Social Icons

Pages

Friday, July 15, 2016

ISU #SAMAN !!! APA YANG TUAN IBRAHIM MEREPEK NI ???


untuk menjadi seorang ahli politik yang berjaya,seseorang itu harus menjadi “hero” kepada rakyat.betul tak pembaca Badut Rakyat ??? cara yang terbaik adalah memperjuangkan apa yang difikirkan bakal mendapat sokongan rakyat.kita lihat apa yang diperkatakan oleh Tuna Ibrahim baru-baru ini


UNTUK SELANJUTNYA

Tuan Ibrahim cuba mengaitkan 3 perkara iaitu saman,tol dan kemalangan maut yang mungkin bertujuan untuk membakar sentimen lantas memberi gambaran seolah-olah kerajaan hanya memikirkan keuntungan berbanding keselamatan pengguna jalanraya.saya tiada masalah jika beliau inginkan pihak konsesi tol untuk memperbaiki jalanraya yang kurang selamat dan rosak di lebuh raya. Lucu bila Tuan Ibrahim mempersoalkan bahawa saman dan memasang perangkap had laju secara sembunyi tidak akan memastikan pengguna selamat menuju ke destinasi.Bahkan,Tuan Ibrahim juga mencadangkan agar perangkap had laju jangan disembunyikan dan dipasang ke selekoh-selekoh maut beserta papan tanda pemberitahuan 5 kilometer sebelum lokasi perangkap.Benarkah begitu cara untuk memastikan pengguna selamat sampai ke destinasi ???? Tuan Ibrahim perlu faham maksud “perangkap”.Jika tidak disembunyikan,bukanlah perangkap namanya.Perangkap had laju adalah mekanisma untuk memantau pengguna jalanraya yang tidak mengikut peraturan lantas boleh menyebabkan kemalangan jalanraya.Bukankah ia juga merupakan satu cara untuk mendidik pengguna berdisplin di jalanraya ??? 

saya pasti,pihak berkuasa pun enggan sewenang-wenangnya menyaman pengguna jalanraya,kecuali kepada mereka yang ingkar.Mengapa perlu ingkar jika takut disaman ??? Apakah saman itu tidak boleh dielakkan ??? Begitu juga halnya dengan memasang papan tanda dan perangkap had laju di selekoh-selekoh maut,yang juga belum tentu dapat memastikan pengguna selamat,kerana kemalangan boleh sahaja berlaku di mana-mana jika pengguna jalanraya masih cuai serta gagal memahami tatacara pemanduan selamat.Jadi,apakah Tuan Ibrahim ingin cadangkan pula perangkap had laju dipasang di setiap kilometer dan dibiarkan jelas ketara ??? Bagaimana untuk memastikan pengguna selamat ke destinasi ??? 

Baik saman,perangkap had laju (sudah bukan perangkap jika mengikut cadangan Tuan Ibrahim) atau papan tanda sekalipun,ia sekadar mekanisma.Apa yang terbaik ialah pengguna lebuhraya mengikut undang-undang yang sedia ada dan memahami keperluan dan cara pemanduan selamat di jalanraya bagi mengelakkan sebarang tragedi.Akhirnya ia berbalik kepada diri kita sendiri sebagai pengguna.Jika dilihat dari usaha kerajaan,sepatutnya kita sudah sedar akan tanggungjawab kita sebagai pengguna jalanraya.Sedih untuk kita dengar,modal politik murahan seperti ini lahir dari seorang ahli politik yang berjawatan Timbalan Presiden di dalam partinya.Seorang ahli politik yang baik sudah tentu mengajak rakyat negara ini mengikut undang-undang jalanraya yang sedia ada untuk menjamin keselamatan semua.Namun Tuan Ibrahim memilih untuk cuba menjadi popular.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates