Social Icons

Pages

Thursday, February 02, 2017

KEPADA @SAIFULBUKHARI #SAIFULBUKHARI !!! TOLONG JANGAN MUDAH MAAFKAN #ANWARIBRAHIM !!!


pada 26 Januari 2017,Saiful Bukhari Azlan mendedahkan di Facebooknya bahawa beliau didatangi oleh seorang kenalan rapat Anwar yang datang dengan tujuan mahu membebaskan Anwar dari penjara.

"Beliau mohon agar saya,selaku pengadu dalam kes,memohon pengampunan Di Raja bagi pihak Anwar dari DYMM YDP Agong agar Anwar dibebaskan,TANPA mengubah pengakuan dan dakwaan saya.Kata beliau,Yang di-Pertuan Agong boleh berikan pengampunan menurut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.Beliau mohon saya maafkan Anwar.Katanya Anwar pun telah menjalani hukuman selama 2 tahun, mungkin beliau sudah insaf.Jika saya yang mohon pengampunan ini bagi pihak Anwar,  bunyinya aneh, tapi impak dan merit nya ada,kerana saya selaku pengadu dalam kes tersebut, ada locus standi" ulas Saiful Bukhari dalam tulisan di Facebooknya itu.

Anwar dimasukkan ke dalam lokap pada 10 Februari 2015 kerana didapati bersalah meliwat Saiful Bukhari.Jika mengikut perbualan rakan Anwar di atas,seolah olah menyatakan Anwar mengakui beliau insaf kerana kesalahan meliwat.selepas itu,Saiful Bukhari menyatakan beliau akan memikirkan dahulu sama ada bersetuju atau tidak untuk membuat permohonan pengampunan Anwar kepada Yang Dipertuan Agong.Selama ini,Saiful dituduh dan dihina dengan pelbagai makian dan fitnah oleh pemimpin pembangkang kerana membuat menyatakan Anwar Ibrahim meliwatnya.Saiful usah mudah mengalah,kerana Anwar ada agendanya sendiri untuk keluar awal dari penjara dan melakukan kerosakan kembali di muka bumi Malaysia ini.Saiful Bukhari juga perlu hargai penyokong dan mereka yang sentiasa memberinya sokongan moral ketika beliau dalam kesusahan melawan kemungkaran yang Anwar lakukan.Cukuplah sekali tertipu dengan Anwar,jangan terkena tipu lagi dengan si pemutar belit seperti Anwar yang hanya pandai bermain kata kata sahaja.

pada hari yang sama,Semalam juga di Malaysiakini,Nurul Izzah menyamakan nasib yang menimpa Anwar sama seperti apa yang berlaku pada Nabi Yusuf.Lihat betapa "desperate"nya Izzah untuk membawa bapanya keluar cepat.Maknanya Izzah telah tuduh Saiful Bukhari melakukan fitnah terhadap bapanya.Kenyataan Izzah itu sudah bercanggah dengan wakil Anwar yang datang jumpa Saiful dan mengakui Anwar sudah insaf bila sudah dua tahun dipenjara.Nampaknya dalam kenyataan itu Nurul Izzah menuduh Saiful yang jahat dan membuat fitnah pada papanya.Jauh bezanya kisah Nabi Yusuf dengan Anwar Ibrahim.Usah samakan kisah Nabi Yusuf yang kena fitnah dengan kes liwat Anwar. Zulaikha yang menggoda dan menarik baju Nabi Yusuf hingga koyak di belakang.Dalam kisah Anwar,bukan Saiful yang menggoda Anwar,sebaliknya Anwar yang menggoda dan melakukan koyakan di "bahagian belakang" Saiful.Nurul Izzah juga turut umum mahu buat Jelajah Bebaskan Anwar beberapa minggu lepas.Mengapa perlu bebaskan Anwar cepat ??? Tujuan Izzah dan pentaksub Anwar hanyalah satu iaitu untuk menjadikan Anwar sebagai ketua umum kembali dalam pakatan pembangkang. Jawatan itu sekarang sudah kena "hijacked" dan dirampas oleh Mahathir. Semua keputusan dalam pembangkang sekarang keluar dari mulut Mahathir.Sebab itulah dua hari lepas, Izzah telah sebut jangan percaya apa yang Mahathir cakap,ianya bukan dasar pembangkang. Emaknya Wan Azizah tidak diendah sebagai ketua pembangkang di parlimen. 

Mahathir pula ke hulu hilir bersama Kit Siang.Malah sudah ada perjanjian sudah antara mereka berdua. Jawatan TPM dan PM diagih mereka berdua sahjaa.Ini sebabnya ada usaha mahu Anwar keluar cepat iaitu untuk menguatkan pembangkang hadapi PRU14 bukan sebab sudah insaf duduk dalam penjara.selain menyelamatkan kumpulan Wan Azizah daripada terus tenggelam dalam arena politik Malaysia.Bagaimana boleh tenggelam ??? Sudah pasti kali ini Azmin (yang dibantu Mahathir) akan meletakkan orang orangnya di semua tempat sebagai calon PRU14. Anwar sudah gagal dalam "Langkah Kajang" untuk mencatur Wan Azizah sebagai MB sebelum beliau masuk penjara. Keluar penjara nanti pula,Wan Azizah dan legasinya semuanya sudah tiada apa apa dalam PKR kerana telah dikuasai oleh anak angkat Mahathir.Sebab itu bersungguh sungguh benar Izzah mahu Anwar keluar cepat. Saiful Bukhari jangan mudah tertipu.Keluar sahaja Anwar,bencana yang lebih besar akan berlaku.Selamatkan Malaysia,biar Anwar duduk dulu dalam penjara sampai habis hukuman.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates