Social Icons

Pages

Thursday, May 03, 2012

HOT NEWS !!! SHAMSIDAR TAK KISAH DENGAN GAMBAR 'AIS KRIM' DAN AZMIN ALI ??? WAJIB BACA !!!


Isteri kepada pemimpin kanan PKR yang kini didakwa mempunyai skandal seks,menafikan dirinya risau serta tergugat dengan pendedahan tersebut.

Shamsidar Taharin ketika temuramah bersama FMK berkata,beliau langsung tak ambil peduli dengan penyebaran gambar serta video yang membabitkan suaminya.

“Saya tak kisah pun dengan video tu, yang penting hidup saya bahagia” demikianlah khabarnya perkataan yang terkeluar dari mulut isteri Azmin Ali iaitu Shamsidar Taharin.

Menurut sumber,ungkapan tersebut terkeluar apabila beberapa teman rapat menanyakan tentang isu panas berkaitan video lucah yang dikaitkan dengan Azmin.

Walaupun agak terkejut dengan pertanyaan tersebut, namun Shamsidar dikhabarkan masih mampu mengawal perasaan sambil menganggapnya sebagai satu lagi dugaan.

Petikan gambar dari video seks yang dikaitkan Azmin dengan seorang wanita lain dikatakan mula tersebar dalam beberapa blog sejak 30 April lalu dan menimbulkan kegemparan kepada masyarakat selepas kecoh dengan video terkini yang dikatakan membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah beberapa akhbar utama turut memainkan isu tersebut sehingga menjadi perhatian.

Sebelum ini Shamsidar pernah dikaitkan mempunyai hubungan sulit dengan Anwar,namun sehingga ini gagal dibuktikan.

5 comments:

Anonymous said...

Bro wa rasa elok lu letak amanat Haji Hadi ini sebagai satu latar kat mana-mana dalam blog lu ini kerana khabarnya ianya bolih menjadi azimat untuk halau iblis pakatan haram :-
Haji Hadi kata WAJIB dedahkan aib pemimpin.
-DetikDaily bertarikh 27 Ogos 2009
Haji Hadi berkata:
“Saya ingin menarik perhatian, dalam pilihan raya kecil di Permatang Pasir sebagai contoh, Umno dan Barisan Nasional mengatakan kita tidak boleh menyebut keaiban seseorang, sedangkan pilihan raya adalah suatu amanah yang besar untuk rakyat memilih pemimpin.
Di mana dalam amanah memilih pemimpin kita wajib mendedah peribadi orang yang hendak dipilih itu, adakah ia seorang yang benar-benar adil, tidak fasik dan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah.
Itu satu tanggungjawab agama yang tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan pahala puasa. Ini jelas diperkatakan oleh ulama-ulama dalam kitab mereka, khususnya dalam perkara yang seperti ini.
Bahkan, dalam perkara saksi di mahkamah, saksi dalam perkahwinan pun kita kena dedahkan peribadi seseorang. Inikan pula untuk memilih wakil rakyat dalam satu kawasan yang mewakili rakyat untuk membuat dasar dalam Dewan Undangan Negeri (Dun).
Maka, ia perlu ditelitikan dalam perkara maruah dan peribadi pemimpin ini.”
lu letak la vidio nizar dok menipu katanya PM dah jumpa pimpinan ATM bagi menjadikan negara ini kekal dalam pemerentahan BN dengan pertanyaan mana buktinya, ataupun vidio Haji Adi dok berbohong katanya umno telah melepaskan air diempangan semasa pr tenang menyebabkan pas kalah teruk. atau pun mana-mana kepimpinan pembankang dok membohong. dengar cerita kaedah ini boleh menutup mulut hantu pembankang dari menyerang kau.

Anonymous said...

Perkara zina di bangkitkan kepada pelacur ibarat menjirus air kedaun keladi.

Tak jadi masalah...

Anonymous said...

apabila pihak kerajaan membongkar satu persatu skandal pihak pembangkang, komen daripada pembangkang adalah semuanya fitnah, photoshop,x elok membuka aib org laen, semuanya teraniaya...TETAPI...apabila yang didedahkan adalah daripada pihak kerajaan..maka dengan sebulat suara, tanpa ada bntahan oleh individu pro pembangkang..semuanya adalah benar dan soheh..dan pemimpin tersebut dihina dan dicaci semahu-mahunya dalam ceramah..sehingga boleh mengeluarkan fatwa yang berbaur kepentingan peribadi..


saya x menyebelahi sesiapa..semua nya biarlah indidvidu tentukan sendiri tanpa ada pengaruh politik..tepuk dada tanya lah diri...

setiap pemimpin x ada yg sempurna..andai kata seorang ulama menjadi perdana menteri sekalipun x mungkin beliau boleh menjadi pemimpin yang sangat sempurna tanpa sebarang cacat cela...apatah lagi pemimpin bukan dari golongan ulama...tetapi kita melihat kepada kewibawaan seseorang itu untuk mentadbir negara...ape yang telah dilakukan dan bukan ape yang telah dijanjikan akan dilakukan..ape pun..parti pembangkang sangat lah perlu bagi mengimbangi politik...tanpa pembangkang politik bukan lah sebuah politik...trima kasih PAKATAN RAKYAT dan terima kasih KERAJAAN...

~jz my 20 cent~

Anonymous said...

sebuah negara yg kuat perlu ada pembangkang yg kuat..amik tau sikit....

Anonymous said...

klu tak de pembangkang ahli politik buat suke ati dorang je..bukan demokrasi namenye...tak pikir pasal rakyat..bl pembangkang kuat kerajaan kene jd lg kuat..br blh seimbang..

 
 
Blogger Templates