Siapa yang duduk di bahagian pulau di Pulau Pinang selalu merungut tentang kos sara hidup.Berbanding mereka yang tinggal di seberang pulau.Mengapa jadi begitu ???
Ini kerana,di Pulau Pinang penduduknya diperlukan untuk membayar bermacam-macam jenis cukai yang bagi sesetengah golongan di negeri itu adalah membebankan.Beberapa bulan sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dulu,Kerajaan Negeri DAP menaikkan cukai pintu sebanyak 14.29 peratus atau RM83.40.Pada 2014,penduduk Pulau Pinang perlu membayar cukai pintu berjumlah RM583.80 dan selepas kenaikan mereka perlu bayar RM667.20 pada 2016.Kenaikan cukai pintu itu adalah sebanyak RM83.40. Jumlah ini bebankan rakyat. Banyak boleh dibuat dengan nilai RM83.40.
Di Pulau Pinang juga,adanya Cukai Katil yang dikenakan ke atas pelancong yang bermalam di hotel-hotel di negeri itu bermula 1 Jun 2014 lalu.Pelaksanaan itu membuatkan orang ramai berikutan perlu membayar jumlah tambahan jika ingin menginap di hotel ekoran kewujudan cukai itu.Di Pulau Pinang,kadar tarif air dinaikkan begitu tinggi dengan alasan mahu rakyat mengurangkan penggunaan air atau berjimat padahal bagi rakyat berpendapatan rendah dan sederhana, ia akan tetap membebankan Jika anda seorang peniaga di sana,sewa warung bagi penjaja juga sudah dinaikkan menunjukkan betapa kerajaan DAP begitu terdesak mahu mendapatkan wang membiayai corak hidup dan pengurusan mewah Ketua Menteri Lim Guan Eng dan kerajaannya.Caj tempoh parkir meletak kereta juga diubah di Pulau Pinang di mana mereka mengenakan caj pada setiap hari sehingga pukul 12 tengah malam yang memang membebankan rakyat Pulau Pinang.Kalau berbicara soal harga rumah,di Pulau Pinang harga aset seperti itu adalah tinggi dan pelbagai projek baru di sana juga bukan dibina untuk memberi peluang kepada penduduk berpendapatan rendah,sebalinya banyak dibina sesuai dengan pembeli mewah dan dari luar negara.
Kerajaan DAP kononnya mahu berasa hebat mengumumkan menyecap cukai pintu untuk semua pemilik harta dan cukai GST untuk kurangkan beban rakyat padahal ia tidak menjadikan beban rakyat menjadi ringan pun.Selepas mengumumkan potongan cukai enam peratus baru-baru ini,penduduk Pulau Pinang masih perlu membayar sebanyak RM627.40 lebih tinggi dari cukai tahun 2014.Itulah nasib yang rakyat Pulau Pinang kena tanggung di bawah kerajaan DAP.Tol Sungai Nyiur yang lima kupang tidak dimansuh,cukai lain yang lagi banyak datang sejak DAP menguasai Penang.
APA KOMEN ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment