Social Icons

Pages

Tuesday, July 19, 2016

FAKTA !!! SEJARAH SIAPA SEBENARNYA #TUNMAHATHIR DIDEDAHKAN !!!


sebelum ini saya telah post berkenaan buku yang Tun Mahathir tulis.kali ini saya post pulak macam mana perangai semua penyokong TEGAR Tun Mahathir dan Sejarah Tun Mahathir ketika dulu.Ramai juga penyokong tegar bekas Perdana Menteri,Tun Mahathir yang tersalah anggap,kononnya kekecewan terhadap ‘negarawan ulung’ itu adalah kerana ‘takut’ kerajaan Barisan Nasional (BN) dijatuhkan pada PRU ke-14 nanti.Mereka dengan bangganya menyindir sinis kononnya BN takut hilang kuasa gara-gara berdepan kehebatan Mahathir.Di minda mereka,persepsinya adalah BN ‘takut’ pada bekas Perdana Menteri yang berkuasa selama 22 tahun itu.Pada pandangan saya,mereka tersasar dari memahami sebab sebenar mengapa ramai yang kecewa dengan Mahathir,Mereka tersalah anggap.

Persepsi itu menjelaskan mereka sangat taksud pada Tun Mahathir hingga gagal berfikir secara waras dan rasional.Tidak menghairankan mereka begitu mudah terpengaruh dengan propaganda ‘negarawan ulung’ tersebut.Sejak dari awal lagi,saya sedikit pun tidak menafikan segala jasa dan bakti yang pernah dilakukan Mahathir di negara kita.Malah beliau memang hebat di era pentadbirannya dan ‘kediktatoran’nya menjadi ‘igauan menakutkan’ sama ada pada menteri kabinet atau pemimpin UMNO,mahupun pemimpin parti pembangkang.Namun itu hanya ketika beliau menjadi Perdana Menteri.Jasanya ketika ‘sihat’,tetap dikenang hingga ke mati.Namun sejak akhir-akhir ini,keupayaan dan ketajaman pemikiran beliau jelas mundur teruk ke belakang dan mengaibkan imejnya sendiri.



Sebagai contoh,Tun Mahathir ketika berkuasa pernah mengherdik Tengku Razaliegh Hamzah dan Datuk Seri Anwar sebagai pengkhianat dan pemecah-belah bangsa Melayu di negara ini.Teruk juga dua bekas pemimpin UMNO itu ‘dikerjakan’ Mahathir dulu kerana menubuhkan parti Semangat 46 dan PKR setelah berseteru dengan beliau.Tapi hari ini,beliau sendiri dilaporkan mahu menubuhkan parti baru untuk menentang UMNO dan BN.Tidak cukup setakat itu,beliau juga sanggup bersekongkol dengan parti-parti pembangkang yang saban hari dikutuk dan dihinanya dulu.Tun Mahathir melabel DAP sebagai sebuah parti yang mempunyai sikat rasis yang tegar.

Namun,dengan parti rasis itulah beliau bersekongkol,berjabat tangan dan berjuang sekarang.Dengan musuh politik itulah yang dirayu sokongan walau dulu ‘diludah’ saban tahun.Bagaimana pula dengan PKR yang dulunya diherdik bertalu-talu sebagai parti yang memecah-belahkan perpaduan ahli UMNO ??? Dulu beliau mengecam mereka yang menyertai Anwar sebagai tidak setia padanya dan parti,namun kini beliau ‘melutut’ menagih sokongan ???


Maka kerana itulah saya dan ramai pejuang UMNO kecewa terhadap Tun Mahathir.Seorang yang dulu sangat hebat dan disanjung tinggi,kini maruahnya tercemar akibat dendam serta kepentingan politik tidak bertepi. Kecewa dan sedih sungguh melihat keadaan itu.Kami kasihan padanya.Dikala mereka-mereka yang seusia dengan beliau sedang berlumba-lumba beramal dan menumpukan diri cuba membawa bekalan pahala ke akhirat,Tun Mahathir pula masih lagi terpaksa menjaja propaganda politik yang meragukan.Kononnya ada yang bersimpati kerana beliau terpaksa berjuang ‘demi rakyat’ di usia senja.‘Demi rakyat’ atau ‘demi legasi anak dan kroni’ ??? Kenapa beliau perlu mengerah tenaga tuanya ??? Khabarnya,anaknya terlalu hebat dan popular untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak.Kenapa tidak dibiarkan anaknya saja yang bertarung sendirian ??? Apakah anaknya tidak cukup pengaruh untuk bertarung ??? Perlu pakai ‘nama bapa’ untuk meraih sokongan ??? 

Tapi depan media kononnya tidak mahu gunakan nama bapa ??? Kami tidak takut Tun Mahathir menentang UMNO atau Datuk Seri Najib,namun kami kecewa dan sedih melihat keadaan bekas Perdana Menteri itu memalukan diri sendiri serta memalitkan lumpur pada nama baiknya.Ramai yang sudah hilang rasa hormat pada beliau.Strategik dan politiknya walau ditubuh parti baru sekali pun,saya optimis Tun Mahathir dan gerombolannya masih tidak mampu jatuhkan UMNO,BN,mahupun Datuk Seri Najib,melainkan Allah izinkan berlaku keajaiban luar biasa.Itu realitinya,bukan retorik politik.Justeru itu saya secara peribadi berdoa agar Tun Mahathir segera diberikan petunjuk dan hidayah olehNya supaya kembali ke pangkal jalan,serta bersara sepenuhnya dari politik.Walaupun itu agak mustahil bagi mereka yang kenal tentang kedegilan Tun Mahathir,hanya itu sajalah harapan saya terhadapnya sebelum beliau menutup mata…

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates