Social Icons

Pages

Showing posts with label PAKATAN HARAM.... Show all posts
Showing posts with label PAKATAN HARAM.... Show all posts

Wednesday, August 16, 2017

#NOTHINGTOHIDE2 !!! KANTOI !!! RUPANYA BUDAK #PPBM YANG BUAT HURU HARA ???


Kalau ada ahli PPBM keluar parti,cepat sangat hendak tuduh UMNO.Kalau ada puak PPBM gaduh sama sendiri,UMNO juga yang dituduhnya.Sebenarnya PPBM sudah bermasalah di peringkar akar umbi lagi.Oleh kerana itulah,kita dengar berita ada banyak ahli PPBM keluar parti.Bukan satu tempat,tetapi berlaku di Baling,Rembau,Gopeng,Kerteh, Teluk Kemang,Pandan, Sik dan banyak tempat lagi. Dalam Armada pun masih ada tiga exco memberontak.Dalam Srikandi pun bergolak sampai keluar kes video "klimaks 4 kali" dan semua orang tahu pergaduhan terbuka antara Hamidah, Syed Saddiq dan Khairuddin dalam PPBM.Semalam,adalah aksi kemuncak pergaduhan itu berlaku.Hingga terbang kerusi dibuatnya. Cepat sangat anak angkat Mahathir buat kesimpulan. Azmin Ali tuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendalangi pergaduhan di Forum Nothing To Hide yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa di Kompleks Belia & Kebudayaan, Shah Alam. Azmin kata "Dr Mahathir hanya mahu berdebat mengikut amalan demokrasi dan sihat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tetapi mendapat respon dengan balingan kasut, kerusi dan suar. "Setelah takut berhujah,Najib menggunakan gangsterime untuk menutup mulut Tun Dr Mahathir dan ia adalah tindakan pengecut," Tuduhan Azmin ini hanya tuduhan rambang dan tidak ada sebarang asas pembuktian.

Yang pengecut sebenarnya adalah Azmin,berapa banyak isu di Selangor yang sudah dijawab Azmin ? Tidak ada,semuanya masih berstatus "Something To Hide".Kalau Azmin ada bukti bawalah ke pihak berkuasa. Usah buat tuduhan palsu yang semata mata mahu kelirukan masyarakat sahaja. Azmin kena tahu bahawa dalam Armada dan PPBM sendiri sudah lama berlaku pergolakan dalaman. Azmin sila kaji kronologi ini dulu. 13 Jun 2017, Hafiz Azhar buat kenyataan media desak Mahathir jawab skandal kekayaan anak dan skandal Nika Gee,Muhyiddin. Soalan tidak dijawab tetapi Hafiz Azhar dituduh diupah oleh UMNO oleh Mukhriz. Hari yang sama, Mohamad Taufik Abas, Exco Armada PPBM bidas Mukhriz bila buat tuduhan terhadap Muhammad Hafiz Azhar mengatakan Hafiz didalangi oleh UMNO. Seminggu kemudian pada 20 Jun 2017, Taufik Abas hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya bersama sekumpulan penyokongnya bagi menyerahkan pelbagai bukti mengenai salah guna kuasa dan rasuah melibatkan Pengerusinya sendiri, Mahathir dan anaknya, Mukhriz. Semalam pada 13 Ogos 2017, 3 bulan selepas itu, Taufik Abas datang ke program Nothing To Hide dan bertanya soalan mengenai tragedi Memali pula kepada Mahathir. Namun Mahathir beri jawapan yang kurang memuaskan mengenai tragedi Memali. Selepas itu bermulalah tragedi baling kerusi. 

Menurut seorang saksi bernama Azrul Asraf : "Kejadian baling kerusi itu bermula bila ada seorang hadirin bertanyakan Mahathir pasal kes Memali. Kebetulan, aku hanya duduk beberapa meter sahaja dari penyoal tersebut. Aku nampak sendiri kasut terbang ke arah hadirin yang bertanya itu. Lepas itu mula lah orang baling kerusi, diikuti oleh suar (flair) Aku tulis ini sebab aku menyampah bila orang kaitkan Umno dengan insiden tersebut. Kami datang dengan berlapang dada untuk mendengar penjelasan Mahathir. Takkan lah bila ada soalan yang berpihak pada kami, kami nak serang pulak individu yang menyoal tersebut. Tidak masuk akal" tulis saksi tersebut di Facebooknya. Oleh itu, Azmin jangan cepat sangat menuduh UMNO dan Perdana Menteri sebagai punca kejadian ini. Pergaduhan terjadi khabarnya daripada sekumpulan pemuda Armada sendiri yang berada di belakang dewan. Budak budak baju hitam inilah yang mula baling kerusi kepada budak budak baju merah dalam dewan semalam. Kalau tidak silap budak baju hitam ini adalah pihak keselamatan program, macam mana pihak sekuriti pula yang buat kacau dan ganas? Tidak percaya? Memang betul, penganjur semalam yang perlu dipertanggungjawabkan kerana keganasan yang berlaku. Pihak yang cedera akibat keganasan itu boleh saman pihak PPBM dan penganjur.Video ini jadi bukti,lihat pautan ini. 


Dalam satu video yang dimuat naik ke Youtube oleh seorang yang bernama Faiz Na'aman dua orang suspek yang dikatakan membuat kacau itu tidak mengaku pula mereka buat kecoh.Mereka pun tidak mengaku yang ada sesiapa termasuklah UMNO yang dituduh upah mereka. Tidak lama kemudian, video yang dimuat naik oleh Faiz Na'aman itu "hilang" dari Youtube. Nampaknya memang ada "something to hide". Kenapa pula tiba tiba video yang dimuat naik oleh geng bunga itu hilang? Mahu sembunyikan sesuatu? Mana ada bukti UMNO yang terlibat.Itu hanya tuduhan semata mata. Mana bukti Azmin dan Mukhriz yang tuduh UMNO yang jadi dalang baling kerusi ??? Jawapannya adalah tiada. Yang ada adalah video pihak sekuriti program sendiri yang baling kerusi dan suar.Dalam PKR pun pernah terjadi budaya baling kerusi ini. Ramai masih ingat, ianya berlaku sewaktu Azmin lawan jawatan Timbalan Presiden menentang Khalid Ibrahim pada 2014. Masa itu, Azmin buat drama yang sama seperti sekarang. Tuduh UMNO. Sampai ke sudah memang tiada bukti UMNO terlibat. Namun selepas kekecohan yang berlaku, siapa yang dapat untung? Yang jadi Timbalan Presiden PKR dan Menteri Besar? Orang itu adalah Azmin. Apakah budaya baling kerusi ini sudah jadi acara "black ops" terbaru PPBM? Taktik propaganda raih simpati dengan cara baling kerusi ini hanya berlaku di Selangor.Tentu cara ini hadir dari idea orang yang sama. Siapa dia? Rakyat jangan cepat melatah. Pembangkang yang "desperate" akan buat apa sahaja untuk "divert issue" utama.Agar rakyat lupa yang 7 hari sahaja lagi RCI Skandal Forex akan mulakan perbicaraan. Agar rakyat lupa kes tangkapan rasuah Exco DAP di Penang. Kenapa Kit Siang terlebih dahulu beredar keluar dari dewan sebelum kekecohan berlaku ??? Kit Siang dah tahu akan apa kerusi terbang untuk tutup kes rasuah di Penang ??? Mereka yang gaduh sama sendiri semata mata hendak buat drama simpati. Kemudian bila tuduh pihak lain sebagai dalangnya. Jangan sibuk menyalahkan UMNO,selesailah dahulu masalah parti sendiri.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, July 21, 2017

TU DIAAA !!! 7 JANJI #PAKATANHARAPAN BOLEH PERCAYA KERR ??? MANA JANJI YANG LEPAS ??? DAH BUAT ATAU BELUM ???


14 Julai 2017,pakatan pembangkang yang menggelarkan diri mereka sebagai Pakatan Harapan telah menawarkan 7 janji baru kepada rakyat untuk dilaksanakan dalam masa 100 hari jika mereka berjaya menakluk Putrajaya.7 janji yang baru ini hanya dibentang tajuk sahaja tanpa ada penjelasan lanjut dan perincian yang jelas.Namun jika diteliti kembali satu persatu perkara ini,ada beberapa perkara yang boleh dipertikai dan diulas secara panjang lebar.Janji untuk menghapuskan GST pun sudah kontradiks.Dalam dua kali bajet alternatif yang dibentang oleh pakatan pembangkang pada 2015 dan 2016, pembangkang mensasarkan GST adalah pada kadar 0%.Bermakna tidak hapus terus. 

Pembangkang juga gagal menjelaskan di mana kekukarangan dana yang harus ditampung jika pendapatan menerusi GST dihapuskan.Untuk tempoh 1 April 2015 hingga 31 Disember tahun sama,kutipan bersih GST ialah RM27.01 bilion,menurut Kementerian Kewangan. Sementara itu,sepanjang tahun 2016,kutipan cukai GST ialah sebanyak RM41.2 bilion.Bermaksud jika hapus GST maka kerajaan akan kekurangan pendapatan sebanyak RM41.2 billion.Di mana pembangkang hendak ganti kekurangan ini ??? Hendak buang kakitangan awam ??? Nurul Izzah juga pernah berkata GST akan kekal sifar jika pakatan pembangkang berkuasa dalam Malaysiakini pada 25 April 2017.Kekal sifar bermakna ianya tidak akan dihapuskan.Ini bertentangan sama sekali dengan janji yang dibuat oleh Pakatan Harapan sekarang ini iaitu mahu hapuskan terus GST.

Kita lihat pula janji kedua Pakatan Harapan iaitu menstabilkan harga petrol.Ini satu frasa ayat baru pembangkang gunakan bila bercakap tentang harga minyak.Satu ketika dahulu,pembangkang akan sebut, masuk sahaja Putrajaya,esok harga minyak akan turun.Kenapa sekarang cakap menstabilkan pula harga petrol ??? Sewaktu minyak turun 5 minggu berturut turut,semua pembangkang diam. Tidak bercakap langsung bab harga minyak.Bila naik 4 sen,mereka barulah "keluar gua" menyalahkan pula kerajaan. Inilah perangai sebenar pembangkang,mereka hanya pandai bangkang sahaja tetapi tidak faham pun apa yang mereka bangkang.Dulu kata kalau harga minyak turun,maka harga barang akan turun.Kali ini kalau harga minyak stabil, harga barang akan jadi bagaimana pula? Tidak habis habis dengan teori hanya untuk memujuk dan menghasut rakyat semata mata.Rafizi pun tidak bercakap hal harga petrol ini lagi dalam jelajah traknya. 

Seterusnya janji ketiga pembangkang adalah untuk memberi fokus meringankan beban rakyat.Cara dan bagaimana ia akan dilakukan tidak diperincikan.Dulu apa yang sudah ditulis dalam Buku Jingga pun tidak dilaksanakan pun di Pulau Pinang dan Selangor.Misalnya di Pulau Pinang,Guan Eng pada bulan Februari 2008, sebelum PRU12 menyatakan bahawa Tol Sungai Nyiur sejumlah 50 sen adalah mencekik darah rakyat. Namun bila DAP perintah, sudah hampir 10 tahun,tol itu tidak juga dimansuhkan. Semasa buat Buku Jingga pada 19 Disember 2010 dalam Konvensyen Pakatan Rakyat ke-2 di Pulau Pinang, pembangkang ada buat janji 100 hari juga iaitu untuk menaikkan gaji guru,hapus tol,air yang lebih murah, pulangkan subsidi kepada rakyat, hapuskan ISA dan bebaskan institusi negara. Lihatah betapa kontradiknya janji pada tahun 2010 ini dengan 7 janji baru yang dibuat sekarang. Naik gaji guru tiada lagi dalam agenda mereka. Hapus tol sudah tiada lagi.Air yang lebih murah pun tiada. Malah di Pulau Pinang, sudah 4 kali tarif air dinaikkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. Perjanjian 100 hari berkaitan air pada 2010 itu dibuat di Pulau Pinang, akhirnya DAP tidak tunai pun malah menaikkan lagi tarif air. Beginikah cara pembangkang berjanji untuk ringankan kos sara hidup rakyat ??? Jangan percayalah kepada pembangkang.Mereka pandai mungkir janji sahaja.  
Lihat sahaja kepada janji keempat iaitu untuk memulakan proses reformasi insitusi secara menyeluruh. Reformasi apa lagi yang hendak dibuat pembangkang ??? "Bapa Reformasi" pun sudah berbaik baik dengan "Mahafiraun".Reformasi apa lagi yang ada? Hendak buat reformasi meletakkan kroni bagi menguasai insititusi tertentu agar semua benda boleh dilenyap dan disembunyikan ??? Lihat sahaja apa nasib yang sudah berlaku pada Perwaja, Pernas, MEC, Proton dan banyak lagi. Dulu Kit Siang dan Anwar jadikan semua ini bahan untuk mereformasikan negara. Kini orang yang dikatakan korup dan zalim itu sudah bersama mereka. Maka Kit Siang dan Anwar tampillah beri kenyataan sebenar bila disoal oleh RCI Skandal Forex nanti. Hapuskan ISA dulu ada dalam agenda Buku Jingga pada 2010,kini bila Mahathir bersama dalam Pakatan Harapan,mengapa agenda untuk hapuskan ISA itu tiada lagi?

Janji Pakatan Harapan yang kelima iaitu Memerangi rasuah hingga ke akar umbi adalah yang paling lawak sekali. Pakatan Harapan tidak sedar yang Ketua Umum mereka sendiri adalah bekas banduan rasuah dan dipenjarakan 6 tahun kerana kes rasuah. “Kesudahannya,bagi menghentikan semua tuduhan itu, saya terpaksa siarkan nama semua orang yang mendapat kontrak kerajaan sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan. Senarai itu menunjukkan ramai daripada mereka yang mendapat kontrak secara rundingan adalah kawan-kawan dan anggota keluarga beliau” tulis Mahathir dalam buku Doktor Umum mengenai kes rasuah Anwar Ibrahim.Samalah juga dengan Guan Eng,masih lagi berhadapan dengan kes rasuah yang belum lagi diselesaikan di mahkamah.Malah,hanya Selangor dan Pulau Pinang yang masih enggan tandatangan ikrar basmi rasuah dengan SPRM. Kenapa enggan? Ini sama sekali tersasar daripada niat pembangkang hendak basmi rasuah ke akar umbi. Samalah juga dengan janji keenam yang dibuat oleh Pakatan Harapan iaitu untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja skandal 1MDB.Sudah ditubuhkan PAC mengenai 1MDB, Peguam Negara sudah menyiasat ribuan dokumen, pihak polis sudah menyiasat dan SPRM juga melakuan penyiasatan. Dalam PAC ada wakil pembangkang iaitu Tony Pua dan Tan Seng Giaw.Semua dokumen telah diberikan kepada Jabatan Audit Negara dan PAC telah meminta agensi penguat kuasa yang berkaitan untuk menyiasat lanjut perkara-perkara tertentu.Wakil pembangkang tidak ada bukti baru untuk dibawa mengenai 1MDB, melainkan memainkan cerita persepsi yang dibuat dan direka oleh Sarawak Report, DoJ dan Malaysiakini. Lebih baik Pakatan Harapan siasat dulu kerugian Skandal Forex yang bernilai USD $10 billion,ke mana wang itu pergi ??? 1MDB sudah selesaikan semua hutangnya,terbukti tiada wang dicuri dan tiada wang yang hilang.Tidak seperti wang dalam kes Skandal Forex yang masih kekal misteri sampai sekarang. 

Seterusnya janji pembangkang yang ketujuh adalah untuk memulihkan Felda. Mazlan Aliman, AJK Parti PAN pula disaman kerana menerbitkan buku bertajuk ‘Felda...Dulu Tolong Sekarang Ah Long’.Pada 11 November 2016,Mahkamah Rayuan menolak permohonan Mazlan Aliman untuk mengenepikan arahan membayar ganti rugi RM350,000 kepada FELDA kerana memfitnah. Sampai sekarang Mazlan Aliman masih belum membayar saman fitnah RM350,000 itu.Sebelum hendak pulihkan Felda, bayarlah saman fitnah terlebih dahulu. Sudah sudahlah membuat tuduhan Felda hendak bankrap dan sebagainya. Sedangkan Felda masih lagi untung dan memberi pulangan yang baik kepada semua peneroka. Wan Azizah dan Suara Keadilan juga telah terbukti di mahkamah memfitnah Felda. Orang yang sudah terbukti di mahkamah kerana dosa fitnah tidak layak hendak bercakap dan berjanji hendak pulihkan Felda. Peneroka jangan cepat terpedaya dan tertipu dengan janji janji kosong pembangkang ini. Pembangkang pernah sebut semasa menguasai Selangor bahawa “manifesto bukanlah janji”.

Mereka sudah pun ingkar janji semasa menjadi kerajaan di Selangor dan Pulau Pinang. 51 projek rakyat gagal dilaksanakan di Pulau Pinang.Di Selangor,sekadar boleh berbangga dengan rizab tinggi sahajalah. Hendak baiki bumbung stadium pun minta bantuan kerajaan pusat.Ini bukti pembangkang hanya pandai menabur tebu di bibir sahaja.Bila berkuasa mereka akan mungkir janji.Mereka hanya fikir kroni dan kepentingan sendiri sahaja bila berkuasa.Jangan beri peluang pembangkang sebegini,rakyat perlu tunjuk kematangan dan kuasa pada kertas undi nanti.Ajar pembangkang yang suka mungkir janji ini.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, July 20, 2017

ISU #KAPALSELAM #SCORPENE !!! #PEMBANGKANG SEKALI LAGI MENGELIRUKAN RAKYAT !!! APA CERITA NI ???


Hari ini,\beberapa media tempatan seperti Mkini,The Malaysian Insight dan FMT menyampaikan cerita bahawa dua orang telah dituduh rasuah berkaitan dengan perjanjian Scorpene lebih 15 tahun yang lalu.Jika anda membaca media tempatan kita dan kenyataan Pakatan yang tidak dapat dielakkan itu, anda akan mendapat gambaran bahawa dua orang Perancis telah dibicarakan kerana rasuah.Malah,ia bukanlah rasuah atau dalam Perancis, "rasuah seorang pegawai asing” tetapi disyaki "penyalahgunaan aset sosial" dan "penglibatan dalam penyalahgunaan aset sosial".Dan ia bukanlah dakwaan.Ia adalah "penyiasatan awal sebagai sebahagian daripada penyelidikan". Reuters mempunyai cerita ini : 


Seperti yang dinyatakan oleh Reuters: "Dua bekas eksekutif industri pertahanan Perancis telah diletakkan di bawah siasatan awal sebagai sebahagian daripada penyelidikan ke dalam penjualan kapal selam pada tahun 2002 kepada Malaysia,seorang pegawai di badan kehakiman Perancis berkata pada hari Rabu.Menjadi sasaran siasatan awal atau siasatan formal di Perancis tidak semestinya membawa kepada perbicaraan."

Saya tertanya-tanya bagaimana siasatan awal boleh menjadi "didakwa" dalam sesetengah media? 


APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

TU DIAAA !!! BILA #MRT SIAP PUAK #PEMBANGKANG MEROYAN DAN MERACAU !!! APA CERITA NI ???


Tiga empat hari ini,MRT atau Transit Aliran Massa (MRT) menjadi perkataan popular di kalangan rakyat.Ramai memuji usaha baik kerajaan BN ini,lebih lebih lagi bila ianya menjimatkan masa dan menyelesaikan masalah kesesakan rakyat untuk ke tempat kerja.Dianggar dapat jimat sampai RM25 sehari.Jimat kos parking,minyak dan tol.Laluan yang dilalui MRT ini bermula di DUN yang diwakili oleh Presiden PKR dan berakhir di tempat "kediaman" Ketua Umum PKR di Sungai Buloh.Bila dikatakan MRT ini adalah Langkah Kajang yang sebenar,lagilah meroyan dan meracau pembangkang.Pemimpin pembangkang cemburu dan irihati dengan kejayaan pembinaan MRT ini yang dibuat "below the budget" dan siap dua minggu awal dari jadual.Mulalah pembangkang berdengki dengan MRT menerusi komen tidak baik dan persepsi negatif. 

Seperti biasa,tiada perkataan elok yang dikeluarkan,semuanya jelas menunjukkan keangkuhan dan sifat cemburu mereka.Antaranya,Menteri Besar Selangor,Azmin Ali,yang memilih untuk menyalahkan UMNO dan menuduh UMNO merampas majlis pelancaran MRT.Nampak benar beliau tidak berpuas hati dengan Perdana Menteri yang menerima pujian ramai di atas pembinaan MRT.Apatah lagi pembangunan SBK itu merupakan cetusan idea Najib sendiri.Lagilah meroyan puak pembangkang apabila mendapati idea Najib berjaya dilaksanakan,sedangkan mereka masih terkial-kial memikirkan idea untuk menggulingkan Najib yang masih tidak berjaya sampai kini. 

Selain Azmin,perangai Nurul Izzah juga "tidak boleh blah".Beliau dengan angkuhnya menyatakan Pakatan Harapan boleh menyedikan projek MRT yang lebih baik untuk rakyat.Cara Nurul Izzah bercakap seperti beliau hidup di awang-awangan.Langsung tidak berpijak di bumi yang nyata.Nurul Izzah sepatutnya melihat kepada kepincangan yang berlaku di dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang terlebih dahulu sebelum memberikan pandangan. Di Selangor, cuba lihat kos mengecat pintu gerbang.Kosnya sahaja sudah bernilai RM9.8 juta,begitu juga dengan kos menggantikan sebuah kubah masjid yang menelan perbelanjaan RM32.4 juta serta pembinaan pejabat pentadbiran masjid yang sama sehingga mencecah RM33.3 juta. Bukankah ia menunjukkan ada unsur unsur penyelewengan ??? Isu ini sudah lama dibangkitkan tetapi PH hanya mendiamkan diri. Kosnya amat tinggi dan tidak munasabah.Baru baru ini, zmin rasmikan "fly over" dekat I-City yang berharga RM10 juta untuk 1 kilometer sahaja.Munasabahkah ??? Begitu juga di Pulau Pinang.

Pembinaan lorong basikal yang dilaksanakan oleh DAP Pulau Pinang menelan perbelanjaan yang sangat besar iaitu sehingga RM30 juta.Sedangkan projek sama bagi pembinaan lorong berbasikal sepanjang 12.5 kilometer di Amerika Syarikat (AS) hanyalah RM6 juta sahaja.Itu belum lagi bab projek Terowong Pulau Pinang menelan belanja US$162 juta bagi setiap km (mengikut kadar tukar matawang 2011) berbanding kos terowong Barcelona yang hanya berjumlah US$39 juta bagi setiap km. Mahal lagi terowong DAP, kenapa mahal sangat ??? Tidak terkecuali adalah Rafizi Ramli yang terkenal dengan jolokan Ahli Parlimen yang suka "bergurau".Beliau kononnya akan membuat pendedahan terbaru mengenai MRT dan Prasarana yang didakwa mempunyai kaitan dengan 1MDB.Tak habis-habis dengan 1MDB.Sudah terkantoi buat fitnah sebanyak 27 kali sudah.Kes mahkamah kerana memfitnah pun masih belum selesai.Jadi anggap sahajalah apa sahaja yang keluar dari mulut Rafizi adalah sampah belaka.Kalau anda terlupa,elok diingatkan semula bagaimana kajian yang dijalankan oleh beliau mengenai MRT hanya syok sendiri apabila Rafizi membuat perbandingan antara projek MRT Laluan Seoul 9 dengan MRT1 laluan SBK. Rafizi medakwa biarpun dibina di bawah tanah,laluan Seoul 9 itu 2.5 kali ganda lebih murah daripada projek MRT1 bagi laluan SBK.Rafizi membuat kajian itu berdasarkan blog yang tidak sahih iaitu ‘Pedestrian Observation’. Kononnya minggu depan ada lagi pendedahan yang akan dilakukan Rafizi.Mari kita tunggu apa pula putar belit yang akan beliau sampaikan.

Yang pasti,Rafizi akan berterusan mengelirukan rakyat dengan tuduhan palsunya dalam usahanya mencetuskan kebencian rakyat terhadap kerajaan.Hakikatnya walau apa jua yang diperkatakan oleh pembangkang sama ada baik atau buruk, realitinya kerajaan berjaya melaksanakan pembangunan dan projek untuk manfaat rakyat. 400,000 orang mendapat manfaat setiap hari dengan MRT. MRT ini dilaksanakan ketika negara dikatakan akan bankrap oleh pembangkang. Kalau negara hendak bankrap, muflis dan gagal seperti yang dituduh oleh Mahathir dan Kit Siang, buat apa mereka merebut rebut hendak rampas dan tawan sebuah negara yang bankrap ??? Ini bukti tuduhan mereka karut. MRT adalah buah tangan Datuk Seri Najib untuk rakyat. Lihatlah apa nasib yang berlaku pada semua projek tren di zaman Mahathir. Monorail KL muflis dan diselamatkan oleh Prasarana dengan harga RM882 juta pada 2007.Monorail KL kos awalnya dianggar RM143 juta tetapi bila sudah siap jadi RM1.18 billion. Terlebih 10 kali ganda Laluan LRT Putra juga telah muflis dan diambi alih oleh Prasarana dengan kos antara RM4.5 billon hingga RM5.7 billion. Laluan LRT Star juga muflis dan diselamatkan Prasarana dengan kos RM3.3 juta. Bas Intrakota juga muflis dan diselamatkan dengan kos RM177 juta. Berbeza dengan MRT yang jaraknya 51 km dan berjaya dijimatkan RM2 billion daripada kos asalnya RM23 billion. YB Norlela, ADUN PKR Penanti dan kawan baik Wan Azizah pun akui kos MRT ini lebih jimat berbanding kos LRT Komtar ke Bayan Lepas yang nilainya RM24 billion.

Jadi daripada meroyan dan cemburu pasal MRT ini,lebih baiklah pemimpin pembangkang seperti Azmin,Nurul Izzah dan Rafizi berterima kasih pada Datuk Seri Najib. Lebih baik Azmin tanya Guan Eng dan DAP di Penang,kenapa tidak buat MRT yang lebih murah seperti di Selangor ??? Sebenarnya yang "hijacked" Langkah Kajang adalah Azmin.Potong "tang corner" jawatan MB dan ambil dari Wan Azizah. Nurul Izzah kalau hendak meroyan, lebih baik meroyan dengan Azmin dari meroyan pasal MRT yang merapatkan lagi hubungan mama dan papanya,dari Kajang ke Sungai Buloh.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

FAKTA !!! BEZA #LANGKAHKAJANG PEMBANGKANG DAN KERAJAAN DIDEDAHKAN !!! #THEREALKAJANGMOVE !!!


Pada 17 julai 2017,MRT,"Langkah Kajang" yang sebenar menjadi realiti.Langkah yang akan beri manfaat kepada 1.2 juta rakyat.MRT sejauh 51 km dari Kajang ke Sungai Buloh bakal membawa 400,000 penumpang sehari meliputi 31 stesen dan 7 stesen bawah tanah.MRT ini beroperasi setiap 3.3 minit pada waktu puncak.Sejumlah RM2 billion dapat dijimatkan dan ianya siap awal daripada jadual.MRT ini adalah manifestasi janji kerajaan BN yang telah ditunaikan terhadap rakyat.Jika ikut logik Rafizi dalam video kempennya di Youtube pada PRU13 bertajuk "Pendidikan Percuma Rafizi Ramli",Rafizi mahu hentikan projek MRT yang dikatakannya bernilai RM80 billion untuk memberi pendidikan percuma sejumlah RM6 billion setahun.RM6 billion setahun yang dijanji Rafizi masa PRU13 itu adalah termasuk elaun sara hidup RM5,000 setiap seorang mahasiswa setiap tahun,RM28 bilion hapus PTPTN,RM791 juta untuk hapus yuran universiti. Rafizi mahu hentikan projek MRT untuk tampung janji ini.Semua ini adalah janji kosong Rafizi sahaja.Lihat sahaja dalam kempen terbaru menggunakan traknya, janji RM6 billion dan pendidikan percuma itu sudah tidak kedengaran lagi, datang pula janji baru. 

Dalam 7 matlamat baru Pakatan Harapan pun tiada lagi janji pendidikan percuma.Kalau dengar "gebang kosong" Rafizi ini,tidak siaplah MRT.Terdapat beberapa perbezaan yang begitu ketara antara Langkah Kajang cetusan Naib Presiden PKR,Rafizi dan Langkah Kajang sebenar iaitu MRT hasil dari pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak.Beza pertama ialah,Langkah Kajang pakatan pada masa itu gagal meletakkan Presiden PKR,Wan Azizah sebagai MB Selangor.Sultan Selangor,Sultan Sharaffudin Idris Shah enggan beri perkenan kepada Wan Azizah dan meminta nama lain,PKR pada masa itu tetap berkeras dengan Sultan.Akhirnya Wan Azizah terlepas,langkah Azmin jadi realiti.Misi utama Langkah Kajang Rafizi gagal.MRT akan melonjakkan harga aset dan hartanah di sekitar kawasan MRT.Inilah Langkah Kajang sebenar, pengundi Kajang yang ada bangunan,rumah dan hartanah juga dapat untung bila harga aset mereka naik berkali ganda. 

Kedua,Langkah Kajang Wan Azizah tidak langsung menyelesaikan masalah banjir kilat yang dihadapi oleh penduduk Kajang setiap kali hujan turun. Lebih parah bila kereta terperangkap dalam banjir di Kajang.Bandar itu sudah digelar "Car Jeng" sebagai panggilan lain untuk Kajang.Sebaliknya,dengan pembinaan MRT di Kajang,rakyat lebih lega dan tidak perlu lagi bersesak untuk ke Kuala Lumpur.MRT dapat mengelak "traffic jammed" dan menghalang kereta terperangkap dalam banjir kilat yang kerap berlaku di Kajang.Ketiga,Rafizi dan PKR pernah berjanji sebelum PRK Kajang untuk menjadikan Stadium Kajang sebagai "venue" perlawanan utama Liga Malaysia tetapi sehingga kini ia tidak menjadi pun.Stadium Kajang masih sepi tanpa ada pun perlawanan seperti yang dijanjikan Rafizi.Namun dengan adanya Stesen MRT Bandar Kajang,Stadium Kajang yang terletak bersebelahan dengan Restoren Satay Haji Samuri akan menjadi ceria dan riuh kembali.

Kemudian,kegagalan keempat PKR ialah ADUNnya,iaitu Wan Azizah boleh dikatakan hampir tidak pernah ada di kawasan.Pejabat ADUN di Sungai Chua yang dijadikan tempat kempen masa PRK Kajang juga sudah ditutup.Sudah bertukar jadi kedai "massage".Ini kerana kesibukan Wan Azizah berulang alik antara Kajang - Sungai Buloh dan Permatang Pauh.Dengan adanyaMRT,masalah Wan Azizah ini dapat diselesaikan. Lebih jimat dan lebih cepat sampai ke Sungai Buloh berbanding menaiki kereta.Masa Wan Azizah untuk menjaga suami dan rakyat dapat diagihkan dengan lebih baik selepas ini.Langkah Kajang hanya membazir wang rakyat semata mata. Menurut SPR, kos membuat pilihanraya kecil di Kajang pada bulan Februari 2014 adalah RM1.6 juta.ADUN PKR meletak jawatan semata mata untuk beri peluang Wan Azizah bertanding di DUN Kajang.Akhirnya Wan Azizah tidak menjadi MB Selangor pun seperti rancangan Langkah Kajang. Apa pun tidak berubah.Berbeza dengan MRT,duit rakyat dapat dijimatkan.Ada yang penumpang menyatakan mampu jimat RM25 sehari dengan adanya MRT Jimat duit minyak,tol dan parking.RM25 buat seorang pengguna.Satu hari MRT mampu tampung 400,000 orang penumpang. Bermakna dalam sehari RM10 juta wang rakyat dijimatkan. Jika dalam sebulan, 20 hari bekerja, seorang rakyat boleh jimat RM500. 

Keseluruhannya,manfaat untuk 400,000 penumpang dalam sebulan adalah sejumlah RM200 juta. Besar nilainya. RM500 sebulan banyak nilainya pada satu isirumah.Bermacam perkara boleh dibuat dengan nilai itu.Bermakna pelaburan besar kerajaan BN dalam MRT memberi banyak kesan kepada rakyat.Kesannya sampai ke dalam poket rakyat.Inilah Langkah Kajang sebenar yang menguntungkan rakyat bukannya Langkah Kajang pembangkang yang hanya janji kosong dan masuk ke laut.Kalau ikut logik Rafizi,tidak merasalah rakyat naik tren MRT ini yang  setaraf dengan tren di London dan Paris.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, July 13, 2017

FAKTA !!! #PAKATANHARAPAN HANYA BERI HARAPAN UNTUK RAKYAT TAPI JANJI LEPAS TIDAK DITUNAIKAN !!! APA CERITA NI ???


Dalam PRU13 yang lalu,pakatan pembangkang sudah kalah buat kali ke 13 dalam sejarah pilihanraya negara kita.Mengapa rakyat kalahkan pembangkang ??? Kerana mereka hanya pandai berjanji dan memberi harapan sahaja.Janji tidak ditunai,cerita baru pula yang dijaja dan dijual menerusi trak Rafizi.Benarlah apa yang disebut oleh Ahli Parlimen Sekijang,Anuar Manap ; “Kita boleh cakap (apa saja), dia (Rafizi) bercakap sebab dah tak tahu nak bercakap mengenai isu apa.Dia hanya bagi harapan sebab nama pun Pakatan Harapan.Kita,BN,kita buat,bukan bagi harapan.Kami tak beri harapan tapi kita dah buktikan,” kata Anuar Manap. 

Masih ingat lagi tentang Buku Jingga ??? Dilancarkan pada 19 Disember 2010 dalam Konvensyen Ke 2,Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.Matlamat Buku Jingga adalah untuk melawan dasar Barisan Nasional dan Program Transformasi Ekonomi.Bermacam janji dan harapan mahu dilaksanakan menerusi Buku Jingga yang dibuat Rafizi ini.Namun hari ini,selepas 7 tahun apakah isi kandungan Buku Jingga itu dilaksanakan dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor ??? Buku Jingga sudah jadi sampah.Kini Rafizi bawa trak sahaja untuk berjanji benda baru pula.Lebih elok kiranya trak itu diisi dengan sampah Buku Jingga dan semua cerita cerita fitnah Rafizi. Di Pulau Pinang, manifesto "Just Change" pada 2008 tidak dilaksanakan DAP.Sejumlah 51 projek yang dijanji DAP kepada rakyat juga tinggal janji sahaja.Begitu juga di Selangor yang kini menjadi juara masalah denggi di Malaysia,juara caj plastik 20 sen dan juara masalah air.Azmin Ali masih membisu dan tutup mulut mengenai isu tanah Wetlands, kos pintu gerbang,isu SPLASH yang terlebih bayar RM2.7 billion, isu DEIG,isu YAWAS dan SMUE.Semua ini Azmin masih diam.Sediam aksinya di dalam tandas. Pembangkang ketika hampir waktu pilihanraya sibuk buat janji,beri harapan dan tunjuk muka dalam "banner". 

Selepas dapat kuasa,penuh bergelumang dengan isu, skandal dan penyalahgunaan kuasa.Berbeza dengan Barisan Nasional yang terus memacu negara Malaysia pada landasan yang betul.Statistik terbaru menunjukkan perdagangan Malaysia berkembang 31.5% (RM153.3 billion) sehingga Mei 2017.Sebalik tuduhan DoJ,kecaman Sarawak Report,fitnah Malaysiakini,adu domba Mahathir dan fitnah Rafizi, Barisan Nasional terus mara ke depan menunaikan janji dan memberikan khidmat kepada pengundi. Sudah hampir 97% peratus atau 5,678 projek dan janji kerajaan Barisan Nasional semasa PRU13 sudah ditunaikan kepada rakyat. 97% projek melibatkan perbelanjaan RM328 billion. Berbanding pembangkang, mereka buat janji sesama mereka pun tidak betul. Hari ini janji hendak buat logo, esok cakap logo sudah hendak siap dan sampai keakhirnya logo pun tidak boleh capai kata sepakat. Sama jugalah yang sedang berlaku dalam DAP, masalah ahli mereka sendiri tetapi tuding jari pada orang lain. Takut buat mesyuarat kerana takut legasi hilang.

Biarpun orang yang berada di jawatan Pengerusi sudah mati,tetapi masih belum buat mesyuarat mencari pengganti. Sesatunya parti dalam dunia, yang enggan buat mesyuarat sesudah Pengerusinya mati. Buku Jingga dicampak entah ke mana.Buat kos kajian terowong terlebih bayar, buat rundingan SPLASH terlebih bayar tetapi beli banglo Pinhorn sahaja yang "terkurang bayar".Inilah dia wajah pembangkang di Malaysia. Di India, pembangkangya tidak bantah pun GST. Di United Kingdom,20% kadar GST,pembangkang di sana tidak bantah pun sekiranya sesuatu dasar itu bawa kebaikan bersama kepada ekonomi negara.Pembangkang Malaysia yang penasihatnya sekarang berasal dari Kerala, India yang membangkang apa sahaja perkara kebaikan yang dibuat kerajaan BN kepada rakyat. BR1M dibantah,GST dibantah,pembinaan MRT Rafizi pernah bantah dan hantar jemaah haji pun mereka fitnah sebagai "haji Robin Hood".Inilah pembangkang Malaysia.Langkah Kajang pembangkang yang sudah jadi langkah sumbang.Lagi 5 hari Langkah Kajang sebenar akan beroperasi. Lihatlah sendiri bagaimana kerajaan BN menunai janji.Bukan seperti pembangkang, hanya memberi harapan palsu semata mata.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, July 12, 2017

KANTOI !!! #PEMBANGKANG DI MALAYSIA KENA TIPU DENGAN #DOJ !!!


8 Julai 2017,Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat bertemu Vladimir Putin,Presiden Russia ketika persidangan G20 di Hamburg,Jerman.Vladimir Putin menjelaskan kepada Trump dalam pertemuan empat mata itu bahawa kerajaan Russia tidak campur tangan dalam kempen pilihanraya antara Hillary Clinton dan Donald Trump pada 2016.Menurut Sergey Lavrov,Menteri Luar Russia,Trump turut memberitahu Putin bahawa beliau juga mendengar tuduhan itu sejak berbulan yang lepas dan tiada satu bukti pun dibawa untuk membuktikan dakwaan campurtangan Russia itu.Trump menyatakan kepada Putin,yang beliau tidak percaya pada Federal Bureau of Investigation (FBI),Central Intelligence Agency (CIA) dan Department of Justice (DoJ).Pengakuan Trump ini menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan agensi agensi itu.Semua agensi itu mendakwa bahawa ada campur tangan dari Russia semasa pilihanraya Presiden Amerika Syarikat 2016.Sama seperti apa yang DoJ dakwa dalam tuduhannya terhadap 1MDB.

Sejak 20 Julai 2016,sampailah sekarang ianya hanya sekadar tuduhan sahaja. Tiada bukti yang dibawa, tiada sesiapa pun yang dipanggil untuk disiasat dan tidak ada pendakwaan pun di mahkamah.Hanya pembangkang di Malaysia yang mengambil dan memetik sumber dari DoJ untuk menjadikannya sebagai isu.Sebenarnya tiada asas pun untuk dijadikan isu. Ianya bukan isu, hanya persepsi yang dicipta dan direka DoJ semata mata.Mana dia gambar sebenar berlian yang didakwa ??? Mana dia bukti transaksi ??? Semuanya tiada.Hakikatnya,staff DoJ sendiri dipercayai melakukan kerja secara tidak jujur dan amanah.Hal ini diakui sendiri oleh Eric Holder,Peguam Negara Amerika Syarikat.30 Jun 2017, Eric Holder dalam twitternya,memberi peringatan kepada semua staff DoJ dan FBI. 

Ujarnya,"tindakan kamu dan integriti kamu yang tidak adil akan disoal.Jaga jaga.Kerja.Maruah.Negara".Amaran yang dibuat oleh Peguam Negara ini adalah amat keras sekali.Bermakna,integriti staff DoJ telah dipersoalkan. Eric Holder juga perlu siasat apakah ada bayaran masuk sejumlah USD$5 juta ke dalam Clinton Foundation dari Tun Daim untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib ??? Apakah bayaran ini yang membuatkan staff DoJ tidak berintegriti ??? Kemudian staff DoJ itu membuat tuduhan untuk memburukkan Malaysia menerusi beberapa kenyataan media.Pada September 2015,ketika awal serangan Mahathir terhadap Najib, Matthias dan Khairuddin, dua orang kanan Mahathir pernah terbang ke Amerika Syarikat dan dipercayai dibantu oleh Andrew McCabe,Timbalan Pengarah FBI. 

Dalam bulan yang sama juga,keluar cerita palsu di New York Times kononnya FBI hendak tangkap Datuk Seri Najib.Padahal bila Datuk Seri Najib ke New York pada 23 September 2015,untuk hadiri Perhimpunan Agung Bangsa Bangsa Bersatu tidak pula FBI menangkapnya. Ini bukti dakwaan New York Times itu fitnah semata mata.Apakah pengadu kepada New York Times itu adalah dua orang kanan Mahathir dengan dibantu oleh McCabe ??? Sama seperti kes DoJ.Siapa pengadu kepada DoJ belum lagi didedahkan identitinya.Besar kemungkinan pengadu itu ada agenda lain mahu menggulingkan Perdana Menteri dan kerajaan yang dipilih secara demokrasi di Malaysia.10 Julai 2017, Trump mengesyaki James Comey, bekas pengarah FBI membocorkan dokumen penting pada media. Apakah McCabe juga bertindak sedemikian kepada media dengan matlamat menjatuhkan kerajaan Malaysia ???

Campur tangan asing di Malaysia diundang oleh pembangkang yang tidak sabar sabar menunggu pilihan raya dan proses demokrasi.Mereka sanggup terbang jauh ke London berjumpa Sarawak Report.Terbang ke New York berjumpa Wall Street Journal dan New York Times.Presiden Amerika Syarikat sendiri sudah sangsi dengan FBI dan DoJ.Peguam Negara Amerika juga sangsi.Hanya pembangkang di Malaysia yang masih sanggup jadi penjaja cerita persepsi dan tipu.Rakyat Malaysia kena nilailah sendiri,jangan tertipu dengan cerita cerita persepsi ini.Jangan undang tangan tangan asing dalam menentukan hala tuju politik di Malaysia.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

TU DIAAA !!! PEMBANGKANG DAH PENING MACAM MANA NAK PERINTAH MALAYSIA !!! APA CERITA NI ???


Pakatan pembangkang di negara ini kembali bergoncang,bila ada dua pihak di dalamnya bertentangan pendapat berkenaan kewujudan Pakatan Rakyat (PR) yang sebelum ini sudah diumumkan mati dan berkubur oleh DAP.Dua tahun yang lepas,Kit Siang berkata pada 16 Jun 2015,"Tidak perlu menunggu pengumuman Ketua Pembangkang,Wan Azizah Wan Ismail untuk mengatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi wujud" kata Kit Siang.DAP sudah dua tahun anggap PR mati.Tiba tiba hidup balik bila Azmin Ali menyatakan bahawa PR itu masih hidup di Selangor.'Dalam konteks kerajaan negeri,Pakatan Rakyat masih wujud kerana ia mandat yang diberikan oleh rakyat, sebagai Menteri Besar Selangor, saya perlu membawa mandat itu," kata Azmin Ali. 

Bukan sahaja Azmin,Ketua Pembangkang dan Presiden PKR,Wan Azizah  juga bersetuju PR masih wujud biarpun di pihak DAP,pakatan itu sudah mati.Bercanggah bila Setiausaha Agung PKR,Saifuddin Nasution,berkata PR sudah tidak lagi wujud di Selangor pada waktu ini.Saifuddin sudah sanggup bersama DAP berbanding PKR,asalkan dilantik jadi Timbalan Ketua Menteri suatu hari nanti.Sudah dua tahun,baru hendak bincang soal hidup mati Pakatan Rakyat. Yang DAP sudah mati di sisi ROS sejak Disember 2012 tidak pula mahu diisytiharkan mati oleh DAP ??? Kit Siang sudah menangis pada 2013 kerana DAP sudah boleh dikuburkan kerana tidak sah dari segi ROS.Patutnya sudah mati,tetapi ROS masih lagi beri peluang untuk menghidupkan balik parti DAP yang telah mati.Minta buat pemilihan semula,Itu pun DAP takut hendak lakukan.Pembangkang memang suka buat parti yang haram dan berstatus mati ini.Pakatan Harapan (PH) yang diwujudkan dengan kehadiran PAN dan kemudian PPBM pun masih belum didaftarkan secara sah dengan ROS. 

PH kalau dilihat pada rekod ditubuhkan pada 22 September 2015 dengan diwakili tiga parti pada awalnya iaitu DAP,PKR dan PAN selepas mereka menyingkirkan PAS.Kemudian dalam PH,dimasukkan pula parti oleh Mahathir,parti PPBM menjadikan semua parti di dalamnya ada empat.PH ini pun belum "dihidupkan" secara sah dari segi perlembagaan dan peraturan ROS.Sebulan yang lepas,Teresa Kok kata hal logo PH hampir siap.Sampai hari ini masih lagi tidak siap siap.Organisasi PH pun masih belum selesai.Siapa jadi Pengerusi,Penasihat dan Ketua dalam PH masih belum ada.Mesyuarat sudah banyak kali,tetapi habuk apa pun tiada.Menjadi habuk kerana mereka bergaduh sesama mereka.Sudah keluar bermacam macam kabinet bayangan versi DAP dan PKR, tetapi senarai sebenarnya masih belum ada.Dari September 2015 hingga kini,Julai 2017,sudah hampir dua tahun dah Pakatan Harapan dijaja sebagai gabungan baru pembangkang. PH masih belum lagi dihidupkan secara sah oleh mereka.Calon Perdana Menteri pun mereka masih berebut sesama mereka. Sekejap orang itu, sekejap orang ini. Oleh itu, buang masa sahajalah Rafizi pusing jelajah Malaysia guna trak. 

Pusing dan ceramah buat apa jika masalah asas pembangkang masih belum selesai. Hendak perintah bagaimana kalau sesama mereka masih bergaduh macam budak budak sekolah.Azmin gaduh dengan Guan Eng, Saddiq kelahi dengan Midah, Rafizi gaduh dengan Adam Rosly,Kit Siang gaduh dengan Tan Seng Giaw, Muhyiddin gaduh dengan Mukhriz,Wan Azizah masih lagi berdendam dengan Mahathir. Ini bukan pakatan namanya, ini perbalahan namanya. Masalah parti sendiri tidak boleh selesai, sibuk hendak bermimpi rebut Putrajaya.Parti DAP dengan masalah pemilihan CEC, manakala yang lebih besar lagi adalah gabungan besar pembangkang.Apa nama mereka sebenarnya ??? Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan ??? Dua dua masih belum mati dan masih belum hidup. Sudah sudahlah menipu rakyat hidup hidup.Selesaikan dulu masalah dalam parti pembangkang sebelum hendak bermimpi apa pun.Pembangkang di Malaysia ini sedang pening.Status badan mereka sendiri pun tidak tahu, hidup ke mati ???

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, July 05, 2017

ASAL GADUH JER SALAHKAN #UMNO !!! APA CERITA NI BUNGA TAIK AYAM ???


Sampai bila mereka mampu berbohong dan mengalih perhatian ??? Asal bergaduh dan bertekak sahaja,UMNO yang dipersalahkan.Tidak pernah akui bahawa pergaduhan itu berpunca dari PPBM sendiri.Masa Cikgu Kamarul keluar parti bunga,UMNO dipersalahkan.Bila ada ahli PPBM di Baling,Sik,Rembau,Perak,Pandan,Kerteh,Teluk Kemang keluar parti,UMNO juga disalahkan.Inilah sesatunya alasan yang PPBM mampu beri untuk tutup kelemahan parti mereka sendiri. Namun sampai bila mereka mampu berbohong pada diri sendiri dan ahli ahli ??? Lama lama,orang akan tahu juga.Samalah hal dalaman yang berlaku dalam Armada PPBM. Tiga orang Exco PPBM tidak puashati dan tanya dua soalan mudah sahaja. Mereka tanya mengenai harta anak anak Mahathir dan skandal Nika Gee.Itu pun masih belum dijawab.Bagaimana pergaduhan besar yang berlaku antara Daim dan Syed Saddiq bila bocornya maklumat,Daim membayar USD$5 billion kepada Clinton Foundation untuk menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia. Syed Saddiq kena "bloody fool" dengan Daim sebab membocorkan hal itu pada tiga exco Armada PPBM.Ini salah UMNO juga ??? 

Salah Syed Saddiq lah.Siapa yang suruh dia bermulut macam radio.Khairuddin memang dengki dengan Saddiq sebab apa yang sahaja yang Saddiq minta Daim beri.Khairuddin minta ke Barbados pun Daim tidak mahu taja.Panaslah Khairuddin.Patutlah dulu Khairuddin Abu Hassan pernah gelar Syed Saddiq seperti budak hingusan.Ya,memang hingusan pun,tiga orang Exco PPBM itu masih lagi tidak dikenakan sebarang tindakan oleh PPBM.Mana Syed Saddiq berani.Syed Saddiq bukan anak jantan. Syed Saddiq hanya berani bergaduh dengan perempuan sahaja.Terbaru,Syed Saddiq bergaduh macam budak budak dengan Hamidah. Midah tuduh Saddiq sebagai "spy UMNO",Saddiq tuduh Midah ejen UMNO.Muhyiddin dan Mahathir tidak mampu buat apa apa lagi.Tidak mampu lagi mengawal pergaduhan yang bergaduh dalam parti mereka.Berita pergaduhan ini tiada dalam Malaysiakini.Ainina pun bergaduh pada mulanya.Keluar habis cerita klimaks dan video,sehingga akhirnya tersingkir dari parti bunga. Bergaduh bukan sebab UMNO atau ada ejen UMNO tetapi sebab mereka merebut jawatan dan kedudukan.Berebut dan masing masing gila hendak menjadi calon PRU14. Inilah punca sebenar mereka bergaduh dan bergasak sakan dalam PPBM. Mulanya, mereka ingat dengan menjadi Ketua Bahagian PPBM atau AJK PPBM maka banyaklah habuan yang Daim, Mahathir dan Muhyiddin akan tabur. 

Dedak yang ditagih tidak kesampaian pun.Mahathir tidak perbetulkan pun pergaduhan yang berlaku.Mahathir halau lagi mana mana ahli yang tidak puas hati keluar dari PPBM.Pada Mahathir,yang penting adalah cita citanya mahu menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri sahaja.Apa hendak jadi pada ahli dan parti bunga, lantaklah. Buat apa perabis beras pada mereka. Lebih baik jaga panglima panglima seperti Zam Maidin dan Zaid Ibrahim yang boleh bertukar menjadi apa sahaja.Memaafkan DAP dan masuk DAP pun boleh demi Mahathir.Mereka berdua ini lebih bernilai bagi Mahathir dari Saddiq dan Midah."Berkelai lah hampa dua orang",Mahathir tak peduli pun. Bukan salah UMNO, salahkan Mahathir tu.Kenapa dia lari beraya di London,sebab terlalu kecewa dan tidak mampu lagi kawal pergaduhan yang berlaku dalam PPBM. Mana dia Muhyiddin? Baik dia sibuk dengan hal Nika Gee dari fikir hal Midah dan Saddiq.Syed Saddiq lupa dia hanya berdebat sahaja sebelum ini,bukan pentas sebenar politik pun.Sekarang bila sudah jadi ketua sayap politik barulah dia tahu langit tinggi rendah.Dalam PPBM semua ada,yang skandal,yang kaki disko,yang putar alam dan yang "weekly politician".Sebab itulah mereka bergaduh.Bukan salah UMNO,salah PPBM sendiri.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, June 15, 2017

TU DIA !!! #PAKATANHARAPAN DI AMBANG KEHANCURAN ???


Bila melihat apa yang berlaku di kalangan parti-parti pembangkang yang membentuk Pakatan Harapan,penulis tersenyum sendirian.Kelibat bekas Perdana Menteri bersama mereka sememangnya menjadi ‘duri dalam daging’.Penulis yakin,semua pemimpin utama DAP,PKR dan PAN sangat kenal dengan warga emas itu.Mereka kenal sangat betapa liciknya permainan politik ‘diktator’ yang pernah mendera mereka berpuluh tahun itu.Yang baru mungkin kurang kenal,tapi yang lama rasanya kenal sangat…Bahkan,bukan saja pemimpin parti pembangkang yang kenal dia, malah hampir semua pemimpin UMNO dan BN tahu betapa liciknya ‘Maverick’ yang pernah dituduh bertanggungjawab melesapkan hampir RM100 bilion wang negara.Itu semua bukan perkara baru, ‘dah lama dah’. 

Pengalaman selama 22 tahun mengajar kita tentang corak dan gaya politiknya. Jutaan manusia pernah ‘dikencing’,jutaan rakyat pernah dipermainkan,jutaan rakyat juga pernah ‘dibuli’ lelaki yang pernah digelar ‘maha firaun’ itu.Maka kini tidak hairanlah apabila ada di kalangan pemimpin PKR yang dapat menghidu permainan politiknya terhadap Pakatan Harapan. Mulannya dia bermain ‘layang-layang’, namun kini dia seolah-olah bermain ‘tarik tali’.Mungkin tidak lama lagi dia akan jadi seorang ‘pemancing’ pula, bukan? PKR nampaknya seolah dapat membaca buah catur bekas Perdana Menteri itu. Dia konon berbaik-baik untuk diterima. Dia rendahkan ego sehingga ke tahap sanggup hadir ke majlis parti yang berpuluh tahun dia hentam siang dan malam. Dia sanggup jilat segala ludah berkahak hijau, dia sanggup lakukan apa saja untuk diterima masuk di dalam Pakatan Harapan. Kalau boleh, mungkin dia juga sanggup jilat tapak kaki Kit Siang dan Anwar Ibrahim yang dulu pernah dia malukan seantero dunia.Dan kini, dia cuba mencadangkan diri untuk kembali jadi Perdana Menteri? Dia fikir pengaruhnya kini sudah cukup ampuh bagai dulu untuk menundukkan taiko-taiko DAP, PKR dan PAN? Dia fikir parti ‘cap bunga’ sudah cukup kuat untuk ‘makan’ Pakatan Harapan? Pada pandangan penulis, langkahnya kini terlalu sumbang, seolah-olah terlalu terdesak untuk mengepalai Pakatan Harapan sebagaimana dia mengapalai BN dahulu. Dia terlalu yakin DAP, PKR dan PAN akan akur taat saja pada ‘perintahnya’? 

Pada hemat penulis,dia silap besar! Dia mungkin benar-benar menyangka DAP,PKR dan PAN lupa pada segala ‘dosanya’? Apakah dia lupa bahawa parti-parti itu dikemudi oleh mereka-mereka yang pernah dia dera dulu? ‘Alzheimer’nya kembali menyerang? Jangan mimpilah untuk dia memperkudakan parti-parti di dalam Pakatan Harapan,khususnya DAP. Dia fikir DAP bodoh? Pada penulis, DAP bukan saja sedang mentertawakan ‘seekor kuda tua’, malah mereka akan ‘ajar kuda tua’ itu secukup-cukupnya sebelum terlambat. Pakatan Harapan juga tahu betapa dungunya pengikut-pengikut parti ‘cap bunga’ yang menyokong warga emas itu membuta tuli. Ketaksuban itu juga akan memberikan bonus untuk mereka perkudakan sekali dengan pengikut-pengikutnya yang mentah itu… Anak warga emas itu? Berapa lama lagi agaknya warga emas itu akan bernyawa? Mungkin apabila tiba saatnya kelak, anak warga emas itu akan ‘dibenam’ habis-habisan ke dasar yang paling dalam. Politik sememangnya kejam bukan? Kejam bagai bekas seorang ‘diktator’… Justeru itu,penulis suka menyarankan supaya warga emas itu bertaubat nasuha, kembali ke tikar sejadah sebagaimana yang dinasihatkan ramai pihak yang kasihan melihat dirinya.Sempena bulan yang mulia ini, ambillah iktibar sebelum terlambat.Kejarlah akhirat setelah sekian lama memperhambakan diri kepada dunia…


APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, June 13, 2017

TU DIAAA !!! #DAP DAN PKR SAH KAN TOLAK #TUNMAHATHIR #TUNM SEBAGAI CALON PERDANA MENTERI #PAKATANHARAPAN ???


Sudah kali kedua Mahathir menyatakan hasratnya mahu menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan ketiadaan calon.Kali pertama pada 1 Jun 2017,dalam satu temubual dalam Facebook.Kemudian sekali lagi dalam satu wawancara di Nikkei Asian Review di Jepun pada 6 Jun 2017.Kenapa sampai dua kali ulang ??? Maknanya Mahathir sungguh sungguh benar hendak jadi PM sekali lagi ni.Kena ulang banyak kali untuk pujuk dan rayu simpati dari DAP dan PKR.DAP menerusi Guan Eng telah tolak hasrat Mahathir untuk jadi PM semula ini.Guan Eng menyatakan pada 6 Jun 207, dalam Malaysiakini bahawa Pakatan Harapan belum memutuskan lagi siapa jadi PM.Jelas sekali, Guan Eng merujuk pada pengumuman Mahathir yang mahu jadi PM sekali lagi.DAP yang ada banyak kerusi kini. DAP boleh pilih siapa mereka suka. Anwar pun telah tolak Mahathir. "Ia bukan keputusan Mahathir, ianya keputusan Pakatan Harapan.Seseorang tidak menawarkan diri (menjadi Perdana Menteri) begitu sahaja sebaliknya perlu ada kesepakatan" kata Anwar di Kompleks Mahkamah Syariah Shah Alam pada 5 Jun 2017.

Sudah sah,DAP dan PKR tidak mahu Mahathir lagi.DAP dan PKR hanya mahu pergunakan Mahathir untuk memancing undi sahaja pada PRU14.Mahathir adalah umpan untuk dapatkan undi Melayu bagi calon DAP dan PKR. Esok pemimpin Pakatan Harapan akan bermesyuarat lagi.Sudah pasti topik siapa hendak jadi calon PM ini akan dibincangkan lagi.Atau mereka akan membincangkan apa sebenarnya peranan PPBM dalam PH. Masih relevankah parti satu kerusi itu dalam PH ??? PPBM nampak kini semakin lemah.Ahli ramai keluar parti.Di Negeri Sembilan dan Perak,PPBM terus lumpuh.Pergaduhan dalaman tidak boleh disembunyikan lagi.Krisis tidak dibaiki,tetapi Pengerusinya gila hendak jadi Perdana Menteri.Jadi apakah PPBM yang usianya baru 41 kali Jumaat ini masih lagi sekutu kuat kepada PH ??? Desakan kuat Mahathir untuk menjadi PM semula dan tidak bersetuju Anwar dipilih sebagai calon PM bagi PH boleh membuatkan PPBM disingkirkan dari PH. Biarpun sudah ditempelak oleh Anwar dan Guan Eng,Mahathir tetap dengan pendapat keras kepalanya. Egonya masih ada. Mahathir dalam wawancara di Jepun itu terlepas juga cakap “walaupun untuk sementara sahaja".Kenapa hendak jadi PM "untuk sementara sahaja" ???. Boleh jadi tujuannya adalah untuk dua perkara sahaja. Pertamanya, untuk "sign" meluluskan atau menyelesaikan hal kroninya yang cukup besar dan tersekat selama ini. Keduanya, Mahathir akan letak jawatan dan beri jawatan itu pada anaknya sendiri nanti.Dua perkara ini mungkin menjadi agenda besar Mahathir untuk menjadi PM "buat sementara sahaja".Dua kali Mahathir menyebut mahu jadi PM kembali. Kenapa? Sebab mahu yakinkan kroni dan "funder" bahawa PPBM masih lagi ada harapan untuk menjadi Perdana Menteri. Kalau "funder" lari dan tidak percaya lagi.Susahlah Mahathir. 

Dalam proses mahu menjatuhkan Najib Razak yang gagal dilakukan sejak Julai 2015,Mahathir dipercayai banyak menggunakan dana "funder" kroninya. Usaha ini masih gagal dan dengar kata ada "funder" yang sudah angkat bendera putih terhadap kempen ini. "Resources” untuk digunakan sudah “exhausted and limited”.Maka untuk memberi semangat dan harapan supaya "funder" terus memberi sumbangan terpaksalah menyatakan akan jadi Perdana Menteri sekali lagi.Cara umumkan jadi PM juga adalah untuk menunjuk kan dana diluar akan dapat dibawa pulang dan mereka yang telah membantu akan dapat digantikan semula.Itulah Mahathir.Tidak pernah jujur dan selalu membuat kenyataan bercanggah demi menjawab ikut waktu ditanya sahaja.Jawapan lain akan diberi pada waktu lain pula. Biarlah jawapan itu bercanggah pun, tetapi ramai tidak sedar dan tidak peduli kerana sudah dikaburkan dengan pelbagai cerita buruk dan kebencian kepada pemerintah. Maka kini “game of throne” telah menjadi “wide open”.Mahathir seolah olah tidak peduli lagi dengan Anwar dan Guan Eng. Apa tidaknya, bila yang dikejar itu bukan sedikit anak. Siapa pun Mahathir sudah tidak peduli lagi, kerana matlamatnya jelas iaitu mendapatkan “kuasa”.Batu halangan Mahathir yang terbesar sekarang adalah Anwar.Mampukah Mahathir pujuk Anwar untuk tidak mahu menjadi PM ???

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KEMPEN "SEMUA SALAH NAJIB" !!! PENIPUAN TERBARU PEMBANGKANG DIDEDAHKAN !!!


Sejak kempen jatuhkan Najib pada Julai 2015 hingga kini,boleh dikatakan hampir setiap hari Datuk Seri Najib Tun Razak diserang oleh pembangkang.Seperti mana strategi yang pernah Rafizi dedah dalam Youtube,jika tidak boleh serang Najib,maka serang isterinya.Ramai dah jadi "zombie pembangkang" bila termakan hasutan kaki fitnah Rafizi ini,termasuklah Mahathir.Semua benda cuba dijadikan sebagai isu.Walaupun isu yang dibangkitkan itu tidak ada kena mengena pun dengan Perdana Menteri namun tetap Najib juga yang dituding sebagai salah.Sel sel otak geng pembangkang sudah tidak boleh lagi berhubung dengan baik.Perangai mereka menjadi pelik,taksub yang terlampau pada pemimpin mereka dan percaya apa sahaja yang keluar dari mulut Rafizi dan Tony Pua,biarpun benda itu sampah. 

Bayangkan,kalau minyak naik pun Najib dipersalahkan.Tak dapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pun beliau tetap dikatakan salah.Itu belum lagi isu lain seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang hari-hari dimainkan oleh pembangkang apatah lagi dalam bulan Ramadan ini. Kalau benda buruk memang salah Najib tetapi masuk "part" di mana mereka mendapat kesenangan atau kemudahan,mereka langsung lupa jasa Najib.Macam pelaksanaan projek Fasa 2 Transit Aliran Massa (MRT) membabitkan laluan Semantan-Kajang yang bakal dilancarkan secara rasmi pada 17 Julai depan oleh Najib. Setakat ini belum nampak pembangkang memuji.Mungkin mereka sedang menunggu masa kalau-kalau berlaku masalah pada sistem MRT itu nanti,maka dengan pantas mereka akan menyalahkan Najib.Mereka lupa kalau ikut logik bodoh Rafizi,MRT ini tidak akan dibuat sebab Rafizi mahu gunakan dana itu untuk subsidi harga minyak. Sedangkan banyak perkara baik yang dilaksanakan Najib tapi langsung tidak disentuh. Pembangkang hanya sibuk cari salah Najib sedangkan pemimpin di negeri pembangkang lagi banyak buruknya tapi didiamkan. 

Sebagai contoh,cuba lihat pada Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng.Kesalahan rasuah jelas sekali. Guan Eng dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah.Tidak pula pembangkang hebohkannya. Mereka diamkan sahaja apabila terdapat gesaan supaya Guan Eng letak jawatan atau bercuti sementara. Cuba kalau Najib.Walaupun beliau disahkan tidak terlibat dengan penyelewengan dalam 1MDB dan sumbangan derma RM2.6 bilion. Sudah diterang beratus kali namun hingga kini pembangkang terus mencari salah beliau.Cuba tengok Guan Eng. Terdapat beberapa perkara yang jelas berlaku depan mata tapi semua membisu. Contohnya kes di mana dua lelaki yang naik angin apabila gerai mereka diserbu, telah melarikan lori milik penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di Jalan Tanjong Tokong pada 5 Mei lalu.Lelaki yang curi tu jelas jelas sebut nama Guan Eng lagi. Mereka marah dan mendakwa MBPP serta Guan Eng rasis apabila hanya menyerbu dan menyita gerai yang dimiliki peniaga Melayu. Begitu juga kes dimana pemandu Uber dibelasah beberapa hari lepas kerana dituduh mencabul seorang wanita warga Vietnam di Lintang Paya Terubong 1. 

Kalau dia bersalah sekalipun,bawalah ke balai,bukannya dengan cara membelasahnya dan menjahanamkan keretanya.Tapi Guan Eng tidak pula dipersalahkan bila kejadian itu berlaku di Penang.Cuba kalau kes ini berlaku di Putrajaya,sudah pasti nama Najib juga yang dikaitkan dan dipersalahkan.Tentu sudah ada suara sumbang menyuruh beliau meletak jawatan sebab kes yang tiada kaitan pun.Betullah kata Najib,rakyat Malaysia ini sudah berperangai pelik,kerana benda kecil yang tiada kaitan pun, tetap dikaitkan dengan beliau."Malaysia ini pelik - jika harga bahan api meningkat, biasanya PM dipersalahkan ; jika harga minyak jatuh, tiada yang berikan pujian. Harga bahan api telah jatuh dua kali berturut-turut, tetapi tiada siapa yang mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri,'' katanya sesi dialog dengan kakitangan Prasarana di Kuala Lumpur.Majoriti rakyat yang masih sihat perangainya lebih ramai. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua melawan hujah hujah "zombie pembangkang" ini.Bersamalah kita pertahankan PM kita,Dato Seri Najib Tun Razak.Lawan balik puak puak "zombie" ini !!!

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, May 19, 2017

TU DIAAA !!! SERANGAN #PEMBANGKANG TERHADAP #EKONOMI GAGAL !!! #RINGGIT JADI #MATAWANG TERBAIK #ASIA !!!


Serangan pihak pembangkang untuk melemahkan ekonomi negara gagal sama sekali.Dalam masa 7 bulan sejak November 2016.pelaburan masuk ke Malaysia bernilai RM366 billion.Data pekerjaan terkini menunjukkan,Malaysia menambah 221,000 pekerjaan baru sejak Mac tahun lepas.Gaji mereka yang bekerja di sektor swasta naik 46.4% berbanding tahun 2010.Hari ini,kajian Standard Chartered Bank,mengiktiraf matawang Ringgit sebagai mata wang terbaik di Asia.Menurut laporan akhbar Utusan Malaysia,19 Mei 2017,mata wang Ringgit muncul terbaik pada suku kedua tahun ini selepas mengukuh 2.5 peratus berbanding Dolar Amerika Syarikat (AS).Pada 22 Disember 2016,dalam Roketkini,Tony Pua menyatakan nilai ringgit jatuh kononnya kerana skandal 1MDB.Pada 5 Januari 2017,dalam Malaysiakini,Tony Pua terus menyerang menyatakan ringgit akan terus lemah pada tahun 2017.Mahathir lebih kerap lagi menyerang Ringgit dalam blognya dan Youtube. Malah Mahathir pernah meramalkan Ringgit akan naik sampai RM5 = $1USD semasa himpunan demo haram Bersih 5. Penasihat pakatan pembangkang itu memang mahu angka RM5 = $1USD itu tercapai kerana mahu mendesak Najib turun.

Pada tahun lepas juga,ada mesej Whatsapp disebarkan secara tidak bertanggungjawab yang mengatakan kononnya negara akan bankrap.Tuduhan itu kata,negara ini akan bankrap menjelang September tahun ini (2017).Namun belum pun sampai September mata wang negara sudah mencatatkan prestasi terbaik pada hari ini.Mesej berkenaan yang dikatakan dibuat oleh pihak pembangkang, menyatakan Ringgit Malaysia dijangka jatuh lebih rendah kepada RM4.50 pada akhir September tahun ini.Selepas itu ringgit kononnya tidak akan laku lagi di pasaran. Semua tuduhan ini ternyata tidak benar.Malah Ustaz Daud Che Ngah pun difitnah oleh pembangkang kononnya nilai ringgit sudah tidak bernilai lagi di Mekah.Ini pun cerita karut juga.Akhirnya,usaha usaha mensabotaj ringgit oleh Tony Pua dan Mahathir ini gagal, ianya tidak diizinkan oleh Allah SWT.Ketika ini, Ringgit diniagakan dengan nilai RM4.33 berbanding $1USD di pasaran,jauh lebih baik daripada jangkaan mesej jahat berkenaan.Kata Standard Chartered lagi,unit mata wang tempatan disokong oleh penilaian yang menarik,sentimen yang semakin bertambah baik dan kurangnya pegangan kedudukan pelabur asing. Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun lepas terus memantau perbuatan spekulasi penetapan kadar Ringgit selepas dua bank di Australia membuat pengakuan berkenaan cubaan menipu kadar penanda aras dalam pasaran tukaran wang asing di Malaysia.

Gabenor, Datuk Muhammad Ibrahim berkata bank pusat Malaysia itu memantau dan mengambil tindakan terhadap spekulator yang cuba menyerang nilai ringgit.Perbuatan ini dikesan dilakukan oleh ANZ Bank dan Macquarie Group di Australia Kenapa aktiviti spekulasi ringgit ini terjadi di Australia ??? Siapa yang kerap ke Australia ??? Siapa yang memberikan kenyataan mahu campur tangan asing di Malaysia semasa berada di Australia ??? Semua serangan ekonomi pembangkang sudah menemui kegagalan.Ringgit makin mengukuh,pelaburan masuk ratusan billion,pertumbuhan ekonomi terus positif. Ini tanda tanda negara ini sedang gagal ??? Tidak benar sama sekali,yang gagal adalah pembangkang bukannya kerajaan Barisan Nasional.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

FAKTA !!! #PAN SAYAP KANAN #DAP !!! #TUNMAHATHIR #TUNM JADI SAYAP KIRI SAHAJA !!!


Parti Cauvinis DAP bukanlah sebuah parti yang berupaya untuk membangunkan rakyat dan membawa negara kita ke arah lebih baik.Lihat sahaja di Penang selepas dua penggal,rakyat Penang yang paling banyak mengadu soal kos sara hidup dan beban kehidupan.Sampai ada yang curi lori majlis perbandaran kerana marah pada kerajaan negeri.Parti DAP sendiri juga tidak pergi ke mana mana.Selepas 51 tahun,masih wajah dan muka yang sama,iaitu Kit Siang.DAP sudah ada pengikut tegar cuba kurang undi Melayu sahaja yang menjadi masalah mereka.Oleh sebab itu,DAP amat perlukan undi Melayu bagi merampas Putrajaya.Di sebalik masalah undi Melayu,DAP juga ada masalah kekotoran dalaman yang belum selesai.DAP adalah parti yang penuh dengan amalan kronisme, nepotisme, anti-Islam, rasuah dan kuku besi. 

Buktinya,apabila bekas Naib Presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang keluar parti pada 2012 dahulu kerana sudah tidak tahan dengan amalan rasuah yang teruk bersarang dalam DAP.Walaupun Tunku Aziz pernah mencabar untuk dirinya disaman atas tuduhan bahawa DAP sebuah parti yang mengamalkan rasuah,namun Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng menikus membisu kesipuan sehingga ke hari ini.Sudah 5 tahun,DAP masih takut untuk menyaman tuduhan bahawa DAP sebuah parti rasuah.Maka terbuktilah parti DAP memang amalkan rasuah.Itu bukan kali pertama. Pada 30 Disember 2016,Tunku Aziz sekali lagi mendedahkan bahawa pemimpin DAP punya perjanjian sulit dengan Dr Mahathir Mohamad berkenaan kedudukan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan.

3 Januari 2017 pula,Tunku Aziz menyatakan beliau sedia disaman DAP kerana mendedahkan perjanjian sulit DAP dan Mahathir itu. Namun apa yang DAP lakukan ??? DAP hanya membisu,tidak berani membawa Tunku Aziz ke mahkamah untuk menafikan dakwaan Tunku Aziz itu sebagai tidak benar. Malah berkali kali Tunku Aziz mencabar Kit Siang untuk berdebat,cabaran itu tidak pun disahut Kit Siang. Kalau DAP tidak bersalah, sudah tentu sebelum Subuh lagi mereka sudah saman pihak yang memburukkan dan memetik nama mereka itu.Kalau dalam kes kes lain,bukan main laju lagi DAP heret ke mahkamah.Tapi dalam kes ini,sejak 2012 sehingga sekarang mereka takut dan sekadar membisu.Cubaan DAP menggunakan Tunku Aziz untuk raih undi Melayu. DAP mencuba lagi. Akhirnya, terjumpalah DAP dengan PAN. Walaupun DAP tiada langsung integriti dan penuh kroni namun hairannya masih ada yang menjadikan DAP sebagai sebuah parti idola ikutan mereka. Siapa lagi kalau bukan Parti Amanah Negara (PAN).Ternyata inilah sebuah parti yang terlalu kuat membodek DAP kerana mungkin untuk mendapatkan sesuatu habuan yang agak lumayan. Sebagai sebuah parti paling lemah dan kalah teruk dalam beberapa pilihan raya kecil yang mereka sertai sekitar tahun 2016, PAN semestinya perlu 'abang long' untuk membantu mereka terus hidup. 

Maka tak hairanlah PAN akan bermati-matian membodek DAP dari siang hingga ke malam.Guan Eng balut jari kelinking di Pulau Pinang pun,sudah ada pemimpin PAN yang datang dari Kuala Lumpur untuk datang melawat dan membodek Guan Eng.Sebab itu walaupun PAN tidak pernah menang kerusi secara 'gentleman' dalam mana-mana pilihan raya,namun PAN masih dianggap sebagai buah hati paling disayangi DAP.PAN hanya mahu lawan PAS sampai ke akhirat, tetapi PAN akan setia pada DAP sampai ke liang lahat.Lihat sahaja bagaimana Ketua Menteri DAP Pulau Pinang melantik Presiden PAN Mat Sabu sebagai seorang penasihat paling kanan Guan Eng berbanding pemimpin PAS Pulau Pinang Salleh Man,Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution, Mejar (B) Zaidi dan lain-lain.Gaji Mat Sabu lebih besar tiga kali dari mereka semua itu. Inilah sesatunya parti yang paling kuat bodek dan makan dedak DAP di Malaysia.PAN hanyalah sekadar sebuah parti serpihan PAS.Hala tuju dan matlamatnya hanya satu iaitu melawan PAS di mana sahaja. Halatuju yang kedua adalah membodek dan mengipas DAP.Halatuju ketiga PAN adalah membantu DAP mendapatkan kuasa.Halatuju keempat PAN adalah melawan sesiapa sahaja yang jadi musuh dengan DAP. PAN adalah kuda tunggangan DAP yang sebenar dan tulen. Mahathir adalah kuda untuk PRU14 sahaja bagi menjatuhkan Najib.PAN sebenarnya adalah sayap kanan politik Melayu parti DAP. Sayap kiri sebelah lagi adalah Mahathir.Kedua duanya ini sedang digunakan DAP untuk screw undi Melayu.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Saturday, May 13, 2017

ISU #GAJINAIK !!! #PEMBANGKANG RUPANYA KECING RAKYAT MALAYSIA !!!


1. Jabatan Perangkaan Negara melaporkan penengah dan purata gaji & upah bulanan pekerja di Malaysia meningkat 6.2% dan 6.3% masing-masing. 

2. Penengah gaji & upah bulanan pekerja di Malaysia pada tahun 2016 adalah RM1,703 vs RM1,600 pada tahun 2015 dan purata gaji & upah bulanan pekerja di Malaysia pada tahun 2016 adalah RM2,463 vs RM2,312 pada tahun 2015. 

3. Kadar inflasi indeks harga pengguna (IHP) adalah 2.1% pada tahun 2016.Ini bermaksud kadar pertumbuhan sebenar gaji & upah pekerja di Malaysia adalah sekitar 4%.Ini juga bermaksud gaji & upah pekerja di Malaysia meningkat pada kadar yang sama dengan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia iaitu 4.2%. 

4. Ini menunjukkan bahawa tenaga buruh/pekerja di Malaysia menerima manfaat daripada ekonomi Malaysia yang sentiasa berkembang.Ini juga menghapuskan mitos bahawa gaji di Malaysia tak naik naik tatkala harga barang sentiasa meningkat. 

5. Pembangkang pantas menyebarkan berita tentang kenaikan kadar inflasi apabila ianya diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Negara tetapi mereka tidak pernah menyebarkan berita tentang kenaikan gaji & upah pekerja di Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan yang sama.

6. Pembangkang akan tetap dengan sifat mereka yang suka memilih untuk menyebarkan berita-berita negatif dan mengabaikan berita positif tentang Malaysia dan ekonomi Malaysia.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, May 12, 2017

#PH #PAKATANHARAPAN !!! LOGO PUN BURUK,CONFIRM CALON #PM PUN TERUK !!! KANNNN ????


Lukis logo atas kertas tisu.Kedengaran bunyinya seperti tidak munasabah tetapi itulah yang berlaku dalam proses Pakatan Harapan (PH) untuk memperkenalkan logo baru mereka.Ya,logo yang dilukis atas kertas tisu itu antara 300 lebih cadangan logo yang diterima oleh PH selepas tiga logo PH yang dicadangkan sebelum ini dikutuk ramai sehinggakan seorang artis Yee I-Lann menyifatkan logo-logo itu begitu "teruk" dan melabelnya sebagai “darurat negara".Kalau dalam proses mereka logo juga dibuat sambil lewa dan tidak profesional,maka sudah tentu kita boleh membayangkan bagaimana dengan proses penetapan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri (PM) jika PH menang pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti.Sampai sekarang mereka gagal menamakan siapa PM.Dulu Mahathir Mohamad menamakan Muhyiddin Yassin tetapi akhirnya beliau menukar nada dengan Muhyiddin boleh memimpin, tetapi dalam parti saja,tidak layak jadi PM.

12 November 2016,PAN minta namakan segera calon PM sebelum Anwar bebas.

15 Disember 2016,Nurul Izzah kata kena buat mesyuarat khas pilih calon PM.Sampai sekarang mesyuarat masih belum buat. 

16 Disember 2016, Kit Siang kata Mat Sabu setuju pilih Wan Azizah bakal PM dan Muhyiddin sebagai TPM. 20 Disember 2016,Saifuddin Abdullah sanggah kenyataan Kit Siang.Dia kata PH tidak bersetuju lantik Muhyiddin sebagai TPM. 

21 Disember 2016,Rafizi marah semua orang,minta henti mainkan isu siapa hendak jadi PM.22 Disember 2016, Mahathir pula cadang Muhyiddin sebagai PM. 

Anthony Loke selepas itu kata,DAP pernah cadang Anwar jadi PM.Drama ini muncul balik bila Zaid Ibrahim pula pada 9 Mei lepas cadang Mahathir jadi PM. 10 Mei 2017,Azmin tidak setuju Mahathir jadi PM sekali lagi.Azmin juga tidak setuju Wan Azizah dan dia hanya kata ada calon PM yang lagi baik. Hendak cakap diri sendirilah itu.Azmin memberitahu PH sudah ada calon PM tetapi ia tidak akan diumumkan buat masa ini.Sekali lagi beliau cuba berselindung. Manakala sebulan lepas, Ahli Parlimen DAP,Anthony Loke pernah menyatakan Dr. Wan Azizah Wan Ismail boleh menjadi Perdana Menteri wanita pertama jika Pakatan Harapan menang pilihan raya akan datang.Begitulah teruknya PH mahu memilih satu nama sebagai calon PM.Berhempas pulas dan pecah kepala mereka hendak menamakan satu nama sahaja sebagai PM. Banyak pula nama dibangkitkan sebagai calon Perdana Menteri tetapi bukan semua parti dalam gabungan itu bersetuju dan keadaan ini sekali gus menunjukkan bahawa mereka tidak berani membuat keputusan mengenai perkara paling dasar. Inilah yang membezakan PH dengan UMNO, ia umpama langit dengan bumi. Nak pilih logo pun bermasalah sedangkan logo melambangkan kekuatan sesebuah parti.

Tengok macam mana UMNO memilih logonya.UMNO memastikan logo itu mempunyai maksud tersendiri dan ia melambangkan UMNO sebagai parti yang mempertahankan agama,raja,bangsa,dan negara.Pandangan ulama,cendikiawan dan orang alim diambil kira untuk reka logo UMNO.Berbeza dengan Pakatan Harapan,sampai sekarang isu logo masih belum selesai. Ulama dan orang akademik bukan jadi rujukan PH.Logo PH hanya dilakar atas kertas tisu tandas sahaja.semalam UMNO menyambut ulang tahun ke-71.Biarpun sudah menjangkau usia tujuh dekad,UMNO sentiasa bersikap terbuka dalam menerima sebarang bentuk perubahan yang positif.Dengan slogan "Dulu, Kini dan Selamanya",UMNO terus berjuang menyatupadukan rakyat.Tapi apa yang Pakatan Harapan lakukan kepada rakyat dan negara ??? Apa yang boleh kita harapkan kepada Pakatan Harapan ??? Berapa banyak pemimpinnya yang sering "U Turn" dalam kenyataan mereka dan suka suka menukar pendirian? Adakah pemimpin seperti ini yang kita mahukan? Cipta logo pun sudah riuh sekampung, inikan pula nak menentukan siapa Perdana Menterinya.Tentunya calonnya juga seorang yang teruk. Sekarang ini pakatan ini pakat pakat gaduh pilih logo dan calon PM.Jangan bagi mereka undi satu pun. Nanti mereka pakat pakat gaduh rebut harta pula.KWSP,Mara,Tabung Haji,KWAP,PNB inilah harta yang DAP mahu rebut nanti

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, May 10, 2017

FAKTA !!! #PAKATANHARAPAN #PH TIDAK STABIL DAN PAKAT #UTURN !!!


Memang benarlah kata Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak.Pakatan Harapan (PH) ini sebenarnya tidak ada idea tapi suka mengkritik apa yang kerajaan lakukan.Selepas membantah habis-habisan,mereka akan kembali membuat pusingan "U Turn" tetapi dengan membuat pembaharuan terhadap apa yang dilaksanakan kerajaan, seolah-olah ia adalah cadangan mereka sendiri.Contoh paling dekat adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan kerajaan.Dulu pembangkang bukan main lagi membantah GST sampaikan himpunan jalanan diadakan semata-mata mahu menggagalkan cukai berkenaan.Masalahnya mereka tidak pula mengemukakan cukai baru bagi menggantikan GST.Tak lama kemudian,Naib Presiden PKR,Nurul Izzah Anwar memberitahu Pakatan Harapan tidak akan menghapuskan GST jika mereka menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.

Itu kisah GST,sama juga dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).Dulu Mahathir,penasihat pakatan pembangkang bukan main lagi menyerang Najib dengan alasan BR1M adalah rasuah,yang diberikan semata-mata untuk menarik perhatian pengundi.Bukan itu sahaja,Mahathir turut menuduh BR1M sebagai dedak yang diberikan oleh kerajaan.Sampai begitu sekali penerima BR1M dihina tapi akhirnya dia memberi bayangan bantuan berkenaan akan dikekalkan sekiranya PH berjaya menawan Putrajaya. Sikap "U-Turn" pembangkang ini tidak terhenti di situ saja malah banyak lagi.Soal hubungan Malaysia dengan China turut dijadikan isu kononnya Najib mahu menjual kehormatan dan kedaulatan kepada negara China tatkala beliau membawa masuk banyak pelaburan dari negara tersebut.Mereka tidak senang dengan kejayaan Najib menandatangani perjanjian perdagangan berjumlah RM144 billion bilion selepas lawatan Perdana Menteri ke negara itu. Selepas menyerang kerajaan bertalu-talu dalam isu melibatkan hubungan dengan China ini,tidak lama kemudian sekeping gambar yang telah dimuatnaik di Facebook oleh Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP Liew Chin Tong, menunjukkan beberapa pemimpin DAP termasuk Lim Guan Eng turut melawat Duta Besar Cina Ke Malaysia, Huang Huikang. Apa tujuan lawatan delegasi DAP itu ??? 

Mereka tahu China adalah kuasa dunia,justeru adalah bodoh bagi sesiapapun untuk memutuskan hubungan dengan negara berkenaan.Nampaknya trend pusingan "U Turn" ini semakin menjadi-jadi,mungkin sebab sekarang dah hampir dengan PRU maka ia adalah jalan terbaik untuk menarik sokongan rakyat kerana PH memang tiada idea,kalau tidak masakan hendak mencipta logo parti pun sampai heboh satu negara.Terpaksa meminta cadangan daripada penyokongnya pula selepas tiga logo yang dicadangan ditolak ramai dan dikatakan buruk pulak tu.Bahaya untuk kita memberi peluang kepada pakar "u-turn" ini untuk memerintah negara,kelak banyak dasar-dasar yang akan dipusingkan balik. Ekonomi dan kemajuan negara harus bergerak ke hadapan dan terus maju.Kalau ekonomi dan kemajuan negara tidak stabil dan bersikap pusingan U Turn,ianya adalah sesuatu yang tidak baik untuk kemakmuran negara 

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, May 03, 2017

KANTOI !!! #PAKATANHARAPAN #PH BERKECAI !!! #PH SUDAH JADI #PAKATANHANCUR !!!


Pakatan Harapan hanya menunggu masa untuk disemadikan sekali lagi.Lebih singkat kali ini umurnya berbanding Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat.Kehancuran PH ini lebih cepat dengan kehadiran PPBM dan PBR dan bila tumbangnya kerajaan PKR,Azmin Ali di Selangor.Harapan untuk pembangkang bergelar kerajaan di Putrajaya sekadar tinggal harapan dan angan-angan Mat Jenin sahajalah. Sesuailah dengan nama "harapan" pun.Sudah dua bulan lepas,PH mesyuarat tentang nama, logo dan organisasi.Akhirnya semua cadangan hanya tinggal harapan sahajalah.Pergolakan teruk di Selangor menguatkan lagi desas-desus ini.Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor,Mohamed Azmin Ali cukup tertekan sehingga terpaksa lari ke Mesir dan Morocco.Lebih parah lagi kebanyakan Exco Kerajaan Negeri semasa era pemerintahan Tan Sri Khalid Ibrahim tidak ikut serta dalam rombongan Azmin. Mungkinkah mereka ini yang disebut-sebut sebagai 4 orang ADUN Selangor yang bakal melompat parti tidak lama lagi ??? 

Jika jadi begitu,Azmin sudah defisit sokongan sebanyak 4 kerusi di DUN.Hanya Iskandar Samad dari PAS sahaja yang dilihat enggan letak jawatan sebagai exco.Khabarnya sanggup bersama Azmin sebab dijanjikan tempat bertanding di parlimen Pandan pada PRU14 nanti.Kalau betul Iskandar ikut keputusan cerai dengan PKR masa muktamar,bila Naib Presiden PAS itu mahu meletakkan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor ??? Siapa sebenarnya Imam ikutan Iskandar Samad,Azmin atau Hadi Awang ??? Krisis dalaman PPBM juga sudah semakin meruncing.Apabila Mahathir mula menghalau para ahlinya keluar dari parti itu jika tidak mahu mengikut telunjuk kepadanya.Sudah nampak ketara berlari-lari ahli PPBM keluar parti,mungkin termakan hati dengan super ego Mahathir.Dikala ahli-ahli UMNO berlari-lari menuju PWTC membawa Sang Saka Bangsa untuk meraikan ulangtahun ke 71 parti keramat itu,ahli parti Mahathir pula berlari keluar parti.Begitu juga yang berlaku di Pulau Pinang. Pemimpin PAS, Salleh Man dikatakan bakal kena pecat tidak lama lagi dari 3 jawatannya yang diberikan Guan Eng.Masing-masing sudah bercelaru,saling tuduh menuduh sesat antara DAP dan PAS. Dalam PAN juga tidak kurang hebatnya. 

Mat Sabu sekarang ini semakin genting untuk berada di kerusi presiden parti.Kalah di mahkamah dalam kes artikel komunis bukti apa yang Mat Sabu cakap menghina pejuang Bukit Kepong ada asasnya.Kehadiran Husam Musa ke dalam parti serpihan itu membuatkan pengaruh Mat Sabu kian pudar, sepudar populariti partinya itu.Dipercayai Husam sedang mengintai jawatan Presidan PAN.DAP juga tidak terlepas dari lubang kehancuran. Pendaftar Pertubuhan (ROS) mungkin akan putuskan bahawa parti 'chuavinist' itu tidak boleh lagi menggunakan logo DAP dalam pilihan raya akan datang. Ini lagi mencemaskan penguasa Pakatan Harapan berkenaan.Desakan Hadi Awang untuk hancurkan DAP nampak menjadi. Kini PH dalam keadaan terdesak sangat.PH bukanlah lagi Pakatan Harapan sebaliknya telah menjadi Pakatan Hancur yang menunggu masa tenggelamnya kapal mereka.Hanya mereka yang bermimpi di siang hari saja akan terus menahkhoda kapal berlubang yang sedang menunggu karam itu. Kit Siang pun mungkin akan campak keluar Mahathir jika dia bercakap benar dalam isu Forex. Abislah riwayat Pakatan Harapan.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, April 27, 2017

KANTOI !!! #Naik4Kali !!! #PEMBANGKANG TIDAK KONSISTEN BERJANJI !!! RAKYAT USAH TERPEDAYA LAGI !!!


Pakatan Harapan (PH) berkali kali membuatkan rakyat kecewa.Kadar Surcaj Pemuliharaan Air (SPA) naik buat kali ke 4 dalam masa 9 tahun pemerintahan kerajaan DAP Penang #Naik4Kali.Kerajaan DAP Penang menggunakan alasan untuk menggalakkan penggunaan air secara bijak dalam kalangan rakyat sebagai alasan kenaikan tarif air.Alasan yang sama,kerajaan DAP Penang pernah guna pada 23 Ogos 2013,Utusan Malaysia melaporkan orang ramai dipersalahkan kerana menggunakan air secara berlebihan sebagai punca tarif air mahu dinaikkan dari 24 sen kepada 48 sen,naik 100%.Penduduk di Penang pada 2009 (masa DAP sudah setahun perintah) adalah sejumlah 1,554,300 orang mengikut statistik dari laman web www.penang.gov.my. Pada tahun 2013, 4 tahun selepas itu, jumlahnya menjadi 1,647,700 orang. Bermakna bertambah 93,400 orang dalam masa 4 tahun atau 6% pertambahan.Penduduk bertambah hanya 6%, tetapi kadar tarif air naik sampai 100%. Siapa yang guna air sampai berlebih lebih itu ??? Dilihat pakatan pembangkang ini tidak konsisten atau istiqamah langsung dalam berjanji.Malahan janji itu dibuat seperti mainan politik mereka untuk mendapatkan sokongan dari rakyat sahaja semasa kempen pilihanraya sahaja.Pada 2 November 2010,Lim Guan Eng cakap dalam Malaysian Insider bahawa bil air di Penang paling murah di Malaysia. 2 Jun 2011,Lim Guan Eng cakap dalam Malaysiakini,"Pulau Pinang jamin tarif air tidak naik" 18 April 2012, dalam Roketkini,Guan Eng cakap "Tarif air di Pulau Pinang takkan dinaikkan". 

Semua yang Lim Guan Eng cakap ini adalah janji tipu sahaja.Lepas cakap itu,terus naik.Dalam manifesto pakatan pembangkang di bawah Pakatan Rakyat dulu,pembangkang berjanji akan mengenakan caj air yang lebih rendah di negara ini khususnya di negeri yang dikuasai mereka tapi janji sudah hilang dan lesap entah ke mana.Malahan,Kerajaan DAP pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng menggunakan pelaksanaan surcaj untuk kononnya tidak menyentuh langsung tarif air,padahal jika dilihat,kenaikan surcaj membawa kepada kenaikan tarif dalam bil air yang perlu dibayar oleh pelanggan.Pada 2013,sebaik sahaja habis Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13,surcaj berkenaan dinaikkan kerajaan Pulau Pinang dengan kadar 100 peratus.Kemudian dua tahun lepas pada 2015,surcaj naik lagi malahan rakyat dikenakan caj lebihan 90 sen jika membuat bayaran di kaunter.Akhirnya pada tahun ini,surcaj air naik lagi dari 48 sen kepada RM1 di negeri Pulau Pinang.Janji pemansuhan plaza tol Sungai Nyior juga belum ditunaikan DAP sehingga hari ini.Guan Eng juga berjanji dalam satu kenyataan medianya pada 19 Februari 2008,ketika berkempen di Penang untuk membuat "Social & Environment, affordable housing for all".Mana dia rumah mampu milik untuk rakyat di Penang ??? Berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dulu bukan main lagi Nurul Izzah berdemo pakai baju mansuh GST dan buat perarakan mahu mansuh GST di Sogo dan Dataran Merdeka pada 2 April 2016.Setahun selepas itu,pada 23 April 2017,Naib Presiden PKR,Nurul Izzah Anwar dalam satu ceramah di Tasek Gelugor berkata jika PH menang pada PRU akan datang,mereka akan mengurangkan kadar GST.Sudah jauh terpesong dari cerita asal untuk mansuhkan GST. 

Bukannya Nurul Izzah tidak tahu beza antara mansuh dan kurangkan kadar.Ramai yang berdemo mansuh GST sudah kena tipu dengan PKR. Pakatan di Selangor juga sama juga menipunya,Menteri Besarnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sedang dihimpit pelbagai masalah dan kontroversi yang masih belum selesai. Padahal ketika PRU13,mereka berjanji untuk menjalankan pentadbiran yang telus dan berteraskan kemahuan rakyat. Banyak yang dijanji dalam Buku Jingga. Entah ke mana dicampak buku itu sekarang.Apa sudah jadi dengan isu SPLASH, YAWAS dan SMUE di Selangor,mengapa bersembunyi,berselindung dan berdiam diri tidak mahu menjawab ??? Cara pentadbiran Mohamed Azmin memang bertentangan dengan apa yang diperjuangkan dalam manifesto mereka.Tersasar terus.Banyak sudah janji yang terbiar dan tidak ditunaikan. Rakyat usah terpedaya lagi dengan janji janji manis PH. Menjelang PRU14 nanti, akan ada pula janji baru kononnya untuk rakyat. Penang dan Selangor adalah dua negeri yang ditadbir oleh DAP dan PKR.Berapa peratus sudah dilaksanakan janji dalam manifesto DAP dan PKR ??? Invoke atau Merdeka Center kenapa tidak mahu kaji? Menurut rencana di Berita Harian pada 21 April 2017,kajian terkini menunjukkan lebih 83% janji BN semasa manifesto PRU13 sudah dilunaskan kepada rakyat.Ini bukti BN lebih layak dipercayai dan dipilih rakyat berbanding PH pada PRU14 nanti.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
 
 
Blogger Templates