Social Icons

Pages

Saturday, February 04, 2012

ISU NFC DAN KENYATAAN TAN SRI RAFIDAH AZIZ !!! INI JAWAPAN DATUK SERI SHAHRIZAT !!!


Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil berkata beliau “tidak akan lari” daripada isu Perbadanan Fedlot Kebangsaan (NFC) namun tidak akan tunduk kepada desakan untuk meletak jawatan sebagai Menteri dan Ketua Wanita Umno.

"Saya hendak perjelaskan kedudukan saya sebagai menteri,saya serahkan kepada YAB Perdana Menteri untuk menentukannya.Oleh kerana saya sangat menghormati PM, keputusan sama ada saya berada dalam Kabinet atau tidak,saya serahkan kepada PM,” katanya

"(Mengenai) kedudukan saya sebagai Ketua Wanita,sudah pastilah cabaran yang saya lalui selama ini menguatkan semangat saya. Kalau Ketua takut menyahut cabaran, dia tidak boleh jadi Ketua," katanya kepada pemberita sejurus pulang menunaikan umrah di Mekah.

Sharizat berkata beliau menghormati Tan Sri Rafidah Aziz walaupun beliau menggesanya untuk meletak jawatan susulan isu NFC yang membabitkan suaminya.

"Saya tidak baca komen Tan Sri Rafidah Aziz tetapi tumpuan saya pada wanita UMNO dan saya menghormati Tan Sri Rafidah Aziz,” kata Sharizat.

"Saya hormat beliau sebagai bekas Ketua Wanita UMNO,jadi menjadi tugas saya sekarang adalah untuk memastikan Wanita UMNO bekerja dengan kemantapan yang baik sekali," katanya.

“Kalau kita tengok Wanita UMNO hari ini, mereka tidak akan lari daripada masalah," tambah beliau.


Antarapos Melaporkan Bagaimanapun Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil berkata pihak dari Umno yang mendesaknya untuk meletak jawatan adalah mereka yang lupa susur galur perjuangan sayap itu.

"Kalau mereka tahu salasilah Wanita UMNO, jadi mereka yang buat saranan sudah lupa ada sejarahnya," katanya.

Kalangan pemimpin Wanita Umno sebelum ini membidas Rafidah kerana mendesak supaya Sharizat berundur memandangkan sayap itu memberi sokongan kepada bekas Ketua Wanita itu ketika beliau dituduh memberi Permit Import (AP) kepada kroni dan anggota keluarganya pada tahun 2005.Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membayangkan bahawa beliau mempunyai sokongan kuat daripada ahli Umno dan akan terus menjalankan tanggungjawabnya memimpin sayap itu.

"Adalah saki baki yang tidak menyokong saya itulah biasa,saya menghormati hak mereka tetapi saya sebagai wanita akan terus pastikan wanita terus bersatu padu," katanya.

NFC dibelit kontrovesi setelah Ketua Audit Negara menegur syarikat itu kerana tidak menepati sasaran bersabit kontrak ternakan lembu daging.Pembangkang Kononnya mendakwa syarikat itu yang dikuasai oleh suami Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil menggunakan pinjaman kerajaan untuk membeli tanah,kondominium dan kereta mewah dan bukan untuk tujuan dana itu disediakan. Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil berkata beliau lebih tabah menghadapi cabaran selepas mengerjakan umrah dan bertekad untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional pada pilihanraya umum akan datang.

"Saya berada di Mekah dan melihat dugaan ini sangat menyedihkan tetapi saya sebagai ketua, Allah menduga saya, alhamdullilah saya akan kerja kuat lagi selepas balik dr Mekah dan akan membantu Wanita untuk pastikan kemenangan pada PRU 13 nanti, insyaalah," kata Sharizat.



UNTUK PEMBONGKARAN NFC !!!

KLIK DI SINI

UNTUK SELAJUTNYA

4 comments:

Anonymous said...

aku orang UMNO dan ahli UMNO meluat dengan kedegilan mami nie cakap banyak tak nak la kami ni ikan bilik bila nak minta bantuan atau pinjaman untuk kembangkan bisness 10k pun susah nak dapat tambah pulak nama dah disenarai hitam tapi lu orang senang-senang jer 250juta masuk ... poorahhhhhhh kalo lu ada maruah letak jawatan la mami ...bosan le menjahanamkan UMNO jer sepatutnya Presiden UMNO contohi Presiden PAS dalam soal ketegasan ...

Anonymous said...

Pas tegas ke??? Mcm nak ketawa berguling2 bila ada skandal dlm pmbk. Apa yg pok nik buat??? Tu blm cite pasal balak kat kelantan lg.

Anonymous said...

hahahaha lawak doll anony 1:32 nie.. tiba2 ngaku umno, pas tuh suruh contohi pas... akal ade ka? nik ajis tu boleh dah slow2... dulu aku masih ingat puok2 pas nie.. dia cakap tun M gila kuasa tamak lah apa lah... so nik ajis nie mcm ane? ... hihi... guling2 sikit sambil ketawa....

Anonymous said...

ha ha ha ha
pelajar dapat 100
pelajar ipt 200
si miskin 500

vvvvviiiiiip berjota jota

 
 
Blogger Templates