan terbaik yg pernah dipilihnya.
SENDIRI HENDAK SENDIRI TANGGONG. BODOH!..
Kawasan Hentian Kajang macam tempat pelupusan sampah. Kotor!
Post a Comment