laporan dari UTUSAN menyebut"Pakatan pembangkang menjunjung sistem demokrasi,maka orang Cina menyandang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan dan juga tidak bercanggah dengan kepentingan kaum Melayu," katanya.Tegas ANWAR,Pakatan pembangkang sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya umum yang dijangka diadakan sebelum Jun tahun hadapan.
Sehubungan itu,katanya, parti-parti dalam pakatan pembangkang sedang giat membincangkan soal pengagihan kerusi dengan 95 peratus pembahagian kerusi yang bakal ditandingi di Sarawak sudah diselesaikan.Ketika ditanya senario wakil rakyat pembangkang yang memenangi kerusi bertindak melompat keluar parti, Anwar menjelaskan bahawa kredibiliti calon merupakan syarat yang paling diutamakan.
"Pakatan pembangkang terutama PKR akan memilih calon dengan teliti, mungkin akan meminta calon agar menandatangani surat taat setia kepada parti bagi memastikan calon itu tidak akan keluar daripada parti.Ahli Jawatankuasa Kabinet Bayangan akan membuat satu pengumuman penting di dalam Perhimpunan Pakatan Rakyat pada 19 Disember depan. Ia termasuk strategi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13," katanya.
Sementara itu, Anwar juga menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa pakatan pembangkang dibayangi oleh pengaruhnya iaitu tanpanya pakatan pembangkang akan menjadi lemah.
"Ramai orang berkata,PKR ialah ANWAR atau pakatan pembangkang adalah ANWAR.Ini adalah tidak benar.Saya tidak bersama dengan PKR selama enam tahun dan kini saya juga tidak kerap menyertai mesyuarat PKR kerana menumpukan perhatian terhadap pakatan pembangkang,'' katanya.
Ditanya mengenai hubungan kerjasama antara DAP dan PAS,ANWAR mengakui ia lebih baik berbanding dahulu tetapi jalinan tersebut masih dianggap sebagai tidak berapa erat.Bagaimanapun,katanya,jurang antara PAS dan DAP telah dapat diatasi terutama apabila menyentuh mengenai konflik penubuhan negara Islam.
"Kini kedua-dua parti lebih bersepakat dan memberi tumpuan terhadap isu-isu dalam negara demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat,"katanya.Mengenai kemunculan pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai 'kuasa ketiga' yang dikhuatiri memberi impak kepada pembangkang, beliau tidak menolak kebarangkalian itu.
Jelasnya, sekiranya 'kuasa ketiga' itu berpakat dengan BN, ia sedikit sebanyak mampu menjejaskan kemenangan pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang."Saya tidak pasti sama ada kuasa ketiga ini berkaitan dengan Datuk Zaid Ibrahim (bekas calon Timbalan Presiden PKR) atau tidak. Ini kerana ia baru sahaja bermula, tetapi saya berpendapat ia mempunyai kemungkinannya."Saya masih tidak tahu siapa dalang atau di belakang 'kuasa ketiga' ini. Contohnya, saya tidak tahu siapa penajanya, kuasa mereka, siapa lagi ahlinya dan perbezaan falsafah politik serta pandangan di dalam isu dan polisinya," katanya.
ADA KAH MISI NYA BERJAYA ??? KITA AKAN SAKSIKAN NANTI.SAYA JER SAYA NAK PESAN...TOLONG LAH UBAH PERANGAI TU WAHAI ANWAR...SELESAI KAN DULU KES LIWAT,BARU LAH BERCERITA PASAL PARTI...
POST BY WAYNE...
2 comments:
Jangan terkejut Lim Kit Siang apabila memegang jawatan TPM mempunyai kuasa untuk menganugerahkan kerakyatan kepada warganegara luar. Maka bertambah ramai warganegara baru dari negera Cina sehingga AirAsia terpaksa menambah penerbangan dari KL-China sebanyak 100 kali sehari.
Karpal Singh sudah pasti menjadi Menteri Kehakiman dan dilantik juga sebagai Ketua Hakim Negara.
Haji Hadi Awang akan menjadi Menteri Kebajikan sesuai dengan slogan PAS iaitu Negara Berkebajikan. kutipan derma seluruh pelusuk negara akan bertambah.
Kasihan Nik Aziz, sudah dipencenkan waktu itu.
Betui 3x selesai kes kunyit dulu sebelum cite pasal PM......oppps....Akhirnya punca stor kunyit kosong setelah 2 hari tak berak diumumkan...jangan malu-malu klik di sini
Post a Comment