Social Icons

Pages

Tuesday, November 29, 2011

APA LAGI ZURAIDAH MAK LAMPIR MEREPEK NI ???


Iltizam Zuraidah Kamaruddin untuk menjatuhkan Barisan Nasional dengan menggunakan isu lembu fidlot NFC,begitu kukuh dan keyakinannya itu disuarakan dalam ucapannya semasa Kongres Nasional PKR Ke-8 di Johor Bharu.Zuraidah yang tetap berpegang kepada pendapat awalnya bahawa program lembu fidlot adalah satu kegagalan, melangkau lebih jauh apabila cuba mengaitkan Ketua Wanita UMNO yang sangat dicemburuinya dalam drama ciptaan terbarunya itu.

Permasalahan lembu fidlot NFC sebenarnya tidaklah terlalu besar. Laporan daripada Ketua Audit Negara sekadar menjelaskan tentang kegagalan dan kelewatan pihak kerajaan untuk menyiapkan prasarana sekaligus membantutkan program tersebut. Bagaimanapun, sebagai makhluk PKR yang pandai memutarbelit, Zuraidah Kamaruddin yang lebih dikenali sebagai Mak Lampir, mencipta cerita dongeng untuk meyakinkan para penyokongnya dan menjadikannya sebagai sensasi.

Fitnah yang dilemparkan oleh ketiga-tiga orang pemimpin PKR iaitu Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution dan Zuraidah Kamaruddin telah terjawab.Begitu juga dengan lemparan fitnah yang dilakukan oleh portal tajaan Zionis,Meloyakini,juga telah dijawab dengan pembuktian yang ternyata tidak menyebelahi mereka.


Jumlah lembu yang terdapat di kandang fidlot ternyata menepati sasaran penyembelihan pada tahun 2010 iaitu 8000 ekor. Justeru, kalau dicampur pada kemasukan lembu-lembu yang baru, jumlah tersebut berkali ganda daripada sasaran pada tahun 2010. Sekaligus menunjukkan sasaran 60,000 ekor lembu menjelang 2015 akan jadi kenyataan.

Apa lagi yang hendak ditemberangkan oleh Zuraidah Kamaruddin yang cukup terkenal dengan isu-isu fitnah ciptaannya ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

ANDA INGIN MELIHAT PEMBONGKARAN NFC ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

No comments:

 
 
Blogger Templates