Social Icons

Pages

Thursday, June 07, 2012

HOT NEWS !!! TONY PUA KENA BAYAR SYABAS RM200 RIBU !!!



Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) hari ini berjaya dalam saman fitnahnya terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara,Tony Pua berhubung satu kenyataan yang dikeluarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina,dua tahun lalu.Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah membuat keputusan itu di kamar beliau di Mahkamah Tinggi di sini.Peguam Alliff Benjamin Suhaimi yang mewakili Tony memberitahu pemberita,Hakim Amelia turut memerintahkan supaya beliau yang dinamakan sebagai defendan membayar RM200,000 sebagai ganti rugi am.

Katanya,ia beserta dengan faedah sebanyak empat peratus kepada Syabas manakala lain-lain kos akan ditentukan kemudian.Selain itu,menurut Alliff,mahkamah turut mengeluarkan perintah injunksi terhadap Tony yang menghalangnya atau mana-mana ejennya daripada menerbitkan semula atau membenarkan penerbitan semula pernyataan fitnah tersebut. - Bernama

No comments:

 
 
Blogger Templates