SHAH ALAM - Rasid Rosdi, bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim tengahari tadi muncul membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Shah Alam kerana mendakwa dirinya dipaksa menandatangani satu akuan bersumpah palsu sama seperti yang pernah dilakukan kepada Rahimi Osman, bekas Setiausaha Sulit Ketua Umum PKR.
Pada 6 Oktober lalu, Rahimi telah membuat laporan polis di IPD Klang mendakwa dirinya telah dipaksa oleh dua peguam Anwar bernama Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli menandatangani Akuan bersumpah palsu berkaitan dengan kes liwat Ketua Umum PKR itu.
Selepas Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu Anwar, membuat laporan pada 28 Jun 2008, Rahimi dan Rasid dihubungi untuk datang berjumpa Anwar di Quality Hotel. Selepas berjumpa dengan Ketua Umum PKR itu, kedua-dua mereka turut ditahan selama 5 hari, 4 malam di hotel itu.
"Di situ saya ditahan beberapa hari dan dikawal 24 jam, saya dipaksa menandatangani akuan bersumpah yang walaupun saya tidak bersetuju dengan kandungannya", beritahu Rasid dalam emailnya kepada AIDCNews.
Dalam laporan polis yang dibuat tengahari tadi, Rasid mengaku telah dieskploitasi oleh peguam Anwar bernama Latheefa Koya, menandatangani akuan itu setelah mengetahui status dirinya sebagai bekas banduan dan tidak berpelajaran tinggi.
"Selama 3 tahun saya menanggung perasaan takut dan rasa tidak tenteram kerana memikirkan Akuan Bersumpah tersebut. Saya sangat berasa tertekan dan terpaksa menerima kaunseling.
Selepas beberapa sesi kaunseling, saya semakin tenteram dan cuba meyakinkan diri saya untuk memperbetulkan kesilapan tersebut", kata Rasid
"Apabila melihat rakan saya, Rahimi Osman tampil untuk memperbetulkan kesilapan, maka timbul rasa berani dan yakin dalam diri saya untuk turut sama memperbetulkan perkara tersebut", katanya lagi.
Dalam laporan polis itu juga Rasid mengakui mengenali Anwar sejak sama-sama berada di dalam penjara Sungai Buloh, kemudian setelah dibebaskan, diambil bekerja sebagai Pembantu Am di kediaman peribadi Ketua Umum PKR dan seterusnya dipindahkan ke Pejabat Seksyen 16, Petaling Jaya.
Kenyataan penuh Rasid Rosdi:
Saya, Rasid Rosdi hari ini telah membuat satu laporan polis pada jam 12.30pm (13 Oktober 2010) di Balai Polis IPD Shah Alam.
Laporan ini berhubung dengan satu akuan bersumpah yang pernah saya tandatangani secara paksa dan dibawah tekanan pada tahun 2008. Akuan bersumpah yang saya tandatangani tersebut saya percaya adalah terbabit dengan kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2008.
Saya telah mengenali DSAI semenjak berada di dalam penjara lagi dan kemudian bekerja dengannya sebagai Pembantu Am di kediaman dan kemudiannya di Pejabat DSAI.
Pada malam 28 Jun 2008 setelah Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim, saya telah diminta untuk ke Quality Hotel. Di situ saya ditahan selepas beberapa hari dan dikawal 24 jam, ditahan bersama saya adalah bekas Setiausaha kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman.
Saya hanya dibenarkan pulang selepas saya disuruh oleh Latheefa Koya menurunkan tandatangan ke atas satu Akuan Bersumpah yang disediakan oleh dia sendiri. Saya tidak pernah mengarang atau membuat Akuan Bersumpah tersebut.
Saya juga TIDAK BERSETUJU dengan apa kandungan Akuan Bersumpah tersebut. Latheefa tidak pernah menceritakan kepada saya mengenai Akuan Bersumpah tersebut dan saya tidak memahaminya seratus-peratus.
Malah, saya sendiri tidak pernah melantik Latheefa sebagai peguam saya.
Latheefa sendiri harus tahu bahawa saya adalah bekas banduan dan tidak mempunyai pelajaran yang tinggi. Saya merasakan Latheefa seharusnya menceritakan kepada saya apa sebenarnya Akuan Bersumpah itu, tetapi apabila dia tidak berbuat demikian, saya juga turut rasa ditipu.
Sebagai seorang peguam, Latheefa tidak harus melakukan perbuatan sebegini kepada saya kerana walaupun saya mempunyai rekod buruk atas kesilapan saya dahulu, saya tetap seorang rakyat Malaysia.
Saya menurunkan tandatangan ke atas Akuan Bersumpah itu kerana risaukan keselamatan diri saya dan keluarga saya.
Melihat bahawa saya telah ditahan di Quality Hotel dan dikawal rapi 24 jam. Serta beberapa insiden buruk berlaku di Quality Hotel, saya terpaksa akur kepada apa jua permintaan mereka.
Selama hampir 3 tahun saya menanggung perasaan takut dan rasa tidak tenteram kerana memikirkan Akuan Bersumpah tersebut.
Saya sangat berasa tertekan dengan keadaan ini dan terpaksa menerima kaunseling. Selepas beberapa sesi kaunseling, saya semakin tenteram dan cuba meyakinkan diri saya untuk memperbetulkan kesilapan tersebut.
Akhirnya apabila melihat rakan saya Rahimi Osman tampil untuk memperbetulkan kesilapan, maka timbul rasa berani dan yakin dalam diri saya untuk turut sama memperbetulkan perkara tersebut.
Saya juga telah membuat satu Akuan Bersumpah yang baru bagi menceritakan perkara yang sebenar. Namun saya tidak boleh mendedahkannya kerana saya juga risau jika ianya boleh menggangu perbicaraan mana-mana kes di mahkamah.
Saya amat kecewa dengan tindakan ini. Beberapa peguam DSAI yang cuba melindungi kebenaran. Mereka sanggup mengadai masa depan dan maruah saya untuk kepentingan mereka sendiri.
AIDC News~
memang betul jangkaan aku,ada lagi pembantu anwar akan buat laporan polis..ada dengar sumber-sumber yang boleh di percayai ada lagi sorang akan buat laporan..tu pun belum pasti..nampaknya semua tembelang anwar dah pecah..tu lah,nak sangat jadi PM malaysia,hal sendiri pun x terjawab kat mahkamah,ni nak gi bantu selesai kan negara indonesia pulak..apa kess??alahai anwar...akhirnya sumpah saiful mmg menjadi...
POST BY WAYNE...

1 comment:
mudah2an ini petunjuk kepada segala pembohongan........
Post a Comment