Laporan Ketua Audit Negara berkenaan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipaparkan oleh portal Sarawak Report (SR) yang dikatakan sahih sebenarnya adalah satu laporan palsu dan direka-reka.Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao menyifatkan ianya satu laporan palsu kerana ada kesilapan ejaan yang besar yang tidak sepatutnya berlaku dan tatabahasa laporan berkenaan yang kucar-kacir.
"Laporan audit yang diterbitkan oleh Sarawak Report adalah palsu dan direka! Buktinya kesilapan ejaan, tak logik dokumen diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) melibatkan syarikat bernilai berbilion ringgit ada kesilapan ejaan," kata Ramesh dalam satu kenyataan media hari ini.Hasil rujukan lebih lanjut dalam laporan yang terdapat di portal berkenaan, menemui banyak lagi kesalahan bahasa dan penggunaan ejaan bercampur-campur antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang tidak sepatutnya berlaku.Beliau berkata,pastinya pihak Jabatan Audit Negara sudah melakukan semakan berkali-kali ke atas laporan berkenaan bagi memastikan kesilapan ejaan tidak berlaku.
Di laman SR pula,mereka memberi alasan bahawa mereka terpaksa menaip semula laporan berkenaan yang dikatakan laporan asli bagi mengelakkan pihak tertentu yang berniat jahat melakukan perkara yang tidak sepatutnya ke atas mereka.
"Adakah itu sekadar alasan untuk menutup perbuatan mereka-reka laporan berkenaan yang konon-kononnya dianggap sebagai satu laporan yang benar," kata Ramesh.Kini pihak polis sedang menjalankan siasatan ke atas perkara berkenaan dan akan mengenalpasti ketulenan laporan berkenaan yang sudah diletakkan sebagai satu dokumen rahsia rasmi kerajaan.Sebelum ini,portal berita pro-pembangkang Malaysiakini melaporkan bahawa SR menyiarkan sebahagian kandungan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB.
14 Julai 2016
Ramesh Rao
Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP)
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
5 comments:
betul ke apa mamat ni cakap....
Kalau mereka saman SR, tentu menang punyalah.
Tunggu apa lagi.
Bangrapkan SR.
SIAPA RAMESH RAO ni............?????
AG.....????
KETUA AUDIT NEGARA................????
MENTERI KABINET..............?????
NAJIB RAZAK..................?????
Keling mabuk todi ni pun korang nak percaya!!! Dah tak ada orang lain ke yg nak menjawab bagi pihak jibbo? ...mat maslan mana?
kalu nak kekalkan credibility jgn endahkan apa yg d utarakan sdr Ramesh ini.
dia ni opportunist n jelas cari makan.
SR dah beri tahu mereka taib semula seluruh laporan JAN utk melindungi 'informent' .
yg penting bukan ejaan tapi isi kandungan yg mengikut SR keseluruhan nya adalah benar n tepat.
kita tunggu saja masa utk membuat perbandingan.
Post a Comment