Social Icons

Pages

Friday, May 11, 2012

KISAH BENAR !!! KENAPA AZMIN ALI TAKUT SANGAT BUAT LAPORAN POLIS BERKENAAN PROJEK 'ICE CREAM' ??? WAJIB BACA !!!


saya tengah fikir,kenapa lah Azmin Ali ni penakut sangat.bila ajak bersumpah,takut,bila suruh buat laporan polis,takut.tapi,ada hikmahnya juga dari terbongkarnya banyak kes-kes salah laku seks melibatkan pemimpin Pakatan Haram kebelakangan ini,terutama sekali yang membabitkan Timbalan Presiden PKR sekarang,Azmin Ali.di semua laman sosial masih lagi hangat di perkatakan.Tuduhan yang dikenakan ke atas Azmin ini pada saya sebenarnya sangat berat kerana melibatkan maruah dan intergriti sebagai pemimpin politik. Justifikasi bagi menyokong tuduhan tersebut juga lengkap (ada gambar dan video).Semua ini memerlukan satu siasatan terperinci dijalankan oleh pihak berwajib bagi menentukan pihak mana yang salah,pihak mana yang benar.Azmin Ali dari segi perundangannya patut membersihkan diri dari semua dakwaan tersebut,bermula dengan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan.saya ulang sekali lagi,kenapa Azmin Ali sampai sekarang takut nak buat buat laporan polis ??? Itu yang saya musykilkan.anda pun sama kan wahai pembaca Badut Rakyat ???


Nak kata Azmin Ali tak tahu ??? Mustahil.Nak kata Azmin Ali tak diberi nasihat perundangan secukupnya ??? Tak mungkin.Ada segerombolan besar peguam disekeliling Azmin Ali,yang bersedia pada bila-bila masa membelanya di mahkamah tanpa bayaran (pro bono) atau dibayar tapi menggunakan wang rakyat Selangor seperti kes ADUN Seri Muda kerana menghina Sultan Selangor.Yang kita saya beritahu,hanya laporan polis sahaja pun,bukan teknikal mana sangat.Kata tak terlibat,jadi apa yang susah sangat nak buat laporan polis.senang jer kan ??? Alasan penyokong Azmin Ali seperti Shamsul Iskandar A.K.A Sam Ketot dan Zuraida Kamarudin A.K.A Mak Lampir Ampang bahawa tidak guna membuat laporan polis kerana akhirnya akan menerima nasib seperti Anwar dalam kes video lucah dengan seorang pelacur dari cina,saya tidak boleh diterima sama sekali.sebenarnya Dalam kes Anwar,laporan polis yang dibuatnya berjaya menyebabkan pelaku yang menayangkan video tersebut dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman.Tindakan perundangan yang bakal dikenakan Anwar pula kerana dalam laporan polis sama,dia menafikan yang dirinya adalah lelaki dalam rakaman tersebut,sedangkan kajian pakar menunjukkan 99.9% dialah lelaki itu.


Ringkasnya,Anwar buat laporan palsu,nafi kata pelaku itu dia sedangkan kajian pakar menunjukkan sebaliknya.Adakah Azmin juga berada dalam situasi sama sehinggakan dia takut untuk membuat laporan polis tersebut ??? Apapun,selepas ini Azmin Ali jangan salahkan masyarakat kalau keengganan membuat laporan polis ini dianggap membuktikan semua tuduhan ke atas Azmin Ali itu adalah benar belaka.Yang dia memang individu lelaki yang didakwa sedang melakukan aktiviti kelucahan melampau dengan seorang wanita dalam video tersebut dan Enggan buat laporan polis sebab takut polis siasat dan jumpa kebenaran.Itu saja yang terfikir dalam kepala saya ni kenapa Azmin Ali tak nak buat laporan polis setelah alasan takut menerima nasib seperti Anwar itu,tidak boleh diterima langsung.

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates