saya mendapati kebanyakan diskusi,penulisan dan pemerhatian yang dibuat tentang hukum hudud adalah berdasarkan rentak yang sama dan berulang-ulang.Terlalu kerap kita mendengar kenyataan bahawa hudud adalah bertentangan dengan Perlembagaan,ianya bertentangan dengan ikrar wakil rakyat,seluruh negara akan berada di bawah hukum hudud,ianya tidak diamalkan oleh semua negara Islam,ianya tidak sesuai bagi masyarakat majmuk,la-yanan yang tidak serupa,pelabur asing akan teragak-agak untuk melabur,ianya tidak selari dengan arus globalisasi dan sebagainya.Kita telah kerap mendengar hujah-hujah sebegini.Persoalannya adakah Pas akan berhenti merealisasikan impiannya untuk melaksanakan hukum hudud? Saya tidak fikir Pas akan berbuat demikian kerana Pas ditubuhkan atas dasar memperjuangkan Negara Islam.Mari kita melihat hudud dari segi Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 3 di mana amat jelas dinyatakan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan.Tidak dinyatakan bahawa agama Kristian,Buddha atau Hindu adalah agama Persekutuan.
Mahkamah juga telah beberapa kali me-nyatakan bahawa jika sesuatu tidak diperuntukkan oleh undang-undang maka ianya telah tidak dimasukkan dengan sengaja.Maka kita seharusnya membaca Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang tertera.Saya tidak menyatakan di sini bahawa agama Kristian, Buddha atau Hindu harus diketepikan dalam konteks masyarakat maj-muk.Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan bahawa agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.Maksud literal yang boleh diberikan ialah agama Islam diberi posisi tunjang di dalam Persekutuan berbanding dengan agama-agama lain,mungkin disebabkan majoriti rakyat Malaysia beragama Islam (setakat 2013, masyarakat Melayu/Islam merangkumi 67% dari rakyat Malaysia). Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan bahawa undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.Cuba bayangkan apa akan terjadi jika Islam dan agama lain diletakkan di pentas yang sama meskipun 67% daripada rakyat Malaysia adalah berbangsa Melayu dan ber-agama Islam. Dalam keadaan yang sama, sejarah telah membuktikan berulang kali dan kita telah melihat negara menghadapi keganasan berbaur perkauman.Adakah ini yang kita kehendaki bagi negara kita? Sekali perpecahan dan keganasan menurap di dalam masyarakat,ianya amat sukar untuk dikawal, dibanteras dan diperbe-tulkan.
Penahanan beberapa suspek fanatik keagamaan baru-baru ini oleh pihak polis adalah testimoni keadaan semasa jika kita tidak mematuhi apa yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan.Adalah pengetahuan umum bahawa jika keadaan kucar-kacir akibat pertentang-an keagamaan berlaku,maka rakyat yang berkemampuan atau yang boleh bekerja di negara lain akan berhijrah ke negara lain,seperti apa yang telah berlaku sebelum ini, meninggalkan yang kurang berkemampuan dari segi wang dan kelayakan menderita di dalam negara yang kucar-kacir akibat keganasan dan huru-hara.Golongan yang berkemampuan ini akan pulang semula ke negara mereka apabila keadaan menjadi tenang semula.Adakah ini yang kita mahukan untuk Malaysia?
Mari kita lihat apa yang parti Pas mahukan tentang hudud.Semenjak kemerdekaan lagi,Pas tidak pernah menyembunyikan hasratnya untuk melaksanakan undang-undang yang tertera di dalam al-Quran.Saya tidak pernah mendengar mana-mana ahli Pas menyatakan bahawa parti mereka adalah parti Islam tetapi tidak mengamalkan undang-undang Islam secara keseluruhan.Bidalan bahawa Pas telah bergabung dengan parti pembangkang yang lain untuk mengalahkan Barisan Nasional,nampaknya dengan syarat bahawa Pas akan meninggalkan niatnya untuk melaksanakan hukum hudud adalah tidak benar.Sesiapa yang menghadiri mesyuarat atau perhimpunan Pas akan mendapati bahawa apa yang dinyatakan adalah berdasarkan Islam.Pas (dan umat Islam secara keseluruhan) percaya bahawa hidup di dunia ini adalah sementara sahaja dan di akhiratlah kehidupan yang abadi.Pas mempersoalkan apakah yang dirisaukan mengenai hudud kerana ianya hanya akan terpakai terhadap kesalahan jenayah yang dilakukan oleh orang Islam.Hukum hudud tidak akan terpakai terhadap orang yang bukan beragama Islam dan oleh itu tidak perlu dikhuatiri oleh orang bukan Islam.Tun Dr. Mahathir Mohamad telah memberikan contoh situasi penggunaan hukum hudud di dalam masyarakat majmuk boleh membawa kepada ketidakadilan dan ini, menurut Pas,cuma akan berlaku dalam keadaan luar biasa. Pas mempersoalkan sama ada sering seseorang Islam akan ditangkap khalwat bersama dengan pasangan bukan Islam.
Menurut Pas,apa-apa isu yang berbangkit boleh diselesaikan oleh sebuah jawatankuasa yang dicadangkan oleh UMNO yang akan ditubuhkan untuk mene-liti isu-isu sebegini.Pada pandangan saya,seorang wakil rakyat beragama Islam tidak akan membe-lakangi peraturan-peraturan yang ditetapkan di dalam al-Quran dan seterusnya tidak akan mengundi menentang penguatkuasaan hukum hudud jika ianya dibentangkan di Parlimen nanti.Seandainya Pas menyatakan dengan jelas-nya hukum hudud, terma dan akibatnya, maka saya percaya ia akan disokong oleh semua ahli Parlimen yang beragama Islam dan dari sudut ini,ianya tidak akan menjadi persoalan sama ada hukum ini adalah adil atau tidak.Pas akan dengan lantangnya menyatakan ia adalah hukum Allah dan wajib ditaati oleh setiap orang Islam.Saya berpendapat jika pada September 2014 nanti Pas membentangkan hukum hudud di Parlimen dan ia mungkin akan membahagikan orang Islam di dalam isu ini,fakta yang tidak boleh dipertikaikan ialah ia akan berada pada hati nurani setiap ahli Parlimen yang beragama Islam bahawa jika dia tidak menyokong hukum hudud maka dia te-lah membelakangkan undang-undang Allah.Daripada zaman kanak-kanak lagi,setiap orang Islam akan diberitahu bahawa setiap perlakuan itu akan dihakimi di akhirat nanti.Baru-baru ini,Datuk Nik Aziz Nik Mat telah memohon ampun di dalam masjid berulang-kali atas kesilapan-kesilapan yang telah dilakukannya semasa menjadi Menteri Besar Kelantan.
Pendekatan sesetengah rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam bahawa negara ini adalah negara sekular dan oleh itu hudud tidak mempunyai tempat di negara ini,pada pendapat saya,tidak boleh diguna pakai.Lihat sahaja apa yang berlaku di India sekarang,terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa parti utama yang mewakili majoriti penganut Hindu yang memenangi pilihan raya umum di India baru-baru ini telah menguar-uarkan akan melarang sama sekali penyembelihan lembu untuk tujuan pemakanan.Terdapat juga laporan bahawa kerajaan India yang baru ini akan melarang pengeksportan daging lembu sama sekali.Negara India mempunyai 200 juta rakyat beragama Islam.Rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam seharusnya menerima realiti di Malaysia dan seharusnya mengambil pendekatan yang praktikal dan menyesuaikan diri dengan perkembangan semasa di dalam negara.Bukan kita yang membentuk perlembagaan ini. Kita seharusnya menerima perlembagaan ini sebagaimana ia telah membentuk negara Malaysia.Tidak guna jika kita mencipta situasi selain daripada apa yang telah termaktub di bawah Perlembagaan kita.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
Tentu sekali BR! Tengoklah NEGARA ISLAM yg. amalkan Hukum Hudud ALLAH SWT - bukan main aman lagi; penjenayah ramai yg. TAKUT! Dan anak-anak muda Islam akan dapat dikawal akhlak dan akidah mereka dr. diSIHIRkan dgn. budaya Barat-ZIONIS, yg. semakin BUAS!
Sebenaqnya, budaya si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS adalah 'BARBARIC' (tak bertamadun), akibat undang-undang dan falsafah demokrasi-hak asasi KESAMAAN-KEBEBASAN, ciptaan Barat-ZIONIS (yg. asasnya memuja nafsu BUAS individual semata), yg. menghalalkan keganasan melampau, penggunaan dadah/alkohol sesuka hati, bertelanjang/berkelakuan lucah depan awam, pelacuran/pornografi/seks bebas termasuk seks HOMO-SODOM, MEROGOL BINATANG, menggugurkan anak (abortion) dsbnya - lihat di mana penggunaan dadah di ’normal‘kan – di akhbar anti-ISLAM – di http://www.dailymail.co.uk/tvshowbiz/article-2561478/Miley-Cyrus-gives-away-gold-leaf-rolling-papers-wearing-marijuana-leaf-leotard-Bangerz-tour-Canada.html , Miley Cyrus gives away rolling papers made of GOLD before wearing marijuana leaf leotard on Bangerz tour in Canada, By Daily Mail Reporter, 17 February 2014!
Dan MEROGOL BINATANG adalah sah di Jerman – lihat di http://www.dailymail.co.uk/news/article-2352779/Bestiality-brothels-spreading-Germany-campaigner-claims-abusers-sex-animals-lifestyle-choice.html , Bestiality brothels are 'spreading through Germany' warns campaigner as abusers turn to sex with animals as 'lifestyle choice' By Matt Blake, 1 July 2013)!
Dan lihatlah di Singapura, yg. dulunya sebahagian TANAH MELAYU ISLAM kita ni, budak sekolah pun digalakkan jadi si puak SODOM demi demokrasi dan hak asasi “KESAMAAN/KEBEBASAN" Barat-ZIONIS; sebab itu juga ada anak-anak Islam/Melayu S'pura yg. dah jadi puak Sodom - yg. paling seronok tentu si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS, yg. mana S'pura adalah pengkalan utama ZIONIS/Israel di Asia Tenggara (lihat di http://miazarraannur.blogspot.com/2014/05/sekolah-di-singapura-promosi-gay.html , SEKOLAH DI SINGAPURA PROMOSI GAY ???!!!, Posted By MiaZarra AN, May 17, 2014 ; dan di http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, Wednesday, September 2, 2009)!
Dan lihatlah atas dasar demokrasi-hak asasi KESAMAAN-KEBEBASAN Barat-ZIONIS ni; sampai sebahagian ugama SYAITAN ni, yg. menghalalkan menghisap darah sesama manusia adalah seolah 'normal' (sebahagian CANNIBALISMA – esok makan orang sepenuhnya akan dihalalkan juga) – lihat di http://www.dailymail.co.uk/femail/article-2647172/Real-life-Vampires-Meet-couple-drink-blood.html , Real-life vampires: Meet the couple who drink each other's blood - and say we should ALL be much more open-minded about their ghoulish lifestyle, By Naomi Greenaway, 3 June 2014:
• Pyretta Blaze and Andy Filth from South Wales are married with a child and drink blood in the privacy of their own bedroom
• They liken their habit to sex and say it creates a spiritual connection
• They're part of a 15,000 strong vampire 'religion' in the UK….
Makcik Samabal Belacan.
Post a Comment