Social Icons

Pages

Friday, July 25, 2014

EKSKLUSIF !!! 5 SEBAB MENGAPA #HAMAS BERHAK MENYERANG #REJIM #ZIONIS DIDEDAHKAN !!!


Antara alasan yang sering digunakan sejak bertahun lamanya oleh rejim pengganas Zionis sebagai legitimasi kepungan dan serangan mereka ke atas Gaza dan pencerobohan mereka di Tebing Barat adalah ‘Israel punya hak untuk mempertahankan dirinya sendiri’ iaitu merujuk kepada serangan roket oleh tentera pejuang Briged Izzudin Al Qassam dan Saraya Al Quds yang dilancarkan dari Gaza.Terkini, ‘Israel Defense Forces’ (IDF) melalui laman media sosial telah melancarkan kempen ‘What would you do’ bagi mencari sokongan masyarakat dunia terhadap serangan yang mereka sedang lakukan di Gaza.Alasan ini juga sering diulang-ulang oleh pemimpin-pemimpin dunia bagi menyokong tindakan rejim pengganas Zionis seperti Obama,John Kerry,Francois Holande,Angela Merkel dan lain-lain,juga diulang-ulang oleh media-media yang sering menyebelahi kekejaman rejim pengganas Zionis seperti CNN,BBC dan ABC.Malah, ada dari kalangan mereka yang simpati terhadap Gaza juga menggunakan alasan ini iaitu HAMAS wajib menghentikan serangan roket untuk mencapai jalan perdamaian dengan rejim pengganas Zionis dan juga untuk mengelakkan kepungan dan serangan.  
Hakikat yang sebenar adalah HAMAS berhak sepenuhnya untuk mempertahankan diri dengan apa jua cara bahkan lebih dari berhak untuk menyerang Israel dengan roket dan apa jua persenjataan yang ada.Sebab yang pertama adalah kerana negara haram Israel dibina di atas tanah-tanah yang dirampas secara paksa dari rakyat Palestin sejak lebih 60 tahun yang lalu.Ramai yang dihalau keluar dari rumah sendiri untuk memberi laluan kepada pendatang haram Yahudi untuk mendirikan penempatan mereka. Rejim pengganas Zionis juga secara sistematik dengan menggunakan kekuatan ketenteraan telah menjajah banyak dari kawasan-kawasan Palestin sejak 1948 dan 1967.Jadi rejim pengganas Zionis sebenarnya adalah penjajah dan perampas tanah rakyat Palestin, dan mereka yang dijajah berhak sepenuhnya secara moral dan menurut undang-undang untuk berjuang membebaskan negara mereka dari penjajahan.HAMAS,Jihad Islam,FATAH dan mana-mana jua organisasi di Palestin berhak untuk berjuang menggunakan apa jua cara bagi membebaskan negara mereka dari cengkaman penjajah. Sebab yang kedua, sejak 60 tahun yang lalu, rejim pengganas Zionis telah mencabul maruah rakyat Palestin dengan amat kejam. 

Banyak tragedi pembunuhan besar-besaran yang langsung tidak diambil tindakan oleh dunia. Shabra Shatilla, Jenin, pembunuhan 29 jemaah masjid oleh Baruch Goldstein, pembakaran masjid Al Aqsa oleh pelampau Yahudi pada tahun 1969 dan banyak lagi. Menurut statistik dari UN sendiri, dikatakan lebih 0.3 juta rakyat Palestin telah terbunuh sejak 1967 sahaja.Itu belum yang dipenjarakan,mengalami kecederaan kekal, rumah dimusnahkan dan dihalau keluar.Apakah satu bangsa yang punya maruah diri boleh bersabar dan tidak melawan atas penjarahan demi penjarahan yang dilakukan ??? Atas sebab ini,roket-roket HAMAS mempunyai sebab-sebab yang kukuh untuk menyerang kembali bandar-bandar yang dibina di atas darah rakyat Palestin.Sebab yang ketiga,rundingan demi rundingan telah berjalan sejak puluhan tahun, namun rejim pengganas Zionis tidak pernah menepati janjinya.Tidak pernah ada rundingan yang menguntungkan rakyat Palestin dan jelas, rejim pengganas Zionis ini hanya akan tunduk dan faham dengan bahasa kekuatan sahaja. 

Sebab yang keempat, Gaza, telah dikepung sejak 7 tahun yang lalu dari arah darat dan laut. Sempadan Rafah hanya dibuka sekali sekala oleh Mesir kecuali ketika zaman pemerintahan Presiden Morsi, dan tembok pemisah yang ada memisahkan Gaza dari dunia luar. Import banyak barang-barang diharamkan termasuk barang-barang pembinaan, hanya barang-barang tertentu sahaja yang dibenarkan untuk dibawa masuk.Nelayan juga tidak dibenarkan untuk memancing lebih dari 3 batu nautika dari pantai Gaza. Jika menghampiri atau melebihi jarak tersebut, nelayan akan ditembak atau ditangkap oleh tentera laut rejim pengganas Zionis. Sebab yang kelima, Gaza juga telah menjadi sasaran serangan bertubi-tubi oleh rejim pengganas Zionis sejak tahun 2000, Siapa yang dapat melupakan serangan demi serangan menggunakan senjata yang terlarang seperti bom fosforus yang telah membunuh ribuan kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua.Antaranya adalah serangan pada tahun 2008 yang telah membunuh lebih 1500 nyawa di Gaza, tidak cukup dengan itu, kapal bantuan Mavi Marmara yang membawa misi kemanusiaan yang ingin ke Gaza juga diserang hingga mengakibatkan ada petugas kemanusiaan yang terbunuh. Tidak ada manusia yang waras akalnya yang akan berdiam diri dan hanya melutut bila melihat anak-anak dibunuh di depan mata, ibu-ibu mereka ditembak dan dibom sesuka hati, sekolah dan masjid dimusnahkan,bahkan dalam operasi terbaru yang sedang berjalan sekarang, Hospital juga dibedil hingga ranap. Media sosial telah mendedahkan kepada dunia apa yang sedang dan telah berlaku kepada Gaza secara khusus dan kepada Palestin secara umum yang tidak pernah dilihat sebelum ini.Melihat kekejaman yang sedang berlaku di hadapan mata kita semua, apakah masih ada yang mempertikaikan serangan roket dari tentera Al Qassam dan mempercayai dendangan alasan rejim pengganas Zionis. 

Mohd Hisham Mohd Sharif 
PhD Candidate
Business School University of Adelaide
South Australia,
Australia

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

23 comments:

Anonymous said...

terima kasih kerana menulis article yang baik, semoga semua pembaca akan buka mata dan paham apa itu Zionist, apa itu Israel..mudah saja...Israel serang gaza sebab pertahan diri,tapi hamas serang Israel bukan sebab maruah dan pertahan kan diri...to be fair, bagi hamas senjata yang sama, dan lihat siapa yang benar...islam takkan musnahkan Israel, cuma minta keadilan, Tanah mereka yang di rampas di kembalikan, islam boleh hidup dengan sesiapa, tapi Israel yahudi tak kan senang hidup dengan islam...sejarah sudah membuktikan..

Anonymous said...

Artikel yg. BERNAS dr. Mohd. Hisyam!

Bah. Pertama:

Malangnya Mesir telah diKUASAI PENYAMAQ ISLAM, si ZIONIS, al-Sisi - sebab itu habis terowong-terowong bawah tanah dan juga laluan Rafah yg. digunakan BUMIPUTERA ISLAM Palestin untuk mendapat pelbagai bekalan – diTUTUP! Lihat di http://www.veteranstoday.com/2014/07/15/sisi-whore/ , al-Sisi’s TV whores celebrate genocide in Gaza, July 15th, 2014 | Posted by Kevin Barrett; dan di -
http://www.veteranstoday.com/2013/09/16/al-sisi-jew/ , Jewish Al-Sisi Runs Egypt; Now an Israeli-Occupied Territory, September 16th, 2013 | Posted by Kevin Barrett:

The Greater Israel Project – a long-standing Zionist scheme to steal all the land between the Nile and the Euphrates – is halfway there.

They just stole the Nile.

The problem is not that Egypt’s new thug-in-chief, General Abd al-Fattah al-Sisi, is a Jew. (His mother, Malikah Titani, is a Moroccan Jew from Asefi, which makes al-Sisi a Jew and an automatic citizen of Israel.)

…..The problem is that al-Sisi has concealed his Jewish identity and Israeli connections from the Egyptian people…and destroyed their nascent democracy through deception and mass murder.
An even bigger problem: al-Sisi is almost certainly a Mossad agent. That means al-Sisi’s Egypt is not just a brutal, banana-republic-style dictatorship. It is Israeli-occupied territory: The newest and largest province of ever-expanding Greater Israel.

No wonder the Israeli ambassador called al-Sisi “a national hero for all Jews.”

Al-Sisi’s uncle, Uri Sibagh (sometimes spelled as Sabbagh) served in the Jewish Defense League (Hamagein) from 1948 to 1950, made his aliyah to Israel, and became a bigwig in Ben Gurion’s political party, serving as the secretary of the Israeli Labor Party in Beersheba from 1968 to 1981. Uri’s sister – al-Sisi’s mother – presumably emigrated to Egypt on a mission from the Mossad. That mission culminated when the Mossad overthrew President Morsi and installed its agent al-Sisi in the coup d’état of July 3rd, 2013.

The implication: Al-Sisi has been a lifelong Mossad agent. His mission: infiltrate the highest levels of power in an Arab Muslim country. Al-Sisi is today’s version of Elie Cohen, who infiltrated the highest levels of power in Syria under the name Kamal Amin Thabet before he was exposed and hanged in the public square in Damascus.

George H.W. Bush’s famous line, “If the people knew the truth, they would chase us down the street and lynch us” applies – in spades – to al-Sisi.

It has been widely reported in the mainstream media, as well as by more reliable sources, that al-Sisi has long served as the Egyptian military’s liason with Israel. During the coup d’état of July 3rd, al-Sisi was in permanent liason by telephone with the Israeli and American militaries. (Israel promised its full support, and guaranteed that US aid would not be cut off, while the US waffled.)

….Since the coup, Israel has been lavishing praise, money, and support on al-Sisi. Mossad agent al-Sisi has virtually declared war on Palestine by going all-out to close the Gaza border tunnels that keep the people of Gaza alive. Meanwhile, al-Sisi has taken billions of dollars from the Rothschild puppets and likely donmeh crypto-Jews who call themselves the “House of Saud.”.......

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous said...

Bah. kedua:

Dan sebab inilah kenapa OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) yg. di kuasai Arab Saudi tidak BERSUARA lansung mempertahankan BUMIPUTERA ISLAM di Palestin dan di seluruh Dunia Islam (terutamanya yg. kaya minyak.gas), yg. makin diBUNUH dlm. GENOSID yg. meningkat, oleh si Yahudi ZIONIS/Israel-Barat!(lihat juga)!

Maka, dah tiba masanya OIC dibubarkan atau ditubuhkan satu lagi pertubuhan Sedunia negara-negara ISLAM baru yg. mesti diKUASAI pemimpin Islam TULEN yg. berani menentang Barat-ZIONIS/Israel - yg. mesti mempunyai tentera termasuk tentera pengaman ISLAM, kuasa yg. kuat di UN serta menguruskan kem-kem pelarian ISLAM! Tengok bagaimana Barat-ZIONIS semakin takut dgn. peningkatan kuasa African Union (sebab itu mereka cuba menggagalkan dengan mencipta kumpulan pengganas 'Islam' spt. Al-Qaeda, Boko Haram, Al-Shabaab dan sbgnya, selain untuk MENJATUHkan Islam/umatnya)

Makcik Sambal Belacan.

SentiasaPanas said...

Lebih MALANG dan MEMALUKAN bila ASTRO bekerjasama dengan BANGSA LAKNAT YAHUDI!!

Anonymous said...

11:42 pm,

Isu kerjasama perniagaan jangan disamakan dengan isu penjajahan dan genosida.

Bukankah masyarakat mekah dan medina tidak menghalang kerjasama perniagaan islam→yahudi sejak dahulu?

Anonymous said...

Civillian?

Apakah pihak yang menduduki tanah yang dirampas layak digelar civillian?

Bukankah istilah yang tepat adalah penceroboh?

Anonymous said...

Tindakan undang undang boleh diambil supaya penceroboh mengosongkan tanah yang diceroboh tetapi penceroboh tetap berdegil...the big Q is: what are the palestinians going to do? Let it be?

‮ said...

Tak salah berurusniaga dengan yahudi dan nasrani, malah kita boleh bernikah pun dengan mereka.

Cuma jauhi bila yahudi dan nasrani menjadi baik sesama mereka, ada sesuatu yang dirancangkan mereka untuk muslim.

Mana mungkin yahudi dan nasrani bersahabat baik jika yahudi telah 'membunuh' tuhan nasrani.

Tapi ini lah yang berlaku sekarang, lagi pelik bila nasrani membela yahudi dengan sepenuh jiwa dan raga.

Agama langit yang tinggal hanyalah Islam dan Islam lah apa yang mereka telah rancangkan sesuatu.

Dan Palestin menjadi bukti yang nyata.

Anonymous said...

Mercun digunakan untuk halau haiwan penceroboh, dan kalau haiwan tadi berdegil, tuan punya tanah tidak teragak agak gunakan senapang patah.

Adakalanya haiwan penceroboh lawan balik dan malangnya pemilik tanah pula yang nahas. Macam mana tu?

Bagi pihak yang fanatik pada haiwan penceroboh ini, mereka akan tetap pertahankannya dengan alasan haiwan tetap haiwan.

Makanya jangan hairan kalau ada pihak fanatik meletakkan nyawa haiwan penceroboh lebih berharga dari nyawa pemilik tanah.

‮ said...

Yahudi adalah bangsa yang telah dilaknat Allah, bangsa pembunuh para rasul dan nabi, bangsa yang meminta-minta.
Al-Quran adalah peringatan kepada kita terhadap bangsa yahudi, ada juga hadis nabi yang memberi peringatan tentang yahudi.
Peranan terbesar yahudi pada zaman ini berkait rapat dengan kedatangan hari kiamat, wujudnya bangsa yahudi di tanah Palestin hampir melengkapkan tanda-tanda kiamat.

Percaya atau tidak yang kita hanya boleh menghalau dan menghapuskan bangsa yahudi ini bila hampirnya ketibaan hari kiamat.
Kita buat lah apa pun ketika ini tapi bangsa yahudi tetap tidak akan keluar dari bumi palestin.

Doa yang kita doakan pada saudara kita di palestin, yang mendoakan kemenangan rakyat palestin adalah juga doa untuk mempercepatkan kedatangan hari penutup waktu.

Anonymous said...

1:20am,

Dari sudut lebih sinikal, kalau yahudin palangkan tuhan nasraniah tidakkah yahudin tadi otomatik jadi tuhan nasraniah? Tidakkah itu jawapan kenapa nasrani begitu mengkagumi yahidi?

Anonymous said...

PM Israel mesti letak jawatan, ramai askar Israel mati, so rakyat Israel mesti minta PM Israel RESIGN, DAN PRESIDEN NYA JUGA LETAK JAWATAN..

Anonymous said...

Berbaik dengan sesiapa saja adalah ajaran islam, tapi kafir laknat yang ambil advantage atas kebaikan ajaran islam tu, astro buat baik dengan Israel sebab untuk merosakkan hati orang islam, astro tahu tak sengsara rakyat Palestine sebab yahudi, kita harap ada kalangan keluarga astro yang terima nasib macam rakyat Palestine...kita berdoa, sampai masa kita straight to the point...lesson will be learned only after the suffering.

Anonymous said...

Makcik,

Kalau pihak media dan NGO lokal yang makan durian runtuh Yahudi dan tentunya tersirat pakej agenda Yahudi di dalamnya tapi masih boleh beroperasi tanpa rasa bersalah, kenapa pulak pihak swasta harus rasa bersalah? Bukankah Dr M kata tanpa sokongan global, status quo akan kekal? Kalaulah Dr M dah cakap lagu tu, faham faham ajelah. Tenaga yang ditumpukan pada isu ikut prioriti akan lebih berhasil. Isu remeh temeh bukan saja melemahkan tumpuan malah pembaziran masa dan tenaga.

Anonymous said...

Duit AS digunakan untuk subsidi senjata kepada regim zionis dan duit itu datang dari cukai ke atas pihak peniaga di sana dan seluruh dunia.

Kalau hujah apa saja perkara yang ada kaitan dengan zionis kena boikot, tidakkah urus niaga niaga dengan apple dan microsoft harus ikut hujah tadi?

Anonymous said...

Boikot tak mampu halang zion tetapi perancangan, pendekatan dan penghasilan yang lebih lebih pintar, baik dan bermutu dari mereka (zion) akan pasti berjaya.

Labu8455 said...

Saya tertanya tanya didalam kita membenci Israel kerana kekejaman mereka kenapa tidak ada yang mempersoalkan tindakan Hamas menggunakan orang awam ,hospital, sekolah dan sebagainya sebagai tempat melancarkan serangan roket ke arah Israel dan juga menggunakan orang awam sebagai "perisai" ? Semacam ada kebenarannya apabila IDF menggunakan slogan "Kami menggunakan senjata demi mempertahankan rakyat tapi Hamas menggunakan orang awam untuk mempertahankan senjata mereka. Kalau digunakan fikiran logik, kita sudah tentu tidak dapat menerima tindakan Hamas.

Anonymous said...

Dah berpuluh tahun Bumi Palestein dijajah dan dikawal sepenuhnya oleh pemerintahan rejim zionist. Hak Palestein dinafikan... apatah lagi PBB sehingga kini selamanya tewas dengan kuasa veto Amerika yang beratus kali dibuat bagi menyokong apa juga perbuatan rejim zionist terhadap Palestein. Negara Palestein tidak dibenarkan memiliki angkatan bersenjata darat udara dan laut sepertimana yang dimiliki oleh negara berdaulat lain.Hamas, al-fatah dan brigade al-qasam adalah pergerakan kumpulan rakyat Palestein tanpa dilengkapi dengan aset ketenteraan termasuk fasiliti kem askar, pengkalan udara mahupun laut

Anonymous said...

Amat mudah untuk dunia meletakkan kesalahan ke atas bahu Hamas walhal dunia tidak pernah merasai apa yang Hamas lalui dalam usaha untuk menuntut kembali hak yang dirampas oleh sebuah regim yang hanya pentingkan diri, bangsa dan penubuhan negara Israel tanpa kompromi.

hangkedee said...

Last words is very powerful...

hangkedee said...

Ini lah Dajjal....

Anonymous said...

PBB ditubuhkan oleh beberapa negara berkepentingan dan kepentingan mereka itulah yang akan didahulukan dan diutamakan apabila bertembung dengan kepentingan negara lain. Fahamilah.

Anonymous said...

mudahnya pihak media pro Zionis dan Barat menulis dan menyimpulkan beberapa perkara hanya dari belakang meja editor di pejabat-pejabat mereka. mereka tidak melihat dari sudut yang neutral sebaliknya berat sebelah dan terpesong.

bukankah pihak media sepatutnya memeparkan berita? apakah definisi berita telah berubah? apa yang pihak media pro Barat dan Zionis sajikan kepada dunia adalah bukan berita tetapi analisis berat sebelah, tohmahan dan propaganda semata-mata.

 
 
Blogger Templates