Blogger Kickdefella atau Syed Azidi Syed Abdul Aziz mengalu-alukan langkah Husam Musa,mengemukakan saman terhadapnya,sekali gus membuka peluang dirinya membuat pembelaan terhadap dakwaannya sebelum ini.Menurutnya,saman tersebut bukan sahaja memberi ruang kepada Naib Presiden Pas membersihkan namanya,tetapi juga memberi peluang untuk beliau mempertahankan dakwaan, supaya sah diterima dari segi perundangan.
“Saya turut dimaklumkan penyaman (Husam) akan mendapatkan perintah injunksi menghalang saya daripada membuat sebarang pendedahan baru terhadap beliau dan menghalang mana-mana pihak menyebarkan tulisan saya terdahulu.Suka saya memaklumkan bahawa,saya bersedia mempertahankan hak saya itu di mahkamah dan menggesa pihak penyaman tidak menggunakan tindakan ex-parte (langkah sebelah pihak) dalam hal ini,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan di blog
KLIK DI SINI
Sebelum ini Husam memfailkan saman fitnah RM5 juta terhadap Syed Azidi berhubung penyiaran tiga artikel didakwa memfitnah Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu.Syed Azidi sebelum ini, pernah mencabar Husam mengambil tindakan undang-undang,sekiranya benar beliau berbohong dalam kenyataan mendakwa dia menerima RM350,000 sebagai pampasan dan pembayaran kos tertunggak, selepas kontraknya di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMKB) ditamatkan pada 10 November 2009.Beliau juga pernah mendakwa diarah oleh pemimpin Pas untuk mewujudkan persepsi negatif bagi memburukkan pentadbiran Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi bagi memastikan Pas terus kekal memerintah di Kelantan dengan bayaran RM 4 juta.
Menegaskan perkara itu,Syed Azidi berkata,tindakan menghalangnya menggunakan hak untuk menulis dan menyampaikan maklumat adalah berasaskan ketakutan, terutama pada saat pilihan raya umum semakin dekat.Menurutnya, tulisan beliau sebelum ini,mempunyai kepentingan awam, khasnya kepada rakyat Kelantan dan buktinya Kerajaan Negeri beberapa kali mengambil tindakan susulan terhadap bahan penulisannya.
““Saya memberikan perakuan bahawa saya akan melawan saman ini dengan dada yang lapang, berhemah dan penuh rasa hormat kepada undang-undang dan sistem kehakiman Malaysia. Saya berharap mahkamah tidak sekali-kali digunakan sebagai pentas sarkas untuk kepentingan politik penyaman,” katanya.
Jawatan Kosong
KICKDAFELLA AKAN MENUNGGU ANDA HUSAM !!!
KITA LIHAT SIAPA YANG KENA !!!

1 comment:
KITA TENGOK SIAPA YANG KENA KALI NI..PEKUNG SIAPA YANG PECAH NANTI AKAN DIUKETAHUI.
Post a Comment