Social Icons

Pages

Showing posts with label ANWAR IBRAHIM.... Show all posts
Showing posts with label ANWAR IBRAHIM.... Show all posts

Thursday, July 20, 2017

FAKTA !!! APA PENDIRIAN #TUNMAHATHIR #TUNM SEKARANG TENTANG KELAKUAN #LIWAT #ANWARIBRAHIM ???


Pada 22 September 1998,dalam satu sidang media di Jabatan Perdana Menteri,Mahathir tampil menceritakan tentang aktiviti liwat Anwar Ibrahim."Saya tidak boleh terima seorang lelaki yang merupakan seorang peliwat untuk menjadi pemimpin negara ini," kata Mahathir 

Bukan setakat itu sahaja,Mahathir menjelaskan lagi bahawa ada “seorang lelaki memberitahunya Anwar bukan sahaja melakukan liwat, tetapi semasa proses itu beliau (Anwar)... saya tidak tahu apa anda menyebutnya... melakukan onani terhadap lelaki itu?" kata Mahathir.Bukan sekali Mahathir percaya Anwar melakukan liwat,malah Mahathir konsisten selama bertahun tahun percaya Anwar terlibat dengan perbuatan terkutuk itu.Semasa kempen Pilihanraya Negeri Sarawak,pada 15 April 2011,di Kampung Pulo Ulu, Kuching,Mahathir dalam ceramah menyatakan seperti berikut ;

“Dia (Anwar) cuma hendak jadi Perdana Menteri sahaja, kita buatlah satu kampung bagi dia, kita angkat dia jadi Perdana Menteri tu.Pasal hendak jadi Perdana Menteri ini pun satu penyakit,macam macam pembohongan dibuat” kata Mahathir menyindir Anwar Ibrahim.Menyambut cadangan Mahathir ini,kini eloklah sangatlah Mahathir dan Wan Azizah yang berada dalam satu organisasi sekarang berpakat bersama sama cari satu kampung atau pulau dan jadikan Anwar sebagai Perdana Menteri di tempat tersebut.Sekarang ini,penyakit hendak jadi Perdana Menteri ini kena pada siapa? Siapa yang begitu gila mencipta banyak sangat pembohongan demi pembohongan semata mata hendak jadikan anak sendiri menjadi Perdana Menteri? Sejak 2014 lagi rupaya rancangan Mahathir hendak jatuhkan Najib. Bermacam cerita dan pembohongan dilakukan semata mata hendak jatuhkan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri.Mahathir merancang menaikkan orang lain sebagai Perdana Menteri sementara yang kemudiannya membuka jalan kepada anaknya untuk menjadi PM. Dalam ceramah di Kampung Pulo Ulu Kuching itu juga,Mahathir ada menyatakan; “Akhirnya sekali, orang semacam ini (Anwar) tidak layak menjadi Perdana Menteri,fikirkanlah orang semacam ini kita hendak duduk dekat pun takut.Maaflah saya cakap kotor sikit. Tak berani beralih belakang kat dia pun (Anwar)” kata Mahathir. 

6 Julai 2017,dalam wawancara bersama The Guardian,UK,Mahathir sudah setuju menjadi Anwar sebagai Perdana Menteri.Mahathir sudah telan balik semua kata katanya dulu pada Anwar.Hari ini orang yang Mahathir kata hendak duduk dekat pun takut itu menjadi ketua kepada Mahathir dalam carta Pakatan Harapan.Jawatan Ketua Umum Pakatan Harapan dan Pengerusi Pakatan Harapan, duduknya dekat sangat. Mahathir sendiri sudah sanggup cari Anwar Ibrahim di mahkamah pada 5 September 2016, bersalam erat dan bertentang mata antara satu sama lain.Lima hari selepas itu, pada 10 September 2016, Mahathir sekali lagi cari Anwar Ibrahim di mahkamah. Dalam perjumpaan kali kedua ini, Mahathir berjumpa Anwar selama 40 minit untuk berbincang mengenai pakatan pembangkang. Boleh duduk dekat dan sembang sampai 40 minit dengan orang yang dikutuknya sebagai peliwat dan hendak beralih belakang pun takut. Mahathir patut tanya kepada Anwar, mana dia jam Omega ??? Lama sangat, janji hendak tunjuk sejak 6 tahun lepas,tidak tunjuk tunjuk pun.Bermakna dengan bersama dan duduk sekali dengan Anwar Ibrahim, Mahathir sebenarnya sudah menjilat kembali apa yang disebutnya dahulu terhadap Anwar. Dosa dan perbuatan keji terbesar Anwar Ibrahim di mata Mahathir adalah melakukan liwat. Kini bila Mahathir sudah berada di bawah Anwar dalam organisasi Pakatan Harapan, apakah Mahathir masih lagi percaya dan yakin Anwar merupakan seorang peliwat ???

 Naib Presiden Pas,Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah turut mempersoalkan adakah tuduhan liwat terhadap Anwar satu ketika dahulu tidak benar apabila Mahathir secara tiba-tiba sekarang ini ingin menerima semula Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.“Kalau benar kesalahan itu,adalah pelik dia (Mahathir) sanggup bersekongkol dengan dengan orang yang melakukan liwat” kata Nik Amar. Mahathir masih belum menjawab berkaitan pendiriannya tentang perbuatan liwat Anwar Ibrahim. Apakah Mahathir ingat orang boleh lupa apa yang dia cakap pada Anwar Ibrahim dahulu. Orang Melayu lain tidak mudah lupa.Mungkin penyokong Mahathir yang terdiri daripada “budak budak baru nak up” lupa kenyataan Mahathir ini.Anwar dilantik sebagai Ketua Umum,manakala Mahathir pula dipilih menjadi Pengerusi Pakatan Harapan.Soalnya,adakah tuduhan Mahathir dahulu keatas Anwar tidak betul pada asalnya? Mudah sahaja, rakyat hendak tahu pendirian Mahathir sekarang terhadap perbuatan liwat Anwar Ibrahim. Jawab ya atau tidak sahaja pada soalan ini.Apakah Anwar Ibrahim seorang peliwat ??? Semua orang tanya soalan ini pada Mahathir.Tengok apa jawapan yang dia hendak berikan.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, July 13, 2017

FAKTA !!! #TUNMAHATHIR #TUNM SANGGUP BUAT APA SAJA JANJI #ANWARIBRAHIM DAN #LIMKITSIANG SUKA PADA BELIAU !!!


Pengerusi PPBM,Mahathir telah membuat satu "Pusingan U" paling hebat di Malaysia.Lengkaplah kini,sudah ada bermacam macam jaguh dalam pembangkang.Jaguh duduk paling lama atas kerusi selama 51 tahun (Kit Siang),juara memfitnah (Rafizi Ramli) dan jaguh "pusingan U" (Mahathir)"Korner baring" di selekoh "pusingan U" yang dibuat Mahathir adalah yang paling dramatik sekali.Dulu,Mahathir sendiri yang gelar Anwar peliwat,moral rendah dan perasuah.Kini,Anwar sudah boleh diterimanya sebagai calon PM.Bagi Perdana Menteri,Datuk Seri Najib,tindakan Mahathir itu menunjukkan Mahathir panik dengan keputusan Kabinet untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kerugian sebenar akibat skandal dagangan  mata wang asing (Forex) pada sekitar tahun 90-an.Sebelum ini laporan menyebut Bank Negara Malaysia (BNM) telah kerugian sebanyak RM30 bilion dalam urusniaga berkenaan ketika zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri. Menurut Najib,Mahathir tahu bahawa hasil daripada siasatan RCI akan membawa kepada pendakwaan jenayah dan Mahathir akan cuba lakukan apa sahaja untuk menyelamatkan dirinya.

Dia tidak mahu orang-orang yang menjadi saksi seperti Anwar dan Lim Kit Siang bercakap benar dalam prosiding memberi keterangan kepada barisan anggota RCI jika dipanggil nanti.Sebelum ini,Kit Siang pernah dipanggil Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan untuk membuat siasatan awal untuk beri keterangan dan beliau memberikan keterangan hanya setengah jam sahaja,sedangkan Kit Siang pernah tulis sebuah buku berkenaan skandal terbabit. Mahathir juga dengar ceritanya, senyap-senyap sedang "gilap" dan taja anak angkatnya,Azmin Ali untuk menjadi PM jika Mukhriz gagal mendapat tempat. Perkara ini sudah dihidu oleh Anwar.Oleh kerana itulah Nurul Izzah diutus ke London untuk "make a deal" dengan Mahathir.Rundingan yang dibuat adalah, Anwar mahu Mahathir menyokong pembebasannya dari penjara.Selepas itu,mohon pengampunan untuk terlibat dalam politik dan kemudian menjadi Perdana Menteri.Ini permintaan Anwar yang disampaikan kepada Mahathir menerusi Nurul Izzah.Sebagai balasan kepada persetujuan Mahathir itu,Anwar yang menjadi saksi dalam kes RCI Skandal Forex akan cuba membela dan melindungi Mahathir jika dipanggil nanti. Anwar tahu Mahathir tiada pilihan, terpaksa buat keputusan memilihnya bagi mengelak dimalukan dalam isu Skandal Forex.Yang paling tidak puas hati bila Nurul Izzah membuat rundingan itu adalah Azmin Ali. Syed Saddiq,Tun Daim Zainuddin dan Azmin Ali berada dalam satu kem. Mahathir percaya dia mampu "remote control" Azmin berbanding Anwar. 

Kerana tidak puas hati dengan rundingan London yang dibuat Nurul Izzah itulah,Azmin mula menyerang Wan Azizah dan Guan Eng secara terbuka. Azmin sebenarnya sudah "main belakang" Anwar dan mengadakan pakatan sulit lain dengan Mahathir. "Civil War" yang berlaku dalam Pakatan Harapan tidak boleh ditutup lagi.Mahathir adalah punca sebenar berlakunya perang besar ini. Perang merebut tempat dan kuasa semata mata.Oleh kerana itulah,bila pulang dari London, tidak sampai 48 jam selepas membuat kenyataan menyokong Anwar menjadi PM dalam The Guardian, Mahathir buat "pusingan u" sekali lagi dalam Strait Times Singapore.Mahathir menafikan pula dia sokong Anwar menjadi PM. Kenapa buat begitu pula? Sebab mahu pujuk hati Azmin Ali pula ??? Ada kecenderungan Mahathir akan pusing balik dan sokong Azmin atau Mukhriz menjadi PM dan bukannya Anwar.Lihat sahaja pada pendirian Mukhriz. Sudahkah Mukhriz menyatakan pendirian sokong Anwar sebagai PM? Tidak ada. Sudah dua kali, Mukhriz tidak sokong.Kali pertama ketika di Konvensyen PKR di Shah Alam, Mukhriz bantah Anwar sebagai calon PM yang ketujuh.Kali ini,bila bapanya sokong Anwar dari London,Mukhriz diam juga.Maka,memang betullah andaian yang dibuat bahawa Mahathir memang mahukan Mukhriz sebagai PM untuk meneruskan legasinya. 

tidak perlulah sibuk Mukhriz hendak menafi dan menyaman pihak lain yang berkata Mukhriz mengidam hendak jadi PM. Memang betul pun, itu niat Mahathir.Nampaknya,Mahathir sudah main kayu tiga dengan Anwar.Di belakang Anwar nampaknya,Mahathir pasang Azmin.Mahathir juga pasang Mukhriz dengan membuat perjanjian sulit dengan Kit Siang yang masih berjalan sampai hari ini. Perjanjian London dengan Nurul Izzah hanyalah untuk RCI semata mata.Mahathir boleh buat apa sahaja untuk dua tujuan ini dalam masa terdekat ini. Satu, untuk melepaskan diri dari RCI.Dua,untuk menjadikan Mukhriz atau Azmin sebagai PM.Si lebai malang,Muhyiddin dan seluruh ahli ahli PPBM yang lain sudah kena "hancing" dengan Mahathir. Inilah "Machiavelli Malaysia" yang bernama Mahathir. Apa sahaja akan dibuat, janji matlamatnya tercapai.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, July 07, 2017

TU DIAAA !!! AKHIRNYA #TUNMAHATHIR TERIMA JADI #ANWARIBRAHIM JADI #PERDANAMENTERI ??? PULAK DAAAHHH !!!


Mahathir Akhirnya Terima Anwar Ibrahim Sebagai Calon Perdana Menteri 6 Julai 2017,dalam temubual bersama The Guardian di London,Mahathir berkata "Sekiranya Anwar boleh terlibat dalam politik dan menjadi Perdana Menteri. Saya tidak ada bantahan terhadapnya".Akhirnya Mahathir setuju menjadikan Anwar yang pernah disebutnya sebagai peliwat dan perasuah serta dipenjarakannya pada 1998 sebagai Perdana Menteri.Mahathir berkata Anwar dibicarakan secara tidak adil oleh kerajaan sekarang.Jika kerajaan lain yang naik nanti,maka Anwar selayaknya diberi pengampunan dan dibebaskan dari penjara, kata Mahathir.Masa Mahathir penjarakan Anwar dulu,alasan samalah yang digunakan oleh geng reformasi jalanan.Sekarang Mahathir pun dah telan balik ayat ayat geng reformasi ini dulu gunakan terhadapnya. "Mahafiraun" yang dulu sudah jadi "Wali" di sisi geng geng pembangkang. 

Inilah "U Turn" terbesar yang dibuat oleh Mahathir.Kali ini dari London,terhadap orang yang digelarnya bermacam macam gelaran sejak berbelas tahun dahulu."Saya tidak boleh terima seorang lelaki yang merupakan seorang peliwat untuk menjadi pemimpin negara" kata Mahathir pada 22 September 1998.Kini Mahathir dah terima peliwat jadi PM.Sebenarnya amat sukar untuk Mahathir menerima hakikat bahawa jawatan Perdana Menteri untuk anaknya sudah semakin jauh darinya.Oleh kerana itu semasa Konvensyen PKR di Shah Alam beberapa bulan lepas,Mahathir enggan angkat plakad "Anwar PM Ke 7".Mahathir bimbang Anwar tidak akan beri jawatan PM itu pada anaknya.Oleh kerana itulah Mahathir sendiri berkeras mahu menjadi PM.Ketika beraya di London,Nurul Izzah datang memujuk Mahathir.Entah apa yang membuat hati Mahathir berubah dan percaya Anwar balik. Mahathir sudah hilang cara untuk merampas kuasa Perdana Menteri.Hanya dengan bersekutu balik dengan "syaitan" yang dia pernah kenal sahaja,mungkin ada jalan untuk menjatuhkan Najib.Namun hingga kini,Allah SWT tidak izinkan ianya berlaku.Mahathir merasakan beliau akan kena "house arrest" kerana Skandal Forex. Oleh kerana itulah Mahathir sebut pada The Guardian semalam bahawa jika kerajaan lain yang berada di Putrajaya,sudah pasti Anwar akan diberi pengampunan dan dibenarkan semula aktif politik. 

Mahathir sebenarnya berharap kerajaan yang itu juga membebaskannya daripada "house arrest" dan menutup segala kes Skandal Forex. Mahathir amat tertekan kerana kes RCI Forex.Jika tidak pujuk Anwar dengan cara memberi persetujuan Anwar untuk menjadi PM, Mahathir mungkin bermasalah berhadapan dengan perbicaraan Skandal Forex.Kalau Anwar buka dan dedah semua, alamatnya "ke dalam" betullah Mahathir.Baru baru ini,Anwar sudah merajuk dan tarik "hand brake" tidak mahu menjadi PM.Anwar juga gesa agar pendaftaran Pakatan Harapan dan logo ditangguhkan. Ini yang buat Mahathir bimbang. Anwar sebenarnya marah bila dapat tahu Mahathir mahu jadi PM semula. Mahathir amat bimbang Kit Siang dan Anwar dedah semua cerita bila dipanggil RCI Skandal Forex. Dengan cara bersetuju Anwar menjadi PM,Mahathir berharap Anwar akan menyembunyikan cerita cerita Mahathir mengenai kehilangan wang berbillion ringgit di Bank Negara dahulu. Biar pun bersetuju dengan Anwar menjadi PM akan memadamkan cita cita anaknya untuk menjadi PM, Mahathir terpaksa buat pilihan. Antara malu kerana RCI Skandal Forex atau menjadikan Mukhriz sebagai PM. Mana satu yang perlu dipilih ??? 

Keputusan inilah yang Mahathir buat di London.Memanggil Nurul Izzah datang semata mata hendak nyatakan persetujuan itu.Kerana mahu pujuk "Pak Sheikh" balik.Selama mana bertahan persetujuan Mahathir untuk menjadikan Anwar sebagai PM ini tidak dapat dijangka.Takut takut Mahathir buat "U TURN" balik selepas siasatan RCI Skandal Forex selesai."The ends justify the means".Mahathir boleh buat apa sahaja untuk tujuan peribadinya selepas itu. Sejarah telah membuktikan,Mahathir sanggup buat apa sahaja untuk capai matlamatnya. Yang sedang tersepit sekarang adalah Mahathir.Yang hulur tangan mahu lepaskan Mahathir sekarang adalah Nurul Izzah bagi pihak Anwar Ibrahim. Tidak ada jaminan, Mahathir tidak akan "gigit" Anwar kembali.Hari ini sudah 44 kali Jumaat,parti PPBM ditubuhkan.Takdir juga tertulis pada hari ini,dengan kuasa Tuhan,Mahathir mahukan orang yang digelarnya peliwat sebagai PM.Cuma satu faktor sahaja Mahathir gagal tewaskan iaitu kuasa Allah SWT. Itulah sebabnya, dalam kekusutan Mahathir tidak cari Allah SWT dan pergi Umrah.Ini kerana Mahathir tahu Allah SWT tahu apa niatnya.Mahathir pergi cari Claire Brown,WSJ,DOJ dan terkini Anwar untuk melepaskan tengkuk dan mencapai cita cita peribadinya.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, June 14, 2017

FAKTA !!! #DAP NAK #ANWARIBRAHIM #DSAI ATAU #TUNMAHATHIR #TUNM ??? TOLONG JAWAB !!!


11 Jun 2017,Malaysiakini menulis "Anwar dipersetujui jadi Ketua Umum Harapan".Ini merupakan cerita dalaman tentang apa isi kandungan perbincangan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang berlangsung pada Jumaat,9 Jun 2017.Nampaknya,perbincangan itu masih lagi buntu dan gagal memuktamadkan siapa sebenarnya calon PM bagi pihak Pakatan Harapan.Seminggu sebelum itu mereka mesyuarat perkara yang sama di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 1 Jun 2017.

9 Jun 2017,Zaid Ibrahim, yang kini bersama dalam DAP menyatakan PPBM patut ketuai Pakatan Harapan.Cadangan ini ditolak oleh PKR.Keputusan rasmi tidak diumumkan,bermakna sudah berkali kali mesyuarat pun,mereka masih lagi gagal berpakat sesama mereka.DAP nampaknya cenderung untuk memilih Anwar.Kit Siang sudah angkat plakad sokong Anwar Ibrahim jadi PM yang ke-7.Namun dalam masa yang sama Mahathir masih lagi mahu memujuk dan menagih simpati DAP untuk menyokongnya menjadi PM sekali lagi.Kali pertama Mahathir cakap mahu jadi Perdana Menteri ialah pada 1 Jun lepas,dalam satu temubual di Facebook dan kali kedua dalam satu wawancara di Nikkei Asian Review,Jepun pada 6 Jun lalu.Sampai pergi ke Jepun pun,mengulang lagi niat hendak jadi PM.Anwar masih lagi di dalam penjara.Cerita RM9.5 juta ini sengaja diadakan semata mata untuk beri harapan untuk membebaskan Anwar. PKR pun buat bermacam cara bagi menunjukkan Anwar masih relevan dan kuat.Maka timbullah cerita untuk melantik Anwar pula sebagai Ketua Umum Pakatan Harapan.Jawatan yang dulu diwujudkan dalam PKR itu,mahu dibuat sama dalam Pakatan Harapan. Dalam satu kenyataan semalam, pemimpin 51 tahun DAP, Lim Kit Siang menyatakan bahawa Anwar yang ketika ini masih dipenjarakan, tetap menjadi pilihan untuk dilantik ke jawatan Perdana Menteri jika PH menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti. 

Bagaimanapun,kerana dia masih menjalani hukuman kerana jenayah meliwat, orang lain perlu dipilih untuk mejadi Perdana Menteri sementara menunggu Anwar dibebaskan dan dari bunyi kenyataan Kit Siang,orang itu tetap bukannya Mahathir.Mungkin DAP sudah nampak keupayaan sebenar Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz.Parti yang baru setahun jagung tubuh pun tidak ke mana mana.Ramai yang lari, keluar parti,gaduh sama sendiri dan mulai pertikai kekayaan Mahathir dan skandal Muhyiddin.PPBM tuduh kononnya exco Armada itu diupah oleh pihak UMNO untuk buat kenyataan media. Tuduhan yang sama pernah dilempar pada Cikgu Kamarul,Setiausaha Kerja PPBM yang juga keluar PPBM.Tuduhan itu hanya tinggal tuduhan.Tiada bukti dan hanya mahu mengelak menjawab soalan sebenar yang ditanya exco Armada itu. Boleh jadi PKR yang upah exco Armada ini untuk menunjukkan PPBM lemah dan tidak kuat. Boleh jadi juga. Musuh utama PKR kini bukannya UMNO, tetapi Mahathir.Musuh dan penghalang utama Mahathir hendak jadi PM semula bukannya UMNO, tetapi PKR. 

Jika sanggup reka cerita RM9.5 juta untuk bebaskan Anwar,PKR juga sanggup reka cerita RM5 juta dibayar Mahathir kepada Musa Hassan pada kes liwat 1999,juga kerana untuk bebaskan Anwar.Sekarang ini,PPBM dan PKR berlumba lumba hendak memujuk hati DAP.Apa pun berlaku,DAP lah yang buat keputusan.DAP adalah "king maker" dalam Pakatan Harapan.soal lukisan logo pun,DAP yang tentukan menerusi Teresa Kok.Apatah lagi soal siapa hendak jadi PM.Kenapa DAP yang tentukan ??? DAP yang paling banyak kerusi dan berkuasa.DAP juga ada agenda lain selepas itu. Sesiapa pun naik,DAP akan pergunakan,kerana mungkin selepas itu orang yang jadi PM adalah DAP.Jangan cuba cuba menukar kerajaan di Putrajaya.Silap sekali,bukan boleh ditukar lagi. Menangis air mata darah pun tiada guna lagi jika DAP sudah kuasai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.Kuasa di tangan DAP, Anwar atau Mahathir ???

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, March 30, 2017

TU DIAAA !!! BILA #TUNMAHATHIR #TUNM NAK JAWAB PENDEDAHAN #RAFIZIRAMLI DAN #ANWARIBRAHIM ???


Anak Mahathir kaya raya !!!!! Begitulah pendedahan yang telah lama diceritakan oleh dua figura politik pembangkang,Rafizi Ramli dan Anwar Ibrahim dalam pentas-pentas kempen PKR beberapa tahun yang lalu.Video pendedahan Rafizi sudah tural di media sosial.Rafizi kata anak anak Mahathir ada kaitan dengan tauke judi dan tauke arak.Menurut Anwar dan Rafizi dalam ceramah mereka berasingan,anak kepada bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, Mokhzani dan Mirzan melalui beberapa syarikat mereka terutama stesen minyak Petron yang beribu pejabat di Damansara Heights,Kuala Lumpur telah berjaya mengutip berbilion ringgit kekayaan dipercayai hasil bantuan bapanya semasa bergelar Perdana Menteri selama 22 tahun.Sehingga ke hari ini,pendedahan yang dibuat oleh Rafizi dan Anwar ini masih dapat ditonton terutama di saluran Youtube yang jelas memaparkan betapa mereka memiliki bukti-bukti bagaimana anak-anak Mahathir itu berjaya menjadi jutawan dalam masa yang cukup singkat. 

Walaupun kini Mahathir telah berpaling tadah menjadi sahabat akrab Rafizi dan Anwar dalam pakatan pembangkang,namun ketiga-tiga mereka bak 'tikus mondok' dalam isu ini.Rafizi dan Anwar dikala dahulu begitu marah terhadap Mahathir kerana isu ini,namun sekarang mereka berdua tidak pula membuka mulut pabila bertemu Pengerusi PPBM itu.Tidak kurang juga Mahathir.Walaupun dia pernah dituduh, dicemuh,dicaci dan dimaki dengan begitu aib sekali oleh Rafizi dan Anwar dalam isu ini, namun ahli politik berusia 91 tahun itu tiada keberanian untuk menjawab segala tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan kepadanya suatu ketika dahulu. Justeru, sebagai seorang bekas PM yang pernah dimuliakan majoriti rakyat Malaysia,wajarlah Mahathir menjawab pendedahan yang dilakukan oleh dua pemimpin PKR tersebut pada hari ini. 

Amat tepatlah atas kapasitinya sebagai Pengerusi PPBM yang menganggotai Pakatan Harapan,maka Mahathir patut 'menyucikan' nama dia dan keluarganya jika tuduhan berkenaan tidak berasas.Bila Mahathir hendak jawab ??? Skandal Forex dan BMF pun belum dijawab.Pendedahan Rafizi dan Anwar pun tidak dijawab.Patutlah Mahathir sanggup cari cendol dari berdebat secara terbuka.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

TU DIAAA !!! #ANWARIBRAHIM TAK RESTU PENGGUNAAN LOGO DAN SATU NAMA ???


Baru-baru ini,Mahathir memaklumkan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah menyertai Pakatan Harapan. Mahathir turut memberitahu PPBM mahu nama dan logo pakatan ditukar.Sementara presiden PPBM, Muhyiddin Yassin pula mencadangkan supaya nama Pakatan Harapan ditukar kepada Barisan Rakyat.Namun hasrat berkenaan tidak kesampaian apabila mesyuarat presiden Pakatan Harapan yang diadakan beberapa hari lepas telah menolak cadangan pertukaran nama berkenaan.Susulan itu timbul cakap-cakap politik bahawa Anwar Ibrahim tidak merestui penggunaan satu logo dan satu nama,seperti yang dicadangkan itu dan sebarang pertukaran logo atau nama baru bagi gabungan terbabit dikatakan perlu mendapat restu daripada Anwar sendiri. 

Walaupun ia hanya sembang-sembang politik tetapi perkara itu mula diperkatakan oleh banyak pihak.Apatah lagi ketika ini Mahathir dikatakan meneutralkan pengaruh Anwar dalam Pakatan Harapan.Mahathir juga cuba membentuk acuannya sendiri dalam pakatan,sama seperti yang cuba dilakukan dalam UMNO dan ke atas pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak,namun beliau tidak berjaya. Bukan itu sahaja, terdapat bayangan PPBM mahu mengetuai Pakatan Harapan,susulan kenyataan Muhyiddin baru-baru ini bahawa adalah penting bagi memastikan pakatan itu dipelopori oleh parti yang berteraskan Melayu bagi mewujudkan keyakinan rakyat. Mungkin disebabkan itu juga,Anwar telah menggunakan kesempatan yang ada untuk membincangkan mengenai perkara berkenaan dengan isterinya,Datin Seri Dr. Wan Azizah ketika beliau melawat presiden PKR itu di hospital. Anwar menghabiskan masa selama 45 minit untuk bertemu Wan Azizah. 

Punca Wan Azizah masuk hospital bagaimanapun tidak diketahui.Sakit politik rupanya.45 minit berbincang mengenai strategi politik bila PPBM masuk PH.Anwar masih memberi arahan kerana tidak mahu impiannya menjadi PM terpadam.Logo dan nama baru untiuk Pakatan,tidak dipersetujui Anwar.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, February 28, 2017

TU DIAA !!! #PKR TETAP NAK #ANWARIBRAHIM JADI #PERDANAMENTERI ???


Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang sebelum ini dikatakan telah membahagikan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri walaupun hakikatnya mereka belum menakluk Putrajaya.Tanpa disedari sesiapapun,perjanjian sulit yang dibuat oleh dua 'dinasour' politik itu telah didedahkan oleh bekas Naib Pengerusi DAP,Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dengan dakwaan Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan dinaikkan sebagai Perdana Menteri.Pendedahan itu menyaksikan seolah-olah Kit Siang `terpukau' dengan aura Mahathir sehingga sanggup mengenepikan sekutu lamanya iaitu PKR untuk dibawa berbincang mengenai siapa yang paling layak bergelar Perdana Menteri dan timbalan jika mereka berkuasa di Malaysia. 

Apabila perjanjian sulit ini mula bocor,maka 'kelam kabut' mereka berdua menepis dan menafikannya.Namun hakikatnya,bagi PKR,tiada individu yang sesuai menjadi Perdana Menteri kecuali Anwar Ibrahim meskipun beliau kini berada di penjara atas tuduhan meliwat.Ia ditegaskan oleh bendahari PKR,Dr. Tan Yee Kew yang mengingatkan sekutunya termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bahawa tiada siapa yang layak kecuali Anwar.``Siapa yang akan mengetuai PRU14? Memang terdapat perbezaan pandangan dalam pakatan pembangkang mengenai siapa yang akan mengetuai pada PRU14 dan calon Perdana Menteri.Namun parti komponen Pakatan Harapan telah sebulat suara membuat keputusan memberi sokongan kuat kepada Anwar sebagai calon Perdana Menteri pada Konvensyen Pakatan Harapan 2016,” dakwanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini. 

Nah,sekarang mana satu calon yang dipilih secara 'rasmi' bagi mewakili pembangkang ??? Sudah pasti suara Dr Tan itu mewakili suara Dr Wan Azizah Wan Ismail dan sekali gus Anwar secara rasmi adalah pilihan PKR.Jadi di manakah kedudukan Dr. Mahathir sebenarnya ??? Beliau sebaliknya hanya sekadar 'melukut di tepi gantang' sahaja.Dalam situasi ini,pembangkang harus sedar bahawa Dr. Mahathir sedikit demi sedikit telah mula 'hijack' hingga ke tahap beliau mahu menentukan siapa bakal Perdana Menteri.Mungkin tidak lama lagi Dr. Mahathir pula akan diangkat sebagai ketua pembangkang.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, February 22, 2017

KANTOI !!! #TUNMAHATHIR #TUNM TERDESAK KAW-KAW !!! GUNA #ANWARIBRAHIM LAMBUNG #MUKHRIZ !!!


Anwar Ibrahim ketika disoal balas oleh peguam bagi pihak Khairy Jamaluddin dalam kes saman fitnah RM100 juta terhadap Menteri Belia dan Sukan itu di Mahkamah Tinggi,Anwar telah menyamakan penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah dengan "Langkah Kajang" pada 2014.Bekas ketua pembangkang itu mengakui Langkah Kajang bertujuan menjadikan beliau Menteri Besar Selangor,yang diusahakan PKR dengan menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.Khalid kemudiannya digantikan dengan Datuk Seri Mohammad Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.Tetapi jangan lupa semasa era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad,beliau telah menggantikan Tan Sri Osman Aroff sebagai Menteri Besar Kedah pada 1996 meskipun seramai 22 ADUN menyokong Osman.Jika kita lihat kepada kenyataan Anwar itu,secara tidak langsung ia seolah-olah menunjukkan ia mahu mengangkat Mukhriz apatah lagi selepas dua kali pertemuan beliau dengan Mahathir di mahkamah sebelum ini.

Banyak persoalan yang timbul daripada kenyataan terbabit dengan salah satu daripadanya,adakah Mahathir sudah terdesak dan sedang merangka sesuatu dengan menggunakan Anwar untuk mengangkat dan melambung anaknya ??? Ini kerana kenyataan berkenaan ternyata agak aneh,apatah lagi menyamakan Mukhriz dengan Khalid Ibrahim.Apakah ia menunjukkan bahawa Mahathir terpaksa mengambil langkah lain pula untuk melaksanakan agendanya selepas perjanjian sulit dengan DAP untuk menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri telah dibongkarkan oleh bekas Naib Pengerusi DAP,Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim ??? Walaupun dinafikan oleh Mukhriz tetapi isu berkenaan telah "meletup" dan menjadi bualan hangat dalam politik negara.Selepas isu perjanjian sulit itu telah terbongkar, mungkin Mahathir terpaksa menggunakan cara lain pula dan dalam masa yang sama pula, ramai yang tertanya-tanya bagaimana pula dengan nasib presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Apa yang jelas,Muhyiddin seolah-olah telah diketepikan dan dipinggirkan oleh Mahathir.Dalam banyak-banyak kenyataan yang dibuat oleh Mahathir selama ini tidak banyak nama Muhyiddin yang disentuh.Apatah lagi dakwaan skandal seks membabitkan Muhyiddin kini hangat diperkatakan terutama selepas presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM),Datuk Azwanddin Hamzah dipanggil untuk memberi keterangan di pejabat Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ).Lama kelamaan,Muhyiddin akan terus terpinggir dan tidak mustahil suatu masa nanti kita akan melihat Mahathir mengumumkan Mukhriz sebagai calon Perdana Menteri jika pakatan harapan menang.Itulah politik dan dalam politik banyak perkara boleh terjadi walaupun suatu masa lalu ia dilihat sebagai mustahil. "Desperate" sungguh Mahathir,guna apa sahaja untuk capai cita cita jadikan Mukhriz jadi PM.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, February 02, 2017

KEPADA @SAIFULBUKHARI #SAIFULBUKHARI !!! TOLONG JANGAN MUDAH MAAFKAN #ANWARIBRAHIM !!!


pada 26 Januari 2017,Saiful Bukhari Azlan mendedahkan di Facebooknya bahawa beliau didatangi oleh seorang kenalan rapat Anwar yang datang dengan tujuan mahu membebaskan Anwar dari penjara.

"Beliau mohon agar saya,selaku pengadu dalam kes,memohon pengampunan Di Raja bagi pihak Anwar dari DYMM YDP Agong agar Anwar dibebaskan,TANPA mengubah pengakuan dan dakwaan saya.Kata beliau,Yang di-Pertuan Agong boleh berikan pengampunan menurut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.Beliau mohon saya maafkan Anwar.Katanya Anwar pun telah menjalani hukuman selama 2 tahun, mungkin beliau sudah insaf.Jika saya yang mohon pengampunan ini bagi pihak Anwar,  bunyinya aneh, tapi impak dan merit nya ada,kerana saya selaku pengadu dalam kes tersebut, ada locus standi" ulas Saiful Bukhari dalam tulisan di Facebooknya itu.

Anwar dimasukkan ke dalam lokap pada 10 Februari 2015 kerana didapati bersalah meliwat Saiful Bukhari.Jika mengikut perbualan rakan Anwar di atas,seolah olah menyatakan Anwar mengakui beliau insaf kerana kesalahan meliwat.selepas itu,Saiful Bukhari menyatakan beliau akan memikirkan dahulu sama ada bersetuju atau tidak untuk membuat permohonan pengampunan Anwar kepada Yang Dipertuan Agong.Selama ini,Saiful dituduh dan dihina dengan pelbagai makian dan fitnah oleh pemimpin pembangkang kerana membuat menyatakan Anwar Ibrahim meliwatnya.Saiful usah mudah mengalah,kerana Anwar ada agendanya sendiri untuk keluar awal dari penjara dan melakukan kerosakan kembali di muka bumi Malaysia ini.Saiful Bukhari juga perlu hargai penyokong dan mereka yang sentiasa memberinya sokongan moral ketika beliau dalam kesusahan melawan kemungkaran yang Anwar lakukan.Cukuplah sekali tertipu dengan Anwar,jangan terkena tipu lagi dengan si pemutar belit seperti Anwar yang hanya pandai bermain kata kata sahaja.

pada hari yang sama,Semalam juga di Malaysiakini,Nurul Izzah menyamakan nasib yang menimpa Anwar sama seperti apa yang berlaku pada Nabi Yusuf.Lihat betapa "desperate"nya Izzah untuk membawa bapanya keluar cepat.Maknanya Izzah telah tuduh Saiful Bukhari melakukan fitnah terhadap bapanya.Kenyataan Izzah itu sudah bercanggah dengan wakil Anwar yang datang jumpa Saiful dan mengakui Anwar sudah insaf bila sudah dua tahun dipenjara.Nampaknya dalam kenyataan itu Nurul Izzah menuduh Saiful yang jahat dan membuat fitnah pada papanya.Jauh bezanya kisah Nabi Yusuf dengan Anwar Ibrahim.Usah samakan kisah Nabi Yusuf yang kena fitnah dengan kes liwat Anwar. Zulaikha yang menggoda dan menarik baju Nabi Yusuf hingga koyak di belakang.Dalam kisah Anwar,bukan Saiful yang menggoda Anwar,sebaliknya Anwar yang menggoda dan melakukan koyakan di "bahagian belakang" Saiful.Nurul Izzah juga turut umum mahu buat Jelajah Bebaskan Anwar beberapa minggu lepas.Mengapa perlu bebaskan Anwar cepat ??? Tujuan Izzah dan pentaksub Anwar hanyalah satu iaitu untuk menjadikan Anwar sebagai ketua umum kembali dalam pakatan pembangkang. Jawatan itu sekarang sudah kena "hijacked" dan dirampas oleh Mahathir. Semua keputusan dalam pembangkang sekarang keluar dari mulut Mahathir.Sebab itulah dua hari lepas, Izzah telah sebut jangan percaya apa yang Mahathir cakap,ianya bukan dasar pembangkang. Emaknya Wan Azizah tidak diendah sebagai ketua pembangkang di parlimen. 

Mahathir pula ke hulu hilir bersama Kit Siang.Malah sudah ada perjanjian sudah antara mereka berdua. Jawatan TPM dan PM diagih mereka berdua sahjaa.Ini sebabnya ada usaha mahu Anwar keluar cepat iaitu untuk menguatkan pembangkang hadapi PRU14 bukan sebab sudah insaf duduk dalam penjara.selain menyelamatkan kumpulan Wan Azizah daripada terus tenggelam dalam arena politik Malaysia.Bagaimana boleh tenggelam ??? Sudah pasti kali ini Azmin (yang dibantu Mahathir) akan meletakkan orang orangnya di semua tempat sebagai calon PRU14. Anwar sudah gagal dalam "Langkah Kajang" untuk mencatur Wan Azizah sebagai MB sebelum beliau masuk penjara. Keluar penjara nanti pula,Wan Azizah dan legasinya semuanya sudah tiada apa apa dalam PKR kerana telah dikuasai oleh anak angkat Mahathir.Sebab itu bersungguh sungguh benar Izzah mahu Anwar keluar cepat. Saiful Bukhari jangan mudah tertipu.Keluar sahaja Anwar,bencana yang lebih besar akan berlaku.Selamatkan Malaysia,biar Anwar duduk dulu dalam penjara sampai habis hukuman.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, January 24, 2017

TU DIAAA !!! #TUNMAHATHIR #TUNM RAMPAS GELARAN #LELAKITERAGUNG PEMBANGKANG DARI #ANWARIBRAHIM #DSAI !!!


``Cinta lelaki teragung,membuat aku berbahagia,kaulah kekasih di dunia,dan di syurga,oh kekasih... Kembalikan,cinta yang pernah ada,dalam hatiku,walau dirimu pernah terluka,ku akui segalanya salahku..." 

Itu adalah bait-bait lirik lagu Lelaki Teragung yang dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah dan lagu itu telah memenangi Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 31,Ahad lepas.Melihat kepada lirik lagu itu,ia mungkin boleh disamakan dengan rintihan hati Presiden PKR,Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail kepada suaminya,Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini ditahan di penjara selepas didapati bersalah atas tuduhan melihat bekas pembantunya.Malah `Lelaki Teragung' itu,Anwar,menjadi tema utama dalam perjuangan pembangkang, bermula dari era reformasi sehingga terbentuknya Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan.Semuanya menjadikan Anwar,sebagai ikon perjuangan pembangkang.Namun selepas kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad dalam barisan pembangkang bersama dengan partinya,Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),semuanya telah berubah sekelip mata. Jika dahulu pembangkang mengagung-agungkan lelaki bernama Anwar Ibrahim, kini Dr Mahathir telah merampasnya.

Beliau bukan sahaja meminggirkan hasrat pembangkang untuk menjadikan Anwar sebagai calon Perdana Menteri,malah cuba mencatur agihan kerusi di kalangan pembangkang hinggakan ia menjadi caca marba.Bukan itu sahaja,Dr. Mahathir juga berjaya mengurangkan kebergantungan pembangkang terutama DAP terhadap Anwar sedikit demi sedikit.Senang cerita, Dr. Mahathir telah berjaya meletakkan dirinya sebagai ketua pembangkang dan cuba menguasai Pakatan Harapan.Jika dahulu nama Anwar menjadi sebutan pembangkang,tetapi sekarang ini Dr Mahathir telah membuatkan Anwar tak ubah sekadar figura politik yang dihukum penjara semata-mata.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, January 10, 2017

KANTOI !!! RUPANYA #TUNMAHATHIR #TUNM DAN #ANWARIBRAHIM DAPAT BERBILION DARI PAK ARAB ???


Kembali pada tahun 2015,Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak percaya bahawa orang-orang Arab akan menjadi begitu murah hati untuk menderma RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Sebenarnya orang-orang Arab adalah lebih murah hati daripada itu dan telah menjadi begitu selama 40 tahun sejak tahun 1970-an.Malah,Mahathir sendiri telah mendapat manfaat daripada sumbangan seperti itu,begitu juga Anwar Ibrahim walaupun sebelum beliau menyertai Umno pada tahun 1982.Arab Saudi mempunyai polisi membeli rakan di seluruh dunia dan ia membelanjakan berbilion-bilion untuk melakukan ini.Ia terutamanya memerlukan kawan seperti Malaysia,negara-negara Sunni yang anti-Syiah.Arab Saudi akan membelanjakan apa sahaja yang diperlukan untuk menggalakkan Sunni Islam dan untuk mengasingkan atau memburuk-burukkan Syiah Islam.Dan Malaysia sesuai sekali dengan itu.

Mari kita mengkaji semula beberapa laporan yang telah diterbitkan mengenai perkara ini.

Pada bulan November 2004,Leo Barasi dari Universiti Oxford telah menulis artikel bertajuk bantuan kemanusiaan ‘Saudi Arabia’s humanitarian aid: a political takeover?’, di mana beliau berkata :

Arab Saudi mempunyai salah satu bajet bantuan kemanusiaan terbesar di dunia.Tiga badan amal Arab yang paling menonjol,Saudi Red Crescent (SRC), IIRO dan al Haramain,berkait rapat dengan keluarga diraja.Badan amal lain mempunyai kebebasan kewangan yang lebih besar,tetapi masih kekal berkaitan dengan keluarga diraja.Penyelia Umum setiap jawatankuasa ini adalah Putera Naif, Menteri Dalam Negeri dan satu lagi saudara kandung King Fahd.Skop penuh kerja-kerja amal Arab Saudi adalah sukar untuk dikesan dengan tepat kerana mereka tidak mempunyai tradisi melaporkan aktiviti-aktiviti mereka secara rasmi.Walau bagaimanapun,bukti anekdot menunjukkan bahawa kedua-dua IIRO dan al Haramain aktif di Afrika dan Asia sehingga tahun 2003.Sekurang-kurangnya sehingga pertengahan 1990-an, IIRO telah berusaha untuk bersifat adil dalam pemberian bantuannya.Baru-baru ini,ia telah bekerja terutamanya di negara-negara yang didominasi oleh Islam.

"Walaupun begitu,kerajaan itu adalah salah satu daripada penderma teratas di dunia dan telah berada di atas sejak 1970-an.Malah,menurut Laporan Statistik PBB bagi 2014,Riyadh adalah penyumbang yang keenam terbesar di seluruh dunia.Lebih daripada 90 negara mendapat manfaat daripada pemberian ini,termasuk Sri Lanka dan India," kata Dr Joseph A. Kechichian pada 31 Ogos 2016,pengarang buku yang baru diterbitkan From Alliance to Union : Challenges Facing Gulf Cooperation Council States in the Twenty-First Century (Sussex: 2016). 

Arab Saudi telah membiayai lebih daripada 20% daripada kos kempen Hillary Clinton untuk pilihan raya presiden,Timbalan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman dipetik sebagai berkata dalam laporan berita oleh Jordanian Petra News Agency pada 13 Jun 2016.

"Arab Saudi sentiasa menaja kedua-dua Parti Republikan dan Demokratik Amerika dan kerajaan itu juga menyediakan dengan penuh semangat 20% daripada kos kempen Hillary Clinton dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat walaupun pada hakikatnya beberapa pasukan berpengaruh dalam negara itu tidak memandang positif ke arah menyokong calon itu kerana beliau adalah seorang wanita," laporan agensi itu memetik Prince Mohammed sebagai berkata. 

Seawal dua tahun lalu,usaha separuh abad panjangnya oleh Arab Saudi untuk mengukuhkan dirinya sebagai kuasa utama di kalangan negara-negara Arab dan Islam kelihatan seolah-olah ia telah berjaya.Kertas Jabatan Negara Amerika Syarikat yang dihantar oleh bekas Setiausaha Negara,Hillary Clinton, pada tahun 2014 dan diterbitkan oleh Wikileaks bercakap mengenai Arab Saudi dan Qatar sebagai pesaing yang bersaing "untuk menguasai dunia Sunni". (Independent UK, 7 Jan 2017) 


Pada hari Khamis,pentadbiran Amerika Syarikat menawarkan Arab Saudi $115 bilion dalam jualan senjata.Cadangan itu, yang merangkumi latihan,senjata,kereta kebal dan peralatan perang yang lain,adalah yang tertinggi dalam pakatan berdekad lamanya Washington dengan monarki itu. Jatras berkata angka penjualan senjata itu menunjukkan tahap rasuah di Amerika Syarikat,sambil menambah bahawa rejim Riyadh membelanjakan wang pada kempen melobi untuk "membeli pengaruh politik" di kalangan pembuat dasar Amerika. (Press TV, 9 Sep 2016)


Raja-raja Arab Saudi sedang "menganugerahkan" hadiah mewah kepada Presiden AS Barack Obama dan sekutunya dalam usaha untuk membeli lebih banyak pengaruh di White House,seorang penganalisis politik Amerika berkata. Menurut laporan perakaunan tahunan terkini oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat,bekas Raja Arab Saudi Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud dan pegawai tinggi Arab Saudi yang lain telah memberi keluarga Obama dengan lebih daripada $1.3 juta dalm bentuk hadiah sepanjang tahun 2014. (TV Press, 30 Nov 2015 ) 


Faisal bin Hassan Trad,wakil tetap Arab Saudi ke Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, berkata bahawa kerajaan itu telah menjadi negara yang paling murah hati di dunia dalam bidang pembangunan dan bantuan kemanusiaan sejak empat dekad yang lalu. "Arab Saudi mendermakan, dalam tempoh ini,lebih daripada $115 bilion kepada lebih daripada 90 buah negara di seluruh dunia," kata Duta Arab Saudi ke PBB. (Arab News, 5 Okt 2015) 

Tulisan asal oleh : Raja Petra Kamarudin,Malaysia Today,


APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, December 16, 2016

KANTOI !!! RUPANYA #TUNMAHATHR LEBIH PENTING DARI #ANWARIBRAHIM DI MATA #DAP ???


Suatu masa lalu,Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi ikon pembangkang,malah beliau disebut sebagai bakal Perdana Menteri jika pakatan harapan yang ketika itu diketuai oleh PKR menguasai Putrajaya.Kemana sahaja forum atau ceramah yang mereka hadiri,pembangkang terutama dari PKR akan melaungkan pembebasan Anwar.Disebabkan Anwar juga,maka seminar mengenai pemikiran Anwar Ibrahim telah dicadangkan pada bulan lepas,namun ia dibatalkan pada saat akhir selepas mendapat kecaman ramai.Namun setelah Tun Dr. Mahathir bergabung dengan pembangkang, cerita mengenai Anwar semakin lama semakin dilupakan.Anwar umpama disisihkan dan sudah dianggap kain buruk oleh DAP.Pembangkang hari ini bukan lagi diketuai oleh PKR tetapi diketuai oleh DAP.Ke mana sahaja,Kit Siang pergi maka akan dibawalah bersamanya screwnya iaitu Mahathir.Apatah lagi dengan keputusan mahkamah yang menolak rayuan Anwar.

Keputusan 5-0. Maka peluang untuk Anwar bebas daripada hukuman penjara selama lima tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan meliwat,sudah tertutup.Anwar hanya boleh aktif dan bertanding dalam politik selepas tahun 2023,iaitu pada usianya sudah 76 tahun.Dengan perkembangan berkenaan,ramai yang melihat kini legasi Lim Guan Eng dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan menguasai pakatan.Begitu juga dengan legasi Rafizi Ramli,beliau juga dikatakan akan terpinggir tidak lama lagi.Dan di sebalik semua keadaan ini,nama Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Azmin Ali akan naik selepas ini.Jangan terkejut,kerana Azmin juga selama ini disifatkan sebagai anak angkat Mahathir.Melihat kepada keadaan terbabit,kita boleh melihat betapa liciknya percaturan politik Mahathir.Dalam diam diam Mahathir hendak khianati DAP,kalau calon pilihan pertama Mahathir iaitu Muhkhriz gagal jadi PM maka Mahathir pada Azmin Ali sebagai calon keduanya menjadi PM.Tindakan Mahathir berbaik dengan pembangkang terutama DAP,walaupun menerima kecaman daripada orang Melayu,ternyata semakin menunjukkan `kejayaan’ terutama dalam usaha untuk menaikkan anaknya,Mukhriz. 

Sebab itulah Mahathir tidak menamakan siapa Perdana Menteri jika pembangkang menguasai Putrajaya.Meskipun sebelum ini Mahathir mencadangkan nama Tan Sri Muhyiddin Yassin,Mahathir bagaimanapun telah menukar fikiran.Tindakan Mahathir membuat pusingan `U’ itu adalah satu cara untuk menyatakan bahawa Mukhriz sebenarnya berpotensi untuk menjadi Perdana Menteri.Bagi Anwar pula, tatkala DAP mengangkat Mahathir untuk bersama-sama dengan mereka, dan melupakan semua `dosa-dosa’ Mahathir kepada pembangkang ketika 22 tahun memerintah, maka itulah saat di mana Anwar Ibrahim telah dipinggirkan.Malah kerjasama antara DAP dan Mahathir juga menunjukkan bahawa Anwar tidak lagi penting.Untuk rekod,pada Rabu,Mahkamah Persekutuan berpendirian bahawa ti­dak berlaku salah laksana keadilan dalam rayuan kes liwat II Anwar Ibrahim yang memerlukan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, disemak dan diketepikan.Hakim Besar Malaya,Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata,keputusan panel terdahulu yang mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 adalah selamat kerana tidak dipengaruhi oleh pihak-pihak lain termasuk Pejabat Perdana Menteri (PMO). 

Kerjaya politik boleh dikatakan hampir ke titik noktah.Dulu Mahathir pernah cuba letak titik noktah pada Anwar tapi Anwar "mai balik" selepas itu.Kali ini,Mahathir akan gunakan dirinya sendiri untuk menamatkan karier Anwar.Jika gagal maka plan B Mahathir adalah menjadikan Azmin sebagai Presiden PKR.Meloponglah Wan Azizah,Rafizi dan Nurul Izzah,karier politik mereka juga di hujung tanduk jika Anwar sudah tidak lagi relevan.Mahathir kini sudah jadi Dark Vader,berperangai lebih jahat dari Anwar sendiri untuk menjatuhkan Dato Seri Najib.Kejahatan DAP sudah diampun,dosa liwat Anwar yang masih belum dimaaf Mahathir.Apa Mahathir dapat dengan berbuat semua kejahatan ini ??? Hanya satu yang dia dapat iaitu memecah belahkan bangsa Melayu dan menjadikan DAP lebih kuat sebagai parti chauvinis di negara ini.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Saturday, December 10, 2016

DULU TUDUH #BANGLA KALI NI TUDUH WARGA #CHINA !!! APA CERITA NI ???


Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) yang lalu pihak pembangkang menjaja cerita 40,000 orang Bangla mengundi untuk BN.Video Bangla ditangkap kononnya ada kad pengenalan untuk mengundi diviralkan semasa hari pengundian PRU13.Sebelum itu pembangkang juga telah membuat video memfitnah pihak polis memberi kad pengenalan kepada Bangla.Anwar Ibrahim membuat tuduhan itu dalam siri ceramahnya.Video tentang fitnah Anwar itu dimuat naik dalam Facebook "We Are NOT Malaysian Zombies" pada 20 November 2013.Dalam video itu Anwar sebut "pagi tadi sebelum saya datang (ceramah) ada rombongan dari Bangladesh ...yang ini yang kubu UMNO,kubu Najib.Dia mari datang dia kata Datuk Seri, kami mari sini,ada dapat kad (MyKad), ada tak dapat kad, janganlah hukum kami" Fitnah Bangla itu berjaya dipatahkan melalui penafian yang bukan sahaja dibuat oleh Kerajaan Malaysia pimpinan BN,malah turut disentuh oleh Perdana Menteri Bangladesh,Sheikh Hasina pada November 2013.Anwar Ibrahim juga buat U TURN selepas itu,tidak mengaku membuat tuduhan tentang Bangla itu.Pada 20 November 2013,dalam KeadialanDaily, Anwar berkata "siapa kata ada 40,000? Ini telah dipusing oleh blogger UMNO".

Kini dalam 'mood' menjelang PRU14,Mahathir pula mengambil alih tugas Anwar membuat tuduhan kononnya ada warga asing diberikan kad pengenalan.Mahathir mendakwa,Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkunjung ke China selama enam hari sebelum itu bukan sahaja berunding untuk membina landasan kereta api,tetapi turut berbincang untuk memasukkan lebih 700,000 warga China ke Forest City di Johor Baharu.Ujar Dr Mahathir,warga China ini akan diberikan IC secara terus dan istimewa bagi melayakkan mereka mengundi calon BN pada PRU14 akan datang."Apa kata kalau senyap senyap mereka diberi IC (kad pengenalan) Malaysia sebelum PRU14" kata Mahathir dalam Malaysiakini,6 Disember 2016.Mahathir hanya mahu tuduh dan cipta persepsi sahaja.Mahathir sendiri tiada bukti dan asas untuk membuktikan tuduhan itu.Bagi mereka yang mahir berfikir dan sentiasa membaca,sudah pasti akan berasa pelik dan ketawa mengenai tuduhan Dr Mahathir ini. 

Sebaliknya,bagi mereka yang tidak mengamalkan konsep Tabayyun dalam menerima sesuatu maklumat,ditambah pula nilai ketaksuban yang tinggi terhadap bekas Perdana Menteri itu,semestinya tuduhan berkenaan diterima 'bulat-bulat' tanpa usul periksa.Golongan rakyat Malaysia sebeginilah yang akan merelakan diri mereka terus diperbodoh buat kali kedua.Kali pertama mereka diperbodohkan dan difitnah adalah kenyataan berkaitan 40 ribu warga Bangladesh akan dibawa masuk mengundi BN semasa PRU13 dan kali kedua mereka diperbodohkan adalah melalui kenyataan Dr Mahathir ini.Mahathir akan buat pusingan U TURN macam Anwar dalam isu Bangla.Hari ini pun Mahathir dah banyak U TURN,dulu bapak rasis sekarang dah cium mulut dengan Kit Siang.Termasuklah berkaitan Anwar Ibrahim,Mahathir dah mula berkempen membebaskan Anwar Ibrahim.Jika Ibrahim Ali digelar sebagai raja lompat,Anwar Ibrahim digelar raja sandiwara,Kit Siang dikata bapak rasis,Mahathir sudah boleh digelar raja U TURN.Tuduhan beri IC pada warga China ini palsu dan tidak berasas.Malu sungguh,Mahathir guna pakai propaganda fitnah Anwar untuk kempen politik.Dulu cerita Bangla, "la ni" cerita warga China pula.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, December 09, 2016

FAKTA !!! #TUNMAHATHIR SILAP TENTANG #DAP TAPI TIDAK TENTANG #ANWARIBRAHIM !!! APA CERITA NI ???


DAP lebih beruntung dari PKR apabila Tun Mahathir menyatakan bahawa SEGALA PERSEPSI DAN PANDANGAN beliau terhadap parti tersebut selama ini adalah salah.Kenyataan yang diucapkan pada Kongres DAP Kebangsaan 2016 itu dianggap kenyataan seorang yang SANGAT TERDESAK untuk meraih sokongan parti ultra perkauman DAP dari seorang negarawan yang baru sahaja dikecam oleh perwakilan DAP sendiri sebagai bapa ayam. 

Tun Mahathir juga mempunyai peluang ketika Kongres Pakatan Harapan (PH) yang diadakan di Shah Alam baru-baru ini untuk mengakui bahawa beliau juga telah "tersilap" dalam isu pemecatan Anwar Ibrahim dari parti dan kerajaan 18 tahun lampau.Sekiranya beliau benar-benar jujur dan ikhlas,beliau boleh sahaja membuat permohonan maaf kepada Anwar dan keluarganya kerana "tersilap" juga dalam isu liwat. 

Persoalannya,mengapa Tun Mahathir lebih cenderung untuk membersihkan fakta tentang DAP sebagai sebuah parti ultra perkauman,anti Islam,anti Melayu dan anti Raja-raja berbanding PKR (mengakui kesilapan dan memohon maaf kepada keluarga Anwar kerana fitnah isu liwat sebagaimana dakwaan Anwar dan PKR wujudnya konspirasi tertinggi) ??? hanya anda sahaja ada jawapannya

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, November 29, 2016

FAKTA !!! #ANWARIBRAHIM ADALAH PENJENAYAH DAN PELIWAT !!!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah dicanang dan difitnah oleh pembangkang kononnya ‘mencuri’ atau melesapkan RM42 bilion daripada wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).Tidak cukup dengan itu beliau juga difitnah merompak RM2.6 bilion juga dari 1MDB yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.Siapa yang membuat andaian,pembohongan dan fitnah ini ??? Tidak lain tidak bukan ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed dan pemimpin Pakatan Harapan yang dikuasai DAP,yang telah melakukan siri serangan berkenaan sebagai satu propaganda jahat untuk memburukkan Najib Razak.Walhal pihak 1MDB sudah berulang kali menjawab bahawa RM42 bilion adalah dana hutang.RM18 bilion daripadanya telah digunakan untuk pembelian syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP),RM1.7 bilion adalah kos pembelian tanah,RM15.4 bilion pula dana pelaburan,manakala RM5.8 bilion dibelanjakan untuk kos kewangan dan baki sebanyak RM900 juta dalam bentuk tunai. 

Sementara bagi isu RM2.6 bilion itu pula,Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan bertarikh 3 Ogos 2015 ada menyebut ``Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara.Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma dan bukannya dari dana 1MDB.'' Bukan itu sahaja,Menteri Luar Arab Saudi,Adel Al-Jubeir sendiri mengakui bahawa sumbangan derma kepada Perdana Menteri, memang datang dari negara itu.Malah,kedua-dua isu berkenaan juga telah diperakui sendiri oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang mana 36 peratus daripada keahliannya adalah Ahli Palimen dari parti pembangkang.Bukan itu sahaja,Timbalan Pengerusi PAC juga adalah salah seorang daripada pemimpin DAP sendiri justeru tidak timbul isu bahawa PAC tidak telus dalam siasatannya.Berbeza dengan bekas ketua pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim Mahkamah Persekutuan pada Februari 2015 telah memutuskan bahawa Anwar didapati bersalah atas kes meliwat bekas pembantu peribadinya di sebuah kondo mewah. 

Keputusan itu diputuskan oleh Ketua Hakim Negara,Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, selepas dibacakan sebutan kesnya selama hampir 2 jam pada hari berkenaan.Ia bukan kesalahan kali pertama buat Anwar.Dalam kes pertama,beliau didapati bersalah meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar,di Tivoli Villa,Kuala Lumpur pada 1994 dan dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000.Mahkamah mengarahkan beliau menjalani hukuman itu selepas selesai hukuman penjara enam tahun kerana rasuah, setelah didapati bersalah atas empat tuduhan rasuah pada 4 April,1999.Terang lagi bersuluh kepada kita,Najib yang dituduh sebagai `perompak wang rakyat' sebenarnya telah disahkan sendiri oleh pihak-pihak berautoriti seperti PAC,SPRM dan Peguam Negara bahawa beliau tidak bersalah. 

Namanya juga sudah dibersihkan.Anwar pula,walaupun sudah disahkan oleh mahkamah bahawa beliau adalah seorang penjenayah liwat,namun hukuman dan kesalahan itu dipandang sepi oleh Dr. Mahathir serta pembangkang.Begitu juga dengan Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng yang telah didakwa di mahkamah atas dua tuduhan rasuah namun Dr. Mahathir langsung tidak menyentuh mengenainya.Apa yang penting pembangkang mahu menanam propaganda dan persepsi buruk terhadap Najib dalam pemikiran rakyat Malaysia meskipun hakikatnya serangan demi serangan yang dijalankan sudah semakin tumpul.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, October 05, 2016

TU DIAAA !!! #MUHYIDDINYASSIN AKAN JADI PM MELAYU DAN #ANWARIBRAHIM JADI PM UNTUK MALAYSIA ???


isu calon Perdana Menteri dipihak pembangkang makin hangat diperdebatkan dikalangan penganalisis politik Pakatan Harapan.Walaupun kebarangkalian calon PM pembangkang ini menduduki kerusi tersebut dilihat sebagai “angan-angan Mat Jenin” namun perkara semudah ini pun mereka tetap gagal mencapai kata sepakat.Apabila kiblat politik masing-masing jauh berbeza bak langit dengan bumi maka jurang perbezaan yang terlampau besar tersebut akan menjadikan “titik” persetujuan akan lebih susah ditemui.Baru-baru ini sebuah NGO pro-pembangkang iaitu Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) ragu-ragu sama ada presiden pro-tem Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PRIBUMI) Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah orang yang tepat untuk jawatan perdana menteri. 

Sebelum ini Muhyiddin sering menggambarkan dirinya sebagai ultra Melayu.Malah pada tahun 2010,beliau melaungkan “Melayu dahulu,rakyat Malaysia kemudian”. Oleh itu,Muhyiddin dilihat sebagai PM untuk Melayu sahaja.Mengimbas kembali bagaimana Muhyiddin sebagai menteri pelajaran,telah mengendalikan isu kontroversi novel Interlok sekitar 2011 yang digunakan oleh pelajar tingkatan lima mengenai hubungan sesama kaum di negara kita.Nampaknya Pakatan Harapan tidak dapat menerima Muhyiddin sebagai calon PM mereka walaupun Tun Dr Mahathir mahu perkara tersebut menjadi agenda mereka.Kata-kata Mahathir semakin hilang “bisanya”.Beliau mungkin berfikir yang beliau mampu memanipulasi Pakatan Harapan untuk mencapai matlamat peribadi beliau. 

Namun kini semakin jelas,sebenarnya matlamat Mahathir dan Pakatan Harapan jauh berbeza bagaikan langit dan bumi.Perkara ini semakin disedari oleh pihak pembangkang.Cuma masalah utama pula,Mahathir seperti tidak mahu berganjak dari Pakatan Harapan memandangkan platform tersebut merupakan satu-satunya medium yang beliau ada buat masa ini.Tambahan pula,bagi Pakatan Harapan,mereka masih berpendapat bahawa jika ada ahli politik yang layak untuk mengambil alih jawatan perdana menteri dan melakukan pembaharuan institusi di negara ini,ia tidak lain adalah mantan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.Sebenarnya mereka tahu bahawa Anwar pun tidak layak untuk menjadi PM,begitu juga Muhyiddin.Namun demi untuk mengerakan parti-parti dalam Pakatan Harapan maka satu matlamat terpaksa ditetapkan walaupun ianya matlamat yang paling bodoh dan tidak logik sekalipun.Menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 kelak,umur Anwar dan Muhyiddin sudah sampai ke tahap “warga emas” atau lebih tepat “dinosaur”.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, September 22, 2016

FAKTA !!! SIAPA YANG PATUT KETUAI #PAKATANPEMBANGKANG ???? #TUNMAHATHIR ATAU #ANWARIBRAHIM ???


Kepimpinan ketua pembangkang,Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kini semakin ketara kelemahannya dengan ramai yang melihat beliau sebagai tidak layak lagi untuk memegang jawatan berkenaan.Ini kerana kepimpinan Wan Azizah yang dilantik secara rasmi sebagai ketua pembangkang pada Mei 2015 lalu dilihat sebagai `lembik' dan hanya menjadi boneka semata-mata kepada suaminya,Datuk Seri Anwar Ibrahim.Peranan Wan Aziah hanyalah memastikan legasi Anwar tidak lenyap.Akibat kelemahan kepimpinannya,Wan Azizah tidak menonjol dan beliau tidak menunjukkan karismatik untuk menerajui parti-parti yang bergabung.Kedudukan Wan Azizah semakin tergugat apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad mengisytiharkan perang terhadap Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak dan nekad untuk menggulingkan beliau.Ditambah lagi dengan tindakan Dr. Mahathir yang giat menjalankan kempen menentang Barisan Nasional (BN) secara terbuka,maka ia pasti memberikan ancaman kepada Wan Azizah.Ramai yang melihat memandangkan bekas Perdana Menteri yang kini berusia 91 tahun itu telah menerajui kempen tersebut maka adalah wajar jika beliau mengambil tugas secara rasmi dengan menjadi ketua bagi memimpin pembangkang dan berdepan dengan BN pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 ini.

Lagi pun Mahathir nampak sangat beriya iya hendak jadi ketua.Siap suruh setiap parti pembangkang jangan berebut kerusi dan berusaha untuk tamatkan UMNO.Tetapi Wan Azizah pastinya tidak akan memudahkan peranan Mahathir untuk mengetuai pembangkang.Parut lama terhadap apa yang dilakukan oleh Dr. Mahathir kepada suaminya 18 tahun lalu masih terasa,meskipun Dr Mahathir dan Anwar telah berbaik.Kelmarin,anaknya Nuha mengimbas balik detik 18 tahun lalu di mana rumahnya diserbu polis.Anwar juga di mahkamah mengaku baru baru ini bahawa "keluarganya menderita".Dan Anwar sendiri,meskipun berada di dalam penjara,namun beliau masih memantau dari dalam.Masih ingatkah anda dengan warkah dari penjara yang ditulisnya pada bulan Mei lalu dengan kritikan terbuka terhadap Mahathir dan Deklarasi Rakyat.Mahathir siap digelar sebagai ular lagi oleh Anwar.Ia turut menyentuh mengenai masalah dalaman PKR serta politik Malaysia dengan beberapa orang termasuk `orang kanan' Mahathir iaitu Tun Daim Zainuddin dan Tengku Razaleigh Hamzah tidak terlepas daripada kritikan.

Apa yang pasti,di sebalik tirai besi itu,Anwar masih memantau perkembangan politik negara dan beliau pasti dapat menghidu sebarang usaha untuk melonjakkan Mahathir.Beliau bijak menggunakan peluang yang ada meskipun terpaksa menelan semula kata-kata cercaan terhadap Mahathir yang menggelarnya sebagai `tidak bermoral' dan peliwat.Walaupun sudah berpeluk-pelukan dan berjabat tangan, namun adakah Anwar telah memaafkan musuh politiknya yang telah meranapkan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri itu ???

``Saya sudah banyak kali maafkan banyak orang,tetapi yang saya bimbangkan adalah keadaan sekarang ini, kerana masyarakat pada masa ini harus hentikan gangguan dan ketidakadilan,'' itu jawapannya kepada wartawan pada 19 September lalu ketika ditanya sama ada beliau sudah memaafkan Mahathir.Jelas sekali,Anwar cuba berdolak dalik untuk menjawab soalan tersebut dan mungkin berjabat tangan dengan Mahathir hanya satu muslihat untuk melonjakkan semula aura Anwar.Maknaya Anwar masih lagi memainkan peranan sebagai ketua dari penjara.Di luar tirai besi,Mahathir pula yang berlagak bagai "Ketua Umum" kepada Pakatan Pembangkang. 

 Siapa sebenarnya ketua mereka ??? Mahathir atau Anwar ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, September 15, 2016

MARUAH #TUNMAHATHIR AKAN HANCUR JIKA MITA MAAF PADA #ANWARIBRAHIM !!!


Anak perempuan kedua Anwar Ibrahim,Nurul Nuha,dilaporkan mahu bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kepada bapanya  kerana menuduh Anwar sebagai seorang yang tidak bermoral dan peliwat.Nuha menyatakan apa dilakukan oleh Mahathir terhadap bapanya itu telah meninggalkan kesan yang besar kepada mereka sekeluarga.Nuha juga mahu Mahathir mengakui bahawa dakwaan terhadap bapanya itu sebagai satu rekaan.Perkara berkenaan dilaporkan oleh portal The Malay Mail Online yang memetik Nuha sebagai berkata,Mahathir perlu bertanggungjawab terhadap dakwaan rasuah dan liwat terhadap Anwar pada 1998 sebelum berfikir tentang membentuk sebarang pakatan dengan PKR melalui parti barunya,Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi).Melihat kepada tuntutan Nuha itu,adakah anda rasa Mahathir akan memohon maaf ??? 

Sudah tentu tidak.Jika Mahathir berbuat demikian,sudah pasti maruahnya akan hancur dan jika melakukannya,ia bukan lagi mengenai isu memohon maaf sebaliknya Mahathir perlu mengumumkan bahawa Anwar tidak pernah liwat dan kesemua itu hanya dakwaan palsu daripadanya.Mahathir juga terpaksa mengakui bahawa tuduhan-tuduhan berkenaan hanyalah satu fitnah.Mampukah Mahathir berbuat demikian ??? Walaupun Nuha yang bersuara namun boleh dikatakan ia sebenarnya mewakili keluarganya termasuk Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah.Memandangkan ibu dan kakaknya adalah ahli politik,maka agak sukar untuk mereka bersuara,maka suara Nuha lebih sesuai dalam isu ini.Selama ini pun Wan Azizah menunjukkan sikap dingin untuk bekerjasama dengan Mahathir.Deklarasi Rakyat sebagai contoh di mana Wan Azizah hanya memandang sepi malah beliau tidak hadir pada siri jelajah yang diadakan bagi mendapatkan tandatangan untuk menyingkirkan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Akhirnya Deklarasi Rakyat yang kononnya untuk menyelamatkan Malaysia itu tidak berjaya mendapatkan sokongan rakyat Malaysia malah lebih buruk ia dihimpit dengan kontroversi tandangan palsu.Apa yang pasti Mahathir kini sedang memancing pemimpin pembangkang bagi mencapai matlamatnya yang 'satu' iaitu menyingkirkan Datuk Seri Najib.Mahathir tahu rancangan yang dilakukan sebelum ini telah gagal maka pilihan yang ada hanyalah berganding tangan dengan mereka.Tetapi dalam keadaan keluarga Anwar sendiri masih berdendam dengannya,maka agak sukar untuk Mahathir mendapatkan sokongan mereka. Kita hanya perlu tunggu apa lagi `drama' yang akan dimainkan oleh Mahathir selepas ini.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, September 07, 2016

TU DIA !!! #TUNMAHATHIR DAN #ANWARIBRAHIM !!! DULU #TIBAI KINI #CIBAI !!!


23 April 2012,Ibrahim Ali,Presiden Perkasa melancarkan kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI). Kelab itu ditubuhkan oleh bekas bekas PKR demi sedarkan rakyat tentang bahayanya Anwar bin Ibrahim.Murysidul Am Tibai adalah Zahid Mat Arip.Dalam gimik majlis itu,Ibrahim Ali mengambil rotan dan menibai gambar Anwar Ibrahim sebagai simbolik pelancaran kelab Tibai.Dalam majlis itu juga,Ibrahim Ali mengajak semua orang berterima kasih pada Mahathir kerana memecat Anwar Ibrahim pada tahun 1998.5 September 2016,hanya empat tahun selepas itu,apa yang ditibai oleh Ibrahim Ali dan Mahathir telah bertukar menjadi indah belaka.Benda yang dulu dianggap najis,keji dan jijik oleh mereka kini harum mewangi.6 September 2016,sehari selepas Mahathir datang bersalam salam dengan Anwar di mahkamah,Ibrahim Ali terus memberikan sokongan kepada tindakan Mahathir berjumpa dengan Anwar Ibrahim.Sokongan Ibrahim Ali telah didedahkan oleh satu blog. 


10 Ogos 2012,Mahathir pernah tibai Anwar dalam satu ceramah di Masjid Tok Bandar,Baling. Mahathir kata : "Kalau nak bersatu,takkan badan besar masuk serpihan.Yang serpihan yang kena kembali pada asal.Ada orang (Anwar Ibrahim) nak jadi Perdana Menteri sampai sanggup pecahkan UMNO untuk dapatkan sokongan bagi diri dia.Dia (Anwar) fikir diri dia sahaja dan bukan negara serta rakyat". 

Ayat yang diungkap Mahathir ini telah makan dirinya sendiri sekarang.Mahathir sendiri mewakili parti serpihan baru iaitu Pribumi datang mengadap berjumpa Anwar Ibrahim,Ketua Umum PKR di mahkamah.Kalau hendak nyatakan sokongan denga apa yang dibawa oleh Anwar di mahkamah,tidak perlu pun hadir ke mahkamah.Ini bermakna,Mahathir sudah mahu "cium mulut" balik dengan Anwar Ibrahim demi untuk jatuhkan Datuk Seri Najib,UMNO dan Barisan Nasional.Sebagaimana Mahathir "cium mulut" balik dengan Kit Siang setelah bertahun tahun memanggil bapa Guan Eng itu sebagai orang rasis nombor satu.Demi untuk memuaskan hati kroni,demi kuasa dan kepentingan,Mahathir sudah sanggup Mempercayai Apa Sahaja Cakap Anwar Ibrahim (MACAI). 

Mungkin hayat Mahathir disimpan panjang oleh Tuhan untuk menunjukkan kebenaran sebenar kepada rakyat.Yang bermatian dan separuh mati berguling atas jalan menuntut reformasi bersama Anwar Ibrahim,kini marah dan memaki Anwar Ibrahim.Yang bersungguh pertahankan Mahathir selama 18 tahun ini juga rasa diperdaya dan "dikencing" oleh bapa Mukhriz itu.Dulunya individu itu mereka TIBAI,kini orang yang sama mereka Cium Individu Bernama Anwar Ibrahim (CIBAI). 

"Political animal" itulah ayat sesuai untuk Mahathir dan Anwar sebagaimana yang disebut oleh Zainuddin Maidin.Mereka berdua,dua kali lima sahaja.Dua dua tidak boleh pakai.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#TUNMAHATHIR BEKERJASAMA DENGAN PELIWAT UNTUK JATUHKAN PM DS @NAJIBRAZAK !!!


"Seorang lelaki memberitahunya Anwar bukan sahaja melakukan liwat tetapi semasa dalam proses itu Anwar juga melakukan onani terhadap lelaki itu" kata Tun Mahathir sambil mengerutkan mukanya pada 22 September 2015,sumber Bernama.pada 5 September 2016,di mahkamah,Tun Mahathir datang menemui Anwar sambil berpegang tangan dan tersenyum gembira.Salam yang dihulur Tun Mahathir seolah tanda kerjasama.Sekitar tahun 1998 sehingga 2001,Tun Dr Mahathir dengan penuh yakin mendakwa,seluruh negara wajar menolak Anwar Ibrahim kerana dakwanya,Anwar bukanlah seorang yang bermoral. 

"Saya dibenci dan dihina pembangkang bukan kerana saya Tun Mahathir,tetapi kerana saya Perdana Menteri dan Presiden UMNO.Satu hari nanti bila saya lepas semua jawatan,mereka akan berhenti membenci dan menyebarkan propaganda buruk terhadap saya.Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada masa itu pula akan menerima layanan seperti saya" ini kata Mahathir pada tahun 1999. 

Kenapa Mahathir tahu ia akan berlaku ??? Sebab Mahathir sendirilah orangnya yang mengepalai gerakan membenci dan menyebar cerita propaganda terhadap Perdana Menteri sekarang.Dulu peliwat yang dibenci Mahathir itulah yang berhimpun ribuan orang di Masjid Negara dan Dataran mengutuk Mahathir.Malah Mahathir dianggap sebagai Firaun ketika itu dengan gelaran "Mahafiraun".Lebih teruk dan keji lagi,Mahathir kini berkerjasama dengan orang yang dipanggilnya peliwat.Beliau mengatakan bahawa Anwar merupakan seorang kaki liwat yang langsung tiada tempat dikalangan masyarakat serta bakal merosakkan masa depan negara.Itu dulu,kini Mahathir menyandarkan masa depan parti Pribuminya dengan mengharapkan bantuan dari banduan kesalahan liwat.Selepas keluar penjara 2004,Anwar sekali lagi dijatuhi hukuman penjara kerana kesalahan liwat dan kali ini,Saiful Bukhari Azlan jadi mangsanya.Apakah sebenarnya yang berlaku dahulu antara Mahathir dengan Anwar ??? Ianya satu konspirasi atau apa ??? 

Suara Keadilan,9 April 2013 pernah melaporkan Datuk Omar Abu Bakar,bekas Pegawai Khas Mahathir pernah membuat pengakuan merancang konspirasi penjarakan Anwar semasa zaman Mahathir.kelmarin,orang yang Anwar panggil dan sumpah sebagai Mahafiraun di jalanan datang mahu bekerjasama dengan Anwar kembali.Ia menampakkan betapa Mahathir cukup terdesak untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib dengan apa cara sekalipun.diperkarangan Mahkamah Tinggi,Mahathir hadir untuk memberi sokongan moral terhadap Anwar terhadap permohonan pembatalan Akta MKN.Kehadiran Mahathir ini bolehlah diibaratkan sebagai langkah terdesak beliau sehingga sanggup menjilat kembali kata katanya untuk kembali bekerjasama dengan orang yang dipanggilnya peliwat.Genggaman erat tangan Mahathir dan Anwar jelas menampakkan,mereka sudah mencapai kata sepakat untuk menjatuhkan kerajaan dan Datuk Seri Mohd Najib.Tindakan ini bukan sahaja agak mengejutkan, tetapi ianya turut memberi tamparan hebat kepada mereka yang masih memegang setiap tutur katanya yang melabelkan Anwar sebagai seorang peliwat tegar dan individu yang langsung tidak boleh dipercayai.

Tidak salah bila Zainuddin Maidin menggelar Mahathir sebagai "political animal".Otai Reformasi juga sedang maki hamun Mahathir dan Anwar.Benarlah ungkapan ini, dalam politik,apa sahaja boleh berlaku.Dengan Kit Siang yang digelar rasis no. 1,Mahathir sudah kerjasama. Dengan Anwar yang dipanggil peliwat juga Mahathir telah kerjasama.Mahathir sudah buntu dan "desperate".Umpama orang yang sedang lemas di lautan,apa saja akan dicapainya untuk selamatkan diri,termasuklah taik dan segala kekotoran yang ada.Demi kepentingan kroni yang sedang lemas,Mahathir sanggup capai apa sahaja.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
 
 
Blogger Templates