Social Icons

Pages

Tuesday, January 17, 2012

50 PERATUS DAH DAPAT BANTUAN BR1M !!! ANDA BAGAIMANA ???



Lebih 50 peratus daripada 4.1 juta borang pemohon skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diterima dari seluruh negara, mula menikmati pembayaran bantuan tersebut dalam bentuk baucar tunai Ahad.Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata pembayaran dibuat kepada kumpulan pertama ini walaupun tempoh permohonan skim itu dilanjutkan lagi sehingga 10 Feb ini.

“Kita masih lagi buka pendaftaran sehingga Februari depan.Ini kerana dalam mesyuarat kita bersama-sama timbalan menteri, setiausaha politik, anggota parlimen, setiausaha kerajaan negeri dan pegawai daerah, mereka menyatakan masih terdapat individu yang layak belum mendaftar,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan baucar tunai BR1M kepada 1,500 penerima dari kawasan Parlimen Tambun di sini.

Ahmad Husni yang juga anggota Parlimen Tambun berkata bagi negeri Perak sebanyak 237,000 penerima layak menerima BR1M yang mula diserahkan mulai Ahad.Konsep BR1M adalah berdasarkan kelayakan, di mana mereka yang layak akan menerima bantuan itu, jadi pihaknya melanjutkan lagi tempoh pendaftaran untuk bantuan berkenaan bagi memberi lebih masa kepada mereka yang layak untuk memohon, katanya.

Beliau berkata tempoh pembayaran skim BR1M akan dilaksanakan selama dua bulan mulai hari ini hingga 15 Mac, bagi memastikan pembayaran dapat dilaksanakan secara tersusun dan lancar supaya tidak ada pemohon yang layak menerimanya tercicir.Semua penerima yang layak akan dibayar dalam bentuk baucar tunai RM500 dan mereka boleh menunaikan baucar itu di kaunter-kaunter bank Bank Simpanan Nasional (BSN),CIMB Bank dan Maybank yang ditempatkan pada majlis penyerahan.

Selain itu baucar tunai yang mempunyai tempoh sah laku sehingga 15 April depan juga boleh ditunaikan di mana-mana cawangan bank tersebut di seluruh negara.Ahmad Husni berkata dalam pembangunan ekonomi negara,kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua rakyat menikmati pembangunan itu. – BERNAMA

SEKIRANYA ANDA INGIN MEMBUAT SEMAKAN

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

5 comments:

Wak Labu Farm said...

Dah nazak baru ingat nak beri RM500. Itu pun hanya sekali se umur hidup!

Rakyat di bebankan berbagai cukai - segala2 nya kena cukai - seumur hidup di kena kan cukai.

Jangan ingat RM500 ini boleh selamat kan riwayat UMNO.

Anonymous said...

Mana janji pakatan haram kat selangor anon.orang tua aku sampai sekarang x dpt voucher,aku x dpt air percuma.kata dpt semua ni.khalid gagap bagi janji kosong .sial khalid gagap.menyesal aku pangkah pakatan haram sbb janji2 manis di taburkan

Anonymous said...

wak-labu said...

Dah nazak baru ingat nak beri RM500. Itu pun hanya sekali se umur hidup!

Rakyat di bebankan berbagai cukai - segala2 nya kena cukai - seumur hidup di kena kan cukai.

Jangan ingat RM500 ini boleh selamat kan riwayat UMNO.
January 17, 2012 12:09 AM

...KARAJAAN PR TAK MAMPU NAK BERI SEBAB DUIT HABIS DIREMBAT PEMIMPINNYA...JANJI TAK TUNAI..PENIPU RAKYAT...PAKATAN ROSAK

panjang said...

Bg pn ang kata x bg lg la ampa ka...syukur ja la..ntah2 ang dengki pa..

Anonymous said...

Satu Rakyat Miskin dapat RM 500..Satu Menteri dapat RM 250 Juta....


kah..kah..kah..kah.. lembu pun lbh berniai dr seorang manusia..lembu harga RM 3 ribu, seorang manusia di Mesia cuma RM 500...

ka..ka..ka..ka..

 
 
Blogger Templates