Social Icons

Pages

Saturday, October 16, 2010

NAJIB JAMIN TAK GADAI NEGARA DEMI POPULARITI !!! ADA YANG POPULAR KER ??? SAPA YEK???



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kerajaan tidak akan mengambil jalan mudah dengan menggadai kepentingan jangka panjang negara semata-mata untuk mengejar populariti jangka pendek.

Sambil menyeru seluruh rakyat agar insaf kerana terlalu tinggi harganya jika Malaysia ditadbir pihak tidak bertanggungjawab, beliau dengan tegas berkata, kerajaan tidak akan sekali-kali mewariskan negara yang bermasalah kepada generasi akan datang.

"Kita bukannya saudagar bermimpi yang memperdagangkan dongengan, kita adalah parti pembina harapan yang berpijak di bumi nyata. Apa yang dicapai bukan secara tidak sengaja, bukan bulan jatuh ke riba tetapi ia hasil perencanaan jelas, ketegasan pelaksanaan, perancangan rapi serta pengorbanan tinggi.

"Ingatlah bahawa Malaysia adalah tanah tumpah darah kita, di sini kita dilahirkan, di sini kita membesar, di sini kita mencari rezeki, di sini kita mencipta kejayaan dan di sinilah dengan takdir Tuhan kita akan bersemadi.

"Lantaran itu, rakyat perlu insaf bahawa masa depan mereka dan anak-anak adalah terlalu bernilai serta mahal harganya untuk diserahkan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya diiringi tepukan di Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri menambah, walau apa pun cabaran mendatang, kerajaan tidak akan sekali-kali berundur daripada misi mulia untuk memacu negara ke era yang lebih gemilang kerana kebenaran berpihak kepada Barisan Nasional (BN) berdasarkan rekod prestasi yang cemerlang.

Najib berkata, apa yang dirangka serta akan dilaksanakan nanti merupakan visi bagi memenuhi aspirasi dan impian rakyat kerana bajet kali ini mengambil kira keperluan semua rakyat Malaysia, hasil pengurusan kewangan yang cekap dan berhemah oleh kerajaan.

Jelasnya, bajet kali ini adalah bingkisan penting serta langkah pertama dalam usaha kerajaan untuk menempatkan Malaysia di ambang status negara maju yang berpendapatan tinggi selain merupakan bajet kali ke-53 pasca merdeka yang dibentangkan oleh kerajaan BN.

"Wawasan saya dan rakan-rakan dalam Kabinet adalah untuk meneruskan tradisi murni membawa kemakmuran ke seluruh pelosok dan ceruk negara, wawasan ini bukan sesuatu yang mustahil dan ia bukan pula satu impian kosong, fakta dan sejarah membuktikan bahawa BN berupaya melakukannya selama puluhan tahun.

"Kita mahu membina sebuah Malaysia di mana setiap orang mampu mencipta kebahagiaan, kita mahu membina sebuah Malaysia di mana yang mengehadkan kejayaan hanyalah sejauh mana kesanggupan seseorang itu berusaha dan bekerja keras," jelasnya.

Dalam pada itu, Najib berkata, kerajaan telah berjaya mentransformasikan ekonomi Malaysia dari sebuah negara pertanian yang berpendapatan rendah menjadi negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi selain turut menikmati peningkatan per kapita kira-kira AS$8,000 (RM25,600).

Jelasnya, kerajaan juga berjaya mengurangkan kemiskinan dari 60 peratus kepada 3.8 peratus sehingga negara kini berada di ambang untuk menghapuskan kemiskinan tegar serta berjaya mencipta golongan kelas menengah yang dinamik.

"Hakikatnya, pengurusan kewangan yang berhemah jugalah yang menyaksikan kita berupaya keluar daripada krisis kewangan 1997/1998 dengan bersandarkan langkah tegas yang di luar kelaziman pada ketika itu, hasilnya kritikan menjadi pujian, sifat berwasangka menjadi pujian," ujarnya.


SUMBER UTUSAN...


Suatu pandangan + @ - "BUDGET PILIHANRAYA" kata PKR / Pas Dipetik dari Utusan 16 Okt. PKR “Nampaknya dalam memikirkan rakyat hanya menjelang pilihan raya dan hanya menjurus ke arah (itu). Malah, ada beberapa kemudahan tambahan kepada rakyat menjelang pilihan raya,”... kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. PAS Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, pula menganggap bajet itu sebagai bayangan ‘dekatnya’ tempoh pilihan raya itu. “Bajet ini membayangkan pilihan raya semakin dekat, kalau sebelum ini kita letak bulan enam ke atas, tapi kita merasakan ia semakin awal. Namun, kita menghargai beberapa insentif yang diberikan sebagai hadiah kepada rakyat biasa.


Dato Seri Najib pun dah jamin tak gadai negara...yg nak gadai negara tu sapa yek??fikir-fikir kan lah..sanggup g indonesia konon2 boleh selesai kan masalah malaysia-indonesia..hal sendiri pun x selesai,nak gi indonesia selesai kan masalah 2 negara..tu lah angan-angan nak jadi PM...


POST BY WAYNE...

No comments:

 
 
Blogger Templates