Social Icons

Pages

Thursday, July 20, 2017

VIDEO : SIAPA LAH SAYA UNTUK NASIHATKAN #TUNMAHATHIR ??? - DATUK @RAZALIIBRAHIM !!!


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Razali Ibrahim menasihatkan Pengerusi HARAPAN,Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak mempolitikkan semua perkara demi survival politik pembangkang.Beliau berkata demikian selepas mengulas dakwaan Dr Mahathir bahawa pembangkang akan menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi kubu kuat parti (Felda) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. “Siapa saya nak nasihat Dr Mahathir.Namun,pada saya, idak patut semua perkara dipolitikkan.Kalau kita nak bercakap pasal perniagaan kita berniaga betul-betul, kalau kita nak bercakap pasal pembangunan manusia kita bercakap pasal pembangunan manusia.Kalau kita nak bercakap pasal pembangunan negara kita kena cari kaedah dan perkara yang boleh membangunkan negara ini,”katanya dalam temubual secara ekslusif bersama SuaraTV di pejabatnya, pada Isnin.

Tambahnya,jika semua perkara mahu dipolitikkan akan menyebabkan gangguan terhadap perkara penting yang seharusnya menjadi keutamaan bagi negara. “Jika semua hendak dipolitikkan, kita akan penat. Sumber kewangan, tenaga keupayaan dan pemikiran kita akan teralih arah. Kalau kita ada 100 peratus tenaga, maka hanya tinggal separuh sahaja tenaga kita untuk membangunkan negara kerana separuh lagi, sibuk berpolitik. 

“Jadi pada saya untuk kita jadi sebuah negara yang maju, yang dihormati yang berdaulat, saya fikir kurangkanlah politik tu,”ujarnya. Beliau berpandangan, di dalam negara ini semua perkara telah dipolitikkan oleh pembangkang. “Kamu (rakyat) akan rasa politik (berlegar) di udara. Ini bukan nasihat tetapi pandangan. Kalau tak setuju itu hak dia (Mahathir),”katanya. 

Dalam pada itu,beliau berkata, daripada Barisan Nasional (BN) sendiri apa yang paling penting adalah tumpuan untuk membangunkan negara bukan untuk berpolitik sepanjang masa. “Saya akan tetap cari kaedah, jadi saya tak nak ada tumpuan selain daripada memikirkan bagaimana masalah rancangan dapat kita selesaikan. (Juga) bagaimana dapat kita bangunkan negara kita, tanpa berfikir bagaimana cara nak menganiaya orang lain. “Ini adalah Barisan Nasional (BN). Kalau kita jadi macam pembangkang, rugilah semua. Nasib baik BN tak berpolitik sepanjang masa sebab kita ada banyak kerja. Cakap senang, tapi nak buat tak semudah yang kita bayangkan,”akhirinya. – SuaraTV


APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates