Social Icons

Pages

Monday, April 25, 2011

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK MEMBERI AMARAN KEPADA BLOGGER !!!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak secara rasmi pertama kali bersemuka dengan komuniti penulis blog negara ini dan rantau Asean dimana beliau antara lain menegaskan kerajaan tidak pernah takut dengan kehadiran penulis blog.Pentasnya ialah Persidangan Penulis-penulis Blog Rantau Malaysia-Asean Pertama yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur Semalam.Ia turut diserikan dengan kehadiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

AGENDANEWS melaporkan Pada majlis anjuran Blog House Malaysia yang dihadiri oleh lebih 500 orang penulis blog itu beliau juga mengulangi jaminan kerajaan tidak menyekat kebebasan internet.Dalam ucaputamanya Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan ingin berganding bahu dengan penulis blog serta mengetahui pandangan mereka.

"Saya percaya hubungan ini akan menjadi hubungan penting yang berlandaskan sikap saling menghormati. Mungkin kita tidak boleh mempunyai pendapat yang serupa sepanjang masa, tapi kita tidak boleh bermusuhan.Apa yang penting bagi kita ialah mengetengahkan pandangan anda (penulis blog),termasuklah pandangan yang bersifat membina dan dengan cara ini kita dapat sama-sama membina sebuah negara Malaysia dan masa depan yang lebih baik untuk kita," kata beliau.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata era 'kerajaan tahu semuanya' sudah berlalu dan kini kerajaan perlu mengetahui pandangan serta kritikan para penulis blog yang mewakili masyarakat Malaysia.

"Tapi,kita perlu wujudkan garis sempadannya,jika kita gunakan ruang siber untuk menyebarkan pembohongan dan hal-hal separuh benar,ia suatu perbuatan yang tidak betul. Saya bersetuju dengan Tun Dr Mahathir bahawa perlu ada garis sempadan yang tidak boleh kita langgar," kata beliau.


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sekiranya penulis blog tidak melampaui garis yang ditetapkan,beliau percaya mereka boleh memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan yang lebih gemilang untuk Malaysia dan Asean.kerajaan yang memerintah bukan saja dicabar oleh gerila dan tentera upahan yang dilengkapi pelbagai senjata canggih, tetapi juga oleh laskar siber yang melancarkan peperangan virus melalui pengunaan papan kekunci dan pad kekunci serba canggih serta telefon pintar seperti yang dapat dilihat dalam perang "Twitter" di Iran dan Revolusi "Facebook" di Mesir.

"Kita juga antara peminat Facebook paling tegar - terdapat 10.1 juta pengguna FB.Saya berani mengatakan bahawa Malaysia memiliki sfera blog paling meriah di dunia dan semangnya yang cukup bebas,walaupun mungkin bukanlah yang paling bebas.Sekali lagi,rakyat Malaysia perlu berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir tentang hal ini.Ketika beliau menjadi Perdana Menteri dan Malaysia sedang membangunkan Koridor Raya Multimedianya,Tun berjanji kepada dunia,Malaysia tidak akan menapis kandungan Internet.Kerajaan pimpinan saya komited sepenuhnya terhadap pandangan bijak beliau itu,kami tidak akan memungkiri janji beliau," katanya.

Beliau yakin Internet merupakan enjin bagi pertumbuhan ekonomi serta portal yang menjadi hidangan untuk masyarakat berilmu.

"Ini terpakai bagi semua masyarakat, malah kerajaan yang tidak begitu berminat dengan sisi demokrasi yang terdapat pada demokrasi digital pun boleh menggunakan bahagian digitalnya kerana implikasi ekonomi yang terdapat padanya terlalu besar untuk diketepikan.Media sosial, blogging dan microblogging,mampu merapatkan hubungan antara negara kerana untuk julung kalinya dalam sejarah manusia,orang boleh berkomunikasi antara satu dengan lain secara tepat masa dan tanpa perlu menunggu berhari-hari atau berminggu-minggu untuk mendapatkan surat," katanya.


Persidangan dua hari itu,yang bermula Sabtu dengan tema "Blogging Mindfully and Responsibly".Persatuan ini menyediakan platform yang memiliki mekanisme defensif bagi melindungi golongan penulis blog yang menghasilkan tulisan tentang Malaysia dan yang berpusat di Malaysia.Matlamat persidangan ini adalah untuk menghimpunkan penulis blog dari rantau Asean dan mengetengahkan kekangan yang mereka hadapi serta rintangan yang mungkin mereka alami dalam menangani pelbagai isu.

Sementara itu Tun Dr Mahathir pada ucapanya sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan agar media arus perdana dalam negara harus sesekali menjadi pengkritik kerajaan.Beliau berkata ramai yang tidak bersedia untuk mengkritik kerajaan kerana mereka beranggapan mesti menyokong kerajaan sentiasa.Tun Dr Mahathir berkata media arus perdana juga mengamalkan tapisan berita sendiri dan ini memberi persepsi salah, seolah-olah berita mereka ditapis oleh kerajaan.

"Jadi kerajaan kadang-kadang mendapat pandangan yang berat sebelah tentang apa yang dimahukan oleh rakyat. Mereka (media) berpendapat harus lakukan tapisan sendiri.Dan ini sudah pasti memberi tanggapan bahawa kerajaan yang menyekat mereka," katanya.

Tun Dr Mahathir yang juga penaung kepada Blog House Malaysia,penganjur persidangan itu berkata kritikan membina harus diberi demi kebaikan negara.Katanya semasa penulis blog harus memberi layanan adil kepada kerajaan dan rakyat di laman blog mereka, penulis blog juga harus dilayan secara adil dan saksama

SILA LIHAT VIDEO DI BAWAH



UCAPAN OLEH TUN DR MAHATHIR PENAUNG BLOG HOUSE MALAYSIA



UCAPAN DARI DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK

KEPADA RAKAN-RAKAN BLOGGER,TERIMA KASIH KERANA MEMBERI TUNJUK AJAR KEPADA SAYA !!!

APA PUN YANG AKAN TERJADI,SAYA AKAN MEMBERIKAN FAKTA YANG JELAS BAHAWA PAKATAN TIDAK BOLEH MEMERINTAH MALAYSIA !!!

No comments:

 
 
Blogger Templates