Social Icons

Pages

Thursday, August 17, 2017

KANTOI !!! #DAP LINDUNGI KILANG HARAM DI #PULAUPINANG !!!


Sudah terang lagi bersuluh.Imej satelit telah membuktikan kilang haram dibina pada zaman pemerintahan DAP bukannya BN.Ketua Menteri DAP,Lim Guan Eng cuba lari dari tanggungjawab bila meminta maaf kepada penduduk Sungai Lembu kononnya kilang berkenaan sudah ada di zaman ketika BN memerintah Pulau Pinang.Ini adalah kenyataan yang tidak benar.Padahal bukti imej satelit dari aplikasi Google Earth menunjukkan kilang berkenaan masih tidak ada sehingga Mac 2008.Pemeriksaan oleh Tzu P Wong mendapati tapak kilang berkenaan masih kosong pada 31 Ogos 2008, iaitu tahun DAP menang di Pulau Pinang.

"Kajian mudah menggunakan aplikasi Google Earth untuk meninjau kawasan Bukit Mertajam menggunakan panduan garis masa menunjukkan Lim Guan Eng terbukti berbohong.Imej satelit kawasan tersebut dengan bukti masa pada 31 Ogos 2008 dimana terletaknya lokasi kilang haram mendapati tiada binaan di kawasan tersebut.Umum mengetahui pada tarikh ini,DAP sudah memenangi Pilihan Raya Umum ke 12 dan Lim Guan Eng sudah lama mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan menikmati kopinya di tingkat tertinggi Wisma Komtar.Dan selepas itu,kilang haram berkenaan muncul pada semua garis masa imej satelit bermula 2009 sehingga terbaru pada 2016.Maka sekali lagi,terbukti tanpa ragu bahawa Lim Guan Eng berbohong.Tiada apa yang ikhlas mengenai beliau dan parti DAP,walaupun penduduk Pulau Pinang hidup dalam bahaya,” katanya semalam. 

26 Februari 2012,satu himpunan memprotes Lynas dianjurkan di Pulau Pinang. Guan Eng dalam ucapan memprotes Lynas itu menyatakan ; "Mereka yang sokong Lynas ini tiada perikemanusiaan.kita mahu buat pembersihan Lynas kerana mahu anak kita selamat" kata Guan Eng.Hari ini siapa yang tidak ada perikemanusiaan ??? Guan Eng sendiri,bila sanggup melihat hampir 7 orang penduduk di kampung Sungai Lembu mati akibat dijangkiti kanser akibat kilang haram.Selepas lima tahun,tiada orang yang kena apa apa penyakit pun akibat Lynas di Pahang.Namun di Penang,ada kilang haram yang membahayakan keselamatan penduduk.Tuduhan jahat yang dibuat ke atas kilang milik syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd ada yang nakal termasuk mendakwa ada penduduk akan berubah menjadi "zombie" dek kerana terkena radiasi bahan radioaktif nadir bumi yang diproses di kilang berkenaan. 

Tuduhan terhadap Lynas ini sudah terbukti karut.Bagaimanapun,sebuah kilang haram penapis karbon di Bukit Mertajam,Pulau Pinang sudah ada bukti jelas ia berbahaya kepada penduduk sekitar yang menderita akibat pencemaran yang dihasilkan. Seorang penduduk,Ong Cheng Giap mendakwa dia serta 11 orang ahli keluarganya mengalami masalah alahan kulit termasuk gatal gatal sejak kilang haram yang terletak 100 meter dari rumahnya beroperasi. Untuk rekod, kilang haram itu sudah 10 tahun beroperasi tanpa lesen. Sehingga hari ini tiada tindakan diambil oleh kerajaan DAP Penang, malah kilang ini dilindungi lagi.Exco DAP Penang dipercayai melindungi kilang haram ini biarpun mengetahui kewujudannya dan sudah pun mendapat bantahan dari penduduk setempat. 

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, 11 dari 500 orang di kawasan Kampung Sungai Lembu, Penanti sudah pun disahkan menghidapi kanser. Pengarahnya, Datuk Dr M Sukumar berkata, Penolong Ketua Kampung berkenaan mengatakan bahawa 7 orang muda telah mati kerana kanser sejak dua tahun yang lepas Lebih menakutkan jika ia ditukar kepada nisbah,11 daripada 500 orang ia akan menjadi 2,200 orang daripada 100,000 orang.Kata Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia 2007 - 2011 oleh Institut Kanser Kebangsaan,  kadar peringkat nasional insiden kanser untuk lelaki dan wanita pada kadar 86.9 peratus dan 89.0 peratus bagi setiap 100,000 penduduk. Bahayanya di Pulau Pinang ini, kadar nisbah kanser di Sungai Lembu adalah amat tinggi iaitu 2,342 peratus. Lebih tinggi dari kadar purata kebangsaan dan 7 orang telah mati akibat kanser. Kasihan penduduk Pulau Pinang khususnya di Sungai Lembu.Tujuh orang mati akibat kanser dan berpuluh orang lagi alami penyakit gatal gatal dan risiko kanser. 

Guan Eng masih lagi buat pekak badak dan salahkan BN.Jual tanah di Jalan Peel Penang salahkan BN, banjir berlaku di Penang salahkan BN,beli banglo harga murah pun salahkan BN juga.Ada orang mati kerana kanser akibat kilang haram pun,Guan Eng masih mahu putar belit salahkan BN.Ini Ketua Menteri sudah gila agaknya. Rakyat Pulau Pinang kena bangkit dan bantah perangai Ketua Menteri sebegini. Sampai bila hendak memperbodohkan rakyat ??? Cukup cukup sudah.Rakyat kena hukum DAP di Pulau Pinang atas kertas undi nanti.Guan Eng dan DAP tidak berperikemanusiaan lagi terhadap rakyat Pulau Pinang.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, August 16, 2017

#NOTHING2HIDE2 !!! #NOTHINGTOHIDE2 !!! APA MASALAH #AZMINALI DAN #TUNMAHATHIR NI ???


Forum anjuran PPBM yang menjadi kecoh di Shah Alam itu bukannya forum "Nothing To Hide" tetapi sebenarnya adalah forum "Everything To Hide" Sebelum buat forum,bukan main lagi Mahathir buat kenyataan akhbar cakap semua orang boleh tanya apa apa sahaja soalan.Namun,bila hari sebenar kejadian,orang yang bertanya soalan pula dibaling dengan kerusi.Tuduhan Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali yang menuduh UMNO yang menjadi dalang dalam kekecohan program Nothing To Hide 2.0  adalah tidak benar.Sudah tiga hari,apa bukti yang Azmin ada untuk sokong dakwaan itu ??? Semua sudah terbongkar,siapa yang mula-mula baling kerusi iaitu kumpulan urusetia program.Membaling kerusi dari bilik urusetia dari atas.Pasukan keselamatan yang memakai baju hitam juga baling kerusi tetapi tidak ditangkap.Yang kena tangkap budak kolej sahaja.Yang menjadi sasaran bukannya Mahathir seperti yang didakwa Syed Saddiq,tetapi sasarannya adalah Exco Armada PPBM,Taufik Abbas. 

Inilah contoh demokrasi cara baling kerusi.Diajar oleh Mahathir dan Azmin Ali.Perancang seorang lagi iaitu Kit Siang awal awal lagi sudah cabut lari.Beberapa minit lepas Kit Siang lari,terjadilah pesta baling kerusi.Budaya baling kerusi ini hanya ada di Selangor.Sewaktu pemilihan PKR semasa Azmin lawan Khalid Ibrahim. Kini, virus baling kerusi ini merebak dalam PPBM. Banyak lagi perkara selain Memali dan kes liwat Anwar yang masih lagi menjadi perkara yang disembunyikan oleh Mahathir. 11 Jun 2017, Muhammad Hafiz Azhar, Exco Armada PPBM telah desak Mahathir jawab tentang kekayaan luar biasa anak anak Mahathir. Sampai ke hari ini, Mahathir tidak menjawab soalan dari ahli partinya itu. Itu belum lagi disoal pasal kes Perwaja, Maminco, Pernas, MEC, BMF Scandal, Proton dan Skandal Forex. Semua perkara ini masih berstatus "everything to hide". Sama seperti Mahathir, Azmin juga banyak sembunyikan isu bawah karpet. Masih tidak mahu menjawab dengan rakyat. Duit 20 sen plastik sudah berapa banyak yang dikutip? Kepada poket siapa duit 20 sen yang dikutip dari rakyat ini masuk? Isu SPLASH, dana YAWAS dan SMUE semuanya masih tidak dijawab oleh Azmin. Kemudian, apa kesudahan pada isu status tanah di Paya Indah Wetlands? Kos pintu gerbang Selangor yang terlalu mahal. Oleh kerana itulah Azmin hanya jawab 36 soalan sahaja dari 297 soalan di sidang DUN Selangor baru baru ini. Hanya 12% sahaja soalan dijawab. Kalau ikut gred markah, sudah dapat "F" atau gagal sama sekali. 

Sidang DUN yang sepatutnya berlangsung selama 10 hari telah dipendekkan kepada 2 hari sahaja.Ini bukti, Azmin ada banyak sangat perkara yang berstatus "everything to hide" di Selangor. Isu isu ini akan menjatuhkan kerajaan Azmin Ali di Selangor pada PRU14 nanti.Rakyat Selangor sudah matang dan mereka tidak mahu lagi ditipu oleh MB yang suka makan "aiskrim" dalam tandas. Azmin tidak perlu campur tangan dalam hal 1MDB. Tuan Ibrahim sudah faham penjelasan Arul Kanda.Khalid Ibrahim pun begitu juga. Tidak ada benda yang hendak disembunyikan dalam 1MDB. Hutang pun sudah selesai. Yang banyak sorok dan sembunyikan sesuatu sekarang adalah Azmin dan Mahathir. Jelas jelas pergaduhan berlaku antara baju hitam dan baju merah semasa forum.Video tersebar di merata tempat. Namun bak kata Muhyiddin, hanya "orang sewel" sahaja yang tidak nampak apa yang berlaku.

Keganasan adalah cara politik pembangkang.Buat drama dan tuduh orang lain.Dalam himpunan haram Bersih 3,Azmin dan Anwar lah orang yang memberi "signal" arahan agar rempuhan dibuat terhadap polis di Dataran Merdeka. Kemudian terjadilah kes anggota polis trafik diterajang, kereta polis diterbalikkan dan wartawan dicederakan. Kemudian pihak yang buat kekecohan ini tuduh polis pula.Padahal mereka yang memulakan kekecohan.Pihak polis perlu mengambil tindakan segera membatalkan perhimpunan haram anjuran pembangkang yang dirancang untuk diadakan pada 14 Oktober depan. Bimbang nanti mereka bergaduh baling kerusi sesama mereka, pihak lain pula yang dituduh nanti. Buatlah satu forum sesama ahli PPBM dan Pakatan Harapan sendiri. Yang jadi panel adalah Mahathir dan Azmin. Banyak soalan boleh ditanya kepada mereka berdua kerana masih banyak isu terhadap mereka masih berstatus "everything to hide".

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#NOTHINGTOHIDE2 !!! KANTOI !!! RUPANYA BUDAK #PPBM YANG BUAT HURU HARA ???


Kalau ada ahli PPBM keluar parti,cepat sangat hendak tuduh UMNO.Kalau ada puak PPBM gaduh sama sendiri,UMNO juga yang dituduhnya.Sebenarnya PPBM sudah bermasalah di peringkar akar umbi lagi.Oleh kerana itulah,kita dengar berita ada banyak ahli PPBM keluar parti.Bukan satu tempat,tetapi berlaku di Baling,Rembau,Gopeng,Kerteh, Teluk Kemang,Pandan, Sik dan banyak tempat lagi. Dalam Armada pun masih ada tiga exco memberontak.Dalam Srikandi pun bergolak sampai keluar kes video "klimaks 4 kali" dan semua orang tahu pergaduhan terbuka antara Hamidah, Syed Saddiq dan Khairuddin dalam PPBM.Semalam,adalah aksi kemuncak pergaduhan itu berlaku.Hingga terbang kerusi dibuatnya. Cepat sangat anak angkat Mahathir buat kesimpulan. Azmin Ali tuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendalangi pergaduhan di Forum Nothing To Hide yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa di Kompleks Belia & Kebudayaan, Shah Alam. Azmin kata "Dr Mahathir hanya mahu berdebat mengikut amalan demokrasi dan sihat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tetapi mendapat respon dengan balingan kasut, kerusi dan suar. "Setelah takut berhujah,Najib menggunakan gangsterime untuk menutup mulut Tun Dr Mahathir dan ia adalah tindakan pengecut," Tuduhan Azmin ini hanya tuduhan rambang dan tidak ada sebarang asas pembuktian.

Yang pengecut sebenarnya adalah Azmin,berapa banyak isu di Selangor yang sudah dijawab Azmin ? Tidak ada,semuanya masih berstatus "Something To Hide".Kalau Azmin ada bukti bawalah ke pihak berkuasa. Usah buat tuduhan palsu yang semata mata mahu kelirukan masyarakat sahaja. Azmin kena tahu bahawa dalam Armada dan PPBM sendiri sudah lama berlaku pergolakan dalaman. Azmin sila kaji kronologi ini dulu. 13 Jun 2017, Hafiz Azhar buat kenyataan media desak Mahathir jawab skandal kekayaan anak dan skandal Nika Gee,Muhyiddin. Soalan tidak dijawab tetapi Hafiz Azhar dituduh diupah oleh UMNO oleh Mukhriz. Hari yang sama, Mohamad Taufik Abas, Exco Armada PPBM bidas Mukhriz bila buat tuduhan terhadap Muhammad Hafiz Azhar mengatakan Hafiz didalangi oleh UMNO. Seminggu kemudian pada 20 Jun 2017, Taufik Abas hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya bersama sekumpulan penyokongnya bagi menyerahkan pelbagai bukti mengenai salah guna kuasa dan rasuah melibatkan Pengerusinya sendiri, Mahathir dan anaknya, Mukhriz. Semalam pada 13 Ogos 2017, 3 bulan selepas itu, Taufik Abas datang ke program Nothing To Hide dan bertanya soalan mengenai tragedi Memali pula kepada Mahathir. Namun Mahathir beri jawapan yang kurang memuaskan mengenai tragedi Memali. Selepas itu bermulalah tragedi baling kerusi. 

Menurut seorang saksi bernama Azrul Asraf : "Kejadian baling kerusi itu bermula bila ada seorang hadirin bertanyakan Mahathir pasal kes Memali. Kebetulan, aku hanya duduk beberapa meter sahaja dari penyoal tersebut. Aku nampak sendiri kasut terbang ke arah hadirin yang bertanya itu. Lepas itu mula lah orang baling kerusi, diikuti oleh suar (flair) Aku tulis ini sebab aku menyampah bila orang kaitkan Umno dengan insiden tersebut. Kami datang dengan berlapang dada untuk mendengar penjelasan Mahathir. Takkan lah bila ada soalan yang berpihak pada kami, kami nak serang pulak individu yang menyoal tersebut. Tidak masuk akal" tulis saksi tersebut di Facebooknya. Oleh itu, Azmin jangan cepat sangat menuduh UMNO dan Perdana Menteri sebagai punca kejadian ini. Pergaduhan terjadi khabarnya daripada sekumpulan pemuda Armada sendiri yang berada di belakang dewan. Budak budak baju hitam inilah yang mula baling kerusi kepada budak budak baju merah dalam dewan semalam. Kalau tidak silap budak baju hitam ini adalah pihak keselamatan program, macam mana pihak sekuriti pula yang buat kacau dan ganas? Tidak percaya? Memang betul, penganjur semalam yang perlu dipertanggungjawabkan kerana keganasan yang berlaku. Pihak yang cedera akibat keganasan itu boleh saman pihak PPBM dan penganjur.Video ini jadi bukti,lihat pautan ini. 


Dalam satu video yang dimuat naik ke Youtube oleh seorang yang bernama Faiz Na'aman dua orang suspek yang dikatakan membuat kacau itu tidak mengaku pula mereka buat kecoh.Mereka pun tidak mengaku yang ada sesiapa termasuklah UMNO yang dituduh upah mereka. Tidak lama kemudian, video yang dimuat naik oleh Faiz Na'aman itu "hilang" dari Youtube. Nampaknya memang ada "something to hide". Kenapa pula tiba tiba video yang dimuat naik oleh geng bunga itu hilang? Mahu sembunyikan sesuatu? Mana ada bukti UMNO yang terlibat.Itu hanya tuduhan semata mata. Mana bukti Azmin dan Mukhriz yang tuduh UMNO yang jadi dalang baling kerusi ??? Jawapannya adalah tiada. Yang ada adalah video pihak sekuriti program sendiri yang baling kerusi dan suar.Dalam PKR pun pernah terjadi budaya baling kerusi ini. Ramai masih ingat, ianya berlaku sewaktu Azmin lawan jawatan Timbalan Presiden menentang Khalid Ibrahim pada 2014. Masa itu, Azmin buat drama yang sama seperti sekarang. Tuduh UMNO. Sampai ke sudah memang tiada bukti UMNO terlibat. Namun selepas kekecohan yang berlaku, siapa yang dapat untung? Yang jadi Timbalan Presiden PKR dan Menteri Besar? Orang itu adalah Azmin. Apakah budaya baling kerusi ini sudah jadi acara "black ops" terbaru PPBM? Taktik propaganda raih simpati dengan cara baling kerusi ini hanya berlaku di Selangor.Tentu cara ini hadir dari idea orang yang sama. Siapa dia? Rakyat jangan cepat melatah. Pembangkang yang "desperate" akan buat apa sahaja untuk "divert issue" utama.Agar rakyat lupa yang 7 hari sahaja lagi RCI Skandal Forex akan mulakan perbicaraan. Agar rakyat lupa kes tangkapan rasuah Exco DAP di Penang. Kenapa Kit Siang terlebih dahulu beredar keluar dari dewan sebelum kekecohan berlaku ??? Kit Siang dah tahu akan apa kerusi terbang untuk tutup kes rasuah di Penang ??? Mereka yang gaduh sama sendiri semata mata hendak buat drama simpati. Kemudian bila tuduh pihak lain sebagai dalangnya. Jangan sibuk menyalahkan UMNO,selesailah dahulu masalah parti sendiri.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
 
 
Blogger Templates