Social Icons

Pages

Showing posts with label UMNO.... Show all posts
Showing posts with label UMNO.... Show all posts

Friday, May 12, 2017

FAKTA !!! 71 TAHUN #UMNO BERBAKTI !!! 51 TAHUN #DAP BERKUKU BESI !!! #UMNO71


semalam hakikatnya satu sejarah telah tercipta di Stadium Nasional Bukit Jalil apabila kira-kira 150,000 orang ahli UMNO berhimpun meraikan sambutan ulangtahun ke-71 parti UMNO.UMNO,parti yang sudah lama bertapak dan terpahat di hati rakyat Malaysia sebagai sebuah parti yang berbudi serta berbakti.Nafas parti keramat orang Melayu ini bermula pada 11 Mei 1946 di Istana Besar,Johor Bahru dan sehingga hari ini,parti ini tidak pernah leka dan berhenti dari mendengar serta menyelesaikan masalah rakyat di seluruh pelusuk negara,tanpa mengira apa warna kaum dan agama.Angka 71 tahun sebenarnya bukan tua,ia adalah simbol kekuatan parti UMNO yang masih gah berdiri sebagai sebuah parti teras dalam gabungan biru Barisan Nasional (BN) mentadbir negara sejak kemerdekaan lagi.Di hati semua rakyat,UMNO sudah terbukti selama ini berjasa dan menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat dari segi pembangunan,sosio ekonomi,pendidikan,kos sara hidup serta isu isu infrastruktur rakyat.Tidak boleh dinafikan sama sekali,angka 71 tahun cukup untuk membuat puluhan juta rakyat terhutang budi dengan UMNO kerana titian masa hidup mereka sejak lahir sehingga dewasa dibayangi jasa dan bakti parti terbesar orang Melayu itu. 

Bagi mereka yang merasai fasa awal negara ini merdeka,mereka tetap teguh dan kekal mengundi UMNO pada setiap Pilihan Raya Umum (PRU) kerana budi yang UMNO curahkan telah memastikan mereka dan keluarga mereka berjaya mendapatkan kehidupan sejahtera di negara ini.Perhimpunan malam ini adalah satu manifestasi terima kasih pengundi dan ahli buat parti yang sudah lama berbudi pada pertiwi.Bakti UMNO tersemat di sanubari ahli.Mereka hadir secara rela hati untuk beri sokongan kepada UMNO,parti yang berbudi dari dulu hingga kini. Bukan macam parti DAP. Apakah berani DAP buat perhimpunan besar seperti malam ini ??? Mana DAP hendak berani,ahli mereka tahu siapa yang sedang menguasai parti.Sejak 51 tahun lalu,hanya ada satu nama sahaja,iaitu Lim Kit Siang. DAP pemilihan parti pun sudah mahu tipu ahli.Apa keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC)? Sudah lebih 4 tahun,masih lagi misteri.DAP sampai sekarang masih tak selesai lagi urusan CEC ini. Ahli-ahli DAP terus diperbodohkan pemimpin mereka yang kuku besi.Ramai sudah keluar parti kerana amalan kuku besi.Kit Siang tidak kisah nasib ahli, hanya kisahkan nasib Ketua Menteri, anaknya sendiri. DAP pakai nama sahaja demokrasi,tapi parti penuh dengan kroni. Siapa bangkang kena tolak ke tepi. Di Melaka dan Penang ramai yang sudah keluar parti. Kit Siang tidak peduli. Apa perlu berbakti dan berbudi, bagi DAP paling penting mainkan persepsi. Biar rakyat keliru dan terus sangsi. Enam kawasan parlimen Kit Siang sudah lari. 

Dengan Mahathir ke sana ke sini.Bagai pasangan dua sejoli.Kedua duanya hanya fikir anak sendiri bukannya ahli. DAP yang kuasai pembangkang kini.Mereka paling banyak kerusi.Ketika parti yang pernah kuat dan lama di negara lain tumbang satu persatu dalam pilihanraya di Jepun,Indonesia,Britain dan Australia,UMNO masih gagah kekal berdiri sebagai parti majoriti di negara ini. UMNO terus kuat dan kuat serta kekal juara di hati rakyat di bawah pimpinan Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak.Bukti UMNO parti yang penuh tradisi dan demokrasi.Tidak seperti parti yang mendakwa demokrasi,tetapi amal kukuh besi, kroni dan pilih anak sendiri.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

FAKTA !!! #UMNO TERBUKTI MELAYU YANG PERJUANGKAN MASA DEPAN SEMUA BANGSA !!!


Sudah terang lagi bersuluh,UMNO bukanlah satu parti berteraskan satu bangsa sahaja.UMNO sebaliknya turut sama memperjuangkan agenda kebajikan dan masa depan semua kaum di negara ini.Sejak sebelum merdeka lagi,UMNO sudah menjadi parti yang memimpin semua rakyat Malaysia dan bangsa lain dalam memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajahan British.UMNO kemudian menerajui perjalanan negara Malaysia yang membangun sehingga sudah hampir mencapai taraf negara maju seperti sekarang ini. Malam tadi, UMNO terus membakar semangat pembangunan dalam sanubari rakyat Malaysia apabila menyambut ulangtahun ke-71 dengan satu sambutan bersejarah di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kehadiran 150,000 orang bersama-sama dengan Perdana Menteri dan Presiden UMNO,Datuk Seri Najib Tun Razak.Dalam ucapan keramat di stadium itu, Datuk Seri Najib mengatakan bahawa UMNO hari ini kekal kuat kerana ia sentiasa berpegang pada asas perjuangan parti yang berteraskan Islam,orang Melayu dan Bumiputera serta untuk seluruh rakyat di negara ini. UMNO adalah satu-satunya parti demokrasi yang kekal memerintah di dunia ini sehingga sekarang.Parti pimpinan Najib sentiasa kekal konsisten dan relevan dengan dasar perjuangan yang sesuai dengan zaman. UMNO yang menjadi teras dalam Barisan Nasional yang membentuk kerajaan di Putrajaya pada hari ini. 

Menerusi UMNO dan kerajaan Barisan Nasional sudah 97% janji manifesto BN sudah dikotakan kepada rakyat sehingga 31 Mac 2017.97% ini merangkumi sejumlah 83% janji meliputi 4,844 projek bernilai RM73.49 billion yang pun sudah dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional.Sejumlah 14% lagi adalah 804 projek, RM255.17 billion yang sedang dilaksanakan. Semua projek ini adalah janji manifesto BN pada 6 April 2013. Dibuat untuk semua rakyat Malaysia. UMNO yang mengemudi dan memacu janji janji ini agar ianya dapat dilaksanakan kepada rakyat. Semua parti lain di pihak pembangkang tidak perjuangkan agenda rakyat.Buktinya mereka sendiri gagal laksanakan apa manifesto dan janji mereka setelah mereka menang di Penang,Selangor dan Kelantan. Biarpun kalah di negeri negeri itu, namun kerajaan BN tidak abaikan nasib rakyat.Sejumlah 209 projek bernilai RM2 billion dilaksanakan di Penang. Sejumlah 440 projek bernilai RM2.088 billion dilaksanakan di Kelantan dan sejumlah 271 projek bernilai RM1.41 billion dilaksanakan di Selangor.

Penubuhan parti parti pembangkang sendiri bukannya untuk rakyat.Sebab itu bila menang mereka bukan kerja untuk rakyat tetapi untuk kesenangan kelompok mereka sahaja.Kita tengok PKR,ditubuhkan untuk membebaskan Anwar,DAP lebih bersifat cauvinis dan kroni Kit Siang sahaja.PAN adalah parti serpihan dari PAS yang hanya mengikut telunjuk DAP. Manakala PPBM pula ditubuhkan oleh Mahathir yang agendanya hanya untuk menjatuhkan Najib dan menaikkan anaknya menjadi PM.Tapi,UMNO kekal fokus berjuang untuk rakyat dan menepati janjinya kepada rakyat selama 7 dekad lamanya."Kita berjuang bukan untuk ahli UMNO sahaja,malah untuk semua rakyat tidak kira kaum, agama dan keturunan.Kita perjuangkan pembangunan untuk siapa? untuk rakyat Malaysia, kita jaga keselamatan untuk siapa? untuk rakyat Malaysia,kita tegakkan perpaduan untuk siapa? untuk rakyat Malaysia," kata Najib ketika berucap di hadapan lautan merah 150,000 orang pada perhimpunan bersejarah itu malam tadi. 

UMNO walau dituduh semakin dilupakan dan perlu ditolak dalam pilihan raya oleh pihak pembangkang,namun terus diberikan keizinan oleh Allah SWT untuk menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, PRK Parlimen Kuala Kangsar dan PRK DUN Tanjong Datu dengan kemenangan majoriti lebih besar."Kita sentiasa relevan kerana dasar perjuangan yang kita amalkan dan laksanakan sesuai mengikut era dan zaman sama ada ketika menentang Malayan Union atau (era) pasca kemerdekaan, membangunkan kawasan luar bandar,era perindustrian dan menuju 30 tahun lagi kepada zaman Transformasi Nasional (TN50), " katanya.

Perhimpunan semalam meninggalkan pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang, Mahathir,Mohamad Sabu dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail terkedu dengan sokongan rakyat kepada UMNO yang bagaikan satu gelombang merah yang besar di lautan.Beranikah Azmin kumpulkan seramai itu di Stadium Shah Alam ??? Beranikah Guan Eng kumpul seramai itu di Stadium Batu Kawan ??? Atau pembangkang mahu buat demo Bersih 6 untuk kumpul sejuta orang di Dataran Merdeka ??? UMNO masih lagi pilihan hati rakyat.UMNO masih kuat biarpun dilanda pelbagai cabaran. Himpunan semalam bukti UMNO sudah bersedia untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada rakyat Malaysia selepas PRU14.Bina Malaysia yang lebih baik bersama UMNO dan Barisan Nasional. Tolak pembangkang pada PRU14.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, February 08, 2017

EKSKLUSIF !!! CERITA SEBENAR SIAPA DS #JAMALYUNOS DIDEDAHKAN !!!


Datuk Jamal tidak kenal aku... tetapi aku kenal dia.. 

Aku tidak mampu untuk menghimpun ribuan anak muda menentang bersih.. sedangkan Datuk Jamal mampu untuk mengumpul sokongan seramai itu.. 

Aku tidak mampu untuk mara kehadapan untuk menentang peniaga-peniaga cina di Low Yatt tetapi Datuk Jamal mampu kehadapan demi mempertahankan pelanggan rata-rata anak melayu.. 

Aku tidak mampu untuk melakukan seperti Datuk Jamal menentang kerajaan negeri dihadapan Pejabat SUK berkaitan Isu Air... tetapi Datuk Jamal mampu laksanakan tanggungjawab demi rakyat Selangor.. 

Aku Tidak mampu membongkar secara terang-terang dalam isu mesin judi dan rumah-rumah pelacuran... tetapi Datuk Jamal mampu melakukannya demi membersih anak bangsa dari terjebak kearah kemaksiatan.. 

Aku tak sanggup berhadapan dengan jutaan ahli umno atas keberanian dan tindakan itu.. tetapi Datuk Jamal sanggup melepaskan jawatan sebagai pemimpin UMNO demi menjaga nama PARTI UMNO yang beliau cintai demi meneruskan perjuangannya untuk anak bangsa.. 

Aku tidak sanggup kedalam lokap demi anak bangsa tetapi Datuk Jamal Sanggup lakukan itu semua demi sebuah perjuangan Muinuddin .. 

Aku tiada kekuatan MENTAL dan JATI DIRI untuk lakukan itu semua tetapi Datuk Jamal mampu lakukan itu semua... 

Aku tiada berharta untuk lakukan itu semua tetapi Datuk Jamal sanggup habiskan hartanya untuk mertabatkan sebuah perjuangan Ad-Din (Alif Lam Dal Ya Nun) 

Aku hanya mampu menyokong dari jauh..jika aku tinggal di Selangor sudah tentu akan turut serta dalam rangkaian perjuangan...

LEBIH BAIK MELAKUKAN SESUATU DARI MEMELUK TUBUH TANPA MELAKUKAN SESUATU... BIAR DARAH KITA MENGALIR KEBUMI KERANA BERJUANG DARI KITA HIDUP UNTUK MENUDING JARI PADA ORANG LAIN... 

Semoga Datuk Jamal terus diberi kekuatan mental dan jati diri untuk terus berjuang demi Agama Bangsa dan Tanahair 

#respectdatukjamal 
#samofficial 

Wassalam... 
Salam Hormat dari saya
Saikopen Saiko 
7hb. Feb 2017 (Selasa)

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! CERITA SEBENAR SIAPA DS #JAMALYUNOS DIDEDAHKAN !!!


Datuk Jamal tidak kenal aku... tetapi aku kenal dia.. 

Aku tidak mampu untuk menghimpun ribuan anak muda menentang bersih.. sedangkan Datuk Jamal mampu untuk mengumpul sokongan seramai itu.. 

Aku tidak mampu untuk mara kehadapan untuk menentang peniaga-peniaga cina di Low Yatt tetapi Datuk Jamal mampu kehadapan demi mempertahankan pelanggan rata-rata anak melayu.. 

Aku tidak mampu untuk melakukan seperti Datuk Jamal menentang kerajaan negeri dihadapan Pejabat SUK berkaitan Isu Air... tetapi Datuk Jamal mampu laksanakan tanggungjawab demi rakyat Selangor.. 

Aku Tidak mampu membongkar secara terang-terang dalam isu mesin judi dan rumah-rumah pelacuran... tetapi Datuk Jamal mampu melakukannya demi membersih anak bangsa dari terjebak kearah kemaksiatan.. 

Aku tak sanggup berhadapan dengan jutaan ahli umno atas keberanian dan tindakan itu.. tetapi Datuk Jamal sanggup melepaskan jawatan sebagai pemimpin UMNO demi menjaga nama PARTI UMNO yang beliau cintai demi meneruskan perjuangannya untuk anak bangsa.. 

Aku tidak sanggup kedalam lokap demi anak bangsa tetapi Datuk Jamal Sanggup lakukan itu semua demi sebuah perjuangan Muinuddin .. 

Aku tiada kekuatan MENTAL dan JATI DIRI untuk lakukan itu semua tetapi Datuk Jamal mampu lakukan itu semua... 

Aku tiada berharta untuk lakukan itu semua tetapi Datuk Jamal sanggup habiskan hartanya untuk mertabatkan sebuah perjuangan Ad-Din (Alif Lam Dal Ya Nun) 

Aku hanya mampu menyokong dari jauh..jika aku tinggal di Selangor sudah tentu akan turut serta dalam rangkaian perjuangan...

LEBIH BAIK MELAKUKAN SESUATU DARI MEMELUK TUBUH TANPA MELAKUKAN SESUATU... BIAR DARAH KITA MENGALIR KEBUMI KERANA BERJUANG DARI KITA HIDUP UNTUK MENUDING JARI PADA ORANG LAIN... 

Semoga Datuk Jamal terus diberi kekuatan mental dan jati diri untuk terus berjuang demi Agama Bangsa dan Tanahair 

#respectdatukjamal 
#samofficial 

Wassalam... 
Salam Hormat dari saya
Saikopen Saiko 
7hb. Feb 2017 (Selasa)

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, December 05, 2016

#PAU2016 !!! MEDAN UKHWAH DAN SILATURRAHIM AHLI-AHLI UMNO !!!


Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara yang berlangsung dan berakhir sabtu lepas terbukti menjadi medan untuk ahli UMNO dan para perwakilan untuk mengukuhkan ukhwah serta mengeratkan silaturrahim sesama ahli.Biarpun diselubungi khabar angin dan fitnah bahawa PAU tahun ini agak lengang dari kehadiran pengunjung,tetapi ia dibuktikan tidak benar apabila suasana dalam PWTC begitu meriah dan sesak dengan pengunjung sejak hari pertama PAU diadakan pada 29 November lepas.Kawasan letak kereta begitu sesak dan penuh sehingga kereta lain dihalang daripada masuk meletakkan kereta menjelang waktu tengah hari. 

Mereka yang datang terpaksa mencari kawasan letak kereta lain jauh sedikit dari kawasan PWTC untuk meletakkan kereta seterusnya perlu berjalan kaki ke lokasi perhimpunan. Keadaan Dewan Merdeka di Aras 4 yang menjadi lokasi PAU juga penuh dengan para Perwakilan mendengar perbahasan mengikut usul dari wakil-wakil negeri dan sayap UMNO.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden juga sudah mengakui bahawa ucapan para Perwakilan juga sudah tidak dipenuhi gurauan sia-sia sebaliknya gurauan yang penuh dengan mesej yang tersirat.Kesetiaan dan kesungguhan para Perwakilan mendengar perbahasan juga menunjukkan para ahli UMNO semua mengamalkan sikap wala' dan kesetiaan kepada parti seperti yang diperkatakan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Selain itu,PAU 2016 kali ini juga memberikan tempias rezeki kepada para peniaga yang menjual barang jualan apabila mereka mendapatkan jualan kutipan yang tinggi ekoran ramainya pengunjung dan orang ramai yang datang ke PWTC untuk menyertai PAU pada kali ini.Di gerai-gerai jualan berkenaan juga, ramai artis yang datang untuk membantu peniaga berjual menunjukkan kutipan jualan mereka yang tinggi.Jika jualan tidak laku,masakan artis terkenal seperti Fasha Sandha mahu hadir ke PWTC untuk sama-sama merasai kemeriahan perhimpunan agung.Selain itu,difahamkan kehadiran para Perwakilan yang paling tinggi adalah dari Bahagian Pagoh di Johor dan dari Semporna,Sabah apabila bilik yang ditempah oleh mereka begitu banyak dari Bahagian UMNO yang lain.Ini menunjukkan Bahagian Pagoh dan Semporna tidak terjejas langsung dengan perbuatan bekas Ketua Bahagian mereka sebelum ini iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.Wajah ceria dan mesra para Perwakilan jelas menunjukkan UMNO sedang masuk ke dalam fasa 'rebuilding' dan mengeratkan semula perpaduan sesama ahli selepas isu-isu melibatkan musuh dalam selimut sudah selesai selepas mereka dipecat dari UMNO.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, December 01, 2016

#PAU2016 !!! PERWAKILAN MENITISKAN AIRMATA MENGAMINKAN DOA PRESIDEN UMNO !!!!


LEBIH dari 2,000 para perwakilan Umno dalam Dewan Merdeka dan beribu-ribu lagi pemerhati di luar dewan nyata tersentuh dengan doa yang dibacakan Presiden UMNO pada ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno 2016.Doa yang dibacakan sendiri oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semasa ucapannya benar-benar menyentuh hati dan jiwa para ahli Umno.

Rata-rata para perwakilan yang mengaminkan doa tersebut dilihat menitiskan air mata perjuangan mereka tatkala Najib Razak memimpin bacaan doa.

Intipati doa yang dibacakan Presiden Umno adalah seperti berikut ;

"BismillahirRahmanirRahim, Ya Allah kau selamatkanlah dan berkatilah bangsa bertuah ini, parti yang berkeramat ini,
dan negara yang tercinta ini. 

Ya Rabbi, Kerana di sinilah kami lahir, tumpah dan menitiknya darah kami, di sinilah kami dibesarkan, di tanah dan perwilayahan ini kami berjuang serta di persempadanan ini juga kami akan disemadikan satu hari kelak.  

Oleh itu, sesungguhnya Ya Tuhan kami, jika kau yang tidak memberi pertolongan, taufik dan hidayah, maka, pada siapalah lagi dapat kami bergantung dan meletakkan urusan hidup
serta mati kami juga anak cucu kami. 

Janganlah diKau Ya Ilahi Rabbi, biarkan, tanahair ini, nasib bangsa ini, jatuh ke tangan pengkhianat dan pendurjana.

Duhai Sang Yang Maha Berkuasa, Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang, Kau berilah kesentosaan
kepada Bangsa Melayu, Parti UMNO dan Rakyat
sekalian serta datangkanlah bahagia pada tanahair ini. 

Sesungguhnya, Ya Tuhan Yang Maha Agung, kami
berjanji akan berjuang bermati-matian hingga
ke titisan darah yang terakhir, biarpun nyawa
kami ditukar ganti. Amin Allahumma Amin!"

Apa yang lebih penting adalah, para perwakilan dilihat menjiwai intipati ucapan dan doa yang dibacakan Dato Seri Najib Razak.

Oleh yang demikian, sama-sama kita berharap agar doa yang dibacakan dan diaminkan dengan penuh khusyuk itu akan diterima Allah SWT, sekali gus memperoleh keberkatan dariNya

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN


Tuesday, November 29, 2016

#PAU2016 : #UMNO PERLU FOKUS MELAYU BANDAR UNTUK MENANG BERGAYA !!!


sudah selesai himpunan BERSIH 5.0 yang membuktikan kepada kita bahawa sokongan bangsa Melayu terhadap demonstrasi jalanan berkenaan semakin merosot teruk dari tahun ke tahun.Sekarang ini tumpuan kita mula terjurus kepada Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang dijadualkan bakal mengamatkan PWTC bermula hari ini 29 November hingga 3 Disember 2016.Ramai yang meramalkan PAU 2016 kali ini adalah yang terakhir sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) dalam beberapa tahun sahaja lagi.Oleh yang demikian,wajarlah PAU 2016 kali ini menjadi sebuah medan peperangan idea,maklumat dan percambahan minda untuk pemerkasaan parti keramat bangsa Melayu itu.Bagaimana UMNO mahu menang bergaya dalam PRU14 akan datang ??? Sebelum kita pergi jauh,eloklah kiranya kita menaakul kembali keputusan PRU13 yang mendapat jolokan sebagai ‘Tsunami Politik Cina’.Semasa PRU13 lalu,sebanyak 43 kawasan Parlimen telah diletakkan sebagai kawasan berstatus bandar (urban).Daripada jumlah besar ini,88.4 peratus adalah dimenangi dan dikuasai oleh parti pembangkang (kini Pakatan Harapan) yang dikuasai DAP. 

Ini bermakna,Umno hanya berjaya berkuasa di 5 kawasan Parlimen bandar iaitu Setiawangsa,Titiwangsa,Putrajaya,Johor Bahru dan Pulai.Manakala parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain semuanya tidak berjaya menguasai kawasan urban ini.Adakah ia suatu petanda baik buat sebuah parti tunjang kepada Kerajaan Malaysia ??? Jawapannya semestinya tidak.Oleh sebab itu,PAU 2016 kali ini mahu tidak mahu,seramai 5,732 perwakilan yang menjadi ‘wakil suara orang Melayu’ dari seluruh negara harus fokus dan serius bagi mencari solusi kemenangan di kawasan bandar,tanpa mengkesampingkan kawasan yang sedia ada dimenangi sekarang ini (luar bandar).Selain daripada pelbagai isu rakyat yang sedang diusahakan penyelesaiannya oleh pihak Kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Razak,di peringkat parti khususnya UMNO pula perlu memberi fokus kepada kesedaran orang Melayu yang berada di bandar untuk mendaftar pemilih dan keluar mengundi semasa PRU14 akan datang. 

Tidak sedarkah kalian bahawa,sebagai contoh di Kuala Lumpur orang Melayu menjadi majoriti penduduknya iaitu kira-kira 50 peratus. Ini jauh lebih besar dari peratusan orang Cina di ibu negara.Namun,orang Melayu yang mendaftar diri sebagai pengundi di Kuala Lumpur hanyalah sebanyak 37.5 peratus.Bagaimana UMNO mahu menang jika perkasa asas sebegini tidak diberi fokus utama ??? Bukanlah niat mahu memperkecilkan sesiapa atau menuduh tidak buat kerja, namun persoalannya sampai bila UMNO mahu bergantung kepada sokongan orang Melayu di luar bandar ??? Melayu bandar nampaknya mulai rasional dan matang untuk membuat keputusan dalam PRU14 nanti. Ada antara mereka ini juga pengundi luar yang akan buang undi di Kelantan, Kedah dan Terengganu.Mereka ini juga sudah mengalami dan merasai sendiri bagaimana rasanya berada di bawah kerajaan pembangkang di Selangor.

Mereka juga tidak langsung berjaya ditarik oleh parti bunga untuk turun sertai Bersih 5. UMNO perlu memikir kaedah dan pendekatan terbaik untuk "engage & embrace" kumpulan sasar Melayu bandar ini.Jika kena caranya maka mereka akan bersama sama dengan UMNO.PAU 2016 inilah ‘starting point’ untuk UMNO gunakan bagi memecut laju mencari strategi dan melaksanakannya dengan cepat bagi menarik hati dan minda para Melayu bandar untuk memangkah UMNO-BN dalam PRU14 akan datang. "Urban Voters" perlu dijadikan sasaran sebenar UMNO untuk "battleground PRU14".Dari sekarang UMNO perlu memikir strategi yang betul untuk memenangi hati dan minda pengundi Melayu Bandar.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, July 29, 2016

FAKTA !!! SAF PIMPINAN UMNO KEKAL BERSATU PADU BAWAH DS @NAJIBRAZAK !!!


UMNO sama sekali tidak tertekan,panik dan berpecah dalam berdepan isu tindakan saman sivil yang dikemukan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.Ketua Penerangannya Tan Sri Annuar Musa berkata keadaan itu tidak akan berlaku kerana parti itu sedar dengan ‘drama’ yang sedang berlaku di dalam dan luar negara. 

“Percubaan mereka-reka cerita kononnya Umno dalam keadaan tertekan,panik dan berpecah adalah satu percubaan ‘permainan minda’ untuk melihat Umno hilang kesabaran dan tenggelam atau ‘mati punca’.Itu insyaAllah tidak akan berlaku.Tidak berlaku kerana kita memahami apa dan siapa di belakang tabir drama yang sedang berlaku dalam dan luar negara,” katanya dalam satu kenyataan,Selasa lalu.Katanya,pelbagai ramalan boleh dibuat berhubung isu ini khususnya di kalangan pemimpin pembangkang tetapi ia akhirnya akan kekal sebagai satu ramalan.Tegasnya,dalam isu ini Umno memilih untuk melihat kepada realiti dan akan berhati-hati menangani setiap isu yang datang mengikut landasan undang- undang dengan menjaga kepentingan lebih besar iaitu rakyat dan negara. 

“Saf pimpinan Umno kekal bersatu padu dan bersolidariti di bawah pimpinan perdana menteri.Umno sama sekali tidak akan membiarkan konspirasi dalam dan luar negara menentukan masa depan rakyat walau seberapa ramai ‘Si Kitol’ yang membuka pintu belakang untuk musuh negara menguasai urusan dalam negara kita,” katanya.Annuar turut menegaskan empat pendirian Umno berhubung isu ini iaitu : 

1- BN/Umno dan kerajaan memandang serius dakwaan DOJ ini dan kita sedang menelitinya secara terperinci. Dakwaan bahawa kita memandang remeh isu ini adalah tidak benar.

2- BN/Umno dan kerajaan berpendirian untuk berkerjasama dengan semua pihak dan auttoriti yang sah agar penyiasatan dapat dijalankan segera dan proses mahkamah berjalan dengan adil dan menurut undang-undang. Proses ini memakan masa dan sebarang sikap prejudi atau spekulasi tidak diperlukan. 

3- BN/Umno dan kerajaan memahami isu ini perlu ditangani penuh berhati-hati menurut proses undang-undang walaupun ada pihak yang bersungguh mahu menjadikan isu ini berlaku mengikut ‘grand design’ mereka yang mempunyai tujuan merebut kuasa dan mencari keuntungan politik. Umno tidak akan membiarkan mereka dan sama sekali tidak akan menari mengikut rentak mereka.

4- BN/Umno mengalu-alukan dan menyokong penuh penegasan kerajaan seperti yang dibuat oleh perdana menteri bahawa kerajaan sangat menjunjung ‘good governance’ dalam segala urusan kerajaan serta memberi jaminan semua yang cuba dituduh berpeluang membersihkan nama mereka menurut undang-undang dan memastikan tiada wang rakyat yang disalahgunakan.

– Mstar

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, June 30, 2016

#ROMBAKANKABINET !!! AKHIRNYA DS HUSNI BERSUARA !!!


Bekas Menteri Kewangan II,Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah meminta semua pi­hak menghormati keputusannya untuk melepaskan ja­watan dalam Kabinet dan UMNO.Beliau turut me­minta agar diberikan masa dan ruang untuk berehat selepas memilih untuk berundur da­ripada semua jawatan itu atas sebab peribadi. 

“Saya telah bersara dari semua jawatan.Biarlah saya berehat.Tolong hormati hasrat saya.Terima Kasih,” katanya ringkas,” di sini hari ini.Kelmarin,Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan rombakan Kabinet memaklumkan bahawa beliau telah memerima hasrat Ahmad Husni untuk menamatkan perkhidmatannya atas sebab-sebab peribadi.Tempat Ahmad Husni digantikan oleh Datuk Johari Abdul Ghani dalam rombakan tersebut.Walau bagaimanapun,ramai pihak agak terkejut dengan keputusan beliau untuk turut melepaskan semua jawatan dalam UMNO iaitu sebagai Bendahari UMNO dan Bendahari Agung Barisan Nasional (BN),Timbalan Pe­ngerusi UMNO Pe­­rak, Timbalan Pengerusi BN Perak, Ketua UMNO Bahagian Tambun dan Pengerusi BN Parlimen Tambun. 

Keputusan beliau itu dihormati semua,namun me­reka berharap Ahmad Husni dapat tampil memberikan penjelasan mengenai perkara itu.Tindakan berdiam diri Ahmad Husni itu menimbulkan pelbagai spekulasi walaupun telah dinyatakan atas sebab peribadi.Bagi mengelak polemik berhubung tindakan Ahmad Husni itu berpanjangan,Ketua Penerangan UMNO,Tan Sri Annuar Musa semalam turut meminta semua pihak bertenang dan tidak membuat andaian sendiri yang mengatakan beliau digugurkan daripada Kabinet.Annuar menjelaskan,spekulasi berkenaan tidak benar sebaliknya Ahmad Husni memilih untuk tidak menyambung perkhidmatan walaupun ditawarkan untuk berada dalam Kabinet pada posisi tertentu.

- Utusan

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, June 28, 2016

KANTOI !!! KELUAR UMNO !!! PENIPUAN KETUA CAWANGAN UMNO #SAMPORNA DIDEDAHKAN !!!


Bukan keseluruhan penduduk daerah ini dan bukan kesemua ahli – ahli umno bahagian semporna yang sealiran atau menyokong perjuangan Shafie Apdal menentang kepimpinan perdana menteri.ini adalah fakta yang cuba disembunyikan dan cuba diputar belit oleh penyokong -penyokong tegar Shafie Apdal dalam tindakan mereka membantah penggantungan keahlian Shafie Apdal dari UMNO.

“Bilangan ahli -ahli UMNO yang keluar dari parti jauh sangat sedikit bilangannya berbanding bilangan keseluruhan ahli -ahli UMNO bahagian Semporna.” Fakta yang sebenarnya,daripada 481 cawangan UMNO bahagian semporna,tidak sampai pun 100 orang ‘ketua -ketua’ cawangan yang sanggup meletak jawatan dan keluar parti bagi menunjukkan bantahan mereka dan fakta ini disokong oleh jumlah kehadiran penyokong -penyokong pada ‘mesyuarat’ di rumah kediaman Shafie Apdal yang jelas kelihatan suram tanpa kesesakan seperti sebelum – sebelum ini. 


kehadiran hambar penyokong – penyokong ketika mesyuarat bantahan penggantungan keahlian Shafie Apdal 

Belum ada sebarang kenyataan lisan atau kenyataan bertulis dari 300 orang ketua-ketua cawangan yang didakwa kononnya turut serta meletak jawatan bagi membantah penggantungan Shafie Apdal.Malah,ramai ketua -ketua cawangan dan juga ahli -ahli cawangan UMNO daerah ini yang melahirkan kegusaran mereka dengan tindakan tidak bertanggungjawab tersebut dan melahirkan rasa risau nama -nama mereka akan dipergunakan tanpa persetujuan mutlak dari mereka.Apa yang pasti dan cukup jelas,ketua -ketua cawangan yang kononnya turut serta meletak jawatan dan keluar parti itu jauh sekali tidak mencecah jumlah 300 orang seperti yang diberitakan dan mereka juga sama sekali tidak mewakili suara keseluruhan ahli-ahli cawangan yang diketuai oleh mereka.

Bilangan ahli umno yang bertindak keluar parti jauh sangat sedikit bilangannya berbanding bilangan keseluruhan Ahli Umno Bahagian Semporna.Ramai ketua -ketua cawangan melahirkan kerisauan nama -nama mereka dipergunakan tanpa persetujuan mutlak dari mereka.Dan ada diantara ahli – ahli cawangan yang mana ketua mereka benar -benar bertindak meletak jawatan sedang bersiap sedia untuk mengambil alih tampuk kepimpinan cawangan masing -masing bagi memastikan cawangan masing -masing kekal stabil dan kekal menyokong kepimpinan perdana menteri Najib Razak.Cukup jelas disini,ahli -ahli parti yang hadir pada ‘mesyuarat’ membantah penggantungan shafie ini hanya terdiri dari kalangan penyokong – penyokong tegar Shafie Apdal yang tidak pun mencecah bilangan seratus orang dan diantara mereka yang hadir itu ada yang tidak pernah tahu agenda pada hari itu,sekadar hadir untuk berbuka puasa.Amatlah jelas bukan semua yang hadir itu berstatus ketua cawangan. 


Hanya penyokong – penyokong tegar Shafie Apdal yang hadir dan mereka tidak sama sekali mewakili suara ahli -ahli umno secara keseluruhannya 

UMNO semporna tetap utuh dan kukuh tanpa kehadiran Shafie Apdal dan fakta ini disokong sendiri oleh Datuk Ramlee Marahaban ADUN N.54 Bugaya yang juga merupakan Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah,yang kebetulan berada di Semporna untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga pendidik dan ketua -ketua Jabatan Daerah Semporna.

ANDA NAK LAGI ???


UNTUK SELANJUTNYA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, November 25, 2015

#HAMIDAHOSMAN DIPECAT !!! KENAPA PULAK NAK HAIRAN ???


tidak ada apa yang luar biasa dan pelik dengan tindakan Majlis Tertinggi UMNO semalam memecat seorang pemimpin parti tersebut dari Perak.Ia adalah amalan biasa mana-mana parti politik dalam dunia dan negara kita ini pun tak terkecuali.Lagipun pemecatan ini dibuat kerana tindakan bekas pemimpin yang berkenaan menjalankan gerakan untuk menjatuhkan Presiden parti,Datuk Seri Najib Tun Razak secara tidak demokratik dan sememangnya patutlah dia dibuang.bukan sebab mengkritik Presiden parti secara terbuka seperti yang didakwa.Nak ikut kritik,ramai lagi patut kena buang,tapi itu tidak berlaku.Nak cerita lebih-lebih pun kat mana ??? Najib bukan Presiden UMNO dalam sejarah yang pertama memecat ahli parti yang mengadakan gerakan untuk menggulingkan Presiden parti secara tidak demokratik.Tunku Abdul Rahman pernah memecat Mahathir atas alasan sama tahun 1969 dan Mahathir sendiri pun bila jadi Presiden,pecat Anwar serta beberapa pemimpin lain tahun 1998 kerana sebab itu juga.Dia jadi pelik kalau semua ahli parti dibuang sebab terlalu ramai sangat yang menentang.


Nak buang sorang-sorang tak tahu nak mula dengan siapa dulu,jadi jalan paling elok,haramkan parti lama,tubuh parti baru – kira pecat semua ahli lah tu.Ini pernah berlaku bila UMNO (lama) diharamkan pada tahun 1988 dan UMNO baru ditubuhkan,demi nak mengelak pemilihan 1987 yang dimenangi Mahathir dengan hanya 43 undi,dari diadakan semula.Memang Mahkamahlah yang buat keputusan tapi campur tangan eksekutif dalam bidang kehakiman pada era tersebut, bukan cerita baru.Apatah lagi bila keputusan pengharaman UMNO terhenti setakat di Mahkamah Tinggi sahaja, usaha Kumpulan UMNO 11 nak meneruskan rayuan ke peringkat yang lebih tinggi terhenti bila krisis kehakiman bermula dengan pemecatan Ketua Hakim Negara pada ketika itu,Tun Salleh Abas. 

Senang kata,tidak ada apa yang aneh,nak kata Datuk Seri Najib penakut pun tak boleh kerana ia memang amalan biasa UMNO sendiri dan semua parti politik dalam negara ni.PKR pun buang Khalid Ibrahim atas sebab yang lebih kurang sama,kenapa tak nak bising pulak ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, September 10, 2015

KANTOI !!! MESYUARAT MT #UMNO !!! AKHIRNYA PENCUCUK JARUM KECEWA !!! AMIK UBAT !!!


akhirnya tamat la Mesyuarat MT UMNO semalam dengan tragedi yang penuh nikmat dan berakhir dengan tragedi kegembiraan.kenapa saya kata begitu ??? Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang berlangsung semalam penuh semangat kepartian telah memalukan pihak-pihak tertentu yang seolah-olah sengaja mahu memecah-belahkan UMNO menerusi spekulasi tidak benar.Presiden UMNO,Datuk Seri Najib dan pucuk pimpinan parti dilihat tenang ketika bertemu media sejurus selepas berlangsung mesyuarat pertama MT itu setelah rombakan kabinet berlaku.Menerusi laporan media,sama ada pro-kerajaan mahupun pro-pembangkang,saya dapati tiada sebarang insiden yang menunjukkan berlaku ketegangan atau perbalahan serius sebagaimana yang dijangka pihak yang mahu menjahanamkan imej UMNO.Mungkin benar ada luahan pandangan menerusi perbincangan atau perbezaan pendapat,namun sumber MT menjelaskan ia tidak sampai ke tahap bertengkar,bertelagah atau bergaduh yang berlaku dalam mesyuarat itu.

Apa yang menjadi persoalan di fikiran saya,siapakah pihak yang ‘paranoid’ sangat hingga mencetuskan spekulasi kononnya Muhyiddin,Shafie Apdal dan Mukhriz akan dipecat ??? Siapa yang mencucuk,siapa yang melatah dan siapa pula yang melebih-lebih ??? Melihat riak tenang wajah Muhyiddin,Shafie mahupun Mukhriz yang hadir ke mesyuarat MT itu,saya tidak nampak sedikit pun jalur kerisauan di wajah mereka.Lebih mengujakan,wajah Datuk Seri Najib juga sangat ceria,teruja dan gembira dengan mesyuarat tersebut.Pada pandangan saya,sama ada Muhyiddin,Shafie mahupun Mukhriz,ketiga-tiga MT itu sememang tenang-tenang sahaja kerana mereka yakin mereka tidak akan dipecat.Ia berbeza dengan reaksi puak-puak yang berada di sekeliling mereka yang jelas terpengaruh dengan spekulasi yang tersebar mengenai pemecatan ketiga-tiga pemimpin UMNO itu.saya sendiri tidak tahu siapa yang ‘mencucuk’ spekulasi liar itu.Namun pada jangkaan saya,ia sudah tentu berasal dari pihak yang mahu mencetus kemarahan ahli dan penyokong UMNO,termasuk rakyat,kepada Presiden UMNO.Mengambil kesempatan mesyuarat MT kali pertama sejak rombakan kabinet yang menyaksikan Muhyiddin dan Shafie digugurkan,maka timbul ilham di kepala otak mereka untuk mencucuk jarum,sengaja mahu menimbulkan kebencian terhadap Datuk Seri Najib.Malangnya,ada pula pihak yang terpengaruh,percaya dan melatah apabila ‘dicucuk’ spekulasi liar itu.Lemah sungguh minda mereka,bukan ??? Apa yang jelas di minda saya,mereka yang melatah itu kebanyakkannya ialah mereka yang berada di sekeliling tiga pemimpin UMNO yang dijadikan umpan itu.saya tertanya-tanya,kenapa mereka-mereka itu begitu cepat melenting dan melatah ???


Apakah kerana mereka takut kehilangan jawatan sebagai orang kanan bagi ketiga-tiga pemimpin tersebut ??? Risau tidak ‘masyuk’ lagi jika dipecat ??? Pada pandangan saya,itulah yang berlaku apabila seseorang itu taksub dan lebih memilih untuk menyokong individu berbanding memilih untuk menyokong parti.Golongan tersebut perlu tahu bahawa di dalam politik,pemimpin itu datang dan pergi,tiada yang kekal.Hanya UMNO sahaja yang insyaallah akan kekal sebagai wadah perjuangan kuasa politik kepartian. Ekoran itu,tidak hairanlah jika ada pula pihak yang melebih-lebih,bersorak-sorak ketika Muhyiddin hadir ke lokasi mesyuarat itu.saya tidak menyalahkan Muhyiddin.Cuma saya rasa agak malang bagi Muhyiddin apabila mempunyai penyokong yang agak kurang matang sebegitu.Maafkan saya sekiranya ada yang tersinggung hati.Bukanlah niat saya untuk merendah-rendahkan sokongan mereka kepada MuhyiddinShafie mahupun Mukhriz.Biasalah,setiap pemimpin ada penyokongnya,bukan ??? saya harap,tidak perlulah sampai ke tahap taksub sangat…kan ??? Dengan ikrar Muhyiddin yang menegaskan tidak akan bertindak bodoh merosakkan institusi kepimpinan UMNO dan memelihara parti dari sebarang agenda cemar,saya yakin bahawa UMNO telah memulakan gerakan strategik untuk menghadapi PRU ke-14 yang dijangka berlaku pada tahun 2018 nanti.Sehingga kini,Datuk Seri Najib masih Presiden UMNO,Muhyiddin masih Timbalan Presiden,Shafie masih Naib Presiden dan Mukhriz masih lagi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah.Puas hati ??? Jika puas hati,sila buktikan komitmen untuk perkukuhkan UMNO dan jangan ulang lagi perkara bodoh yang merugikan parti. #Mohonterasa

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, August 24, 2015

FAKTA !!! MT TANGGUH PEMILIHAN !!! KENAPA KECOH NAK DITERUSKAN ???


adat berparti dan berpersatuan,bila dah ditetapkan siapa yang harus menjadi ketua atau entiti tertinggi,keputusan entiti tertinggi atau ketua tersebut haruslah dihormati dan dipatuhi.Kalau tak nak hormat,jangan berparti atau berpersatuan.Perkara seumpama ini sudah berlaku di negara kita sejak sekian lama,apa yang nak dihairankan.Malah bukan sahaja dalam berparti atau berpersatuan tapi juga dalam sistem kerajaan seperti soal perlantikan Menteri Besar.Contohnya,kalau Sultan dah beri perkenan kepada individu A untuk jadi Menteri Besar,tidak bolehlah individu B yang sedang menjadi Menteri Besar meneruskan tugasnya lagi kerana Sultan dah perkenan individu A tadi jadi ketua kerajaan.

Sekalipun Sultan tidak ada kuasa memecat Menteri Besar,tapi mana boleh terjadi satu negeri ada 2 Menteri Besar kan ??? Maka individu B tadi harus berundur,tak bolehlah nak persoal keputusan Sultan (sekalipun dalam bentuk cadangan) kerana memang baginda ada kuasa dalam pelembagaan untuk melantik Menteri Besar.Samalah halnya dalam hal pemilihan UMNO,Majlis Tertinggi (MT) selaku badan paling atas dalam parti itu,telah memutuskan bahawa pemilihan yang sepatutnya berlangsung tahun depan ditangguhkan bagi memberi peluang kepada parti untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi pilihanraya umum 14 (PRU14).Pemimpin dan ahli parti yang tidak berada dalam MT,harus mematuhi ketetapan yang telah dibuat.Tak bolehlah bila keputusan dah dibuat,ada lagi suara-suara yang ‘mencadangkan’ agar pemilihan itu tidak ditangguhkan,sebaliknya diteruskan.

Kalau macam itu,lebih baik tak payah ada MT.Lagipun keputusan itu memang disambut baik kerana niatnya nak kurangkan politiking dan utamakan rakyat sebelum menghadapi pilihanraya umum.Ironinya,satu dikalangan beberapa individu yang cadang tu,dari segi rekodnya tak pernah menang apa-apa bentuk pemilihan besar sekalipun beberapa kali mencuba.Bertanding Ketua Pemuda dulu kalah,bertanding Naib Presiden pun kalah Exco Pemuda saja 2004 dulu menang nombor satu,itupun pasal aura bapaknya,bukan aura dia.Hebohnya (cadangan agar pemilihan diteruskan),macam dia menang semua pertandingan.Maka tak hairan gesaan dari orang macam ini buat saya gelak tak henti. 

Jelas ‘cadangan’ seumpama ini bukan untuk kepentingan parti tapi kepentingannya sendiri.Malah cadangan ini digunakan oleh musuh-musuh parti untuk memberikan bayangan bahawa UMNO sedang berpecah belah,walhal kita ada 191 bahagian,191 Ketua/Pemangku Ketua Bahagian,satu dua yang buat cadangan seumpama itu dah dikatakan UMNO ini parti yang nak retak.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, August 13, 2015

BREAKING NEWS !!! KELUARGA DIHALAU DAPAT PERHATIAN BIRO KEBAJIKAN #UMNOWP @TENGKUADNANREAL !!!


Lewat malam semalam 1 mesej telah diviralkan di Facebook mengenai sebuah keluarga yang di katakan telah dihalau keluar dari rumah sewa mereka di Selayang.Banyak perkongsian mengenai keluarga ini dilihat melalui laman media sosial dan melalui pesanan ringkas WhatsApp.Sejurus mendapat pesanan ringkas tersebut,Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Wilayah Persekutuan saudara Mohd Rafi Ali Hassan telah meminta AJK Biro,Puan Salmah Pin untuk menziarahi keluarga terbabit.


Menurut Salmah Pin,keluarga yang terdiri daripada 4 orang anak yang berusia 4 bulan hingga 5 tahun ini berasal daripada Skudai Johor.Pasangan suami isteri ini tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan telah menyewa sebuah bilik di Selayang namun disebabkan tidak mampu untuk membayar sewa bilik,maka mereka telah diusir keluar.Simpati akan nasib dan keluhan anak-anak yang masih kecil,Biro Kebajikan UMNO Wilayah Persekutuan menyampaikan sumbangan wang tunai dan akan berusaha mencari jalan untuk membantu meringankan beban keluarga ini.Kepada mana-mana pihak yang berminat menawarkan pekerjaan tetap kepada pasangan ini,sila hubungi saudara Rizan Hassan,013773 3676.

ANDA NAK LAGI ???


UNTUK SELANJUTNYA 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, April 14, 2015

EKSKLUSIF !!! SALAH KAH KITA LAMBUNG PRESIDEN #UMNO MERANGKAP PM DS @NAJIBRAZAK ??? VIDEO INSIDE !!!


semalam 1 peristiwa bersejarah telah berlaku di mana Pergerakan Pemuda UMNO telah me'lambung' Presiden,Datuk Seri Najib.semalam juga ada kedengaran bisikan yang mengatakan 'ala,semua tu palsu jerr,lambung pastu sokong.lepas tu tak suka najib'.itu yang kedengaran..ini lahh manusia,semua nak kritik.semua nak dengki antara satu sama lain.ini lah yang dikatakan 'ko,ko punya pasal.aku,aku punya pasal' kalau macam tu sampai kiamat pun tak habis.kang saya kata bangang marah !!! saya tak salahkan semua yang kata begitu cuma adakah anda tertanya-tanya kenapa semua pemuda berbuat demikian ??? adakah mereka suka-suka buat macam tu ???

mereka berbuat demikian kerana dah dapat jawapan dari Datuk Seri najib,bukannya suka-suka buat macam tu.ada juga yang mengatakan Datuk Seri Najib datang mahukan sokongan dari Pergerakan Wanita,Pemuda dan Puteri.yang itu anda silap.sebenarnya Datuk Seri Najib bukan datang mahukan sokongan tetapi Datuk Seri Najib dijemput.mereka dahagakan jawapan dari Datuk Seri Najib atas segala kritikan dan tuduhan yang dilemparkan !!! yang tu anda kena faham.jangan la dengar orang kata 'PM nak sokongan dari semua pergerakan lah tu' dan macam-macam lagi.kalau tiada bukti,anda tak perlu sebut.lepas dah dengar penerangan dari Datuk Seri Najib sendiri,2 jawapan telah diberikan oleh Ketua Pemuda,Khairy Jamaluddin.apa yang beliau kata ??? saksikan video di bawah



DAH DAPAT JAWAPAN ???

LEPAS NI TAK PERLU NAK BISING LAGI !!!

ALANGKAH BAIKNYA MENANGKAN UMNO BN PADA PRK AKAN DATANG SERTA PRU 14 !!!

ITU LEBIH BAIK DARI KRITIK YANG BUKAN-BUKAN !!!

KALAU MENANG RAKYAT SENANG !!!

ADA FAHAM KAAA ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, May 14, 2014

BREAKING NEWS !!! #MATSAID KEMBALI MASUK #UMNO !!! AKHIRNYA #PAS KECEWA !!!


akhirnya Bekas MB Terengganu kembali masuk UMNO.Itulah kelebihan parti bn terutama nya UMNO,dalam menyelesaikan isu besar,semua tak ada masalah,small matter,dalam isu panas yang berlaku semalam di terengganu,PAS paling awal nak kawtim dengan mad said,muahaha

pantang ada peluang,tapi pendirian macam mat said,takkanlah kecewa macamana pun sanggup gadai prinsip dengan menyokong pas pulak,lainlah bekas mb selangor mat taib tu.ada rakan blogger yang kata,PR selalu berbangga sekiranya dapat menarik najis kumuh kepunyaan UMNO,yerrlah,bekas yang banyak problem,yang gila kuasa,yang takda disiplin,hah itu yang pas dan pkr dok kutip !! tapi saya percaya Mat Said tak macam tu !!! betul tak pembaca Badut Rakyat ???

sorry PAS,jangan jadi balaci DAP !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, May 13, 2014

KRISIS #UMNO #TERENGGANU !!! SAH !!! MOHD JIDIN,ROSLI DAN NAWI TIDAK LOMPAT PARTI !!!


Iklim panas yang sedang melanda politik Terengganu menyaksikan beberapa nama wakil rakyat Barisan Nasional (BN) turut menjadi sebutan antara yang ‘melompat parti’.Antara ADUN yang didakwa mengisytiharkan dirinya keluar Umno dan menjadi wakil Bebas adalah Dato’ Mohd Jidin Shafee (Permaisuri) ,Nawi Mohamad (Hulu Besut),Ir. Rosli Othman (Kemasik) serta Roslee Daud (Bukit Besi).Bagaimanapun,Ir Rosli menafikan khabar angin tidak berasas itu dan memaklumkan bahawa beliau tidak pernah berhasrat berbuat demikian.Sementara itu,Mohd Jidin dan Rosli juga menzahirkan kesetiaan bersama Umno dan menganggap perkara itu hanya spekulasi oleh pihak yang cuba mengambil kesempatan dalam keadaan politik yang sedang bergolak di Terengganu.

Pada masa yang sama,Nawi yang turut menjadi bahan khabar angin itu,juga menafikan kenyataan itu,sebaliknya beliau tetap teguh bersama parti.Sebelum ini,bekas Menteri Besar yang juga Adun Kijal Dato’ Seri Ahmad Said, Adun Ajil,Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi,Roslee Daud mengisytiharkan diri mereka keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas,semalam.

Kejadian itu rentetatan peletakan jawatan Ahmad sebagai Menteri Besar semalam dan majlis mengangkat sumpah jawatan Adun Seberang Takir,Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman sebagai Menteri Besar yang baharu, malam tadi. Berikutan pergolakan itu, BN kini mempunyai 14 kerusi DUN diikuti Pas (14),PKR (satu) dan tiga wakil Bebas.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, January 22, 2014

HOT NEWS !!! APA MASALAH 11 KP UMNO PAHANG NI ??? @KHAIRYKJ !!! MEREKA BUAT MALU #UMNO JERR !!!


Semalam satu sidang media tergempar di buat oleh 11 orang Ketua Pemuda Bahagian di Pahang bagi menyatakan kekesalan terhadap Ketua Pemuda Umno Malaysia yang berdiam diri dalam menangani isu hilang kepercayaan terhadap KP Negeri Pahang sdr Shahruddin Ahmad.apa masalah mereka ni ??? buat malu UMNO jerr.kenapa saya kata begitu ??? kenapa tak jumpa sendiri Ketua Pemuda Umno Pahang atau Yb Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda Umno Malaysia ??? nampak sangat mereka memberi peluru kepada pembangkang dengan melihat Pemuda Umno Pahang dalam krisis yang amat teruk hanya kerana perebutan kuasa politik.

kenapa sampai nak membuka pekung di dada dengan membuat kritikan dan bantahan terhadap Ketua Pemuda Umno Pahang secara terbuka di media ?? tak malu kerr ??? saya ulang balik,jalan yang mereka ambil sangat memalukan Umno sendiri dan memberi peluru kepada pembangkang dengan melihat Pemuda Umno Pahang dalam krisis yang amat teruk hanya kerana perebutan kuasa politik.kalau boleh saya mahu pihak lembaga disiplin Umno mengambil tindakan tegas terhadap mereka kerana mereka bukan ahli biasa tetapi Ketua-ketua Pemuda Bahagian yang di pilih untuk menjalankan tanggungjawab membela Agama,Bangsa dan Tanah Air ni.itu sepatutnya tanggungjawab mereka

bukan membela dan berebut jawatan sama sendiri.Ketua-Ketua Pemuda Pahang ini juga baru sahaja memegang jawatan sebagai Ketua,tolong jalankan kerja yang boleh memenangkan parti bukan saling menhancurkan sesama kita,banyak tempat di Pahang sudah di takluki pembangkang,jadi bersatu merampas kembali kawasan yang hilang,bukan bersatu berebut satu jawatan.ada faham kaa ??? saya pasti ada pihak berkepentingan yang menjadi dalang dalam isu mahu menjatuhkan KETUA PEMUDA UMNO PAHANG ini.ini bukan masanya untuk menjatuhkan orang,masa pemilihan dulu kenapa tak nak jatuhkan orang ??? 

saya ulang sekali lagi UMNO DAN LEMBAGA DISIPLIN UMNO PUSAT harus mengambil tindakkan tegas terhadap mereka,kerana yang mahu mereka jatuhkan adalah KETUA PEMUDA UMNO PAHANG DAN MERANGKAP KETUA PEMUDA UMNO PEKAN KAWASAN PERDANA MENTERI SENDIRI !!! 

ini adalah 1 konspirasi nak menjatuhkan dan memalukan Perdana Menteri sendiri !!! saya tak kisah kalau ahli biasa atau rakyat yang membantah tapi 11 orang ni semua berjawatan sebagai KETUA PEMUDA BAHAGIAN !!! 

MEMALUKAN !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, December 11, 2013

EKSKLUSIF !!! ADAKAH BENAR PEMIMPIN UMNO TIDAK MEMBANTU RAKYAT ??? INI JAWAPAN DATUK @RAZALIIBRAHIM !!!


sebelum ini saya telah mengeluarkan posting berkenaan pemimpin UMNO tidak membantu rakyat sebaliknya pemimpin pembangkang yang membantu.


UNTUK SELANJUTNYA

adakah ini muslihat puak pembangkang atau sebaliknya ??? jom lihat apa jawapan sebenar Datuk Razali ibrahim.gambar ini telah dikirim dari email ketika melihat posting saya sebelum ini


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! NASIHAT KEPADA PEMIMPIN UMNO !!! TOLONG BACA ISI HATI RAKYAT INI !!!


kepada pemimpin UMNO,tolong baca isihati rakyat malaysia yang tidak dapat bantuan ini.saya faham tak semua pemimpin macam tu,tapi ini adalah nasihat untuk anda wahai pemimpin UMNO.tolonglah mereka yang susah.berilah kebajikan untuk mereka.saya faham anda ada keluarga tapi jangan sampai jadi macam ni.

tetapi,saya nak ulas sikit komen ni.kepada norizan abu bakar,jgn mengharap saja kepada bantuan dari kerajaan atau parti lain.apa kata anda juga berusaha untuk membaiki kehidupan anda.bukan x boleh harap dari kerajaan,boleh tapi jangan terlalu mengharap.masihkah anda ingat cerita orang kurang upaya yang pandai melukis ??? beliau juga berdikari untuk mendapatkan sesuap nasi.saya harap anda pelajari dari cerita itu.tapi ada sesuatu yang ganggu fikiran saya.adakah benar Norizan ini ahli UMNO atau ini kerja puak pembangkang ??? 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
 
 
Blogger Templates