Social Icons

Pages

Saturday, January 08, 2011

GEMPAR !!! BEKAS SUK SELANGOR DAH BERSUARA !!!




Episod pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor nampaknya masuk cerita baru yang lebih panas jika apa didedahkan bekas SUK, Datuk Ramli Mahmud,adalah benar.

Berdasarkan pengakuan beliau,nama penggantinya disembahkan kepada Sultan Selangor serta Menteri Besar Khalid Ibrahim @ Gagap supaya kedua-dua pihak berbincang.

"Senarai ini telah disembahkan kepada DYMM Sultan Selangor, diserahkan kepada YAB menteri besar dan saya meminta beliau berbincang dengan DYMM Sultan.Dan satu salinan kepada JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) untuk pemilihan bagi memastikan SUK Selangor orang Selangor dan mempunyai pengalaman bekerja di Selangor bagi mengetahui adat kerja," katanya dalam satu kenyataan.


Laporan dari Agenda Daily menyebut Ramli berkata,beliau tidak terlibat langsung dalam menentukan Khusrin dipilih sebagai SUK Selangor malah nama bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu adalah ke lima ikut kekananan dalam senarai lapan nama yang layak.Katanya, JPA telah menyenarai pendek tiga nama dan minta disembahkan kepada Sultan seperti yang dititahkan, berdasarkan integiriti, kredibiliti dan pengalaman.

“Nama Khushrin yang teratas dan dua nama lain,”kata Ramli yang bertegas tiada kepentingan peribadi ketika mencadangkan ke semua nama tersebut bagi jawatan SUK.

Persoalannya kini apakah Khalid sudah mengetahui perkara ini sejak awal tetapi mempolitikannya atau ada pegawai beliau yang tidak peka terhadap urusan surat menyurat penting mengenai pelantikan SUK dan tidak merujuk kepada Menteri Besar itu pada masanya ??? Mungkinkah Khalid atau pejabat Menteri Besar boleh menjawab perakuan Ramli ini ???


Berikut kenyataan penuhnya Ramli:

Saya tidak terlibat langsung dalam menentukan Dato' Kushrin sebagai SUK Selangor. Saya hanya terlibat dalam menyenaraikan calon-calon yang layak dipertimbangkan berdasarkan seniority (kekananan) dan saya percaya pada seniority.Sebanyak lapan nama layak dipertimbangkan dan Dato' Kushrin adalah calon kelima berdasarkan kekananan.

Senarai ini telah disembahkan kepada DYMM Sultan Selangor, diserahkan kepada YAB menteri besar dan saya meminta beliau berbincang dengan DYMM Sultan.satu salinan kepada JPA untuk pemilihan bagi memastikan SUK Selangor orang Selangor dan mempunyai pengalaman bekerja di Selangor bagi mengetahui adat kerja. Senarai telah diserahkan lebih daripada tiga bulan sebelum persaraan saya.


Mereka semua pegawai saya dan saya tiada preference kerana saya tiada personal interest (kepentingan peribadi).JPA telah menyenaraipendek tiga nama dan minta disembahkan kepada DYMM Sultan seperti yang dititahkan, berdasarkan integiriti, kredibeliti dan pengalaman. Nama Dato' Khushrin yang teratas dan dua nama lain.

Saya telah bertanyakan senarai negeri beberapa kali daripada (exco Selangor) Dato' Hasan (Ali). Kali pertama dimaklumkan belum selesai wawancara Dato' Nordin yang bercuti dan sekali lagi dimaklumkan telah diserahkan kepada YAB Menteri Besar.Saya perpendapat perkara ini akan di bawa untuk berbincang sendiri dengan DYMM Sultan Selangor. Saya telah kemukakan tiga calon JPA kepada DYMM Sultan Selangor.

Dan DYMM Sultan telah perkenan Dato' Kushrin melalui surat kepada saya yang disalinkan keapda YAB MB. Saya telah memanjangkannya kepada JPA dan perkara ini masih embargo sehingga pengumuman dibuat oleh JPA.

Saya didakwa tidak memaklumkan kepada EXCO kerana saya kira kalau hendak pecahkan rahsia biarlah YAB menteri besar sebab beliau juga mendapat salian surat kerana sebagai YAB MB beliau biasanya kebal, manakala jika saya yang memaklumkannya dan keadaan jadi macam sekarang sudah tentu saya akan dipersalahkan dan boleh didakwa di bawah akta rahsia rasmi.Keadaan yang senyap menyebabkan saya beranggapan perkara ini telah dibincangkan oleh beliau dgn DYMM Tuanku dan tiada masalah.Manakala pengarah JAIS tiada masalah, kalau calon saya adalah Dato' Asmawi berdasarkan kekananan, the most senior (yang paling kanan).

YAB menteri besar menulis memo meminta Tuan Haji Marzuki, saya sembahkan kepada DYMM Tuanku sebagai ketua agama Islam dan Baginda telah perkenan.Saya berpendapat keadaan disebabkan communication brokedown (kegagalan komunikasi) dan juga lack of communiction (kurang komunikasi) di pihak saya dengan YAB menteri besar yang menyebabkan banyak sangat assumption (andaian) digunakan.

ANDA DAH DAPAT PENJELASAN ??? MAKNANYA SEKARANG INI KHALID GAGAP YANG BERSALAH KERANA MEMPOLITIKKAN HAL SEBEGINI.BAIK MINTA MAAF KAT SULTAN SEBELUM TERLAMBAT.NAK TANYA NI ??? KATA TAK NAK DATANG,TAPI KENAPA DATANG JUGA ??? LAIN KALI JANGAN CAKAP TAK NAK DATANG,DIAM-DIAM SUDAH LAH.TAK PERLU NAK CAKAP.JAWAPAN BERKENAAN DENGAN HORMAT SULTAN TU ADALAH JAWAPAN TAK SAHIH,SIAPA SURUH CAKAP TAK NAK DATANG.KAN DAH MALU.TENGOK MUKA PUN DAH TAHU BAHAWA KHALID NI MASIH TAK PUAS HATI LAGI TENTANG PERLANTIKAN SUK TU..APA PUN TERIMA JERLAH SUK BARU TU YER KHALID,SULTAN PUN TAK MEMIHAK MANA-MANA AHLI POLITIK.

POST BY WAYNE...

No comments:

 
 
Blogger Templates