Social Icons

Pages

Monday, February 04, 2013

HOT NEWS !!! CERITA SURAT PALSU DARIPADA ELIT POLITIK TERBONGKAR ??? SIAPA PEMIMPIN ITU ??? WAJIB BACA !!!


menjadi ahli politik apalagi sebagai wakil rakyat sama ada di Dewan Undangan Negeri mahupun Parlimen jelas bukanlah satu pekerjaan yang mudah.Kerjaya ini yang memerlukan kesungguhan,kecekapan serta pengorbanan selain integriti yang cukup tinggi kini semakin rumit dan kompleks.Menjadi wakil rakyat bermakna mengabdikan hampir semua masa dan kepentingan hidup untuk rakyat.Malangnya,semua idealisme yang diharapkan rakyat itu masih terlalu tinggi untuk dijangkau oleh wakil rakyat kita.Sayangnya,justeru yang kian dipertontonkan ialah kepentingan peribadi atau kelompok,bukan rakyat apatah lagi kepentingan negara.Duduk sebagai elit parti misalnya, lebih didorong oleh keprihatinan mengangkat-angkat kepentingan diri dan parti berbanding menyelesaikan masalah hakiki rakyat.Inilah yang tergambar daripada ceritera surat palsu yang digembar-gemburkan oleh elit Pas,Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.Kedua-duanya bukan sembarangan orang.Memang lucu apabila dikemudian hari diketahui surat yang mereka jaja keliling kota dan desa sebagai satu pembongkaran itu rupa-rupanya palsu. Yang satu Naib Presiden Pas dan Ahli Parlimen Pokok Sena.

Dakwaan beliau memberi gambaran ada usaha menambah pengundi di Sabah.Yang lagi satu ialah Ahli Jawatankuasa Pusat Pas dan Ahli Parlimen Bukit Gantang.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang pernah menjawat jawatan Menteri Besar Perak.Dakwaan beliau begitu sensasi yang memberi gambaran umum bahawa kerajaan melesapkan wang pampasan RM207 bilion.Dalam ceritera pertama yang disusun oleh Mahfuz mendakwa beliau mendapat surat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengarahkan kad pengenalan di Semenanjung Malaysia yang tidak dituntut dihantar ke Sabah. Surat itu, kata beliau, diposkan ke rumahnya.Dengan kata lain beliau tidak tahu asal usul surat itu.Beliau pun menghebahkan surat yang dari antah berantah itu, yang sekali gus menghangatkan lagi isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing yang kini sedang disiasat dalam inkuiri Suruhanjaya Diraja.Mujurlah maklumat yang di dedahkan oleh Mahfuz tidak lama tergantung kerana segera dijawab oleh pihak kerajaan.Pihak Kementerian Dalam Negeri menegaskan surat bertarikh 14 Disember yang didedahkan oleh Mahfuz yang mengarahkan agar kad pengenalan serta Mykid yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan dihantar ke Keningau,Sabah adalah palsu. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara kemudian membuat laporan polis tentang hal itu.

ANDA NAK LAGI CERITA PANAS INI ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA 

RENUNG-RENUNGKAN 

1 comment:

CIFUT said...

Pelik.
Walaupun si-munafik2 ni dh byk kali kantoi membawa saksi palsu, tp masih ada cai2 yg menyokong.
Apa PAS dh takde pemimpin yg lebih berkualiti dari 2 org mangkuk ni ke?

 
 
Blogger Templates