Social Icons

Pages

Wednesday, February 08, 2017

EKSKLUSIF !!! CERITA SEBENAR SIAPA DS #JAMALYUNOS DIDEDAHKAN !!!


Datuk Jamal tidak kenal aku... tetapi aku kenal dia.. 

Aku tidak mampu untuk menghimpun ribuan anak muda menentang bersih.. sedangkan Datuk Jamal mampu untuk mengumpul sokongan seramai itu.. 

Aku tidak mampu untuk mara kehadapan untuk menentang peniaga-peniaga cina di Low Yatt tetapi Datuk Jamal mampu kehadapan demi mempertahankan pelanggan rata-rata anak melayu.. 

Aku tidak mampu untuk melakukan seperti Datuk Jamal menentang kerajaan negeri dihadapan Pejabat SUK berkaitan Isu Air... tetapi Datuk Jamal mampu laksanakan tanggungjawab demi rakyat Selangor.. 

Aku Tidak mampu membongkar secara terang-terang dalam isu mesin judi dan rumah-rumah pelacuran... tetapi Datuk Jamal mampu melakukannya demi membersih anak bangsa dari terjebak kearah kemaksiatan.. 

Aku tak sanggup berhadapan dengan jutaan ahli umno atas keberanian dan tindakan itu.. tetapi Datuk Jamal sanggup melepaskan jawatan sebagai pemimpin UMNO demi menjaga nama PARTI UMNO yang beliau cintai demi meneruskan perjuangannya untuk anak bangsa.. 

Aku tidak sanggup kedalam lokap demi anak bangsa tetapi Datuk Jamal Sanggup lakukan itu semua demi sebuah perjuangan Muinuddin .. 

Aku tiada kekuatan MENTAL dan JATI DIRI untuk lakukan itu semua tetapi Datuk Jamal mampu lakukan itu semua... 

Aku tiada berharta untuk lakukan itu semua tetapi Datuk Jamal sanggup habiskan hartanya untuk mertabatkan sebuah perjuangan Ad-Din (Alif Lam Dal Ya Nun) 

Aku hanya mampu menyokong dari jauh..jika aku tinggal di Selangor sudah tentu akan turut serta dalam rangkaian perjuangan...

LEBIH BAIK MELAKUKAN SESUATU DARI MEMELUK TUBUH TANPA MELAKUKAN SESUATU... BIAR DARAH KITA MENGALIR KEBUMI KERANA BERJUANG DARI KITA HIDUP UNTUK MENUDING JARI PADA ORANG LAIN... 

Semoga Datuk Jamal terus diberi kekuatan mental dan jati diri untuk terus berjuang demi Agama Bangsa dan Tanahair 

#respectdatukjamal 
#samofficial 

Wassalam... 
Salam Hormat dari saya
Saikopen Saiko 
7hb. Feb 2017 (Selasa)

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates