gambar sekadar hiasan
Kalau sudah namanya DAP,percayalah bahawa mereka tidak akan pernah senang dengan segala perkara-perkara yang sudah termaktub di dalam Perlembagaan.Belum lagi menguasai Malaysia,pembaca Badut Rakyat boleh lihat betapa angkuh dan sombongnya DAP ini.Oleh yang demikian,saya tidak terkejut dengan gelagat angkuh sombong ahli parlimen Kuching yang berkeras tidak mahu berbahas menggunakan bahasa kebangsaan.Apa yang dilakukannya ini bukanlah atas kejahilannya sendiri,akan tetapi ianya disengajakan sebagai provokasi dan juga untuk menonjolkan dirinya sendiri.Tanya sahaja kepada ahli parlimen Kuching,kalau enggan berbahasa Melayu,mengapa perlu menyokong Bible diterjemah ke bahasa Melayu ??? Dia juga pernah berkata :
The notion of having a Bible in Bahasa Malaysia poses a threat to Islam is itself an incredulous notion.And to threaten to burn Bible in Bahasa Malaysia because it is treated as a threat to Islam is utter religious extremist and most unacceptable in our country.
Bagi saya,itu adalah bukti bahawa tidak pernah wujud semangat kebangsaan di dalam wakil rakyat DAP dan penterjemahan Bible ke dalam bahasa Melayu ada niat tersembunyi.Tanyalah empunya diri,atau anda mungkin mahir meneka di dalam kesamaran.Entah bagaimana,selaku rakyat Malaysia,ada juga rakyat atau lebih tepat,wakil rakyat yang enggan menggunakan bahasa kebangsaan.Rakyat Malaysia kah mereka ini ???
Itu belum diambil kira soal fasih nya mereka berbahasa kebangsaan.Jika berpeluang,cari dan tonton video perbahasan oleh ahli parlimen Bakri.Maka,anda akan terkejut,bagaimana seorang dewasa yang lahir di negeri majoriti Melayu seperti Johor gagal secara total dalam melembutkan lidahnya ketika berbicara menggunakan bahasa kebangsaan.Antara keengganan dan ketidakfasihan berbahasa Melayu,semuanya merujuk DAP.Suratan,atau kebetulan ??? Ataupun itulah hasil semaian kebencian terhadap tiang-tiang seri kebangsaan ???
saya pasti,selain dari 2 contoh yang mewakili DAP,anda semua pernah mengalami peristiwa-peristiwa canggung yang memalit seribu pertanyaan tentang isu jati diri kebangsaan yang ada di kalangan rakyatnya.Maklum sahaja lahhh,jika rakyat Malaysia,tetapi enggan atau tidak fasih berbahasa Melayu,ingin juga kita bertanya “anda rakyat Malaysia, atau bukan ???”.betul tak pembaca Badut Rakyat ??? Bangla sudah tentu Bangla.Tetapi,dalam masa yang singkat sahaja,mereka mampu berkomunikasi dengan bahasa Melayu pada tahap yang boleh kita fahami.Bagaimana pula yang mengaku dilahirkan di bumi bertuah ini,tetapi mengaku pula tidak faham berbahasa Melayu ???
Mana dia Pak Samad ??? tolong ajar mereka ni bagaimana nak faham bahasa melayu !!!
CUBA LIHAT PULAK DALAM BAHASA INGGERIS MACA SIDANG MEDIA !!!
NI KERR BAHASA YANG DIBANGGAKAN ???
ORANG SARAWAK PUN MALU DENGAN AHLI PARLIMEN KUCHING NI !!!
TAK PERCAYA ???
UNTUK SELANJUTNYA
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment