Social Icons

Pages

Friday, August 05, 2011

CNN DILOBI OLEH DATUK SERI NAJIB ???


Stesen penyiaran antarabangsa CNN menafikan dakwaan bahawa wawancara yang baru-baru ini yang diadakannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak adalah hasil lobi oleh sebuah firma perhubungan awam antarabangsa.Sebuah laporan berita yang diterbitkan oleh pertubuhan media berpangkalan di Amerika Politico memetik jurucakap CNN berkata dakwaan yang dibuat oleh laman web Sarawak Report tersebut adalah tidak benar.

"Wawancara CNN dengan Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini diaturkan oleh CNN sendiri dengan pejabat PM,” kata Politico yang memetik jurucakap CNN Lauren Cone.

Sarawak Report,yang diasaskan oleh wartawan Clare Rewcastle Brown, yang juga adik ipar bekas Perdana Menteri Britain Gordon Brown,mendakwa kononnya firma perhubungan awam FBC Media Ltd,yang berpangkalan di United Kingdom dibayar jutaan ringgit bagi menaikkan imej pemimpin berkenaan di luar negara.Ia juga mendakwa kononnya CNN adalah antara stesen penyiaran antarabangsa yang menyiarkan program berita TV yang diterbitkan oleh FBC bagi mempermantapkan kedudukan Datuk Seri Najib Abdul Razak dan bagi menangkis semua kritikan yang dilemparkan terhadap mereka.Ini,jika terbukti benar,adalah bercanggahan dengan peraturan badan penyiaran antarabangsa.


Sarawak Report juga mendakwa CNN telah menyiarkan beberapa program terbitan FBC, termasuk wawancara Datuk Seri Najib Abdul Razak oleh presiden syarikat itu,John Defterios.Wawancara terakhir dibuat awal bulan ini,semasa lawatan rasmi Datuk Seri Najib Abdul Razak ke London,selepas pihak polis di Malaysia didakwa kononnya bertindak kasar ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

Meskipun Datuk Seri Najib Abdul Razak ditanya mengenai himpunan itu,namun menurut pengkritik,Defterios gagal mencabar perdana menteri mengenai rasional di sebalik taktik keras yang digunakan pihak berkuasa bagi menggagalkan perhimpunan berkenaan.

Sarawak Report juga mendakwa Defterios,seorang bekas pengacara bisnes CNN adalah presiden dan pemegang saham dalam syarikat induk FBC iaitu FBC Group Ltd.Walaupun CNN mengakui terdapat hubungan antara Defterios dengan FBC, stesen televisyen antarabangsa itu berkata Defterios "menjadi kakitangan tetap dengan CNN pada Mac, yang ketika itu telah menamatkan hubungannya dengan FBC”.Namun,menurut Cone,tidak terdapat sebarang kontrak antara CNN dan FBC bagi menyiarkan sebarang kandungan editorial di CNN.

CNN PULAK KENA FITNAH !!!

APA PULAK CERITA PASAL AL-JAZEERA ???

YANG JELAS MENGHENTAM MALAYSIA !!!

SIAPA YANG BAYAR YEK ???

2 comments:

Anonymous said...

NAJIB DAN ROSMAH KINI DIANGGAP LIABILITI DLM UMNO MAHUPUN BN.

BIAR LAH DIA NAK BERCAKAP KAT MANA2 STESEN TV PUN...KEDUDUKAN DIA PUN KIAN MERUNCING DAH...

KALU TAKAT CNN MENAFIKAN ITU BIASA LA..TAKKAN LA CNN DAH DAPAT RM JUTA2 TAK LEH CAKAP PENAFIAN PUN...TAKAT NAFI SIAPA PUN BOLEH KATA DAN CAKAP...KAN?

MAHATHIR NAK JUMPA BUSH PUN KENA BAYAR JUTA2 RM GAK...ITU MAHATHIR TU!!

TAKAT NAJIB...SAPA NAK LAYAN!!! KALU NAK BAYAR LA...MASUK TV3 BOLEH LA FREE JUAL AIR LIUR..

KE..KE..KE..

JGN MARE...BULAN POSE NI!!

lie said...

mmg la menafikan tu mudah tapi memfitnah pun mudah... anda tau ke mahathir bayar juta2 nak jumpa bush... anda tukang bawak duit tu yer... ni pun anda nampak ke transaksi najib bayar juta2... pada saya anda sakit.. sakit x percaya pada kebenaran dan sakit pada hati... pada anda semua pemimpin kerajaan dusta dan pemimpin pembangkang semua benar... muhasabah lah diri dan asal usul serta nikmat yang telah anda perolehi... segalanya tidak datang sendiri... banyak lagi negara yang masih miskin dan terhimpit... wasalam

 
 
Blogger Templates