Social Icons

Pages

Sunday, October 16, 2011

KES LIWAT ANWAR IBRAHIM !!! SAH !!! ANWAR MELIWAT SAIFUL !!!


Rakaman video di bawah diambil dan diterbitkan keadilantv pada 30 Jun 2008 jam 6.45 petang, yakni lima hari selepas Anwar Ibrahim didakwa meliwat bekas pembantu,Mohd Saiful Bukhari Azlan.Sila perhatikan rakaman permulaan iaitu ketika Anwar membongkok keluar dari keretanya serta berpusing hampir 180 darjah ketika melayan para pemberita dan penyokongnya.Rakaman ini diambil sebaik sahaja Anwar keluar dari persembunyiannya dari Kedutaan Turki, Kuala Lumpur, sebaik sahaja mendapat tahu bekas pembantunya, Mohd Saiful membuat laporan polis pada 28 Jun 2008 yang mengadu telah diliwat olehnya.



Mohd Saiful,membuat laporan polis bernombor 4350/08 di Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur pada 28 Jun 2008 pukul 5.45 petang di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang berbunyi :

“Saya, Mohd Saiful Bukhari bin Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya.Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai.Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim – Ketua Umum PKR”.

Difahamkan ketika Mohd Saiful membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, Anwar bersama-sama aktivis-aktivis parti Keadilan bermesyuarat di Quality Hotel Shah Alam panik setelah mendapat berita laporan polis tersebut.YB Datuk Zulkifli Noordin yang ketika itu Ahli Parlimen PKR Bandar Baru Kulim ketika ditemui mengesahkan beliau berada bersama-sama Anwar di Quality Hotel pada tarikh pengadu membuat laporan polis itu.

“Banyak dalam kes Saiful ini kita mula ragu. Apatah lagi bila tengok cara Anwar bertindak.Saya sendiri terlibat dalam tahun 1998. Kita lawan, tapi dalam kes Saiful, kita lari. Anwar pergi ke Kedutaan Turki”, katanya

Ketika ditanya kenapa Anwar memilih pendekatan melarikan diri,seolah-olah membuktikan dirinya bersalah,YB Datuk Zulkifli Noordin berkata itulah ‘kunci’ yang menimbulkan keraguan.


“Itu yang menimbulkan keraguan. Kenapa Anwar nak lari ??? Lepas itu kita buat pula mesyuarat dalam (Quality Hotel) itu. Masa itu kita buat keputusan,kita buat cerita yang Anwar nak kena bunuh.Ingat lagi kenyataan Wan Azizah dengan Syed Hussin Ali bahawa Anwar nak kena bunuh. Ada snipper(penembak) nak cari dia.Saya ingat lagi, malam itu bagaimana kita berbincang nak buat surat sumpah palsu untuk Rahimi dan lain-lain. Saya rasa Rahimi sekarang ini pun dah confirm bahawa dia kena buat surat sumpah palsu.Jadi, saya antara orang yang terlibat 1998, tengok benda ni semua, (mula tertanya-tanya) eh..apa hal ni ??? Kenapa buat macam ni? Kita mula bertanya. Mula bertanya, itulah kunci sebenarnya.

“Kuncinya dalam insiden pertama, 1998, kesilapan besar yang dibuat kami, tak pernah tanya. Kita terima bulat-bulat apa yang Anwar cerita. Tapi bila kita kena yang kedua ini, kita tanya, sebab kita tengok semua ini.Kita mula tanya, kenapa Anwar buat macam ni ??? Kenapa dia nak lari ??? Polis minta DNA, masih ingat lagi, awal-awal lagi polis dah minta sampel air mani. Bagilah (DNA) kalau bukan kau. (Tapi) dia tak mahu bagi”, katanya.

Muhammad Rahimi bin Osman dalam Akuan Bersumpah dan laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang pada 6 Oktober 2010 mengesahkan pendedahan Zulkifli itu.

“Saya menerima panggilan telefon bertalu-talu ketika itu tetapi saya enggan menjawab mana-mana panggilan. Saya hanya menjawab panggilan dari Ibrahim Yaacob mengatakan DSAI ingin berjumpa dengan saya di Quality Hotel.Saya pulang ke rumah berjumpa dengan bapa saya, bapa saya menasihati saya untuk berjumpa sahaja dengan DSAI di Quality Hotel.Lewat malam 26 Jun 2008, saya tiba di Quality Hotel. Terdapat ratusan penyokong PKR dan juga orang-orang kanan DSAI. Saya naik ke tingkat 10, dibawa oleh Badrul Hisham dan terus berjumpa dengan DSAI”, kata Rahimi dalam pengakuan bersumpahnya.

Menurutnya, sebaik sahaja menemui Anwar di Quality Hotel, Ketua Umum PKR itu mengajaknya berbincang secara personal berkenaan kes Mohd Saiful.Apabila Rahimi memberitahu ‘kes peribadi’ yang Mohd Saiful ceritakan kepadanya, Anwar kelihatan sangat cemas.

“DSAI kemudian menarik saya di sebuah bilik dan menanyakan saya apa yang telah Saiful beritahu saya. Saya secara ringkas memberitahu DSAI bahawa Saiful telah beritahu saya awal lagi bahawa DSAI telah meliwatnya, termasuk lokasi kejadian seperti kondominium, Hong Kong, Bangkok dan Singapura.DSAI nampak sangat cemas pada ketika itu dan beliau menyuruh saya untuk tidak memberitahu sesiapa meskipun pihak polis bahawa Saiful telah menceritakan semuanya kepada saya.DSAI kemudiannya terus mengarahkan peguam Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli untuk menguruskan saya.Peguam tersebut sedang menyiapkan satu Akuan Bersumpah untuk saya tandatangani. Dalam masa yang sama, saya minta untuk pulang tetapi mereka tidak mengizinkan. Mereka mengarahkan saya untuk tidur di Quality Hotel bersama seorang lagi rakan bernama Rashid (Rosidi)”, katanya.

Ketika Rahimi dan Rashid ditahan di Quality Hotel pada 26 Jun 2008, pihak polis belum pun lagi memulakan siasatan di atas kes yang diadukan oleh Mohd Saiful, namun Anwar sudah dapat menjangkakan apa yang akan berlaku selanjutnya dengan menahan kedua-dua pembantunya serta memaksa menandatangani pengakuan bersumpah palsu yang dikarang oleh para peguamnya.

Jika benar,Anwar tidak meliwat Mohd Saiful seperti yang didakwa, kenapa beliau terkejut dan cemas selepas diberitahu bekas pembantunya itu membuat laporan polis serta beliau memanggil Rahimi dan Rashid serta menahan mereka berdua di Quality Hotel untuk dibuat pengakuan bersumpah palsu ?Dan jika benar, aduan meliwat itu tidak benar, kenapa Anwar sampai melarikan diri bersembunyi ke Kedutaan Turki pada 29 Jun 2008 ???

KLIK DI SINI

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

Tersungkurnya pemimpin bernama Anwar al Juburi...dan pemimpin2 kanan dalam PKR....ucapkan selamat tinggal buat PKR....parti anda akan tinggal nama dan meninggalkan kekotoran di bumi malaysia utk generasi akan datang...Perkataan anugerah tuhan sudah tukar menjadi parti dilaknat tuhan...astarfirllah al azim....utk keluarga al juburi...rakyat akan meludah 7 keturunan zuriat Anwar alJuburi.....dasyat sekali azab itu....

 
 
Blogger Templates