Social Icons

Pages

Showing posts with label BERITA.... Show all posts
Showing posts with label BERITA.... Show all posts

Thursday, July 13, 2017

KANTOI !!! #WANJI MENIPU LAGI !!! 2011 KATA BELA ANJING HARAM,2017 KATA TIDAK HARAM ???


Tak sangka dalam kelantangan beliau berkata bab agama Islam memberikan hujah,rupa-rupanya Ketua Biro Agama PKR,Wan Ji Wan Hussin Wanji PENIPU BESAR.Tak payah cakap banyak,dalam satu video ceramah beliau sendiri di Youtube pada 29 Oktober 2011,Wan Ji sendiri dengan suara lantang dan yakin kata bela anjing hukumnya haram kecuali dua keadaan iaitu untuk berburu dan untuk menjaga keselamatan rumah atau kebun.Itu yang selama ini kita faham dan itu adalah pemahaman yang betul. 

Dalam kenyataan dua hari lepas pulak,Wan Ji kata tidak haram pula bela anjing sebagai haiwan peliharaan dan boleh diletakkan dalam rumah.Demi meraih sokongan (undi),sanggup membelakangkan agama.Pemimpin sebeginikah yang perlu kita sokong? Makanya, #FikirFikirkanlah ya

Sumber : Mohamad Nazri

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR KENAPA HARGA MINYAK TURUN TAPI HARGA BARANG SELALU NAIK DIDEDAHKAN !!!


Ada banyak faktor yang menyebabkan kenaikan harga barang antaranya :

1. KEDAAN EKONOMI BAIK – PENINGKATAN PERMINTAAN

Bila keadaan ekonomi mantap dan baik,peluang pekerjaan bertambah dengan kenaikan jumlah penduduk yang berkerja.Dari hasil pekerjaan ramai rakyat akan ada pendapatan utk membeli barang.Ini menyebabkan penngkatan permintaan kepada barang barang dan ini akan naikkan harga barangan.Fenomena ini dipanggil “demand pull inflation”.Berkaitan dengan ini – bila keadaan ekonomi bagus,gaji pekerja juga akan naik dan dengan ini,kemampuan meningkat dan permintaan akan meningkat. Ini dinamakan “wage inflation”.

2. MUSIM DAN PENURUNAN PEMBEKALAN

Harga barangan akan naik bila pembekalan barangan turun tapi permintaan tetap sama.Contohnya : 

(i) Harga ikan naik bila musin Tengkujuh dimana ombak tinggi dan angin kencang dan nelayan kurang penangkapan ikan.
(ii) Harga Durian dan buah buahan turun bila tiada musim.

3. KENAIKAN HARGA BARANG MENTAH

Bila harga barang mentah naik maka harga barangan akan naik.Contohnya :  

(i) Harga minyak sawit mentah meningkat akan buat harga minyak masak sawit meningkat.
(ii) Harga getah naik akan buat barangan dari getah seperti tayar naik.

4. KENAIKAN HARGA INPUT KOS 

Selain dari harga mentah, apapun barangan akan ada beberapa input untuk membawa barangan itu ke pasaran termasuk : 

(i) Gaji pekerja; 
(ii) Sewa; 
(iii) Kos transportasi; 
(iv) Kos bungkusan (packing).Kenaikan salah satu atau lebih dari input ini akan menyebabkan kenaikan harga barangan.Ini dinamakan cost push inflation.

Kenapa harga di Malaysia tak turun? Sebab sentiasa ada permintaan! Ini dipanggil “strong domestic demand”.Permintaan dalaman di Malaysia ini berlaku bila : 

1. Ramai yang bekerja dan ada kemampuan untuk membeli barang;  
2. Keadaan ekonomi yang sihat; Kenaikan harga dengan janka inflasi rendah adalah satu indikasi kawalan ekonomi oleh kerajaan yang mantap.Nasib baik negara Malaysia bukan macam di Venezuela dimana harga barangan meningkat harian bila ekonomi tak dikawal dengan baik.Inflasi di Venezuela tahun ini dah mencapai 176%.Siapalah yang gunakan Venezuela sebagai contoh ada satu masa lepas ….. hmmmmmmmmm.


APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! KENAPA ANDA PERLU MINUM AIR BERSIH SETIAP HARI ??? INI JAWAPANNYA !!!


Berapa gelas anda minum air bersih setiap hari ??? Dua,tiga,empat gelas atau lebih ??? Soalan tersebut memang kerap kita dengar terutama ketika berjumpa doktor atau pakar pemakanan.Pengambilan air bersih dari sumber yang selamat adalah salah satu asas utama kesihatan.Jika anda mahukan tubuh sihat,anda wajib mengikut saranan pakar iaitu minum enam hingga lapan gelas besar air sehari. Mengapa Tubuh Memerlukan ‘Bekalan’ Air Baru Setiap Hari ??? Antara 55% hingga 75% berat badan adalah air.Air bahan kedua terpenting selepas oksigen yang diperlukan oleh tubuh.

Berikut adalah antara sebab kenapa tubuh memerlukan air.

Ia membantu penghadaman,penyerapan dan penyingkiran makanan yang dimakan.Ia membantu perkumuhan bahan buangan dari usus dan buah pinggang.Untuk menyelaraskan suhu badan 24/7.Memberi kelancaran pergerakan sendi dan membran.Darah merupakan sistem pengangkutan yang berfungsi ‘mengagihkan’ nutrien makanan ke seluruh tubuh. Hampir 92 peratus kandungan darah ialah air.Rembesan tubuh dan cecair penghadaman hampir keseluruhannya adalah air (sistem penghadaman menghasilkan hampir 1.7 liter air liur setiap hari) Disebabkan fungsi-fungsi yang penting ini, dalam keadaan normal tubuh memerlukan antara satu hingga dua liter air setiap hari supaya ia berfungsi secara optimum. Jumlah ini juga bergantung kepada saiz, diet, sejauh mana individu tersebut mengamalkan gaya hidup aktif dan keadaan cuaca persekitaran. Bagaimana Badan Anda Boleh Kehilangan AirMelalui pernafasan, perpeluhan dan penyingkiran (najis dan air kencing) tubuh anda kehilangan 1.7 liter setiap hari.Dalam cuaca panas, perpeluhan meningkat jadi lebih banyak air diperlukan bagi membantu menyelaraskan suhu bandan dan menjadikan anda berasa selesa.Ketika cuaca sejuk, lembapan tambahan hilang melalui pernafasan.Bagi setiap jam aktiviti fizikal atau bersenam, anda memerlukan tambahan 1-3 gelas air.Sistem haba berpusat memberi kesan kekeringan, jadi anda perlu minum lebih banyak air atau kurangkan suhunya.Tahukah Anda? Air adalah penahan selera secara semula jadi. Kekurangan air boleh membawa kepada makan berlebihan, ini kerana otak tidak dapat membezakan antara lapar dan dahaga, jadi apabila anda fikir anda berasa lapar kemungkinan tubuh sebenarnya memerlukan air. Jadi minum segelas besar air sebelum anda makan keran itu yang mungkin diperlukan oleh tubuh bukannya makanan seperti otak anda fikirkan. 

Adakah Anda Kekurangan Air? 

Antara simptom-simptom menunjukkan tubuh sedang ‘dahagakan’ air.

Pening : Salah satu fungsi utama air ialah membuang toksin dari tubuh.Otak manusia mengandungi 75 peratus air,jadi walaupun mengalami sedikit penyahhidratan boleh menyebabkan pening. 

Letih/Lemah tumpuan : Jika tubuh mengandungi terlalu banyak toksin dan tidak cukup air untuk mengeluarkannya, anda akan berasa kurang bertenaga kerana tubuh bergelut dengan toksin. 

Sembelit : Air melawaskan proses penyingkiran najis, jadi minumlah air secukupnya untuk melancarkan penyingkirannya. 

Air kencing kotor : Buah pinggang adalah penapis bahan-bahan buangan dari darah. Hampir 180 liter air dikitar semula oleh buah pinggang setiap hari.Proses ini bergantung kepada bekalan air segar yang secukupnya, tanpanya pengeluaran air kencing akan berkurangan menyebabkan bahan buangan menjadi lebih pekat menghasilkan kencing kotor. 

Mulut berbau : Jika cecair tidak cukup di dalam mulut untuk membersihkan sisa-sisa makanan, bakteria akan membiak di dalam tekak dan mulut menyebabkan mulut berbau. 

Mulut kering : Air liur merupakan bahan ‘pelincir’ mulut, penyahhidratan mengurangkan jumlah air liur. Kekurangan air yang teruk juga menyebabkan 

Ketegangan otot : Ini berlaku apabila tidak cukup oksigen sampai ke otot melalui pembuluh darah disebabkan tubuh tidak cukup air. 

Kulit : Kulit yang tidak cukup air akan hilang keanjalan.Ujinya dengan mencubit kulit di belakang tangan ia akan terlepas dengan serta merta. 

Mata : Mata cengkung dan kulit di sekeliling mata lembah menandakan penyahhidratan yang teruk. 

Amalkan Minum Air Bersih Setiap Hari! Matlamat anda sekarang ialah untuk minum air secara kerap sepanjang hari.Bagi beberapa hari pertama mungkin anda akan berasa kerap ke tandas,ini kerana tubuh belum biasa dengan keadaan itu dan memerlukan masa untuk penyesuaian.Anda juga akan berasa berat badan berkurangan memandangkan simpanan air dalam tubuh menjadi berlebihan dan secara beransur-ansur anda melepaskannya. Selamat mencuba & selamat beramal. 😊

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! CERITA SEBENAR TENTANG #MRT DIDEDAHKAN !!!


Apakah persamaan antara bandar-bandar berikut ini? : 

1) Sungai Buloh 
2) Kajang 
3) Serdang 
4) Kelana Jaya 
5) Damansara 
6) Subang Jaya 
7) Klang 
8) Glenmarie 
9) Shah Alam 
10) Petaling Jaya 

Terdapat banyak lagi tetapi saya akan berhenti setakat 10.Ada sesiapa yang tahu jawapannya? Cubaan yang baik.Jawapan yang sebenar ialah : semua tempat ini terletak di negeri Selangor.Saya pun tidak tahu mengapa Perdana Menteri Najib perlu bertindak dengan tidak adil dengan berusaha untuk memperbaiki infrastruktur pengangkutan dan laluan kereta api laju di negeri Selangor.Bukankah Selangor dalam tangan pembangkang ??? Ia tidak logik mengapa rakyat Selangor harus diberi keutamaan dalam mengurangkan masalah pengangkutan mereka ??? Tidak seperti orang KL,rakyat Selangor sangat menyokong dan mengundi Pembangkang sehingga negeri itu kini berada di tangan Pembangkang sejak Pilihanraya Umum 2008.Apa yang kita ada di sini adalah kes di mana orang-orang yang mengundi Pembangkang diberi perhatian dan keutamaan sepenuhnya oleh PM.Perlukah ini dihentikan? Kita tahu bahawa sejak Kemerdekaan 60 tahun yang lalu,kerajaan persekutuan telah memberi keutamaan kepada pembangunan infrastruktur pengangkutan. Infrastruktur pengangkutan di Malaysia sebenarnya telah mendapat penghargaan banyak entiti perancangan penyelidikan dan pembangunan asing.

Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berpusat di Switzerland adalah salah satu daripadanya.Dalam Indeks Persaingan Global untuk 2016-2017,WEF menyenaraikan Malaysia dalam kumpulan 20 teratas di kalangan 138 negara untuk pembangunan infrastruktur pengangkutan.Financial Times Confidential Research mengatakan bahawa infrastruktur pengangkutan bandar Malaysia jauh lebih maju berbanding jiran ASEAN.Kita kini tahu bahawa laluan LRT Sungai Buloh-Kajang akan beroperasi sepenuhnya pada pertengahan bulan ini (Julai),yang akan memberi manfaat kepada 400,000 penumpang setiap hari. [http://www.mymrt.com.my/en/sbk/the-mrt-sungai-buloh-kajang-line]. 

Dan kita semua tahu kerusi DUN Kajang dipegang oleh pemimpin PKR,Datin Seri Wan Azizah.Mengapa harus penduduk Kajang mendapat manfaat daripada rangkaian kereta api laju ini? Mereka tidak menyokong kerajaan.Begitu juga dengan orang Subang Jaya.Pada pendapat saya keseluruhan pembangunan infrastruktur MRT sangat tertumpu di negeri Selangor - termasuk Lembah Klang - untuk meringankan beban pengangkutan rakyat Selangor dan KL.Itu tidak sepatutnya berlaku.Lagipun,majoriti penduduk Selangor dan KL mengundi untuk Pembangkang.Contohnya Bukit Bintang.Stesen MRT yang baru dan cantik itu akan memberi manfaat kepada 150,000 orang setiap hari terutama mereka yang tinggal dan menjalankan perniagaan di kawasan KL yang mana adalah kubu kuat pembangkang.Hanya sebahagian kecil - enam peratus – daripada pedagang di Bukit Bintang adalah orang Melayu,India dan lain-lain Kita hanya boleh berharap bahawa orang-orang ini dalam KL dan Selangor boleh berfikir dan akan mengalami perubahan hati dan menyokong pakatan pemerintah pada Pilihan Raya Umum yang akan datang untuk kebaikan mereka sendiri dan kesejahteraan generasi mereka yang akan datang.Bolehkah kita yakin bahawa orang-orang ini akan boleh berfikir dan boleh meletakkan hati dan minda mereka di tempat yang betul menjelang PRU14 ??? 


APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, July 07, 2017

FAKTA !!! #TUANIBRAHIM PERLU BACA LAPORAN #PAC DAHULU SEBELUM JAWAB #PUADZARKASHI !!!


1. Jawapan balas Timbalan Presiden PAS,Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap komen Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi kepada kritikan awal beliau mengenai isu Suruhanjaya Diraja (RCI) membuktikan Timbalan Presiden PAS itu tidak memahami isu sebenar Laporan Audit Negara berkaitan 1MDB dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). 

2. Sebenarnya tiada keperluan mendedahkan laporan audit 1MDB kerana dapatan Jabatan Audit Negara (JAN) telah diteliti oleh setiap anggota PAC. Anggota PAC juga telah memanggil setiap pihak yang berkaitan dalam prosiding dan bertanya soalan yang berkaitan dengan dapatan JAN.Kesemua dapatan JAN dan PAC ini juga sudah dimasukkan dalam Laporan PAC setebal 106 mukasurat.Tuan Ibrahim hanya perlu membaca Laporan PAC untuk mendapatkan maklumat semakan audit yang diperlukan. 

3. Jika diberikan Laporan Audit 1MDB kepada Tuan Ibrahim sekalipun,belum tentu dia memahaminya dan dia juga tidak mampu memanggil pihak yang terlibat untuk bertanya soalan dan mendapatkan penjelasan lanjut kerana dia tidak mempunyai mandat seperti yang diberikan kepada PAC untuk berbuat demikian. Akhirnya dia akan berpolemik sendiri dan bertanya perkara-perkara yang tidak difahaminya di media sosial. 

4. Tuan Ibrahim perlu sedar bahawa tugas untuk meneliti Laporan Audit 1MDB telah dilaksanakan oleh anggota PAC dan dia boleh mendapatkan maklumat lanjut dari wakil pembangkang yang menjadi anggota PAC ataupun membacanya di dalam Laporan PAC dan hansard prosiding.

5. Masalah Tuan Ibrahim adalah dia tidak membaca Laporan PAC dan tidak membaca hansard prosiding PAC. Jika dia membaca hansard prosiding PAC ke atas Juruaudit Deloitte, dia akan mendapati berdasarkan Laporan Audit JAN, anggota PAC telah bertanya pelbagai soalan kepada Juruaudit Deloitte. 

6. Juruaudit Deloitte dapat mempertahankan dapatan mereka dan menjelaskan bahawa mereka telah bertemu setiap pihak yang terlibat termasuk IPIC, PetroSaudi, BSI dan pengurus-pengurus dana terbabit bagi mengesahkan setiap butiran dalam laporan audit yang mereka sediakan. Soal JAN tidak dapat mengesahkan sesuatu butiran tidak berbangkit kerana Juruaudit Deloitte dapat mempertahankan setiap butiran yang dibangkitkan oleh JAN apabila disoal oleh anggota PAC. 

7. Soal berkaitan Jho Low eloklah Tuan Ibrahim bertanya sendiri dengan anggota-anggota PAC. Anggota PAC mempunyai justifikasi mereka sendiri untuk memanggil pihak yang terlibat atau tidak memanggil pihak yang tidak dapat dibuktikan penglibatan mereka secara langsung dengan 1MDB. 

8. Mengenai Sarawak Report,saya yakin jika portal berita tersebut mempunyai berdaftar dan beroperasi di Malaysia sudah pasti tindakan undang-undang akan diambil ke atas mereka seperti tindakan yang telah diambil ke atas portal berita yang beroperasi dan berdaftar di Malaysia. Tindakan juga boleh diambil ke atas Wall Street Journal jika mereka beroperasi di sini serta membuat tuduhan secara jelas. 

9. Pastinya Tuan Ibrahim tidak pernah membaca artikel WSJ yang berkaitan kerana jika dia membaca artikel tersebut, dia akan tahu bahawa WSJ tidak berani membuat sebarang tuduhan secara jelas sebaliknya hanya melaporkan maklumat dari sumber-sumber yang tidak dinamakan. 

10. Eloklah Tuan Ibrahim menjawab terlebih dahulu soalan kenapakah DOJ tidak berani membuat pendakwaan jenayah ke atas setiap individu yang dinamakan di bawah Akta Penggubahan Wang Haram AS jika benar mereka mempunyai bukti prima facie sebaliknya hanya berani memfailkan saman sivil. 

11. Tuan Ibrahim juga wajar menjawab kenapa DOJ tidak menyiasat IPIC,Aabar,PetroSaudi dan pegawai-pegawai ketiga-ketiga syarikat tersebut kerana jelas IPIC menyatakan bahawa dana syarikat itu telah diselewengkan dan DOJ pula melaporkan bahawa PetroSaudi turut terlibat dalam kegiatan penggubahan wang. 

12. Akhir sekali Tuan Ibrahim wajar menjawab adakah kes saman sivil ini telah dibicarakan? Adakah mahkamah AS telah memutuskan siapakah yang bersalah dan harta siapakah yang telah dirampas? Jika perbicaraan masih belum dimulakan dan mahkamah belum memutuskan siapa yang bersalah,kenapa pula Tuan Ibrahim mahu RCI ditubuhkan di Malaysia? Bukankah DOJ sendiri menyatakan aduan yang digunakan untuk saman sivil ini tidak membuktikan apa-apa melainkan selepas mahkamah AS membuat keputusan? Adakah Tuan Ibrahim faham maksud kenyataan DOJ ini? Tun 

Faisal Ismail Aziz
Panel Pemikir JASA

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN 

Thursday, July 06, 2017

EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR #PENEROKA #FELDA DIDEDAHKAN !!! @RAZALIIBRAHIM !!!


Banyak cerita positif dan kejayaan anak anak Felda yang peneroka boleh banggakan.Cerita cerita ini lebih baik dikongsi dan disebar berbanding dakwaan,cerita karut dan fitnah yang dibawa oleh pembangkang.Jasa Tun Abdul Razak mewujudkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) amat besar.  Allahyarham Tun Razak pernah sebut ‘land for the landless’.Mereka yang tak ada tanah diberikan tanah 10 ekar (4 hektar).Kini lebih bukan sekadar tanah, lebih daripada itu yang peneroka dapat. Kesannya sampai kepada generasi yang keempat sekarang.Anak,cucu dan cicit peneroka generasi pertama mendapat kesan.Pencapaian dan cerita positif ini yang orang Felda harus kongsi dan banggakan.Tahukah anda siapakah Ikon Sukan Felda ??? 

Beliau adalah Mohamad Ridzuan Mohamad, atlet paralimpik yang menang emas acara 100 meteri di Rio de Janeiro,Brazil pada tahun 2016.Ridzuan adalah cucu kepada peneroka Felda di Kampung Sertik, Wilayah Mempaga dan anak kepada pemandu kenderaan di Felda Wilayah Alor Setar.Hebat anak Felda, mampu menang emas di peringkat dunia. Sebagai contoh di tahun 2014, sekumpulan anak-anak peneroka FELDA telah berjaya menimba ilmu di luar negara dengan mengikuti program akademik di London melalui Program Generasi Global yang dijayakan oleh Felda Global Venture dan Universiti Lim Kok Wing. Ini adalah inisiatif pertama kali buat anak-anak FELDA sehingga mereka berjaya memperoleh ijazah dan diploma di London.Pada beberapa tahun lalu, tujuh anak peneroka FELDA telah berjaya mengikuti projek Everest FELDA. 

Projek Everest FELDA itu dianjurkan Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) dan mendapat sokongan serta tajaan FELDA, FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dan Majlis Belia FELDA Malaysia.Seorang anak peneroka FELDA bernama Siti Hanisah Sharuddin, 23 (2013),yang merupakan anak jati Felda Jelai 1,Gemas,Negeri Sembilan telah menjadi wanita termuda negara berjaya menakluk puncak Gunung Everest di ketinggian 8,848 meter.Misi menakluk Gunung Everest itu diadakan sekitar tahun 2013.Anak seorang Peneroka Felda Gemas Negeri Sembilan, Azmir Jaafar telah menjejakkan kaki di Universiti Georgia, Amerika Selatan untuk melanjutkan pelajaran  dalam bidang Pengajian Pemakanan (Diet Klinikal).Bermula dengan hanya sebagai Pengurus Pelatih McDonald's sahaja, kemudian memegang jawatan Pengarah Urusan McDonald's Malaysia. Selepas itu Azmir ke China,memegang jawatan sebagai Naib Presiden/Ketua Pegawai Pembangunan. Azmir membuka lebih daripada 1,100 restoran dalam tempoh lima tahun di sana. Bermula penubuhan Felda pada 1 Julai 1956. "Felda Hanya 1 Di dunia” bertapak dari penerokaan hutan dan berubah menjadi komuniti maju.Sesungguhnya tiada program pembangunan rakyat miskin di luar bandar yang berjaya seperti Felda. Rancangan pertama Felda, yang bermula di rimba Lembah Bilut, Pahang. Kini sudah berkembang dengan 317 tanah rancangan di seluruh negara, dan menempatkan hampir dua juta keluarga peneroka. 

Felda menjadi model contoh kepada negara-negara lain yang ingin melaksanakan konsep penyusunan semula tanah di negara mereka. Sierra Leone,Columbia, Laos dan Myanmar mahu meniru konsep Felda. Pembangkang hanya pandai menuduh Malaysia kononnya menjual kedaulatan bila berbaik baik dengan China. Hasil hubungan baik itu menguntungkan peneroka Felda, bila Presiden Xi Jinping mahu membeli lebih banyak minyak kelapa sawit dari Malaysia. "Dahulu harga minyak kelapa sawit RM2,300 setong tetapi hari ini telah mencapai RM3,100 setong... yang untungnya siapa? 550,000 pekebun kecil dan peneroka Felda dan saya mahu harga ini naik lagi," kata Datuk Seri Najib. 

Pada 21 hingga 23 Julai 2017 ini akan diadakan Sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2017 di Putrajaya.Program Ekspresi Felda Negaraku Malaysia akan turut diadakan sempena sambutan Hari Peneroka ini.Tentunya banyak lagi cerita kejayaan yang boleh dirasai dan dilihat sendiri oleh rakyat Malaysia. Ini adalah acara "showcase" kejayaan kejayaan peneroka Felda.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, June 14, 2017

FAKTA !!! #TERENGGANU NEGERI TERKAYA DI #MALAYSIA !!! BUKANNYA #SELANGOR DAN #PULAUPINANG !!!


Tahukah anda kerajaan negeri Terengganu meluluskan peruntukan sebanyak RM 88.8 juta untuk bantuan Dana Raya kepada 239,323 orang penerima tahun ini ??? Usah banding Selangor dengan kerajaan pusat,dengan negeri Terengganu pun,kerajaan negeri PKR Azmin Ali sudah kalah.Azmin Ali beri bonus dua bulan gaji setengah kepada hanya 17,700 orang kakitangan di Selangor sahaja.Melibatkan kos RM58 juta.Jumlah yang dibelanjakan kerajaan negeri Terengganu lebih besar dan lebih ramai dapat manfaatnya berbanding Selangor.Perkara ini boleh meletakkan Terengganu sebagai negeri yang terkaya di Malaysia bukannya Selangor dan Pulau Pinang.Terengganu mengumumkan peruntukan Dana Raya sebanyak RM88.8 juta yang terdiri daripada warga emas seramai 33,305 orang sebanyak RM9.9 juta.Isi rumah berpendapatan rendah seramai 154,730 orang menerima sebanyak RM61.2 juta.Orang kurang upaya seramai 14,405 orang menerima sebanyak RM4.3 juta. Ibu tunggal atau duda seramai 37,283 orang menerima sebanyak RM13.4 juta.Di Selangor,PKR pernah berjanji dalam manifestonya pada 2008 untuk beri RM100 elaun bulanan kepada semua ibu tunggal di Selangor.Manifesto itu tidak ditunaikan pun. 

Hebat kerajaan negeri Terengganu lagi bila mampu beri RM400 sebagai duit raya kepada semua ibu tunggal di negeri Terengganu.Nasib baiklah ada kerajaan pusat beri bantuan BR1M kepada ibu tunggal di Selangor.Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dikatakan sedang mempertimbangkan untuk memberi bonus kepada semua kakitangan awam di negeri berkenaan 3 bulan gaji.Bayaran bonus itu katanya akan dibuat pada 15 Jun yang akan datang katanya dan akan melibatkan kira-kira hampir 5,000 orang penjawat awam di negeri ini.Itu pun belum tentu dapat.Dana Raya yang dibuat di negeri Terengganu lebih sistematik berbanding Selangor yang ada Skim Mesra Usia Emas dan YAWAS.Namun entah kemana dana yang berjuta juta disalurkan.Teresa Kok yang jadi ahli parlimen di Wilayah Persekutuan pun dapat duit YAWAS.Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin, berkata syarat kelayakan masih sama iaitu pemohon yang berpendapatan isi rumah  tidak melebihi RM2,500 sebulan serta mestilah rakyat Terengganu dan perlu mendaftar sebagai pengundi.Mereka yang berstatus bujang berusia melebihi 40 tahun dan berpendapatan bawah RM1,500 juga layak memohon.Bagi pemohon yang bukan rakyat di negeri ini tetapi bermastautin lebih 10 tahun di Terengganu perlu mendapatkan  perakuan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K). Pemberian bonus dua bulan setengah gaji di Selangor dan tiga bulan gaji di Pulau Pinang merupakan gula-gula politik sahaja bagi memenangi plihanraya akan datang.

Namun nampaknya Azmin dan Guan Eng gagal menandingi kehebatan kerajaan Terengganu yang telah bertahun-tahun memberikan bantuan Dana Raya kepada rakyat tanpa menunggu tarikh Pilihan Raya Umum.Memang banyak perbezaan di antara kerajaan BN yang ikhlas berkhidmat demi kebajikan rakyat dengan kerajaan PKR dan DAP yang berkepentingan politik semata-mata.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Saturday, May 20, 2017

TU DIAA !!! APA MASALAH PEREMPUAN BERNAMA #DIDIMIYA NI ??? MEROYAN TAK TENTU PASAL !!!


Saya terbaca satu komentar seorang gadis Melayu menggunakan akaun Facebook Didi Maya mengagung-agungkan perbuatan biadap David Teoh dalam majlis bersama Perdana Menteri.Karangan beliau yang huru-hara tatabahasa tersebut antara lain membawa maksud “padan muka Najib Razak yang menyusahkan rakyat.” Saya berasa kasihan kerana anak muda Melayu seawal usia 20-an sudah mendapat gambaran yang salah terhadap cabaran kehidupan dalam dunia.Saya fikir pemikiran beliau ini mewakili sebahagian besar anak muda Melayu yang benci Perdana Menteri Najib Razak dan Kerajaan.Beliau marah dan benci Najib Razak kerana percaya Perdana Menteri merupakan punca kesengsaraan hidup beliau hari ini.Saya meneliti garis masa FB beliau,melihat gaya hidup beliau,saya sangat terharu bahawa makna kesengsaraan di Malaysia sudah ditafsirkan dalam keadaan sangat berbeza dan bertentangan dengan makna sebenar.Jika di Afrika kesengsaraan bermaksud tidak dapat makan berhari-hari,terpaksa mengemis,pakaian tidak bertukar, mandi pun mungkin sebulan sekali.

Di Amerika Syarikat kesengsaraan sering kali dikaitkan dengan tinggal di dalam kotak, di bawah jambatan, malah di dalam terowong tikus tinggalan bangunan lama. Namun, di Malaysia, kesengsaraan bagi anak muda Melayu ialah apabila mereka punya masa berjam-jam bermain facebook, makan di restoran, bertukar pakaian setiap hari, tetapi kekurangan wang untuk hidup seperti dalam drama Melayu. Hasil indoktrinasi pembangkang, sebahagian anak muda Melayu percaya kesengsaraan hidup mereka kerana Perdana Menteri, Mohd Najib Razak. 


Pesanan saya buat Diya Miya dan adik-adik lain : 


“Anda tukarlah Mohd Najib Razak dengan siapa pun,jika anda malas,tidak merebut peluang dan lebih banyak merengek di Facebook; berbanding membanting tulang empat kerat dan memerah akal anda, lupa ajaran sebenar agama Islam; selagi itulah anda akan menjadi manusia yang gagal dan sengsara fizikal atau mental.” 

Sedarlah adik-adik, 

“Tiada kerajaan di dunia boleh memuaskan hawa nafsu duniawi anda kecuali anda sendiri berusaha keras untuk menjadi kaya raya.” 

Perdana Menteri hanya gagal jika negara ini tiada peluang pekerjaan dan perniagaan untuk direbut.Tiada peluang pendidikan tinggi untuk rakyat biasa. Tiada bantuan kesihatan apabila anda sakit dan memerlukan rawatan.Tapi semua itu ada di negara ini dan jauh lebih baik dari kebanyakan negara dan pentadbiran lalu.Justeru jika anda sengsara,ia adalah pilihan anda untuk menjadi sengsara, bukan salah Perdana Menteri mahu pun ibu bapa anda.Belajar menjadi manusia yang bertanggungjawab ke atas diri sendiri,bukan menyalahkan orang lain atas kemalasan anda. - MYKMU.NET

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN 

Friday, May 19, 2017

KES #MATOVER TAMPAR #DAVIDTEO !!! PM DS @NAJIBRAZAK PENAKUT DAN LEMBIK ???


1. Bermacam-macam kesimpulan dan komen dari netizen berkenaan kes Mat Over dan DT Hinggakan ada komen DSN dituduh lembik dan penakut.
Gila.

2. Saya melihat kes Mat Over ini lebih kepada tindakan melindungi orang yang dihormati/disayangi. 

3. Pengalaman saya sendiri,bila kita dengar ibu bapa kita dihina,diprovok dan diumpat,semangat untuk ambil tindakan sendiri meluap-luap.Macam nak pergi pukul atau confront orang tersebut.

4. Tetapi pernahkah kita dengar ibu bapa kita galakkan niat atau tindakan kita itu? Tidak.Mereka akan suruh bersabar dan nasihat kita.


5. Dalam kes ini,DSN bertindak bijak seolah-olah ibu bapa kita.Walaupun tindakan Mat Over adalah kerana mempertahankan DSN,beliau tidaklah merestui dan menyuruh Mat Over dan DT bermaafan. 


6. Dapat disimpulkan,DSN ialah seorang pemimpin berjiwa besar dan rasional.Sama seperti ibu bapa kita.

Sekadar pendapat peribadi penulis

LIHAT JAWAPAN SEBENAR MAT OVER DI BAWAH




APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

TU DIAA !!! PENSYARAH #UPSI DIKRITIK NETIZEN KERANA DOA LAKNAT !!!


Dr. Rozaimi Ramle,Pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah dikritik hebat oleh netizen kerana telah berdoa laknat kepada pihak tertentu.Isu ini timbul berikutan tindakan persatuan yang dipimpinnya,Persatuan Al-Qayyim (IQ) membuat iftar dengan meletakkan harga maksimum bernilai RM30,000 semeja.Di samping itu,perbelanjaan IQ juga dikritik hebat dan sumber kewangan persatuan tersebut dipertikaikan yang menimbulkan kepanasan kepada pensyarah terbabit.Pihak netizen berasa ralat kerana seorang pensyarah tersebut tidak menunjukkan peribadi seorang pendidik kerana lebih mudah menggunakan pendekatan laknat daripada menasihati khalayak umum seperti yang ditunjukkan oleh agama Islam. 

Apatah lagi,jika perselisihan tersebut boleh diselesaikan dengan menunjukkan bukti di atas kertas yang mana sepatutnya menjadi lebih mudah bagi seorang yang berpelajaran seperti beliau.Sepatutnya,mungkin pihak atasan UPSI boleh menasihati Dr Rozaimi supaya menunjukkan teladan yang baik sebagai seorang pensyarah yang bakal melahirkan ramai guru-guru di negara kita yang tercinta ini.Berikut adalah komen-komen netizen yang tidak setuju dengan beliau :


UNTUK SELANJUTNYA 

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, May 17, 2017

DEBAT #HANNAHYEOH VS DR #KAMARUL !!! #HANNAHYEOH KENAPA MEMBISU ??? TAKUT KERRR ???


Dr Kamarul Zaman Yusoff tidak gentar dengan laporan polis yang dibuat oleh ADUN DAP Subang Jaya,Hannah Yeoh terhadapnya hari ini berkaitan dengan penulisan satu artikel.Beliau yang juga Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM) turut mengesahkan artikel bertajuk “Hannah Yeoh contoh hipokrasi terbesar DAP” adalah tulisannya dan sedia bertanggungjawab terhadap penulisan tersebut.

“Saya mengesahkan tulisan itu adalah tulisan saya dan saya mengambil tanggungjawab penuh ke atas tulisan saya itu.Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk memberikan penjelasan kepada mana-mana pihak,termasuk kepada polis,atau di mana saja,termasuk di mahkamah,sekiranya diperlukan.Saya akan mengemukakan bukti berkaitan dan bukti-bukti lanjut yang belum didedahkan mengenai agenda Kristianisasi beliau di dalam bidang politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hannah Yeoh kalau berani debatlah ! Kalau setakat report polis Bangla pun boleh report polis ! Ada berani ? 

Bacaan tambahan ini menyokong kebenaran Dr. Kamarul.

DAN 

DI SINI

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

FAKTA !!! PENGALAMAN RAKYAT MALAYSIA DI LUAR NEGARA DAN AMAT MEMERITKAN DIDEDAHKAN !!!


Ini pengalaman saya berjumpa beberapa ex Malaysian yang dah migrate dan tinggal di luar negara: 

1. Saorang pakcik yang saya terserempak di Te Anau,berdekatan Milford Sound, New Zealand.Dia mengadu cuaca terlalu sejuk di NZ dan teringin balik ke Malaysia kerana dah berumor.Masalahnya dia sudah giveup Malaysian citizenship dan dah 20 tahun bermastautin di New Zealand.Dia juga mengadu kos perubatan yang mahal di NZ dan susah berjumpa doctor. 

2. Saorang auntie umor 50'an yang saya jumpa di Zurich,Switzerland.Auntie ini dah 15 tahun tinggal di Switzerland dan mengadu kehidupan susah kerana standard of living yang tinggi.Dia masih bekerja walaupun terlalu penat dan teringin balik ke Malaysia.Kos pelajaran anak juga sangat membebankan auntie ini di Switzerland. 

3. Seorang uncle yang saya jumpa didalam bas di Venice Beach Los Angeles USA.Dalam bas,beliau meneriak saya kerana excited dalam bahasa melayu kerana mengenali tudung stail malaysia isteri saya.Uncle ini dah 20 tahun migrate ke USA dan mengadu sangat kesunyian kerana tiada kawan dan saudara berdekatan.Dia pun teringin balik ke Malaysia tapi telah melepaskan taraf kerakyatan. 

4. Seorang auntie yang saya jumpa di London.Kakak ini sudah berkahwin dengan saorang berbangsa Inggeris,dan mempunyai famili di North East London.Beliau sudah 20 tahun menetap di UK dan teringin sangat balik dan mati di Malaysia.Walaupun mempunyai rumah yang besar dan berfamili di London,beliau merasa kekosongan jiwa berada disana.

5. Seorang pakchik di Liverpool,UK.Pakcik melayu ini dah 40 tahun menetap di UK dan asalnya saorang kelasi MISC.Beliau terlalu rindu untuk balik ke Malaysia tetapi berasa tersangat malu kerana sudah lama tidak menjenguk kampong halaman di Melaka.Kehidupan beliau agak susah di UK dan beliau sendiri tak tahu apa agama anak nya. 

6. Seorang pakcik yang saya kunjung kerumah beliau di Melbourne,Australia.Beliau sudah 10 tahun migrate ke Australia tetapi komplain kehidupan di Melbourne tersangat sunyi jauh dari saudara mara,kos kehidupan yang tinggi dan rascism.Walaupun mempunyai kehidupan yang selesa,beliau nak pulang ke Malaysia satu hari nanti. 

7. Sepasang suami isteri dan keluarga di Mekah Saudi Arabia.Walaupun anak mereka lahir di Saudi Arabia,citizenship SA tidak diberi secara otomatik dan anak mereka tidak dapat masuk ke Universiti sana walaupun layak.Yang pelik nya,anak anak mereka yang tidak fasih berbahasa melayu dihantar belajar di UIAM kerana ibu bapa yang masih rakyat Malaysia.Kehidupan di SA bukan senang kerana tradisi yang berbeza.Mereka teringin pulang ke Malaysia walaupun sudah 30 tahun bermastautin disana. 

8. Seorang cleaner perempuan berasal dari Kelantan yang bekerja di Copenhagen Denmark.Dia menegur semasa saya sedang mengopi di Cafe berdekatan Tivoli Gardens.Dia teringin sangat balik ke Malaysia kerana sudah 15 tahun di Denmark. Walaupun gaji beliau Rm15k,dia tak larat dengan tax dan kos kehidupan yang tinggi di sana. Kelahiran Kuala Krai ini juga mengaku tidak menjadi saorang muslimah yang baik semasa di Denmark. 

9. Seorang guru perempuan yang tinggal di San Bernardino, Los Angeles USA.Guru ini berumor 50'an tetapi pendapatan sebagai guru inggeris tidak mencukupi membiayai kesemua keperluan harian beliau termasuk bayaran rumah.Beliau berkata kepada saya 'I am living from month to month' dan teringin pulang ke Malaysia tetapi telah menyerah kerakyatan Malaysia 20 tahun yang lepas. 

10. Seorang pemuda yang bekerja sebagai pemandu pelancong di Tokyo Jepun.Beliau mengembara di Jepun, tertarik dengan kehidupan orang Jepun dan akhirnya bermastautin disana. Pada awalnya kehidupan agak selesa semasa zaman bujang tetapi apabila telah berkeluarga, kos kehidupan yang tinggi dan apatmen yang kecil menyebabkan beliau selalu stress.Setelah 10 tahun berada di Jepun beliau bercadang pulang ke Ipoh tetapi khuatir dengan isteri berbangsa Jepun yang mungkin tidak dapat menyesuaikan diri di Malaysia.

Ramai lagi Malaysian yang saya terserempak semasa berkembara diluar negara dan kebanyakan mereka ingin pulang ke Malaysia di umur senja.Betul lah saperti peribahasa melayu : Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,lebih baik negeri sendiri.Sesuatu itu memang baik di kampung halaman sendiri walaupun betapa mewahnya tempat lain. Saya suka quote phrasa ini kepada rakan rakan yang banyak komplain pasal Malaysia:

“My country, right or wrong; if right, to be kept right; and if wrong, to be set right.” 

Kepada mereka yang nak migrate dan mencari kehidupan baru diluar negara, make sure don't give up your citizenship 'coz one day you might regret it your whole life. 

Catatan : Ir.Haji Zainuddin Bin Haji Omar 
#kutuberahak

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, May 16, 2017

EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR #BR1M DAN #GST DIDEDAHKAN !!!


Saya balik kampung baru-baru ini untuk menghadiri satu majlis perkahwinan.Selepas majlis singgah untuk minum di warung kopi dan berkesempatan duduk agak lama dan berborak ringan dengan beberapa pengunjung warung.Hari tersebut saya tertarik dengan seorang anak muda,umur dalam awal tiga puluhan.Beliau seorang pekebun kecil getah dan disamping membuat kerja-kerja biasa kampung yang boleh mendatangkan pendapatan sampingan sebagai mata pencarian,bercakap tentang kesusahan yang dihadapi dan bagaimana GST menyebabkan barang-barang naik memburukkan lagi keadaan. 

Orang Muda : Susah sekarang ini dengan kerajaan mengenakan cukai GST kepada kita semua, orang kampung macam saya ini pun semua kena cukai, cukup tidak adil kerana dulu kita tidak bayar cukai apa apa pun, barang semua naik selepas cukai GST dilaksanakan.GST tidak kenal pendapatan kita yang tidak seberapa ini, hidup bertambah susah dengan peningkatan kos sara hidup ini disebabkan Kerajaan mengenakan cukai GST. 

Saya: Berapa pendapatan kawan dalam sebulan ? 

Orang Muda : Malu hendak cakaplah, tapi adalah lebih kurang RM2,500.00 purata sebulan agaknya,tak pernah kira pun,lagipun turun naik tidak menentu.Contohnya kalau hari itu saya dapat tangkap dan jual ikan patin atau jelawat dari sungai , lumayan lah saya pada hari itu. 

Saya: Sudah tentu kawan dapat BR1M kan kerana memang layak benarlah dapat. 

Orang Muda: Memang lah dapat,tapi mana ada cukupnya untuk menampung kenaikkan harga barang.  
Saya: Ada berapa orang dalam keluarga anda ? 

Orang Muda: Saya ada 2 anak,seorang masih bayi jadi empat orang lah dalam keluarga saya.Isteri tidak bekerja. 

Saya: Dalam sebulan berapa belanja digunakan untuk beli barang keperluan hidup awak sekeluarga? 

Orang Muda: Adalah lebih kurang RM2200 boleh jadi. 

Saya: Berapa pulak dari RM2,200 belian keperluan itu yang kena GST ? 

Orang Muda: Semua lah kena GST. 

Saya: Mana ada, kebanyakan keperluan asas setiap isi rumah tidak dikenakan GST.Kebanyakkan makanan harian tidak dikenakan GST. 

Orang Muda: Contoh ? 

Saya: Panjang lah senarai nya kalau hendak di senaraikan,tapi tak apa,mari kita tengok tengok makanan asas kehidupan kita dulu. Semua jenis makanan ini tidak ada GST. Haiwan hidup, daging segar dan beku termasuk daging lembu, kerbau, selembu, seladang, babi, kambing dan biri biri. Ayam, itik dan semua jenis telur. Semua jenis Ikan segar dan beku. Semua jenis Udang termasuk Udang kara, ketam, sotong, kerang, lala, osyster dan semua jenis siput dan kerang dan timun laut. Ikan masin, ikan kering termasuk ikan bilis. Semua jenis sayur sayuran seperti tomato, bawang, kobis, lobak, timun ,semua jenis kekacang dan ubi, asparagus, cendawan, labu, ubi kentang, samada segar, didinginkan atau dalam air garam. Buah buahan segar tempatan atau diimport. Semua rempah seperti asam jawa, cili kering , lada hitam , kayu manis, bunga cengkih, buah pala , kunyit dan halia. Kelapa dan kelapa parut. Hah, letih lah hendak sebut sebab senarai panjang 😂 

Orang Muda: Beras ? 

Saya : Ya, Padi dan semua jenis beras termasuk pulut, basmathi dan beras perang. Semua jenis tepung , gandum , attar ,tepung beras dan tepung sago Kacang Dhal ,gula termasuk gula kasar , halus dan gula kastor.Garam , minyak masak sawit, kelapa dan minyak kacang tanah.Sos dan pes udang dan ikan.Serbuk kopi, teh dan koko.Bihun , mee tepung beras, mee kuning dan mee kwee tiaw. Roti putih dan roti penuh (wholemeal). Makanan formula untuk bayi seperti anak awak hingga umur 3 tahun. Apa apa lagi yang tuan beli sebagai perbelanjaan makanan selain diatas? 

Orang Muda: Macam cover semua aje dah. 

Saya : Ada lagi yang tidak dikenakan GST yang bukan makanan. 

Orang Muda: Ada ke? 

Saya: Ada. Berikut pula barang barang bukan makanan yang tidak dikenakan GST. Semua jenis bahan bacaan dan suratkhabar termasuk buku kerja pelajar, encyclopedia, buku cerita, novel, buku resepi, buku rujukan untuk semua bidang ilmu, buku berkaitan agama dan suratkhabar. Senarai Ubat-ubatan diluaskan senarai merangkumi sehingga 4,215 jenama. Air yang dirawat dan bekalan letrik untuk 300 unit pertama tidak juga dikenakan GST. Saya rasa cukup senarai tersebut untuk keperluan kehidupan biasa kita, sungguhpun ada lagi dalam senarai yang GST tidak dikenakan.Jadi saya hendak tanya dari RM2,200 perbelanjaan sebulan itu berapa yang awak agak yang kena GST? Ialah barang barang seperti pakaian , pergi tengok wayang, makan KFC, McDonald, beli komputer, notebook, iPad, telepon bimbit, makanan diproses dalam tin seperti sardin. Tak banyak kan ? 

Orang Muda: Ya, dah tak banyak lah kena GST itu tengok pada senarai yang tuan bagi itu. Mungkin yang kena GST itu pembelian antara RM500 hingga RM800 sahaja?

Saya: Tak apa, kita kira RM1000 lah sebulan yang tuan dikenakan GST. Senang kita kira. Jadi cukai GST 6% untuk RM1000 pembelian itu hanya RM60 sahaja. Jadi dalam setahun dua belas bulan hanya RM720 sahaja kan?

Orang Muda: Ya betul.

Saya: Berapa BR1M yang Kerajaan bagi kepada keluarga tuan setahun? RM1200 kan ? Jadi nya tuan ada baki BR1M lagi sebanyak RM1200 tolak RM720 ada lagi baki BR1M yang tuan terima sebanyak RM480 kan . Boleh membantu buat belanja persekolahan anak .Anak di sekolah pun layak terima bantuan tambahan RM100 kan?

Orang Muda: Betul, betul.Kalau ikut penjelasan saudara ini , saya tak bayar apa apa cukai lah ye, GST pun tak kena , saya salah faham lah sebelum ini. 

Saya: Ya, betul .Begitu lah timbang rasanya Kerajaan untuk meringankan beban orang susah terutama kumpulan paling mermerlukan seperti #B40. Kerajaan tahu kumpulan mana yang patut dibantu, BR1M inilah satu contoh dari apa yang dimaksudkan oleh Kerajaan sebagai menyediakan " Social Safety Net " kepada golongan yang memerlukan seperti keluarga tuan. Ini lah juga satu contoh bentuk subsidi yang sampai betul kepada golongan sasar bukan seperti subsidi untuk minyak dulu. 

Orang Muda: Terima kasih atas penjelasan awak, sekarang saya faham memang Kerajaan kita memang prihatin dan teliti dalam memastikan " subsidi" sampai ke golongan sasaran seperti saya. Saya akui, selama ini saya diberitahu BR1M tidak membantu untuk menangani kenaikan harga barang keperluan. 

Saya: Marilah kita mengucap Syukur Alhamdulillah kehadrat Allah diatas rahmat yang dilimpahiNya untuk kita. 

Orang Muda: Ya, ya betul Syukur Alhamdulillah. 

Engku Suhaimi

Psss.....pasti akan ada yg berkata ttg kenaikan harga barangan....jd lps penjelasan di atas jelas menunjukkan kenaikan harga brg adalah kerana sikap peniaga yg mengambil kesempatan dan juga penguatkuasaan yg lemah.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN 

Tuesday, April 11, 2017

FAKTA !!! #BANNAJIPALI DAN #RUU355 !!! KEMAAFAN PERLU DISERTAKAN DENGAN UNDANG-UNDANG !!!


Selama mana agama Islam dan pemimpin negara di bolak-balik adalah bergantung kepada selama mana pemimpin dan undang-undang yang sedia ada tidak mampu menanganinya.Meski pun telah memohon maaf seharusnya ada tindakan kesedaran yang perlu mengiringi permohonan maaf tersebut.Itu yang sepatutnya berlaku dan mereka yang melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja maka kesalahan itu perlu diberi pengajaran dalam bentuk hukuman walaupun telah memohon maaf.Termasuk kes terbaharu dimana sebuah akhbar tempatan telah memuat naik dan menyiarkan sebuah karikatur yang dikatakan telah menghina Speaker Dewan Rakyat dan Ahli Parlimen PAS Marang.Karikatur berkenaan seolah telah menghina Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan ia merupakan suatu penghinaan buat umat Islam oleh itu ia perlu dikenakan tindakan.Tindakkan akhbar berkenaan menyiarkan karikatur yang menghina umat Islam dengan mengambarkan Hadi Awang sebagai monyet yang memakai serban sangatlah tidak beradab. Akhbar terbabit Nanyang Siang Pau pada Sabtu lepas telah menyiarkan karikatur yang memaparkan seolah-olah presiden PAS dan Speaker Dewan Rakyat sebagai monyet. 

Begitu juga dengan gurauan Najib Ali seorang warga Singapura yang telah mempersendakan Perdana Menteri Malaysia sedangkan kedua-duanya,akhbar Nanyang dan Najib mendapat kentungan perniagaan dan pendapatan dalam negara ini.Walaupun kedua pihak telah membuat permohonan maaf,tetapi tidak disertakan dengan tindakkan undang-undang sebagai pengajaran,seolah-olah di negara ini jika melakukan kesalahan walaupun yang berpotensi mencetuskan ketegangan kaum dan boleh mengundang pertumpahan darah cukup sekadar memohon maaf sahaja perkara dianggap selesai. 

Kebiadapan dan penghinaan yang di buat sama ada melalui melalui karikatur atau lawak jenaka kepada pemimpin negara seharusnya menerima tindakan undang-undang sesuai dengan prilakunya,bukan sekadar menerima permohonan maaf mereka.Tindakan undang-undang ini bagi tujuan ntuk pengajaran kepada mereka diluar sana bahawa negara ini memiliki peraturan dan keluhuran undang-undang yang perlu dipatuhi.Penghinaan kepada pemimpin negara apa tah lagi Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak yang dipilih oleh rakyat tidak seharusnya berlaku dan tidak mungkin berlaku jika negara menguatkuasakan undang-undang terhadap perlaku. Penghinaan terhadap undang-undang dan agama apa tah lagi agama Islam yang menjadi agama Persekutuan bagi Malaysia, juga tidak diterima oleh mana-mana penganut agama lain dalam norma ketamadunan manusia.Pihak penguatkuasa undang-undang harus bertegas dan mengambil tindakan terhadap mereka yang mempersendakan pemimpin negara bagi menjaga keharmonian bermasyarakat dalam negara ini.

Sumber : Post Metro 

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Saturday, March 18, 2017

EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR #FORESTCITY DIDEDAHKAN !!!


Tidaklah di fahami berhubung dengan isu tanah Forest City yang menjadi bedalan politik pihak pembangkang terutama dari parti bunga,kononnya kerajaan terutama kerajaan negeri Johor telah mengadaikan tanah mereka kepada rakyat China.Hendak bercakap soal tanah ini juga tidak lah difahami sedalamnya kerana penulis pun tidak mempunyai tanah walaupun lahir di Selangor,mahu pun di negeri Johor sendiri jika mengikut asal keluarga dari Johor Bahru,Johor.Memang bukan bidang penulis untuk bercakap secara mendalam dalam isu tanah Forest City ini,tetapi sebagai rakyat Malaysia khususnya yang memerhati gelagat segelintir pemimpin seharusnya tiada halangan untuk memberi pandangan atau meluahkan rasa yang melihat dengan mata dan mendengar dengan telinga. 

Pertamanya ingin juga diketahui tanah siapa yang terjual untuk pembangunan Forest City ini,adakah sesiapa yang rugi dengan penjualan tapak yang di bina di atas air laut yang di tambak,dan bangunannya barada di ruang udara atas langit.Jika ada anak cucu cicit yang mempunyai pengetahuan dalam bidang IT ini yang sering bermain dengan media sosial bolehlah memaklumkan di media sosial bahawa tanah milik Tok Jang,Tok Yang.Tok Yong dan Tok Puek mereka telah di ambil untuk pembangunan yang bakal di kuasai oleh penduduk asing.Malah ada sahabat didalam parti bunga pernah berkata bahawa Johor kini sudah ketandusan tanah sahingga terpaksa menambak persisiran pantai untuk di buat rumah,jadi disini jelas bahawa 'tanah' yang bakal dibangunkan adalah tanah persisiran pantai bermakna ianya bangunan di atas air laut.Jadi tanah siapa yang tergadai? Isu ini berbeza dengan pembangunan tanah di Pengerang,bila mana kerajaan negeri dan syarikat pelabur pembangun perlu membayar wang pampasan kepada pemilik tanah demi untuk membangunkan tanah tersebut sebagai pusat Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia atau lebih dikelanali dengan nama RAPID. 

Tanyalah penduduk Pengerang (bukan orang pengerang yang duduk diluar Pengerang kerana mereka tak ada tanah disana,sekadar lahir atau menumpang disana sahaja) siapa yang rugi dengan pembangunan RAPID tersebut,sudah pasti tidak ada seorang pun yang rugi kecuali bagi mereka yang tidak puas hati dengan pengagihan pampasan.Logiknya yang tidak berpuas hati sudah pasti mereka yang memiliki tanah sekadar sekakang kera dan hanya memiliki reban ayam yang sudah nak roboh,tetapi membuat tuntutan sama nilai dengan mereka yang memiliki banglo dan memiliki tanah kebun yang luas,tetapi ini adalah perkara biasa dalam berbohong didalam tuntutan pampasan, ianya berlaku dimana mana.Isu di Pengerang melibatkan campur tangan pembangkang yang menghasut penduduk agar mereka tidak memberi tanah dan menggalakan rancangan pembangunan di Pengerang dan tugas ini di kepalai oleh bekas Menteri Kesihatan yang telah melompat kedalam kantung PKR.Ianya boleh berlaku oleh kerana secara fizikalnya melibatkan tanah orang kampong yang mana sebahagian besar tanah tersebut adalah tanah rancangan FELDA dan selebihnya adalah tanah kampong tradisional, tetapi tanah Forest City ini rakyat Johor mana yang terlibat?

Walhal Pengerang ini dulu tiada siapa pun ambil peduli kecuali kerajaan Barisan Nasional dibawah seliaan Ahli Parlimennya Datuk Seri Azalina Othman,kerana Pengerang pernah dianggapkan sebagai “tempat jin bertendang”,tetapi kemudiannya menjadi perhatian pembangkang kerana mereka boleh menjalankan aktiviti menghasu trakyat apa bila Datuk Seri Azalina membawa pembangunan RAPID ke sana.Samalah isu di Pengerang,isu tanah Forest City ini menjadi bahan puak pembangkang untuk dijadikan modal menghasud dan menanam kebencian kepada rakyat. Kini mereka mengunakan kepetahan Mahathir untuk menghasud rakyat,kononnya kerajaan telah menjual tanah Johor kepada negara China dan tanah Forest City bakal diduduki oleh warga China,kemudiannya mengunakan penulis upahan mereka untuk menularkan bahawa rakyat telah di tipu oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib.Kononnya tanah tersebut akan menjadi hak milik kekal kepada pembeli,wal hal tiada pula di ketahui bahawa Dato' Seri Najib menyebut atau membuat kenyataan sedemikian,yang pernah didengar beliau menyebutkan bahawa "kita jual kepada orang luar atas 'leasehold' (pegangan pajak) untuk tempoh 99 tahun sahaja",jadi di mana Najib berbohongnya.

Jika kerajaan negeri Johor yang menukar status tanah,itu bukan isu kerajaan pusat atau Perdana Menteri kerana kerajaan Johor mempunyai hak sepenunya keatas tanah negeri mereka,tetapi sudah namanya pembangkang dan kerja mereka hanya menghasut maka peluang menghasut tidak akan mereka lepaskan begitu sahaja.Baik,sekali lagi dimaklumkan bahawa Forest City itu melibatkan pembinaan empat buah pulau buatan manusia di perairan Tanjung Kupang antara barat daya Johor dan barat laut Singapura,diusahasama antara pemaju terbesar dari China,Country Garden Holdings dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ),milik kerajaan Negeri Johor.Jadi sila maklumkan pada dunia jika ada tanah nenek moyang mereka yang diambil dan dijual seperti mana yang pernah berlaku di negeri Perak ketika pemimpin pembangkang menjadi kerajaan 'singkat' yang telah menjual tanah dan pembelinya mendapat hak milikan 999 tahun.

Sumber : Post Metro

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, March 06, 2017

FAKTA !!! PLASTIK NAIK #20SEN GULA NAIK #11SEN MANA LEBIH RUGIKAN #PENGGUNA ???


pada mulanya,berita kenaikan harga gula sebanyak 11 sen sekilogram tular di aplikasi WhatsApp sebelum ia mendapat respon secara rasmi daripada kementerian bertanggungjawab.Namun,seperti kebiasaan perangai dan mentaliti masyarakat kita amat elergik dengan berita kenaikan harga barang dan perkhidmatan di negara kita,walaupun ia tidak dapat dielakkan daripada berlaku.Apatah lagi ditambah pula dengan tindakan beberapa media yang 'nakal dan jahat' seperti Malaysiakini dan Sinar Harian cuba untuk membina persepsi yang tidak menguntungkan mana-mana pihak.Sebenarnya,penetapan harga ini masih dibuat mengikut Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (Nombor 2) 2017,selepas lebih tiga tahun tidak berlaku sebarang perubahan pada harga.Kenaikan harga itu adalah yang pertama sejak kali terakhir dibuat pada 25 Oktober 2013.

Ketika itu harga gula meningkat sebanyak 34 sen menjadi RM2.84 sekilogram.Bagaimanapun pengguna tetap membayar gula itu pada harga RM2.85 sekilogram kerana jumlah sebenar dibundarkan.Jika diamati dengan pulangan nilai pelaburan (return of investment),kenaikan harga gula sebanyak 11 sen tidak lah begitu merugikan pengguna berbanding tindakan kejam yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor meletakkan caj 20 sen keatas setiap pembelian beg plastik.Lazim diketahui,pengambilan gula pada kehidupan kita seharian amatlah perlu kerana glukos yang dihasilkan itu mampu memberi tenaga kepada badan kita.Sebaliknya,pembelian beg plastik dengan kos yang terlalu tinggi bagi setiap unit,bukan sahaja merugikan pulangan nilai,malah ia amat berisiko tinggi kepada pencemaran alam sekitar kerana beg plastik merupakan bahan sukar dilupus.Jadi,berfikirlah secara bernilai dalam dua isu ini.

Jangan terikut-ikut kepada rentak dakyah hasutan pembangkang khususnya yang hanya tahu memandang kepada persepsi,tetapi melupakan soal sesebuah nilai apa yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan buat rakyat.Kerana tiada negara yang semakin berkembang maju,tetapi barang dan perkhidmatannya masih berada di keadaan seperti pada zaman mundur.Kecuali sikap dan cara pemikiran masyarakatnya yang dihasut oleh pihak pembangkang.Mana lebih rugikan pengguna ??? Sekilo gula kita beli setiap hari kah ??? Tidak,tetapi pengguna mengeluarkan belanja lebih 20 sen sehari untuk membayar caj beg plastik di Selangor.Sebulan belum tentu habis sekilo gula yang naik 11 sen tetapi dalam seminggu berapa kali kita kena caj 20 sen kerana beg plastik ???

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, March 02, 2017

TU DIAA !!! KENAPA #ARAB MAHU BELAJAR #GST DARI #MALAYSIA ???


Malaysia sebenarnya adalah negara contoh kepada kebanyakan negara lain di dunia terutamanya negara ketiga seperti Afrika dan negara negara baru membangun.kenapa saya kata begitu.banyak bukti telah tersebar mengenai Malaysia.Antara perkara yang banyak negara membangun hendak pelajari adalah sistem tanah FELDA dan pengurusan Haji,selain itu mereka juga mahu melihat cara cara Permodalan Nasional Berhad (PNB) diuruskan.Paling uniknya di Malaysia banyak perkara yang diadaptasikan adalah untuk keperluan rakyat.Walaupun ada mengambil modul negara lain seperti FELDA yang mengambil contoh negara China tetapi membuatnya dalam acuan terbaik untuk Malaysia.Begitu juga dengan PNB,dengan mengambil wang dari rakyat sebagai deposit semurah RM10,mengumpulnya lalu menjadikan dana untuk mengambil alih syarikat besar untuk ditadbir urus.Anak anak Melayu dilantik menjadi tokoh koprat. 

Malangnya ramai juga mereka yang dilantik ke jawatan di GLC terlupa matlamat asal dan lupa kepada membantu bumiputra yang mewujudkan PNB.Indonesia juga,pada satu waktu pernah membicarakan urusan Haji dan persoalkan kenapa negara mereka tiada badan seperti Lembaga Urusan Haji.LUTH amat berkesan sehingga jemaah Haji dari Malaysia menjadi manja dan mengada ngada kerana apa apa sahaja masalah mereka akan bergantung kepada LUTH tidak seperti jemaah negara lain.Dengan kedatangan Raja Arab Saudi dan rombongan besarnya ke negara kita,bermakna Malaysia akan mendapat faedah dari hubungan baik bilateral kedua dua negara ini.Ramai juga rakyat Malaysia yang jahil tidak faham maksud “bilateral”.Pada si jahil ini maksud perniagaan adalah Malaysia sahaja yang beruntung dan rakan niaganya mesti dalam kerugian. Mereka tidak faham maksud “win win” di mana pada mereka berniaga mesti Malaysia sahaja yang untung.Tidak lansung masuk dalam akal fikiran mereka berniaga bermaksud ada yang Malaysia kena serah dan ada yang Malaysia perlu ambil.Pada selepas serangan 9/11 lagi negara Arab terutamanya Arab Saudi telah mula mencari hub perniagaan baru selain dari negara Eropah dan Amerika dan pakar pakar mereka telah mengenal pasti Malaysia dan rantau Asean adalah “the place to be”.Malaysia mendapat keutamaan kerana status negara Islam dan sekaligus memiliki pasarana yang sesuai.Bermula dari situlah mulanya rakyat dari rantau Arab dan teluk mula membanjiri Malaysia setiap musim panas di negara mereka. Menurut agensi pelancongan,rakyat Arab yang menjadi tetamu sebagai pelancong telah mencecah 100,000 orang setahun semenjak tahun 2015 lagi.Selain itu mereka juga membuka banyak kedai makan Arab kerana mendapat sambutan dari rakyat negara mereka di sini dan juga rakyat Malaysia sendiri. 

Beberapa apartment dan kondo d Malaysia telah dikenal pasti sebagai kondo yang dibanjiri oleh rakyat Arab.Atas sebab tabiat suka masak sendiri dan makan makanan sendiri serta selalu “stay” lebih dari 5 hari maka mereka selalu memilih service apartment untuk disewa.Pada lawatan Raja Salman ke Malaysia ini Menteri Kewangan nya Ebrahim Al Assaf ada menyatakan negaranya berminat untuk belajar cara Malaysia mengurus dan mengimplementasi GST.Ini kerana negara Arab Saudi akan mula melaksanakan VAT,iaitu cukai nilai tambah yang mirip kepada GST.Kenyataan mahu belajar dibuat kerana Malaysia adalah negara Islam yang sesuai untuk dijadikan contoh dan adaptasi. India juga mahu belajar GST dari Malaysia.Ini bermakna Malaysia sememangnya cekap dan berhemah dalam menguruskan cukai ganti dari SST. Ramai rakyat Malaysia yang kurang arif ,yang memerli merli dan mengkritik lupa bahawa GST adalah gantian SST16%.Mereka bersikap seolah olah GST iu cukai baru yang membebankan. Mereka elak menjawab berkenaan cukai SST 11%, mungkin kerana ketika zaman SST dibuat,mereka belum akal baligh lagi agaknya. Maka dengan kenyataan Menteri Kewangan Arab Saudi itu, ia boleh dianggap sebagai pengiktirafan kepada kewangan Malaysia dan cara ia diuruskan.Selain itu Arab Saudi juga mahu memulakan pemberian BRIM cara mereka kerana mendapati pendapatan rakyat bawahan boleh “generate” pusingan ekonomi. Maka selain dapat memberi kebaikan kepada rakyat bawahan, kuasa membeli mereka boleh membantu ekonomi negara. Tambah lagi si penerima adalah sasaran yang tepat.Begitulah,Malaysia dipandang tinggi dari sudut kaca mata negara Islam yang hebat.Hanya mereka yang pengkhianat sahaja cuba beri gambaran buruk kerana nafsu politik dan kuasa.Kebaikan sudah dibutakan oleh kain hitam yang bernama dengki,nafsu kuasa dan fitnah.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, February 27, 2017

KANTOI !!! #RAJASALMAN : #PROTUN ALIH ISU UNTUK ELAK MALU !!! #SENYUM !!!


Kedatangan Raja Arab Saudi bersama delegasinya ke Malaysia semalam boleh dikira sebagai satu petanda bahawa negara ini sememangnya baik untuk dijadikan hub pelaburan di rantau ASEAN.Walaupun baru semalam Raja Arab Saudi Raja Salman mendarat di KLIA,sebenarnya perancangannya sudah lama dibuat untuk program itu.Maka atas sebab itulah hampir 100 MOU akan ditandatangani oleh kedua dua pihak.Jika diikutkan pada ucapan Mohd Ali Rabea iaitu Secretary General of the Council for Arab Economic Unity,The Arab League kepada BERNAMA seawal tahun 2012 lagi ,beliau memberitahu negara Arab akan “redirect” dana mereka ke negara Asia Tenggara terutamanya Malaysia.Ini memandangkan kajian mereka bahawa rantau Asia Tenggara seperti Malaysia adalah lebih selamat berbanding Asia Barat dan Timur Tengah.Maka tidak hairanlah mereka membawa delegasi yang besar mengikuti Raja Salman.Antara yang dibincangkan adalah sektor ternakan seperti ayam,di mana mereka mahu ayam halal dari Malaysia di bawa ke negara Arab dari Malaysia dengan sejumlah yang besar. 

Selain itu perjanjian ketenteraan,rel keretapi elektrik dan bidang pelajaran juga turut ditandatangani Dalam hal minyak pula Malaysia dijangka menandatangani perjanjian kerjasama dengan syarikat minyak ARAMCO.Perjanjian dua hala untuk menjamin keuntungan kedua dua belah pihak.Inilah antara cubaan menipu oleh pihak ProTun yang mendakwa kononnya Arab Saudi bukan mahu membantu tetapi mahu ambil kesempatan ke atas Malaysia.Tun Mahathir cuba perlekehkan lawatan Raja Salman kerana beban menampung malu apabila kisah RM2.6 billion yang dikatakan dicuri oleh Najib Razak dari wang 1MDB dan bukan wang dari Arab,telah terjawab apabila si pemberi datang berjumpa dengan si penerima. Jika Najib mengunakan nama mereka tentu sekali mereka akan menafikan dan menyaman Najib Razak.Tetapi semua pun tahu Najib tidak perlu berusaha keras menangkis hal ini kerana ianya sudah pun terjawab Sebaliknya Tun Mahathir masih terkiyal kiyal mencari bukti wang RM2.6 itu sebagai wang 1MDB dan sehingga kini telah mengunakan segala sumbernya untuk mencari maklumat dari bank penerima dan bank pengeluar namun tarikh pun tidak wujud. Sebaliknya cubaan mengenakan Najib Razak mengunakan salah seorang Tan Sri menemui jalan buntu kerana demi mahu mencipta dakwaan satu tarikh kejadian dan kecurian perlu ada dan ini gagal dicipta lalu semua rancangan terpaksa dibatalkan. Aib Tun Mahathir amat besar,kerana tuduhannya secara tidak langsung dikira sebagai fitnah.

Malah jika Raja Salman tidak datang ke negara ini pun Tun Mahathir boleh membuat temujanji pergi ke negara Arab Saudi kerana Tun Mahathir dikira amat popular di negara Arab dan sudah tentu tiada masalah untuk diterima mengadap.Tetapi pemimpin negara Arab ini tahu dan dengar siapa yang gelar mereka "tok arab gila".Begitu juga,seperti yang dikatakan oleh Arul Kanda, dia bersedia untuk menemui Tun Mahathir untuk menjelaskankan isu 1MDB tetapi Tun Mahathir tidak berminat kerana matlamat dia bukanlah kebenaran tetapi mahu menjatuhkan Najib Razak.Isu 1MDB adalah “alat” untuk menjatuhkan Najib semata mata.Kini nyata sekali kedudukan puak anarki Tun Mahathir dalam keadaan “lowest” sekali.Satu persatu "setback" diterima olehnya.Selain diejek dikeji pada majlis Reformis,dia juga bakal menghadapi RCI berkenaan wang negara yang hilang.Tiada berita baik langsung menyebelahi Tun Mahathir.Sebaliknya orang yang disasarkan kejian iaitu Najib Razak menerima berita baik satu demi satu.Kemenangan pilihanraya kecil berganda.Kejayaan ekonomi dagangan dengan negara China dan Arab Saudi bertambah dan makmur.Maka usah tekejut jika terkeluar kenyataan berbau busuk dari Tun Mahathir dan perwira tuanya,kerana perjuangan mahu naikkan anaknya masih belum berjaya dan waktu semakin kritikal dan atas sebab itulah kemarahan dan dendam akan bertambah kuat.Mustahil Tun Mahathir akan memuji kerja baik Najib Razak, mana mungkin kerja baik boleh tumbangkan Najib,hanya kisah yang tidak baik sahaja yang sesuai untuk tujuan itu dan Tun Mahathir serta kuncunya sedang berusaha sedaya upaya memberi gambaran buruk bukan kerana ia benar buruk tetapi kerana keburukan yang digambarkan adalah nyawa politik songsang Mahathir.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN 

Wednesday, February 01, 2017

FAKTA !!! 50 PARTI BAKAL BERTANDING PARA #PRU14 !!! BUKTI MALAYSIA NEGARA DEMOKRASI !!!


Tahukah anda, pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 ini,kira-kira 50 parti bakal bertanding ??? Mungkin ada yang tidak menyedari mengenainya kerana selama ini hanya Barisan Nasional (BN) dan parti gabungan pakatan pembangkang sahaja yang banyak diperkatakan di media massa dan media sosial.Tetapi itulah hakikatnya, 50 parti yang akan bertanding dan jumlah yang besar itu membuktikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokrasi,di mana parti-parti bebas untuk mengemukakan calon dan mengambil bahagian dalam PRU.Selain BN dengan UMNO dan 13 parti komponennya, antara parti lain adalah DAP,Parti Keadilan Rakyat (PKR),Parti Amanah Negara (PAN),Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),Parti Amanah Negara (Amanah),Parti Warisan Sabah, Parti Makkal Sakti,Parti Ikatan Malaysia,Parti Maju Sabah,Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa),Parti Rakyat Malaysia (PRM),Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Parti Liberal Demokratik (LDP),Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA),Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Pekerja Sarawak (SWP) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Itu antara parti-parti yang dapat disenaraikan dan jika dilihat kepada jumlah yang banyak ini,ia menolak andaian yang dibuat oleh pembangkang bahawa proses pilihan raya di Malaysia tidak telus dan tidak demokrasi.Selepas baca artikel ini,pihak pembangkang tidak perlu lagi buat demonstrasi jalanan seperti Bersih untuk tuntut pilihan raya bebas dan adil.Selama ini,tidak ramai yang menyedari akan kehadiran parti-parti berkenaan kerana ia jarang diketengahkan berbanding BN dan pakatan pembangkang yang kerap diperkatakan.Namun menyedihkan apabila pembangkang sengaja melaungkan proses pilihan raya di Malaysia sebagai tidak demokrasi hanya apabila mereka kalah di kerusi yang mereka tandingi sahaja.Jika mereka menang,mereka hanya menutup mulut. Bukan itu sahaja, mereka ini yang sering melaungkan tiada demokrasi di Malaysia sebenarnya sengaja menjadikannya sebagai helah politik.Jika betul Malaysia tidak demokrasi,bagaimana mungkin pembangkang mampu mentadbir Pulau Pinang,Selangor dan Kelantan.Masih ingatkan anda bagaimana Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail sengaja mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada suaminya,Anwar Ibrahim untuk bertanding di situ ???

Walaupun mendapat bantahan ramai namun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetap mengadakan pilihan raya kecil di Permatang Pauh.Bukankah itu tandanya proses demokrasi subur di Malaysia,hanya pembangkang yang cuba mengaburinya.Disebabkan kononnya pilihan raya di negara ini tidak telus,maka Bersih telah ditubuhkan dengan memperjuangkan agenda kononnya bagi memperbaiki sistem pilihan raya di Malaysia.Tetapi akhirnya apa yang berlaku kepada Bersih ??? Ia telah dikuasai oleh pembangkang dan menjadi pentas untuk menentang kerajaan dengan mengadakan perhimpunan haram di jalanan.Malahan Bersih sendiri telah telah melanggar prinsip demokrasi apabila apabila mereka menuntut Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan pada himpunan haram Bersih 4 dan 5 yang diadakan sebelum ini.Mereka menuntut Perdana Menteri melepaskan jawatan meskipun siasatan telah dijalankan dan beliau didapati tidak bersalah oleh pihak berkuasa yang sah yang berkaitan. 

Ia jelas menunjukkan kononnya Bersih tidak berat sebelah dan tidak terlibat dalam politik,adalah pembohongan semata-mata.Apa yang penting,janganlah kita terpengaruh dengan dakyah palsu yang cuba dimainkan oleh pembangkang mengenai proses demokrasi di Malaysia ini.Ia hanya helah politik mereka semata-mata.Dengan 50 parti politik yang ada,jumlah ini adalah antara yang tertinggi bagi mana mana negara demokrasi di dunia.Tiada siapa dihalang untuk jadi wakil rakyat di Malaysia. Cukup syarat, maka bertandinglah secara demokrasi.Cuma berpolitiklah semasa waktunya,jangan semua benda hendak dipolitikkan.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, January 06, 2017

FAKTA !!! #PUKL BELUM DI TUTUP !!! JANGAN JADI BATU API SEPERTI #PEMBANGKANG !!!


Kepada rakan2 yang kesedihan dan marah kerana kononnya Pengkalan Udara Kuala Lumpur atau nama glemer nya Airbase Sungai Besi di tutup sepenuhnya hari ni Sila bawak bertenang.Bila masa air base tu tutup.Belum lagi lah.Masih banyak unit masih beroperasi di situ.Sape malaun yang mula2 sebarkan berita ni.Apa yang terjadi ialah memang PUKL ni akan di tutup akhirnya tapi bukan hari ni.Berberapa unit telah berpindah ke Subang AB dan ada la majlis2 nya semalam.Cuba bawak bertenang.Selagi Sendayan,Jugra dan Kuantan punya facility belum siap selagi tu lah PUKL ni takkan di tutup.Apepun korang tau ke kepentingan pengkalan udara ni. Zaman dulu kebanyakkan fasiliti tentera macam kem,depoh dan pangkalan udara di bina untuk support operasi semasa darurat. Pada masa tu kedudukan fasiliti2 ni agak strategik di mata perancang tentera. 

Tapi di zaman pembangunan pesat ni kem kem dan air base ni dah tersepit dek pembangunan dan pembangunan sebenarnya sedikit sebanyak mengganggu keselamatan kem kem ni.Jadi dah lama dah sejak sebelum kes wan em di bi pun memang gomen dah rancang untuk pindahkan fasiliti2 tertentu ke tempat yang lebih baik dan dibina dengan lebih moden. Apa ada di KL Air Base? Mmm tak tau la kalau korang tau hal ni tapi menurut page Malaysian Defence di sini lah letaknya Primary Air Defence untuk seluruh Malaysia.Namanya National Air Defence Operation Centre dan merupakan node utama pertahanan udara Malaysia. Fasiliti ni di jadualkan akan pindah ke fasiliti yang lebih canggih dan baik.Sama ada di Kuantan AB atau tempat lain aku pun tak sure.Mengikut cerita yang aku dapat dari perbincangan di forum dulu pada zaman cold war dulu pihak Soviet selalu hantar pesawat pengintipan Tupolev ke Malaysia dan pesawat ni akan overfly ruang udara kita untuk intip radar kita, rakam frekuensi radio dan senang kata menyedut dan intip reaksi pesawat pejuang kita. 

Biasanya bila di kesan pada zaman dulu kita akan scramble Sabre kita atau biasanya pesawat Mirage Aussie yang akan intercept.Tak tahu berapa lama game cat and mouse ni berlangsung tapi akhirnya Soviet berhenti hantar pesawat pengintipnya ke sini.Apa yang menarik setiap kali pesawat kita atau aussie terbang untuk intercept, pesawat Tupolev ni akan Jamming kesemua frekuensi dan military transmission dan seringkali pesawat terpaksa terbang tanpa komunikasi dengan dengan menara kawalan dan ground control radar. Hanya selepas Tupolev ni di escort keluar barulah jamming berhenti. Hmmmmm korang pernah ke dengar cerita ni? Anggap la antara cerita lagenda zaman dulu yang tak pernah terungkap.Apepun meh kita baca sikit tentang Air Base ni. MMP ciduk info di bawah ni dari page TUDM. 

Pangkalan Udara Kuala Lumpur 

Pangkalan ini merupakan pangkalan yang pertama ditubuhkan di Tanah Melayu oleh pihak Tentera Udara Diraja British. Secara rasminya pangkalan ini mula beroperasi pada 1 Jun 1941, dikenali sebagai Stesen RAF (Royal Air Force).Pegawai Memerintah pada ketika itu ialah Sqn Ldr C H Lucas. Matlamat utama penubuhan pangkalan ini adalah untuk memudahkan operasi RAF bagi mempertahankan Tanah Melayu selain menjadi pusat perhubungan RAF dengan pangkalan di Seletar,Singapura.Sewaktu penaklukkan tentera Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942,pangkalan ini berfungsi sebagai pusat pertahanan RAF. Pada tahun 1945 iaitu apabila Jepun menyerah kalah, pangkalan ini telah melalui proses pembaikan dan dibuka semula pada 1956. Pegawai Memerintah pertama selepas pengunduran tentera Jepun ialah Group Captain H E Warcup. Sehingga tahun 1960,seramai tiga orang Pegawai Memerintah termasuk Group Captain H E Warcup telah memegang teraju pangkalan ini.Mereka ialah GP Captain H A S Disney mulai 16 April 1959 hingga 1 Julai 1960 dan Wg Cdr J A W Long mulai 1 Jul 1960 hingga 1 Oktober 1960. Pada 25 Okt 1960,Kerajaan British secara rasminya menyerahkan pangkalan ini kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk kegunaan TUDM. Oleh kerana pada waktu itu TUDM masih kekurangan pegawai dan kebanyakan pegawai-pegawai yang ada merupakan pinjaman daripada negara asing maka Pegawai Memerintah pangkalan masih dipinjam dari Tentera Udara Diraja British. Sembilan tahun kemudian iaitu pada 31 Mac 1969,pangkalan ini diteraju oleh anak tempatan pertama sebagai Pegawai Memerintah iaitu Gp Captain Mohammed Taib. Pangkalan ini merupakan asas kepada penubuhan TUDM. Dari sebuah lapangan terbang antarabangsa pertama di Malaysia, ianya terus berkembang dan menjadi nadi kepada pertahanan ruang udara Malaysia 

MMP 
Sumber Malaysian Defence TUDM dan mimpi tawasulski


APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
 
 
Blogger Templates