Kempen boikot produk Israel sudah mula membimbangkan dan menampakkan hasil.Alasan demi alasan diberikan untuk meyakinkan semula umat islam khususnya orang melayu.Terima kasih juga kepada non-muslim yang juga menyokong kempen boikot ini.Persoalannya sekarang,benarkah McD tidak membayar royalti kepada Israel ??? Jom kita baca info di bawah.
Boikot dan McDonald's (dan seumpamanya)
Bismillahirrahmanirrahim.
Berikut adalah penilaian peribadi saya selaku francaisi McDonald’s Kelantan dan TIDAK mewakili McDonald’s Malaysia (Kerana saya bukan jurucakap syarikat korporat tersebut).
Kempen boikot
Ya! Saya sokong tindakan boikot sebagai salah satu cara meluahkan rasa tidak setuju terutama terhadap polisi dan tindakan sesebuah organisasi.Namun,tindakan boikot hendaklah berpaksikan kebenaran dan fakta.
Royalty Fees 5%
Dikatakan salah satu faktor yang “menghalalkan” kempen boikot jenama McDonald’s adalah kerana McDonald’s di Malaysia khususnya memberi sumbangan Royalty Fees sebanyak 5% kepada McDonald’s Corporation di Amerika Syarikat.
Kenapa perlu bayar Royalty Fees tersebut?
Melalui sistem perniagaan francais,yang mana francaisi perlu membayar royalti (kadang-kadang dikenali sebagai system fees atau service fees,bergantung kepada jenama sesebuah francais) kepada francaisor kerana menggunapakai sistem perniagaan mereka.Dalam sistem perniagaan McDonald’s,Royalty Fees ini dibayar oleh pengusaha dan pemilik (dikenali sebagai francaisi) cawangan McDonald’s di seluruh dunia.
Adakah McDonald’s sahaja yang menggunakan sistem pembayaran royalti ini?
Tidak! Kebanyakan perniagaan berasaskan francais menggunakan sistem pembayaran royalti ini,cuma mungkin kadar peratusannya berbeza.
Jadi, McDonald’s di Malaysia (dan Kelantan) membayar Royalti Fees?
Ya! McDonald’s di Kelantan membayar royalti fees kepada McDonald’s Corporation.Begitu juga cawangan McDonald’s seluruh Malaysia,McDonald’s di Indonesia,McDonald’s di Arab Saudi,McDonald’s di Israel dan SEMUA cawangan McDonald’s di dunia.
Royalty Fees Disalurkan Kepada McDonald’s Israel?
TIDAK! McDonald’s di Israel BUKAN dimiliki oleh McDonald’s Corporation dan BUKAN juga anak syarikat McDonald’s Corporation.McDonald’s di Israel dipunyai 100% oleh syarikat tempatan (francaisi), dibawah nama syarikat Aloniel Limited.Pemilik Syarikat tersebut bernama Dr. Omri Padan dan beliau adalah warganegara Israel.Ini bermakna,McDonald’s di Israel membayar royalti KEPADA McDonald’s Corporation di Amerika Syarikat.Sebagai contoh,SAMA keadaannya seperti McDonald’s di Kota Bharu (francaisi) membayar royalti kepada McDonald’s Corporation.Oleh itu,sebarang hasil royalti di Malaysia (terutama bagi syarikat yang dimiliki oleh francaisi di Malaysia) akan disalurkan kepada McDonald’s Corporation disebabkan hubungan dan sistem perniagaan FRANCAISI-FRANCAISOR tersebut.Namun,pembayaran royalti berhenti setakat itu sahaja. McDonald’s di Malaysia TIDAK membayar royalti kepada McDonald’s di Israel kerana McDonald’s di Israel adalah francaisi dan tiada kena mengena dengan McDonald’s Corporation.Jadi, hasil jualan (termasuk hasil royalti), tidak sampai ke negara Israel. Sepertimana juga dengan McDonald’s di Kelantan TIDAK membayar royalti kepada McDonald’s di Kuala Terengganu (disebabkan seseorang francaisi tidak membayar royalti kepada francaisi yang lain).
Rujukan:
Sebagai Rakan Korporat Jewish United Fund (JUF)?
Cerita ini keluar setelah sebuah print screen ucapan "terima kasih" daripada JUF terhadap McDonald’s Corporation di atas sumbangan syarikat korporat tersebut tersebar luas.Print screen tersebut boleh dilihat disini :
Wallahu’alam,mungkin palsu,mungkin tidak.Namun,menurut laporan kewangan tahunan (yang telah di audit oleh auditor bebas) di laman web JUF,di sini:
McDonald’s TIDAK disenaraikan sebagai penyumbang utama atau rakan korporat terhadap pertubuhan JUF.Jika dilihat dari sudut weightage of evidence,bukti yang terkandung di dalam laporan tahunan tersebut lebih menyakinkan jika dibandingkan dengan sekadar screenshot atau print screen yang sebelumnya.Mungkin kita perlu lebih teliti tentang sesuatu fakta terutama di era media sosial seperti sekarang.Setuju atau tidak adalah hak masing-masing.Yang paling penting,orang awam terutama kanak-kanak,kaum wanita serta orang tua yang menjadi mangsa korban di Palestin,Burma, Syria dan dimana sahaja perlu dibela tanpa mengira agama bangsa dan negara.
Wallahu'alam
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
4 comments:
Dah tiba masanya buat "Fast-food" Islam/Melayu kita sendiri yg. amat CANGGIH dgn. francais di seluruh Malaysia dan Dunia Islam sbg. permulaan, cthnya Ramly Burger - kat Jerman, cthnya "Doner Kebab"-Turki (ISLAM/HALAL) lebih popular dari McDonald/Burger King; si Barat terutamanya jenerasi muda, pun suka makan situ! Jadi tak payahlah nak bergantung kat ekonomi ZIONIS memanjang - kerana anak-anak muda Islam/Melayu kita sedg. di'brainwash' yg. mereka tak boleh hidup tanpa 'Fastfood' Barat!
Lihat projek "Greater KL" ni - apa KEJADAHnya ni; Israel pun ada projek "Greater Israel" utk. menawan Dunia Islam di Timur Tengah! Si LIBERAL-BANGANG mana yg. bagi nama "Greater KL" tu? Ini dah mcm. si ZIONIS/Israel dah menunjuk BELANG dia kat NEGARA ISLAM kita ni! Lihat pelaburan di "Greater KL" ni yg. asyik beri pelaburan dari Barat (yg. sebenaqnya dikuasai si ZIONIS) - awatlah tak berikan MAJORITI pelaburan pd. DUNIA ISLAM dari OIC mahupun dari Latin Amerika yg. anti-ZIONIS spt. Bolivia, Venezuela, Cuba dsbnya?! Inilah si LIBERAL-BANGANG Islam/Melayu - lebih pentingkan kemewahan anak-beranak dia, sampai hak agama-bangsa-negara ISLAM ni terus TERGADAI! MENYAMPAH betul aku! Lihat di http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140805/ek_02/RM19-bilion-pelaburan-diluluskan-di-Greater-KL:
RM1.9 bilion pelaburan diluluskan di Greater KL
Oleh AZMAN IBRAHIM
KUALA LUMPUR 4 Ogos - Agensi pelaburan khusus, InvestKL Corporation (InvestKL) mengumumkan nilai pelaburan komited oleh syarikat-syarikat multinasional (MNC) sebanyak RM1.9 bilion diluluskan di Greater Kuala Lumpur (KL) setakat Julai 2014 dengan RM729.7 juta pelaburan lagi sudah direalisasikan.
Ketua Pegawai Eksekutif InvestKL, Zainal Amanshah berkata, setakat ini, sebanyak 40 buah MNC telah membuat pelaburan di Greater KL dan kebanyakannya dari Amerika Syarikat dan Eropah.....
Makcik Sambal Belacan.
Tidak siapa tahu rahsia di sebalik kejayaan yahudi dalam banyak bidang. Paling menonjol adalah kejayaan dalam bidang pemakanan seperti Nestle yang mana konsumernya merentasi sempadan kaum, agama dan negara. Lebih tepat produk mereka adalah global sifatnya.
Untuk kekalkan keglobalannya bukanlah mudah. Selain daya saing, cengkaman ke atas konsumer perlu terus diperkukuhkan agar konsumer sedia ada tidak berpaling arah dan konsumer dipihak lawan dapat di tawan.
Antara strategi yang lazim digunakan oleh syarikat yang bersaing adalah kekuatan promosi, kualiti tinggi, hak paten, dan kemurahan harga namun tidak banyak kesedaran tentang halalan toyiba kecuali beberapa pengeluar produk global termasuk Nestle.
Pun begitu halalan toyiba tidak boleh dipatenkan yakni sesiapa saja yang cukup syarat layak menggunakannya. Makanya sesuatu di luar kotak perlu dijelmakan kalau tidak mahu cengkaman jadi longgar.
Nah Nestle akan hadir dengan produk baru hsil dari pemikiran 'ousyed the kotak' dalam tempoh tahunan terdekat yang mana kalau patennya diluluskan oleh USPTO, para pesaingnya akan menggigit jari dan tergolek dog dan lebih dari itu konsumerisma mukmin global akan berada lebih dekat dengan produk berlogo burung dan anaknya. Tunggu.
berapa share org tempatan dlm mcd? boleh beritahu? setahu saya ada info lain beritahu mcd tidak dimiliki majoriti di sini. jadi royalti 5% dan keuntungan tu tetap ke luar.. faham2 la duit tu ke mana..
Blogger tuh dh tunjuk sume fakta yg dana dan saluran kewangan tak pon gerak ke israel. tp awak x nk pecaye jugak. Melayu pon sume mcm nie, bodoh and tak tau nk research. bile ade bukti kukuh cam nie, still nk buat anggapan sendiri. Kalau btol ape2 kewangan kite ke israel, tlg postkan sume bukti and data, dr laporan kewangan hinggalah ke peruntukan saham MLC, mcm blogger nie sendiri dh buatkan. jgn pandai ckp je
Post a Comment