Social Icons

Pages

Wednesday, November 16, 2011

HOT NEWS !!! RONNIE LIEW PUSING CERITA BERKENAAN ISU PUSAT HIBURAN DI SELANGOR ???



Exco Selangor Ronnie Liu Tian Khiew hari ini menerima kritikan hebat daripada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) kerana sering berdolak dalih apabila berdepan isu pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan di musim hujan.Sebaliknya beliau menuding jari kepada pasukan polis dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana gagal memberi kerjasama dalam kerja-kerja penguasaan.Ronnie dikritik setelah gagal memberi jawapan yang memuaskan ketika sesi penggulungan pembahasan Bajet 2012 sidang Dewan Undangan negeri (Dun) Selangor.

Datuk Johan Abd Aziz (BN-Semenyih),ketika ditemui pemberita di lobi Bangunan Annex berkata,tiada sebarang pembaharuan dilakukan oleh Exco berkaitan sehingga banyak pusat hiburan di kawasannya tumbuh bagai cendawan di musim hujan.

“Terdapat 21 pusat hiburan seperti karaoke, snuker dan permainan video dikesan di kawasannya membabitkan Taman Tasik Semenyih, Pekan Semenyih dan beberapa tempat lain.



FMT Melaporkan Sedangkan menurut Johan,Ronnie selaku Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan,Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor,mengatakan hanya terdapat empat pusat hiburan yang sah di kawasan Semenyih pada sidang Dun minggu lalu.

“Ronnie beritahu ada empat pusat hiburan yang sah sedangkan saya kata ada 21 pusat hiburan di Dun Semenyih sahaja. Bila penguatkuasaan hendak dibuat sedangkan PBT ada kuasa untuk tutup pusat-pusat hiburan ini ??? Maka saya minta beliau tetapkan tarikh untuk bertemu dengan pihak polis daripada terus berdolak dalih dan menyalahkan pihak penguasa terbabit.

Minggu lalu saya buat dialog dengan polis.Polis tiada maklumat tentang jumlah pusat hiburan haram tetapi mereka kata jika dijemput oleh Exco mereka akan turun padang.

“Saya minta Exco berkenaan tetapkan tarikh dan turun padang. Jangan asyik nak minta fakta sedangkan itu bukan kerja saya,” katanya.


Sulaiman Abdul Razak (Permatang-BN) pula mendedahkan dalam dewan,pusat hiburan kini menjadi mercu tanda di Kuala Selangor dan mendakwa kewujudan sebuah rumah urut dua tingkat di belakang ibu pejabat milik Ahli Parlimen PAS.Beliau berkata sebelum tahun 2008 tidak ada pusat hiburan sedemikian, malah turut dikesan 19 rumah tumpangan di Kuala Selangor yang diragui sama ada mempunyai lesen yang sah atau sebaliknya.

Wong Kun Moon (Kuala Kubu Bharu-BN) yang turut bertanya soalan lisan kepada Ronnie berkata bahawa beliau bersedia untuk membawa Exco berkenaan untuk meninjau kawasan pusat hiburan tersebut.

“Saya boleh bawa Exco untuk lihat kawasan pusat hiburan itu. Kalau kata polis tidak memberi kerjasama biar saya yang bawa. Kawasan Sijangkang pun banyak, tidak perlu bukti lagi.Mana Exco (Ronnie) tahu polis tidak mahu bekerjasama dengan PBT ??? PBT yang sepatutnya bekerjasama.Ini PBT punya kuasa, polis tidak akan tahu sama ada pusat hiburan itu ada lesen atau tidak,” katanya.

Terdahulu ketika sesi penggulungan perbahasan Bajet 2012, Ronnie meminta kerajaan Persekutuan menggubal akta yang lebih berkesan dalam menangani isu pusat hiburan tersebut.Beliau berkata polis mempunyai kuasa yang lebih besar daripada PBT memandangkan agensi berkuasa terbabit boleh menangkap dan mendakwa pemilik pusat hiburan haram ini ke mahkamah.



“PBT ada hak untuk sita dan beri kompaun namun malangnya dibawah undang-undang hanya mengenakan hukuman denda RM1,000 kepada pengusaha pusat hiburan. Pengusaha tidak takut, maka kita minta kerajaan pusat gubal akta agar lebih berkesan.Ini kerana kuasa besar ada pada polis. Polis boleh bawa dan tangkap mereka dan dakwa di mahkamah,” tegas beliau.

AIK ???

DAH BERTAMBAH ???

KATA,KALAU PAKATAN DAPAT SELANGOR BOLEH KURANGKAN PUSAT HIBURAN ???

BOLEH TUTUP KILANG CARSLBERG ???

APA CITA NI KHALID GAGAP ???

No comments:

 
 
Blogger Templates