Bekas Setiausaha PKR Kedah, Zamil Ibrahim berkata, selaku pemimpin yang menawarkan diri untuk jawatan nombor dua, Azmin perlu berani berdepan dengan Nallakarupan di mahkamah kerana jika tidak, ia bakal menimbulkan pelbagai persoalan kepada ahli yang ingin mengundi beliau November ini.
“Kita pun pelik kenapa seorang yang berkarisma dan bakal menjawat Timbalan Presiden jika menang pada pemilihan November nanti begitu takut untuk mengambil tindakan undang-undang atau sekurang-kurangnya menjawab segala dakwaan yang dibuat oleh Nallakarupan.
“Sebagai seorang lelaki, Azmin sepatutnya berani kerana benar. Di mana letaknya maruah bakal Timbalan Presiden apabila didakwa sebagai dayus tetapi tidak berani mengambil tindakan undang-undang, sedangkan dakwaan tersebut terlalu berat untuk diterima,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia bagi mengulas dakwaan terbaru Nallakarupan bahawa Azmin dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim saling ‘setia’ antara satu sama lain dan nilai kesetiaan antara mereka terlalu teguh.
Menurut Nallakarupan yang juga bekas rakan karib Anwar, tidak ada sesiapa termasuk ahli PKR sendiri yang dapat mencontohi kesetiaan Azmin kepada ketua pembangkang itu kerana dihalang oleh prinsip hidup, moral dan nilai agama masing-masing.
Mengulas lanjut, Zamil berkata, Azmin sepatutnya mencontohi keberanian dua lagi calon Timbalan Presiden iaitu Datuk Zaid Ibrahim dan Mustafa Kamil Ayub yang begitu lantang menyerang dan membalas segala dakwaan yang dilemparkan terhadap mereka.
Katanya, ketegasan yang ditunjukkan oleh pesaing Azmin itu terutamanya dalam melemparkan kritikan terhadap pemilihan parti serta isu membabitkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuka mata ahli PKR bahawa kedua-dua calon itu jauh lebih berani.
“Dalam menjawab dakwaan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan berhubung isu manipulasi undi, cepat pula Azmin membalas kenyataan tetapi pendirian yang sama tidak pula diambil terhadap Nallakarupan walaupun pelbagai dakwaan dilemparkan.
“Apakah Azmin takut mengambil tindakan undang-undang kerana bimbang lebih banyak rahsianya didedahkan? Jawapan kepada persoalan itu hanya Azmin yang tahu tetapi sudah menjadi rahsia umum, Nallakarupan mengetahui terlalu banyak perkara yang merisaukan Azmin dan Anwar,” katanya.
SUMBER UTUSAN
berani ker azmin nak saman nalla sbb nalla dah tau banyak rahsia dia dengan anwar,macam belangkas lah katakan..apa lagi azmin,cepat saman nalla kalau kau berani...ikut kawan-kawan seperjuangan Datuk Zaid Ibrahim dan Mustafa Kamil Ayub yang begitu lantang menyerang dan membalas segala dakwaan yang dilemparkan terhadap mereka.
POST BY WAYNE...
No comments:
Post a Comment