Seperti kelaziman,setiap kali masuk bulan baharu pastinya para penyokong pembangkang akan 'melalak' dek kerana perubahan harga minyak.Namun,jika tiada sebarang kenaikan harga pula,orang yang sama tidak pula mengucap syukur dan terima kasih.Kalau harga turun diam pulak.Inilah budaya netizen kita khususnya dalam media sosial.Pakar segala bidang.Semalam ramai "pakar minyak" muncul di Facebook dan Whatsapp.Walaupun kerajaan telah menggunapakai kaedah apungan harga minyak dunia,yang mana kuasa untuk naikkan atau turunkan harga minyak bukan terletak sepenuhnya kepada Kerajaan,namun kesalahan tetap juga dihalakan kepada Perdana Menteri.Peliknya sikap netizen kita jelas kelihatan bila mana caj 20 sen untuk beg plastik di Selangor tidak mereka runsingkan. Walhal, jika kita conggak semula,caj beg plastik itu amat membebankan pengguna berbanding kenaikan 20 sen harga minyak.Bayangkan,kita isi minyak seminggu sekali penuh 20 liter.Ia bermakna kita hanya perlu menambah perbelanjaaan sebanyak lebih kurang RM4 untuk Ron95 seminggu.
Berbanding jika kita pergi ke kedai setiap hari,termasuk hujung minggu yang mana kuantiti yang lebih banyak digunakan bila ke pasar.3 beg plastik secara purata sehari,dalam seminggu.Puratanya 60 sen sehari.Maka untuk seminggu kita terpaksa menambah perbelanjaan sebanyak RM4.20 seminggu untuk beg plastik.Jadi,mana lebih membebankan rakyat dalam seminggu ??? Jika sebulan kos tambahan untuk minyak 20 sen adalah RM4 x 4 minggu = RM16.Untuk beg plastik,RM4.20 x 4 = RM16.80.Yang mana lebih beban ??? 20 sen harga minyak atau caj 20 sen untuk mendapatkan seunit beg plastik di setiap pasaraya seluruh Selangor ???
Malah untuk rekod,sejak dari 2015 hingga Februari 2017 iaitu selama 26 bulan,sebanyak 9 kali harga minyak mencatatkan penurunan serta 6 kali tiada sebarang perubahan harga.Turun lebih banyak daripada naik. Semuanya ini berlaku pada zaman kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bila harga getah dan harga sawit naik di pasaran meningkat sehingga menjadi antara yang paling tinggi dalam sejarah, diam pulak geng geng pembangkang.Netizen khususnya penyokong pembangkang tidak pula bersuara. Lari masuk gua bila harga getah dan sawit naik.Mereka hanya berdiam diri dan bersifat 'super ego' enggan mengucapkan syukur.Maka jelaslah kepada kita bagaimana pembangkang cuba memanipulasi fakta di media sosial agar dapat menggaburi mata dan akal para penyokongnya sendiri.Hanya bila minyak naik,mereka pun mula lah mencucuh api kebencian.Yang dijadikan 'kambing hitam' adalah pihak kerajaan dan Perdana Menteri.
Walhal,di sebalik semua ini masih ada perkara yang lebih teruk berlaku di negeri diperintah Pakatan Pembangkang seperti di Penang dan Selangor.Lepas ni kalau harga minyak turun pada Mac dan April,apa mereka nak cakap ???? Masih hendak melalak atau bersyukur dan terima kasih ???
APA KOMEN ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment