Social Icons

Pages

Monday, September 26, 2011

PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD !!! INI JAWAPAN LIM GUAN ENG !!!


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengancam keseluruhan kepimpinan parti itu akan meletakkan jawatan jika pelaksanaan hukum hudud dipaksa dimasukkan ke dalam rangka kerja Pakatan Rakyat.Kenyataan itu dibuat ketika kepimpinan dijadual mengadakan mesyuarat Rabu ini untuk membincangkan isu yang sudah lama berlarutan.

Menurut laporan Star Online,Lim menekankan bahawa Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP,PAS dan PKR dibentuk berdasarkan dasar bersama dan persefahaman, khususnya dalam isu-isu berkaitan dengan usaha melawan rasuah dan mempertahankan keadilan.Hukum hudud, kata beliau, tidak pernah dimasukkan ke dalam rangka kerja bersama Pakatan Rakyat atau Buku Jingga, dan oleh itu tidak seharusnya menjadi sebahagian daripada agenda perikatan itu.

“Oleh itu jika pelaksanaan hukum hudud digariskan dalam rangka kerja dasar bersama dan Buku Jingga, keseluruhan jawatankuasa pusat parti akan meletakkan jawatan,” kata beliau selepas merasmikan Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan di sini.

Kedua-dua PAS dan DAP bertembung dalam mencari penyelesaian berhubung kontroversi tersebut.semalam,Anwar Ibrahim berkata pihaknya akan menyelesaikan isu terbaru membabitkan hasrat PAS mahu mengadakan hukum hudud pada mesyuarat kepimpinan perikatan itu Rabu ini. Anwar Ibrahim bersetuju bahawa kesemua parti perlu mencapai konsensus berhubung isu sensitif ini yang melibatkan pendirian DAP dan PAS sejak sekian lama.

sebelum ini,Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh menggesa Pakatan Rakyat memanggil mesyuarat tergempar kepimpinan dengan segera bagi menyelesaikan kontroversi berkaitan hukum hudud.Karpal juga secara terbuka mengkritik hasrat kerajaan negeri Kelantan menegaskan,pihaknya akan sentiasa menolak pembentukan negara Islam.kelewatan menangani isu semasa ini akan menjejaskan keyakinan rakyat ke atas Pakatan Rakyat khususnya di kalangan bukan Islam.

“Mesyuarat tergempar mesti diadakan dengan segera untuk menjelaskan pendirian Pakatan dalam isu ini dan kontroversi ini mesti berakhir,” katanya.

Khamis lalu,Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

5 comments:

nok said...

salam sejahtera...ini lah akibat dari tindakan Nik Aziz yg tak pernah berfikiran resional jauh sekali berlapang dada dlm menangani isu hudud ni dlm keghairahan nak memancing undi melayu....disamping prinsip perjuangan yg macam biskut sekejab ada sekejab hilang....dan tidak ikhlas melainkan dendam kesumat bersarang di hati terhadap UMNO.....nah sekarang tunjukan lah bahawa pas benar2 nak menegakkan hukum hudud dgn tidak menuding jari pada Umno.....

Anonymous said...

YANG UMNO BISING2 PASAL PAS + DAP BUAT APA?

WALAU APA PUN TQ BYK2 KERANA UMNO BG PROMOSI PERCUMA KPD PAS+DAP...

Anonymous said...

Satu daripada amalan APEK2, nak sedap sekali habuan rasuah adalah menyediakan Amoy2 macam China Doll berenang atas katil..

Kalau hudud dilaksanakan, habis le semua kena rejam.. macam mana nak buat bisnes tanpa rasuah? Memang semua kena gulung tikar.

Ini mesti satu2 sebab mereka berkeras tak nak sangat Hukum Hudud. Yang masih hidup pun, ramai yang akan kudung dua tangan!

Mesti takleh duk diMalaysia lagi, nak balik China, sana lagi dasyat, kena tembak kepala kalau rasuah..

Anonymous said...

kempimpinan tiada pendirian....binginilah perangai FUCKATAN.....suka2 hantam...tak kira apa depan belakang bini org dan tak kira tempat atas kereta api pun hantam......adakah Pas ini serious... nak lakukan Hudud ni, ini undang2 ALLAH...salah perhitungan tenggelam satu kelantan di telah bumi...fikir la cara rasional jangan dok asyik ikut sedap rasa....

Anonymous said...

AKU KIRA UMNO NAK LAKSANA HUDUD KOT?

SEBOK SGT SURUH PAS BUAT, TAPI PAS TAK MAMPU LAGI BUAT MASA SKRG!

NAMUN UMNO BERIYA2 SGT SURUH PAS BUAT HUDUD, MELAGAKAN PEMIMPIN PR PASAL HUDUD..

TAPI AKU YAKIN, UMNO AKAN AMBIL ALIH TUGAS PAS LAKSANA HUDUD JUGA...INSYAALLAH...SEBAB UMNO LAH YG BERKUASA SKRG NAK PINDA PERLEMBAGAAN...

AKU SOKONG SGT2 UMNO BUAT HUDUD...GERENTI ORG PAS AKAN SOKONG UMNO SOLID PUNYA JIKA UMNO ADA HASRAT AMBIL ALIH TUGAS PAS NAK BUAT HUDUD...GERENTI UMNO MEMANG BESAR PUNYA...

AMACAM!!

 
 
Blogger Templates