Social Icons

Pages

Friday, May 18, 2012

HOT NEWS !!! NENEK MEMPUNYAI 15 CUCU KANTOI BERKHALWAT ??? WAJIB BACA !!!


Anggota penguatkuasa menyoal siasat warga emas bersama pasangan yang dicekup dalam operasi cegah maksiat.

Seorang nenek kepada 15 cucu ditahan bersama seorang lelaki di sebuah rumah di Taman Pandan Perdana,di sini dalam operasi cegah maksiat,awal pagi semalam.Dalam pemeriksaan jam 1 pagi itu,wanita warga Indonesia berusia 63 tahun itu bersama teman lelakinya warga Bangladesh berusia 41 tahun ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim,Pandan Indah.Pegawai Masjid Al-Azim

Ahmad Nawi Othman berkata,serbuan ke atas rumah terbabit dilakukan hasil maklumat orang ramai.“Penguat kuasa agama mengetuk pintu bilik rumah berkenaan beberapa kali sebelum dibuka seorang lelaki yang hanya berseluar pendek beberapa minit kemudian,” katanya.

Menurutnya,ketika serbuan dilakukan,wanita yang mempunyai lima anak itu memberi alasan kononnya dia menumpang membasuh baju di rumah sewa lelaki terbabit kerana rumah cucunya mengalami masalah bekalan air.“Kami mendapati pasangan berkenaan tidak mempunyai sebarang hubungan mahram.Difahamkan mereka saling mengenali sejak tujuh bulan lalu.Lelaki yang sudah berkahwin itu merupakan pekerja di sebuah restoran di ibu kota,” katanya.Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Pandan Indah untuk membuat laporan.Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29,Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995,jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.-SH

No comments:

 
 
Blogger Templates